Wednesday, January 27, 2010

Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort


Snek Preview... mood tengah tak menentu. Biasalah, baru balik dari bercuti...tambahan teringatkan seaview kat Awana Kijal. Lagi la buat bertambah tak stabil...hiks..

Monday, January 25, 2010

Happy Anniversary Darling!


"Happy Anniversary mama" hubby dok wish dari atas katil. Saya pun dengan tidak memandang jam terus datang dekat, hulur tangan, salam dan ucap juga "Happy Anniversary sayang, terima kasih atas segala-galanya". Sambil tu peluk dan cium hubby. Eh, tengok jam baru pukul 11.30 malam..hahhaha awal hubby wish, nak tidur la tu, penat menyudahkan kertas kerja kat ofis siang tadi. Semoga Allah permudahkan urusan, dan murahkan rezeki...

Selamat Ulang Tahun perkahwinan yang ke 7 Babah Hadif. Dah masuk tahun ke tujuh. Rasa seperti baru sahaja kita berumah tangga. Berkongsi rumah dan berkongsi tangga. Awak ketua dan saya pengikutnya. Awak guru dan saya anak muridnya. Awak penasihat dan saya pendengarnya. Terima kasih atas kasih sayang yang sentiasa melimpah ruah buat saya dan Hadif. Tak terbalas segala yang dicurah, saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan awak, berkati segala usaha awak, dan semoga kasih sayang dan rasa cinta kita sentiasa mekar sehingga ke hujung nyawa. Maafkan segala kekurangan dan kekhilafan saya disepanjang perkahwinan kita, dan semoga Allah perkenankan doa kita untuk menghabiskan sisa-sisa hidup kita bersama, Semoga Allah makbulkan doa kita untuk melihat Muhammad Hadif Khawarizmi membesar menjadi anak yang soleh, yang cerdik dan membahagiakan kita berdua.

Terima kasih kerana menyintai saya seadanya dan insyaallah saya juga begitu. maaf banyak2 sebab selalu kata "kalau saya mati, dan awak nak kawin lain saya akan jadi hantu" sebenarnya saya gurau aje...kalau saya meninggal, kawin la lagi yang, cari ibu yang baik buat Hadif. :)
I love you and will always do. I love u no matter what....emmuah.

p/s: ulangtahun kali ini hubby bawa saya dan Hadif ke Awana Kijal, Terengganu. Gambar-gambar disepanjang percutian akan saya upload kemudian.

Friday, January 22, 2010

Intan, Ayu dan sesuatu...

Sebenarnya sudah lama saya mengumpul kekuatan untuk menulis cerita tentang sahabat baik saya yang terlantar sakit nun jauh di Perlis. Sedaya upaya saya akan cuba tidak menulis cerita sedih kerana saya tidak mahu sahabat saya itu akan merasa sedih dengan penulisan saya. Hari ini, saya gagahkan juga untuk menulis satu entry khas buatnya. Ayu.

Kalau ada yang ingat, saya pernah menulis tentang penyakit yang sedang Ayu hadapi. Sahabat saya itu masih lagi tidak boleh berjalan, masih terlantar di atas katil dan masih lagi memerlukan bantuan dari orang lain untuk menguruskan diri. Apabila terkenangkan Ayu, air mata saya pasti akan turun. Betapa berat dugaan Allah buat Ayu, buat suaminya Najib dan untuk Muhammad Afif Imran juga.

Saya dan Ayu berkenalan kali pertama semasa kami mendaftar ke Kampus UiTM Arau. Bilik asrama yang kami dapat ketika itu amatlah daif. Saya yang melihat bilik terus rasa hendak menangis. Masakan tidak, dengan keadaan bilik yang elok sedikit dari stor membuatkan saya rasa hendak mengikut emak dan abah balik semula ke Shah Alam. Dan, semangat saya kembali naik apabila melihat Ayu dan keluarganya. Senyuman dan keceriaan Ayu yang waktu itu dihantar oleh Abahnya menaiki kereta besar membuatkan saya kagum. Perasaan yang tak enak dapat saya buang apabila melihat kesungguhan Ayu.

Malam pertama kami tidur di bilik (dorm) kami berkenal-kenalan dan berkonsi cerita. Jangan tak tahu, malam itu kami menangis bersama bila berkongsi cerita sedih. I lend my ears to her. Dan sejak itu kami terus jadi akrab. Di mana ada Ayu, di situ ada Intan.

Ayu...ko ingat tak ada satu malam tu, ko ajak aku pergi gerai, ko ketagihan teh tarik. Balik dari gerai kita kena kejar dengan senior budak engine. Jahatkan dia, dah la nak berkenalan dgn kita, tapi main paksa-paksa. Ko ingat tak aku nangis takut...hahahhaha. Siap terbuang air dek kerana takut...ye la..freshie la katakan.

Masa tu saham kita pelajar baru ni memang tengah tinggi. Ko ingat lagi si kepala kambing? sampai dia tak mo mengaku aku ni kawan satu sekolah bila ko tolak cinta dia. Masa tu Najib tengah usya2 ko kan Ayu? kira nak mengorat la sangat, tapi time tu ko dah kawan dgn si kepala kambing tu..habis semua budak2 lelaki kelas tak suka kan... dan ko juga tukang nasihatkan aku supaya tak payah berkawan dengan seorang hamba Allah yang kedekut tu. Terima kasihlah Ayu, dengan nasihat kau, nasib baik aku tak kawan dengan budak tu..hahhahaha

Ayu, ko ingat tak kita sama2 beli sandal kat pasaraya Looking Good kat Kangar tu? Selamba je kita pakai sandal yang harganya cuma RM10 pi kelas. Ko beli warna merah hati, aku pilih warna hitam. Design pun sama. hahahahha. Punyalah kita sehati sejiwa time tu. Ko ingat tak, lepas orentasi, kita nak pi Kangar, sekali ko suruh Pak cik Driver abah ko mai amik kita bertiga (aku, ko dan ayien) kat kolej. Terperanjat badak aku ko ajak naik kereta mercedez. Sampai aku lari balik ke belakang..hahhahaha. Punyalah sempoi ko jadi orang. Rupa2nya ko anak wakil rakyat tu..aku memang salute kat ko Ayu. Memang berjiwa rakyat, maklumlah anak wakil rakyat..hahhaha

Ayu, terima kasih la sentiasa menceriakan aku di saat2 aku home sick kat itm dulu. Ada je modal ko nak kasi aku gelak. Ada je rancangan ko nak buat aku gembira. Terima kasih sebab ko la tempat aku s.o.s bila abah belum hantar duit. ko ingat tak time aku dah tak de kat Itm Perlis dulu, masa tu abah ko potong elaun ko sebab ko berkawan dgn si kepala kambing? hahahah geli hati aku....ntah berapa ringgit aku kirim kat ko (aku rasa duit beli teh ais lepas la..hahahha) tapi yang penting, kita sentiasa berkongsi rasa sedih dan gembira bersama.

Ayu...ko ingat tak lagi masa aku cerita tentang Achu? ko merupakan orang yang sentiasa menyokong aku dengan pilihan yang aku buat. Dan kau? memilih Najib...hahahhahah. Dan, siapa sangka, dari tarikh bertunang, tarikh nikah dan tarikh melahirkan anak...semuanya dekat2.

dan, Ayu, sehingga entri ini ditulis, aku nak kau tahu, ko sentiasa dekat di hati aku. Sentiasa ada di dalam doa aku. Semoga Allah sembuhkan penyakit yang ada, dan Allah berikan kegembiraan buat kau..sahabat aku...dunia dan akhirat. Betapa sedihnya aku bila terima call dari kau, dan bila kau cakap kau sedih dan takut bila mana kau tak mampu buat apa2 andai Mat Apih terjatuh di depan kau. Betapa aku ingin berada dekat dengan kau untuk aku bantu kau, untuk sentiasa menaikkan semangat kau dikata semangat kau sudah kering...Ayu..dari kejauhan ini aku titipkan doa semoga penderitaan yang kau hadapi akan segera berlalu.

Semoga, Allah tetapkan iman kau, kuatkan semangat kau, untuk menerima dugaan dari Allah. Percayalah Ayu, Allah tidak akan menduga hambaNya melainkan Allah tahu akan kemampuan HambaNya menerima segala ujian itu. Insyaallah, yakinlah Ayu, akan tiba masanya Allah akan perkenankan doa kau, dan doa dari kami yang sentiasa mendoakan kau, yang sentiasa berharap agar Ayu yang ceria, ayu yang tabah dan ayu yang kuat semangat kembali sihat.

salam sayang,
Intan

Monday, January 18, 2010

Emo tau Hadif ni... :)

Hujung minggu yang lepas memang dihabiskan dengan mengemas rumah dan menggosok uniform sekolah Hadif. Rasa tak cukup cuti dua hari yang ada. Nak sambung lagi ada...kekekekek. Tengah saya menggosok baju, Hadif menonton TV; cerita Doremon siri Movie kat atas katil. Cerita tentang semangat setia kawan, nilai persahabatan dan perpisahan. Tiba-tiba saya tengok dia menangis.

Mama: Eh, Hadif, kenapa menangis?
Hadif: saya sedihlah mama tengok cerita ni
Mama: gelak besar tak henggat. (sahla hormon penyedih dia ni diwarisi dari mama dia..kekekkeke)

Dah pandai main dengan emosi anak mama ini. Tapi memang campuran dan adunan saya dan hubby. Ada yang dia ikut perangai babah. Dan ada juga yang ikut perangai mama. Tang penyedih ni memanglah ikut perangai mama. Saya kalau tengok cerita sedih, mesti menangis. Ada masa tu, Hadif dah stand by nak tanya "mama nangis ke?" hahahahah.

Sejak Hadif menginjak ke usia 6 tahun ni saya dah jarang bising marah-marah, senang sekali tugas saya. Walaupun tugas dah bertambah, kalau dulu gosok uniform Q-Dees sahaja, sekarang dah kena gosok uniform sekolah agama. Kalau dulu kerja sekolah yang nak dipantau cuma satu sekolah, sekarang dah masuk dua sekolah. Tapi, jauh disudut hati rasa bahagia. Cepat aje masa berlalu, tak lama nanti tengok Hadif dah masuk sekolah Menengah..lepas tu masuk Universiti (insyaallah) dan lepas tu dah kerja...dan apa lagi..kawin la lepas tu..hahahah berangan la saya sampai ke situ.... kahkahkah.
25 Januari ini ulangtahun perkahwinan saya dan hubby. Eh, sudah 7 tahun? rasanya masih lagi menyulam cinta, manja-manja dan loving2 gitu. Cumanya kami suami isteri ini memang tidak pernah candle light dinner kalau tiba anniversary. Selalunya pi bercuti aje. Tahun lepas ke Swiss Garden, Damai Laut. Tahun ni ke mana yang? :)

Thursday, January 14, 2010

Happy Birthday to Me!

Credit untuk kak shilla yang mengambil gambar ini. Inilah wajah saya dikala berusia 31 tahun...walaupun tidak lawa, cantik atau jelita..tapi manisnya tetap ada kan? ngehngehngeh..

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. hahahah. Dari tengah malam semalam, sehingga pagi ini, sms dan telefon berdering dari keluarga dan teman-teman. Terima kasih di atas ingatan yang sangat saya hargai. Hubby dari pukul 10 malam dah wish happy birthday. Tepat pukul 12 tgh malam pun wish sekali lagi..tak ketinggalan mak dan abah yang nyanyi lagu selamat hari jadi..kak yang kat Malaka, Ayah Su Hadif..Ayu...Atie..Suei yang tak pernah lupa hari jadi kak intan..Kak shilla..Rakan2 HR Department, kak Ziela, kak siti dan Kawan2 di Marketing Department, dan semualah.. terima kasih semua. Rasa macam celebriti la pulak..kuikuikui.. Dan, tak lupa rakan-rakan di Muka Buku. Anakanda Hadif baru call cakap "happy birthday mama...ok bye..." hahahhaha.

Hari ni genap 31 tahun bernafas di bumi Allah. Syukur, Alhamdulillah di atas peluang yang Allah beri. Seperti ucapan dan doa dari suami tersayang; semoga amalan, ibadah saya semakin berlipat ganda..insyaallah. Dan semoga kebahagiaan itu akan terus menjadi milik saya. Rasanya saya dah dapat apa yang saya idamkan dalam hidup. Memadai Allah lorongkan saya untuk terus menjadi hambanya yang semakin kuat mengingatiNya, Kebahagiaan yang ada akan terus bersama-sama saya, dan diberi peluang untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Terima Kasih yang tidak terhingga buat sang suami yang sangat saya cintai...yang sentiasa bersama-sama sama ada suka mahupun duka, yang sentiasa menasihati dan sentiasa menegur saya. Semoga umur saya panjang untuk terus menghabiskan kehidupan saya bersama-sama awak; melihat Hadif membesar, dan seterusnya menghabiskan hari tua bersama-sama.

Sudah 31 tahun rupanya saya. Terasa laju benar putaran bumi yang membawa usia saya menginjak ke satu lagi angka. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Semoga Allah permudahkan segalanya. Permudahkan untuk saya menjadi seorang hamba yang taat kepadaNya, seorang isteri yang taat kepada suami, seorang ibu yang baik kepada Hadif. Seorang Anak yang baik, Seorang kakak yang baik dan Seorang insan yang baik kepada insan lain. Amin.

p/s: sempena ulangtahun kelahiran saya, saya nak share berita gembira, setakat hari ini, saya dah berjaya turunkan 8kg berat badan...dan masih lagi dalam proses menurunkan lagi..dan lagi.. :) mulanya macam tak percaya, tapi bila dah ada orang tegur saya dah nampak kecik sikit...rasa seronok pulak..hihihihi. Hopefully bila usia meningkat 32 nanti dah dah boleh buang lagi 20kg...hahahahhaha

Ketika Cinta Bertasbih....

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta…

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Wednesday, January 13, 2010

Hadif, Sekolah dan Mama


Sejak Hadif kena pergi dua sekolah, saya jarang menulis blog. Mana tidaknya, dengan menguruskan segala persiapan Hadif buat saya tak punya masa untuk menulis. Adakah alasan ini boleh diguna pakai? hahahah.

Sekarang saya gosok semua uniform Hadif bagi mengelakkan kesuntukan masa jika saya gosok di waktu pagi. Selesai satu perkara. Kalau dulu, nak tengok buku untuk satu sekolah, sekarang sudah dua sekolah. Mana dengan nak memantau kerja sekolah yang dari satu sekolah jadi dua sekolah..dan bermula la episod mama kena menyental uniform sekolah Hadif. Semua itu tidak membuatkan saya jemu, tetapi teruja yang amat sangat. Inilah yang mak saya rasa masa saya kecil dahulu. Cumanya mak saya suri rumah dan saya bekerja..hihihi.

Bila dah penuh aktiviti, badan pun jadi cepat penat. Mungkin faktor usia yang semakin "muda" agaknya. Dan, bila sudah selesai semua tugasa berkaitan dengan Hadif, kami anak beranak akan ber'skype' dengan babah hadif di offshore. Lepas tu dah mengantuk,...tidur la jawabnya. Kalau ikutkan banyak cerita yang nak ditulis, tetapi nampaknya tertangguh lagi la jawabnya.

Mula-mula kembali semula ke Q-Dees, Hadif happy sangat. Maklumlah, dah tahun kedua dia kasitu. Kelakar bila Teacher Michell kata dia tetap nak masuk kelas PS2; Teacher Hema. Hadif memang begitu, kalau dah selesa dgn seseorang, dia akan attach dengan orang tu. Berbeza pula bila ke sekolah KAFA. Muka jadi monyok, cakap pun tak seronok. Puasa saya dan Babah dia memujuk. Hari kedua balik dengan air mata berlinang. Songkok baru dia dah bertukar jadi songkok orang lain. Pujuklah balik cakap tak apa, nanti kita cari siapa Haziq 3M yang tertulis didalam songkok yang dibawa balik. Hadif memang sayang barang dia. Kalau skru mainan cabut satu pun boleh sedih macam hilang satu barang..hahahha.

Hari ketiga babah dia dah tau, kenapa anak dia tak happy pergi sekolah agama. Rupanya ada dua tiga orang budak gelar Hadif budak sombong. Petang masa saya jemput Hadif balik pun budak2 tu dok panggil dia gitu. Harap-harap Hadif boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bukan sombong, tetapi saya kenal benar perangai Hadif, bila dia tak suka sesuatu, dia akan cakap. contohnya kalau orang usik barang dia. Pergi saya letak 2 batang pensel, baliknya tinggal sebatang. Saya bagitau Hubby, biarlah Hadif sesuaikan diri, tak payah kita nak masuk campur, walaupun sebenarnya saya kesiankan anak saya yang baru 6 tahun itu...

Dan, semalam, waktu saya jemput dia balik, muka dah ceria..dan dah ada kawan-kawan yang menyapa. Alhamdulillah. Lambat panas rupanya enjin si Hadif ni..hahahha. Lepas tu terus bawak dia pi beli segala makanan yang boleh dijadikan bekal untuk dia bawa ke sekolah. kalau yang berat-berat dia tak nak. Bawak nasi tak penah habis. Dia lagi suka bawa biskut ke, roti ke. Jadi ikut selera dia. Air pula nak air ribena. Sama macam Mama dia..hahahhaha.

Saya sedang menghitung detik jam berlalu, nak telefon Hadif, dengar cerita dia dan sekolahnya hari ini. Alhamdulillah, sangat bahagia dengan hidupan yang Allah rencanakan. Sangat bersyukur dengan adanya suami dan Hadif dalam hidup saya. I love my family. Sangat-sangat.
sampai jumpa lagi!

Sunday, January 10, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang...

Selamat Hari Lahir yang ke-6 buat anakanda tersayang, Muhammad Hadif Khawarizmi. Semoga Panjang umur dan membesar menjadi anak yang taat pada Allah, Babah & Mama, serta menjadi insan yang soleh dan berguna. Terasa begitu pantas masa berlalu, rasanya baru sahaja saya dakap dan peluk Hadif erat2, dodoikan dia, bangun malam bancuh susu Hadif..dan hari ini anak saya sudah mencapai umur 6 tahun. Sudah mula malu jika dicium di depan kawan-kawan.. sudah pandai minta buat birthday party. Hari-hari tanya..bila nak buat birthday party dia...kasihan kan anak, kami buat jugalah secara kecil-kecilan, dan..paling dia pandai...pandai demand nak hadiah apa...

Setelah berbincang suami isteri, kami memilih untuk menghadiahkan Hadif Sony PSP. Punyalah seronok cik abang tu, senyum lebar. Tapi masih perlu dipantau dan dihadkan waktu ber "PSP". Tak boleh la sepanjang masa nak mengadap PSP...alhamdulillah, Hadif setakat ini boleh patuh pada syarat yang saya letakkan.

Sejarah kelahiran Hadif terlalu berharga. Kelahiran yang mengajar saya betapa besarnya anugerah Allah swt buat saya dan suami. Anugerah yang tidak ternilai!

Selamat Hari Lahir juga pada Muhammad Afif Imran yang berada jauh di Perlis..Mama Intan dan keluarga mendoakan segala yang terbaik menjadi milik Afif...

Alhamdulillah, sempat buat sambutan kecil-kecilan di rumah semalam, memandangkan Hadif asyik tanya "bila birthday party saya ni..." hari-hari.. terima kasih pada yang hadir...Maryam & Co yang sporting...terima kasih sue, sudi datang rumah Intan... :), Buat Auni dan family, Kak shilla dan keluarga yang sangat sporting datang mengikut tema, dan semua yang datang la ye. Walaupun buat kecil-kecilan, letih juga nak menyiapkan semua persiapan, terima kasih yang tak terhingga kepada opah hadif, atuk hadif, maklang hadif, kakak ika..dan yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari jadi hadif. Dan, sangat terharu juga sebab dapat jumpa balik kawan2 dari ITM Manjung; suei, syukriah, yati dan kak Asiah.. suka sangat! Terima kasih juga atas hadiah2 yang diberi, Hadif suka sangat...

Walaupun tengaharinya panas, tetapi ternyata tidak sampai ke petang. Hujan lebat turun sepanjang majlis. Memang dah jadi trend mark kami kot, kalau buat majlis makan-makan selalunya hujan turun dgn sangat lebat..kekeke alhamdulillah..sejuk je kan, kakakakaka.




Ini antara gambar-gambar di Majlis Hari Lahir Hadif, insyaallah akan saya update lagi, nak kena layan Hadif dan buku cerita sebelum tidur...insyaallah nanti saya sambung letak gambar-gambar di majlis hari lahir Hadif.

Jumpa lagi!

Thursday, January 7, 2010

Hadif ke Sekolah KAFA dan hadiah 2 dalam 1

Minggu yang sangat memenatkan. Nak berblog pun macam tak de mood nak menaip. Entry Hadif berbaju sekolah agama pun tak sempat nak buat...apa lah mama hadif ni kan. Mana taknya, hari pertama anak sekolah pagi dan petang, anak tidur, mama pun tidur..hahahhaa. Selain dari sibuk menguruskan perihal persekolahan anak bujang saya tu, sibuk juga buat persiapan majlis hari jadi Hadif. Buat kecil-kecilan sahaja, walaupun kecil, tapi jenuh jugalah kerana semua nak kena buat, sampai mak saya kata saya sibuk macam orang nak terima menantu..kihkihkih..

Insyaallah, kalau malam ni tak keletihan, saya upload gambar anak bujang saya beruniform sekolah agama, walaupun baru 6 tahun, tapi nampak sebaya je bila bercampur dgn murid 7 tahun. Bising mulut dia mengomel kena sekolah pagi dan petang. Sebenarnya hati saya pun turut berbelah bahagi, betul kah tindakan kami suami isteri ini? Dan, setelah fikir panjang, biarlah Hadif belajar menyesuaikan diri dengan sekolah dua sessi ini. Bukan tidak kasihan, tetapi bila mengenangkan yang dia akan menghabiskan masa dia menonton TV, hati saya lagi tak senang. Sekurang-kurangnya, dia dapat belajar ilmu agama yang mungkin saya dan suami tak mampu nak beri, dapat sembahyang berjemaah, dapat mengaji dan paling penting, saya tak perlu terjerit-jerit nak menyuruh dia solat. Saya tak sabar nak tunggu detik itu. Semoga Allah perkenankan doa saya dan suami. Semoga Hadif membesar menjadi anak yang soleh. Amin. Dan semoga tindakan kami ini tidak salah.
Teringat perbualan saya dan Hadif semasa nak menghantar dia ke sekolah KAFA.

Mama: Hadif, macam mana cara nak ambil wudu'

Hadif: Mula-mula niat. (saya baca niat dan dia ikut)

Mama: lepas tu?

Hadif: Basuh Muka

Mama: berapa kali?

Hadif: Tiga

Mama: lepas tu?

Hadif: basuh tangan...tiga kali ... dan lepas tu dia cakap proses wudu' sampai selesai.
Alhamdulillah...moga-moda menjelang umur dia 7 tahun dia dah tak tinggal solat. Sekarang ni, kalau suruh ikut babah pi masjid, ayat dia "saya ni kecil lagi kena pergi ke? " hihihihi.
Hari pertama hantar dia, saya hantar sampai ke pintu bilik darjah. Melepaskan dia duduk di tempat dan sempat cium anak bujang saya, saya turun cepat-cepat ke bawah. Sedih dan sayu rupanya melepaskan dia. Mungkin sebab dia terpaksa menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang lebih tua dari umur dia buat saya rasa sedih. Tetapi saya cakap pada diri sendiri "Hadif harus belajar menyesuaikan diri.

Balik dari sekolah, Hadif terlelap dalam kereta, dan sehingga babah dukung bawa masuk ke dalam rumah pun masih tak jaga-jaga. Kasihan anak mama, tetapi saya yakin, insyaallah, dua tiga hari lagi Hadif akan ok.

Dan, cinta hati saya dan suami akan berusia 6 tahun pada 10 Januari nanti. Betapa lajunya waktu berlalu. Terasa begitu cepat Hadif membesar. Dan, saya tak pernah puas mencurah kasih pada buah hati saya ini... semoga Allah panjangkan umur saya untuk melihat Hadif membesar menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti.
Sebut pasal panjang umur, saya pun akan sambut hari lahir yang ke 31 minggu hadapan. apa? 31? hahhaha age is only a number, walaupun usia bertambah, tapi muda tak pernah berkurang..kekekeke. Dan, macam biasa, setiap tahun saya akan dapat hadiah awal dari tarikh. Dari dulu, kalau tak 1 Januari...sebelum birthday. hahahha. Hubby ku... apa pun saya sangat berterima kasih atas pemberian dari hubby. Tak kisah apa pun, yang penting ingatan dan kasih sayang yang di beri buat saya dan Hadif buat saya sangat bahagia.

laptop 14". Hubby tanya nak yang kecil ke yang besar? saya cakap nak yang besar. hahahaha. Yang kecik dah ada, tak puas saya nak memandang skrin monitor, tu yang lebih suka guna desktop. dan, alhamdulillah, hubby hadiahkan utk saya, desktop faraidkan ke Hadif. Masa hubby bagi kat saya, terkedu kejap. saya ingat hubby belikan mini laptop, rupanya beli ikut size saya..hihihihi. Thanks yang, suka sangat-sangat.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!