Tuesday, July 28, 2015

Selamat Hari Raya 2015


Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.  Minta maaf lepas tu buat balik pas tu minta maaf balik ehhh? hahahahah.

Masih dalam kemeriahan bulan Syawal.  Tahun ni tak rasa akan buat rumah terbuka, tetapi pintu rumah sentiasa terbuka menerima tetamu yang sudi nak datang beraya.

 Seawal raya ketiga rumah saya dah menerima kunjungan.  keluarga, kawan hubby dan kawan sekolah datang beraya.  Menu sempoi buat nasi arab aje. Alhamdulillah, selamat 3 ekor ayam dikendurikan.





Tahun ni ada baraan team datang beraya.  Meriah rumah.  oleh kerana hubby di offshore, makanya saya masak yang simple sahaja.  Maklumlah, nak kena berlari-lari nak prepare semua.  Alhamdulillah, semua makanan habis.  Rasa happy memasak kalau orang suka makan kan.

Bersedia nak menerima tetamu.  Mulanya saya dok sengih sendiri...muat ke rumah saya yang comel ni nak cater 70 orang tapi alhamdulillah...muat dan meriah. 

Riuh rendah ketawa kawan-kawan sekolah rendah saya ni.  Tak sangka, walaupun dah berpuluh tahun tinggalkan alam persekolahan, ukhwah masih terjalin erat.  Yang bestnya, para spouses pun sporting aje join group baraan ni. 

antara yang terawal sampai. Student UiTM kenal ke yang hujung tu? katanya lecturer garang hahahaha

 Kononnya depa request churros.  140 batang churros yang berjaya dihasilkan.  Rasa macam berniaga di bazar Ramadhan hahahaha


depa kata party churros.  layankan aje alhamdulillah dapat tunaikan permintaaan kawan-kawan nak makan churros

puding roti with love katanya ehh!

Macoroni & Cheese.  7 bungkus habis selesai.  Alhamdulillah.

makan makan makan...dan makan....
sesekali berjumpa...meriahnya tak ingat...

sambil makan depa bergurau senda. hahahah
 

 Alhamdulillah, tahun ni dapat berjumpa semula dengan adik-adik yang pernah menjaga rumah saya di Ken Rimba.  Masa depa duduk rumah dulu, memang hati saya lapang, sebab mereka dok jaga macam rumah sendiri.  Masa Azam dan Diana bagitahu yang mereka nak pindah menitik jugalah air mata ni sedih.  Dah rasa macam keluarga sendiri.  Kejap aje dan besar menantu saya si Khilfi Eusoff tu.  Tengok, mesra aje dengan mak mertua hahahaha

sekarang sudah ada pertambahan ahli keluarga...baby Ilyas yang mesraaaaaaaa.  jangan serik datang rumah akak ye dik... nanti insyaallah kami buat kunjungan ke rumah baru Azam dan Diana pulak. 

payah betul nak bergambar dengan anak-anak sekarang ni.  tengoklah Kauthar, lagi kita suh pandang kamera lagi dia buat perangai.  Sabar aje la mak ko ni dik.












Monday, July 6, 2015

Nuzul Al-Quran, Kami, Sogo & Iftar Ramadhan

Weekend cuti Nuzul Al-Quran saya bawa atok opah dan anak-anak cari baju raya. Untuk Mak Abah sebenernya.  Anak-anak baju kami dah beli masa pi Perth hari tu, so ingatkan nak tambah sikit-sikit sahaja.  Sebelum pintu SOGO bukak kami dah ada kat situ hahahha.

Anak dara saya ni belum pun 5 tahun, tapi dari kasut sampai ke baju raya semua kena ikut pilihan dia.  Beza betul dengan Abang Hadif yang menyerahkan semuanya kepada mama harap bila cari jodoh pun serah la pada mama hahahaha

Tengok orang ramai-ramai ni rasa nak muntah.  Tapi gigih gak pergi kan padanlah muka!


kami dok tepi-tepi je hahaha.  Atok dengan opah yang sibuk memilih


tu diaaaaa hahahhaha saya tak pergi pun kat area ni...pening


punyalah dia dok keras nak juga dress ni... anak daraaaa la sangat!

hasil tangkapan.  tak banyak pun.  menyahut seruan kerajaan dan menteri pasola supaya berjimat cermat. hah gitew!

Balik dari SOGO terus menggantung kuali.  Hari ni berbuka di Grand Bluewave Hotel.  Rasanya food kat sini memang ok sebab dari dulu pun bila datang berbuka di sini kualiti makanannya memang sama.  
Mak dan Abah saya.  Hari ni gantung kuali, kami berbuka di Grand Bluewave Hotel.  Tengok la food tu..meriah...


saya ambil char koey teaw ni.  Memang sedap bak kata Kauthar.


yang ni portion Rasia.  anak dara tu suka seafood.  lepas tu dia hentam makan ais krim sampai kena bising dengan mama



Si Bongsuan yang suka sayuran hijau


Pinggan kedua.  Sampai sudah dia makan sayur je. kelas la adik ni hahahhaa

Hari Ahad pula hari mengemas rumah.  Kemas cepat-cepat ni risau juga bersepah balik.  Tapi bila lagi masanya kan, minggu depan dah sibuk dengan macam-macam urusan. Sebelum urusan mengemas rumah, kena tidur nak kekanak rebina yang dua orang ni.   Kalau tidak abis depa punggah balik hahaha.

geli pulak hati mama tengok kakak tido macam ni.  Macam-macam la kakak ni tau.

Tadaaaaaa... akhirnya siap la juga mengemas dan dikemaskan. hahahha.  Masalah utama saya ni adalah kain baju yang tak pernah habis.  Bila la ada orang yang boleh cipta mesin lipat kain.  Sekarang ni senang, kalau malas nak sidai kain boleh hantar ke Laundry Bar, keringkan sahaja dengan RM4.  Nah... bertambah la lemak tepu ko mama oii... hahahhaa


Baiti Jannati.  Simple sangat syurga saya.  Masa zaman Abang Hadif kecik dulu,dia jenis yang tak suka memunggah dan menyepah.  Kalau letak pasu-pasu Sarawak tu dia tak usik pun.  Jangan Raisa dan Kauthar...mau berhenti jadi pasu hahahah.

Dah penat mengemas rumah, dapat pulak invitation iftar dari adik di Ken Rimba.  Alhamdulillah, gantung kuali lagi..hahahah.

Gitu la cerita weekend kami.  Weekend akan datang nak dating dengan hubby pulak.  Anak-anak sila tinggai nooo...

Friday, July 3, 2015

Salam Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah, sudha 16 hari hari kita berpuasa dan baru harini sempat nak menulis blog. Minggu pertama, Alhamdulillah dapat bersahur dan berbuka bersama hubby.  Saya masa simple2 sahaja sebab memang berazam mahu memasak.  Puasa selain dari beribadat selagi daya, masa yang sesuai nak pertajamkan skill masak memasak.

Saya pernah cakap kat Hadif, "mama rasa mama ni patut jadi Chef." hahahhaha.  Bukan pandai pun memasak.  Resepi pun cari kat internet.  Tapi kena berani la mencubakan, dan alhamdulillah dapat masak untuk suami dan anak-anak. 

ni favorite abang Hadif, buat penuh pinggan, lepas berbuka tinggal 3 ketui aje untuk mama.  Nasib ada 3 ketui, kalau tak mama pi batu belah batu bertangkut hahaha

cukup lah, ada lauk ada kuih.  Janji tak membazir

tepung pelita by yours truly


popiah ketam.  Yang ni Hadif boleh Makan.  Reward abang Hadif dengan food yang dia suka sebab cikgu puji dia banyak peningkatan untuk exam kali ni.. Alhamdulillah...

Popiah Ketam :)


Jakuzi ayam :)

seksi kan ayam ni. melampau betul hahaha

Selalunya menjelang Ramadhan saya dah sibuk tukar langsir dan kemas rumah.  Tahun ni macam slow aje pergerakan.  kebetulan semasa misi mencarikan langsir untuk rumah mertua, dapat pula langsir utk rumah sendiri.  Sambil menyelam sambil minum air kikikiki

setelah bertungkus lumus berjaya menggantung sendiri langisr.  Hubby msg:kalau nak buat sendiri hati2lah. Tapi kalau nak tunggu saya .... saya balik sebelum raya :)  hahahah.  Tak sabar saya ni. dengan gigihnya pasang sendiri.  Puasa hati tengok langsir dah siap pasang.  Terasa Ramadhan semakin bermakna hiks



Ruang keluarga yang diberi nafas baru.  Tak de la apa sangat pun, cuma tukarkan karpet dan simpan semua koleksi kasut anak-anak.  Dah boleh letak segala souvenir yang dibeli dan yang diberi oleh kawan-kawan.  Alhamdulillah anak-anak kecil saya tu tak usik pun.  Terasa bersemangat nak menghias rumah bila anak-anak dah tak mengusik barang   

Setakat hari ni, Alhamdulillah abang Hadif masa berpuasa penuh, kakak Raisa selalu bersahur pada pukul 7 pagi dan berbuka pada pukul 1 petang. hahahaa. Jadi la kak, asalkan mencuba.  Baru nak masuk 5 tahun kan.  Kauthar pula rajin bersahur tapi malas puasa. hahaha.


Akhir kata, Selamat Berpuasa buat semua dari SK & Co.  Semoga Ibadah kita mendapat keberkatan Allah swt.



Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!