Sunday, May 31, 2009

our weekend story

Lama tak update walaupun beratur cerita yang aku nak cerita. Tak de mood. Sungguh. Dan...malam semalam aku demam. Tinggal berdua dengan Hadif, layan demam dan layan cerekarama. Sedih sey. Sungguh. Bukan aku je kata, mak pun kata..dia sampai menangis. Aku tak le pulak menangis. hahaha. Alangkah indahnya hidup kalau semua wanita seperti watak Aida yang dilakonkan oleh Ogy. Wanita yang tak sanggup merampas hak orang lain, suami orang lain. Cumanya dalam hati aku kata cerita ni anti klimaks bila ending dia gitu jek. Sungguh.

Hari ni layan hadif di rumah sambil mengemas rumah. Rasa nyaman je duduk berdua dgn Hadif kat rumah hujung minggu ni. Dia pun tak banyak kerenah, abis kuat mintak susu, mintak minum, mintak makan. Walaupun demam, rasa happy sebab spent quality time with Hadif. Layan dia tengok kartun. Dan, waktu entry ini ditulis, Hadif dah bising suh pasangkan dia vcd "what i what to be". Kalau ditanya, memanjang aje dia sebut nak jadi doktor. Tak de sape pun ajar, tak de siapa pun suruh. Dari umur dia reti jawab bila orang tanya, dia akan jawab "I want to be a doctor". Sejuk aje hati eh? Actually aku tak kisah apa nak aku nak jadi, asalkan dia jadi manusia. Jadi modal insan gitu. Tak jadi doktor pun tak apa hadif..asalkan jadi anak yang baik, yang soleh dan membahagiakan mama dan babah. Amin...

Rabu ni will be away from office, attending teambuilding at Awana Genting. Sedih je hati nak tinggalkan Hadif. Since hubby kat offshore, Hadif akan tinggal dgn opah dan atuk dia. Mesti aku rindu dia...sangat2. Huk..huk..huk..sedih.

Dan, kalau ada internet connection aku update la blog ni, kalau tak de, jawabnya KIV lagi la entry2 yang aku nak buat yek.. till then... jumpa lagi...

babai

Wednesday, May 27, 2009

Kisah Hadif

Semalam, on the way balik ke rumah dari rumah opah hadif ada dua orang budak yang teragak2 nak melintas depan kereta aku.

Hadif: Eh budak-budak ni. Nampak kereta dia lari pulak. Kang kalau kena langgar mati pulak!

(dia bantai membebel sorang2) Aku gelak tak henggat. Mama dia yang drive kete ni releks je, dia yang respon. Dah la tu, siap kata kalau kena langgar mati pulak...geli hati aku.

Bila aku gelak kuat kuat, dia sound "kenapa mama gelak bila hadif cakap?" Ha, apa nak jawab. Gelak aje la aku. hahahhaha

itulah anak teruna ku. Menjelang bulan ke 5 di Q-dees dah baca book 5. Alhamdulillah. Semoga pencapaian Hadif akan terus meningkat. Amin

Friday, May 22, 2009

cerita cepat-cepat

Salam Hari Jumaat. Kalau dah Jumaat, jadiknya esok cuti..yihaa...esok nak pi kuantan, umah BIL. Sekarang PIL ada kat umah, semalam hubby jemput. Dan, esok nak singgah Pekan, nak melawat makcik yati aku yang accident dulu..ingat tak, aku pernah tulis pasal opah pahang aku yang meninggal dalam kemalangan jalanraya, dan makcik yati aku yang patah kaki tu? Sejak hari tu aku tak sempat lagi nak menjenguk makcik, jadi minta izin hubby nak singgah, since aku nak amik penapis bio-aura kat makcik utk kak shilla.

Hari ni hadif ada Party. Ada celebration teacher's day. Pakai baju party. Bawak food bagai. Happy je mamat tu. aku kasi can dia pakai sandle crocs dia. Sekali tadi, babah dia call, kata dia kelam kabut cari sandle dia..hahaha kes lupa pakai sandle lain la tu. Hadif...Hadif..

Petang ni ada swimming lesson. Aku tukarkan hadif gi session hari Jumaat. Tak ramai sangat orang. Kalau weekend, aduh..ramai giler..rasa macam kena kuak kepala2 orang lain kat dalam pool tu kalau nak berenang. hahaahha.

Ok, aku nak balik umah mak, hari ni parents in law dan hubby dan anak aku makan tengahari kat umah mak aku...kata kan besan..mestilah nak sambut tok besan datang kan...hiks...

ok bye!

Wednesday, May 20, 2009

Typing Speed

jumpa xtvt ini semasa membaca blog Azura, kakak ipar ana. Lama tak mengasah skill typing. Dulu masa kat Uitm salah satu dari subject wajib nih. Mula2 belajar menaip menggunakan teknik yang betul, aduh..gile kentang susah. Sampai Puan Ramnah ketuk jari aku dgn ruler. hahahah. Ye la, aku ni memang tak berseni, cam manalah boleh amik course secretary pulak. hahahha. Tapi, belakang parang kalau diasah pun boleh tajam, kan. Practise make perfect gitu.


62 perkataan

Speed test

whoha...tanpa buat salah okeh. Tapi memang la dah karat skill aku, dulu rasanya lagi laju kot... kengkawan, meh la sama2 kita tengok berapa speed typing kita..kehkehkeh

So, nak suruh la beberapa kaum ibu dan kaum anak dara yang dikasih utk buat yek..

1. Suei

2. Asmara

3. Rosmona

4. Kak Ain

5. Mama Apih (hahahahha buat tau..)

Dan, sesiapa yang nak buat...sila..sila....

Tuesday, May 19, 2009

Mode: Nyaman!

Aku dalam mode busy menguruskan pertukaran flight balik boss dari Manila. Tak de cerita yang menarik nak dicerita. Sangatlah suam2 suku. hahhahah

Malam ni hubby balik kerteh. Ada kursus 2 hari. Tinggallah kami dua beranak lagi. Dah biasa...dah biasa...walaupun sebenarnya hati meronta nak ikut..hiks. Mana boleh. Aku kena simpan cuti. Maklumlah, cuti earn basis gitu. Kadang2 aku ikut jugak hubby bila dia ke kerteh atas tiket berkursus. Tapi sejak ada Mesra Mall, baru sekali je sempat ikut dia ke sana, itu pun sebab dia nak pi ambil kasud red wings dia. Kasut dia kena curi. hihihi. Selalu kalau ikut hubby pi kursus, kami amik peluang utk berehat2, tido, makan dan tido. Pas tu bila petang, pi jalan2 kat pantai kemasik. Nyama je. Oh, bestnya! lama tak pi Kerteh.


gambar lama, masa ikut babah pi opis hari tu :P

Monday, May 18, 2009

Mother's Day Present

Balik dari keje petang tadi dok dengar celoteh hadif pi tengok movie dgn babah dia. Enjoy dua beranak ni outing together. Jeles..jeles...jeles.. aku sampai je terus prepare air teh, nak minum petang, sekali babah hadif pakaikan aku blind fold bagai...pas tu dua beranak tu cakap suprise....sambil bagi kotak handphone baru. Aku sampai speechless ko.



Hubby cakap hadiah utk mother's day. Hadiah hari ibu, hari isnin..hari segala hari. hahahaha. Tapi serius aku terharu. Nak tau sebab apa? Memang la aku ada ura2 nak beli tipon baru sebab N70 aku hari tu berenang dalam baldi, tapi bila aku nak beli je hati jadi berbelah bagi. Sebab aku ada hp lain yg masih aku boleh guna. Tadi baru kak shilla bebel2 kat aku suh beli tipon baru since sometimes bila diorang call aku, diorang tak dengar suara aku. Tapi pada aku, telefon utk aku jawab call, buat call dan type sms. Jadi aku tak la kisah sgt kalau pakai tipon basic sekali pun. Sebelum ni hubby dok suruh aku pi beli tipon yang aku nak, dia bayar ler kan, tapi aku tak nak. Last2 dia beli jugak tipon utk aku. Dia kata senang nak update blog time pi vacation nanti. Terharu...thanks yang...memang tak tau nak kata apa.

Thanks for the gift. Really appreciate it. Sohihlah aku terkial2 mula2 nak pakai hp ni...hahahaa

Entry express rakyat

Hujung minggu yang penuh dgn xtvt. Ok, akan di up date satu persatu.
-Pertama-

Sabtu pagi, di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, ada Anuual Sport Day for Q-Dees Kota Kemuning. Ya Allah, panasnya hari. Aku ni dah rasa cam hangus kat situ. hiks. Hadif masuk acara bawak bola pimpong dalam sudu. Punyalah selamba cik abang tu...tak de daya bersaing langsung. Yang dia tau, dia bawak dgn selamat ke sarang telur tu. Aku punya lah bersorak suruh dia cepat, dia boleh cakap "jangan cakap dgn hadif, nanti ball jatuh..." aiyokk. hahahah. Tapi semua dapat hadiah. Dah la tu, bila dah amik hadiah, macam menang oscar pulak dia cakap kat babah dia " babah, this is for you..."
Hubby cakap aku hati halus sebab dok sebak sebik tengok anak buat perbarisan, masuk acara, terima hadiah. hahahha. Every mother will felt the same eh?

Masa kat sport day tu, aku sempat berkenalan dengan silent reader blog aku, Emily Thanks Emily for read my blog. Malu sey... Emily ni siap bagitau satu persatu tentang aku, dan apa yang pernah aku tulis. Apa pun, to Emily, keep reading okeh... :P



Ni gambar curi...hiks..larik....

-Kedua-


pic yg ni amik dari fp Siti Ruzaimah

Habis je Hadif sukan, kami terus ke Kompleks 3C, Sunway. Join Fotokids day out, tapi kami dah lambatlah kan. Tak pe, biar lambat janji join yek kawan2. Hahahaha. Sempatlah hadif join satu xtvt. Masa tu dah ramai yang dah nak balik. Nampak gayanya tahun ni macam kurang sambutan sedikit. Mungkin masing2 ada rancangan lain, tapi bagi aku, kalau ada kesempatan, aku mesti join sebab masa ni boleh berkenal2an dgn kawan2 yang selalu hanya dapat dikenali melalui blog atau pun fotopages. Sempat kenal dgn kakak ipar ana, my neighbour; Azura.

-Ketiga-

Tak ambil gambar. Aku adalah penat.
Hadif's swimming class at Pusat Akuatik. Letih tau pakcik ni. Dia nak ikut cara dia jek, sampai training instructor tu nak charge aku fees lain utk beri perhatian kat hadif je. hahhahaah. Habis swimming class kami pi makan kat Restoran Geng. Yang Upin & Ipin tu. Makanan adalah biasa2 je, dan servis adalah lembab. Amik order cepat, tapi makanannya sampat sangatlah lambat. berjinggut tau.. Pangkah!

-keempat-

Malam final AF7, kami 3 beranak bantai tido dek keletihan...
Ahad, 17/5/2009

-Pertama-
Bangun pagi, pi umah mak. amik nasik lemak. aku tolong bungkus aje la. Pagi ni ada perjumpaan penduduk Hazel, berjaya park. Best, dapat jumpa jiran2. Kami bincangkan tentang nak buat pagar utk keseluruh taman. Nak cari guard baru. Guard yang sekarang adalah sangat hampeh. Bayar RM50, service cam RM5 punya service. Dang!
Lepas tu aku pi econsave, beli barang2 nak buat nasik ayam. Atok Hadif request nak makan nasik ayam. Setelah bertungkus lumus kat dapo, siap la nasik ayam dan menjadi hidangan makan separa petang kami. Kenapa aku kata separa petang, makan tengahari pukul 4 petang okeh. Mana taknya, habis perjumpaan penduduk dah pukul 12 lebih, pas tu balik umah kejap dok sidai kain, pi beli barang dulu kat econsave...ha, amik, makan tengahari pukul 4 petang. Happy tengok hadif makan 3 kali tambah. Overall, hubby kata sedap, cuma kena kurangkan minyak kat nasi tu. Aku? macam biasa, kalau aku masa, memang tak de selera nak makan.

ayam yg dah siap di 'botox'kan. tegang kan kulit dia? tinggal nak goreng je nih..

-kedua-


Petang gi Pusat Akuatik, jumpa Matlan (kawan hubby) and family kat sana. Jumpa Norlie and family jugak kat sana. Hadif dok tanya, "mama, wana ada ke petang ni?" aku jawablah "hari ni bukan swimming kelas, wana tak de lah.." tapi ada 'jodoh' pulak..wana pun mai swimming kat situ hari ahad. hahahahha

-ketiga-

Habis swimming balik rumah with Matlan & Co. Lepas solat bagai aku masak nasi, goreng telur and goreng cendawan (sebenarnya maklang hadif yang goreng...dera sikit..hahahha) dan hubby pi beli lauk2 lain. Tak de maknanya nak masak yek, aku penat. Lepas tu kawan2 maklang hadif pun datang jugak, sempatlah diorang makan nasik kat umah kami. To Ira, Aida and Fariq, thank you for coming, jangan serik datang umah along ye, maklumlah, kena basuh pinggan. ok bye!

-keempat-

Tetamu dah balik, aku dah mandi dok lepak depan tv, tengok CSI. Apa lagi, rancangan kegemaran aku ler. Lepas tu naik atas katil, tido. Tipu lah, sebelum tido dok sembang bagai dgn hubby. Dok teringat pasal aku masuk acara ibu2 kat tadika q-dess semalam. Aku belasah lunggah je orang kat tepi aku sebab nak rebut kerusi. hahahha. Dapat lah hadiah saguhati. janji dapat kan? hahahhaa. gelak jahat.



Dan, hari ni, badan aku sengal2 lenguh segala. Jeles sungguh tengok hubby dan hadif yang bersenang lenang kat umah. Oh ya, hadif cuti hari ni, dua beranak tu nak pi menonton movie. huaggh..saya sangat jeles....huhuhu

ok bye!

Friday, May 15, 2009

Boikot!!

Cerita boikot memboikot produk amerika ni dah lama. Aku dan hubby pun turut serta memboikot. Lama sungguh aku tak makan McD. Hadif pun diajar, apabila dia buka mulut minta McD, kami akan kata "boikot". Sampai dia boleh cakap gini

Hadif: I want to eat Mcdonald, but...boikot!

hihihi. aku gelak je. Memang kami berusaha utk berpegang pada keazaman tak mau makan mcdonald, dan alhamdulillah, kami berjaya. Lapar setahap mana sekali pun, kami tak akan ke mcdonald. Boleh pun. Ye la, selama ni disogokan dgn pelbagai fast food, dgn cara memboikot ni, at least pengambilan makanan segera dapat dihentikan. Hadif pun dah macam get use to it.

Baru2 ni, mak lang dia menjemput dia balik dari sekolah. Dengan maklang, walaupun rakan bergaduh dia, tapi bab mencairkan perasaan maklang dia, dia memang teror. Puaslah dia kecek maklang dia nak makan bubur mcdonald. Maklang dia ni pun apalagi, cairlah. Telefon aku di opis. Mulanya memang aku tak bagi, tapi bila maklang dia kata kesian kat Hadif, dah la Hadif ni bab makan sangatlah memilih, aku pun tak sampai hati, aku berilah keizinan pada maklang hadif utk beli bubur sahaja.

Mak Lang: Boikotlah hadif. Tak boleh makan kat McDonald ni...
Hadif: Mana ada boikot, tengok tu, orang ramai!

Aduh....macam mana yek? Anak itu terlalu menguji. tak pe lah, aku akan cuba dan terus mencuba. hihihi. Bak kata ayu, kita kena istiqamah. Aku tak mahu hadif membesar dgn makanan segera. Sebenarnya banyak lagi yang kami boikot utk hadif, contohnya magee mee, twisties, air berkabonat dan segala junk food. Mula2 dulu, memang susah nak menerangkan pada dia mengapa dia tak boleh makan, tapi sekarang, alhamdulilah, dia sendiri dah tahu yg dia tak boleh makan. Ada masa bila bagi peluang dia makan, tak habis pun dia makan, sebab dia tak biasa makan kan...

Oklah, nanti cerita lagi. Esok Hadif ada Annual Sport Day. Mama dia yg excited nak tengok anak bersukan. Jumpa lagi..daaaa

Thursday, May 14, 2009

jawab tag ana

1- 5 names I go by :

1. Yang/Mama - Hubby panggil. Mama pun dia panggil jugak. Hadif pun panggil mama.
2. Intan- Mak, abah, kengkawan UiTM Perlis, UiTM Perak, saudara mara
3. Along - Adik2 panggil
4. Azila - officemates, kawan2 pun ada panggil ....
5. Ila- ex-officemates kat cadbury dulu...


2- 5 Jobs I have had in my life :

1. Data entry clerk kat Avon Cosmetic Sdn Bhd - masa tunggu result SPM
2. Data entry clerk kat Cadbury Confectionery
3. Event management Supervisor & Insurance clerk - time cuti semester...rajin kan? hahahha
4. Keje kat Legal Firm - bapak la sekso..keje banyak, pas tu sampai malam2 kena buat keje..
5. Keje kat Gas Malaysia ni..kat HR department..tak tau la sampai bila...hikhikhik

3- 5 place I have lived before :

1. Shah Alam - hometown..
2. Kuala Pilah - den sekolah menengah kat sano..merantau gitu...kuang kuang kuang
3. UiTM Perlis - jadi orang perlis...di situ la aku berkenalan dengan sahabat baik ku...ayu teh ais..ayo...lariks...but ayu..i tell u...memang terpahat dalam memori time kita kena kejar peminat dari gerai sampai depan kolej mayang gara2 hang mengidam teh ais di malam hari...hahahahah
4. UiTM Perak - Manjung yang nyaman...kenangan indah, masam, manis semua ada
5. Back to Shah Alam balik - kawin, beranak pinak... insyaallah until bercucu...


4- 5 TV shows that I watch currently :


1. CSI - NY, Miami, Crime Scene
2. Early Edition
3. Semanis Kurma
4. kengkadang kalau sempat tengok slot Matahari
5. Cartoon Network...tom and jerry...layan hadif la ...apa lagi..hiks

5- 5 place I have been :

1. Laguna Lagoon, Redang Island
2. Kota Kinabalu, Sabah
3. Kuching, Sarawak
4. Cameron Highland, Damai Laut, Taiping...
5. Langkawi - fav. places...dalam setahun tu mesti pergi..ada masa setahun dua kali....aje yang gila...

6- People that e-mail/contact me regularly :

1. hubby time dia kat offshore
2. boss (la ni kat Manila)
3. kengkawan..suei..mana dikau..sejak naik pangkat ini senyap sajor..

7- 5 of my favourite foods :

1. Nasi Ayam (tak dapek nak nulung..pi bercuti pun order nasik ayam..hubby selalu komplen..hiks)
2. Cheese Cake
3. Roti Nan
4. Tom yam
5. Asam Pedas mak masak, kalau aku masak tak best..hahahaha

8- 5 things I would like to do :

1. Nak balik jumpa hubby...yihaa hari ni dia balik dari offshore...windu maaa!
2. Nak make sure Hadif siapkan homework dia
3. Nak pi spot day sekolah hadif Sabtu nih
4. Nak pi fotopages gathering, also Sabtu ni
5. Nak kena hantar hadif pi swimming class also sabtu ni
6. Nak gather info utk percutian yang akan datang... I like!

alamak..terlebih sudah..hahahaha

9- 5 friends I think will respond :

kalau tak respond pun kenalah juga respond yek...pleashhhhh...

1. Suei
2. Hasney
3. Ibu Hanna
4. Mama Tica & Haziq
5. Mama Zana

Monday, May 11, 2009

Cerita tentang pelbagai

Hari ni masa kat opis, mak lang hadif call. Mak lang bgtau Hadif tak mo buat homework.

Maklang: hello mama, tengok hadif ni tak mo buat homework.
Hadif: oklah..oklah saya buat.

p/s: dgn mama je dia dengar kata.

lepas letak telefon, gaduh balik dgn maklang. Ada ke dia suruh maklang dia mintak maaf dgn dia. Hadif dgn maklang ni kalau ditengok memang macam sebaya. Yang maklang suka menyakat, dah hadif memang anti giler dgn maklang dia. Ada masa, aku pun pening. Ada masa, bila aku kata nak ajak maklang dia pi mana2, dia boleh marah dan tak kasi aku bawak maklang dia. Hish, sampai pening gak la kepala aku bila dua orang ni dah start bergaduh. Maklang hadif ni memang minat dia menyakat. Lagi hadif marah, lagi la dia suka. Aku tunggu je giliran nak kerjakan anak dia pulak. Bila aku warning, tau pulak gentar. Takut aku picit2 anak dia..hahahha.


ni masa tengah baik. kalau tengah gaduh, sabar ajelah aku!


Hadif sekarang ni cukup kuat merajuk. Tak dapat apa yang dia nak, mula la tarik muka. Ada masa aku layankan jugak (iyola, anak den sorang yo...) tapi ada masa aku bolayan jek. Tengok lah muncung dia kalau dia merajuk tu. Boleh gantung hanger baju kat muncung tu.

Lagi dua hari hubby akan balik dari offshore. Weekend ni rasanya will be very busy buat kami anak beranak sebab hadif ada sport day, pas tu aku nak pi gathering fotopages kat sunway, then ada swimming class utk hadif. Lepas tu nak settlekan rumah yang dah pun disewakan balik. Alhamdulillah, lega sikit hati aku dapat penyewa yang dah kawin, kalau student...alamatlah sakit balik kepala aku. Dah jodoh agaknya umah tu nak dapat penyewa yang bernama "azam" . Penyewa terdahulu pun namanya Azam. Semoga tak de apa2 masalah lagi la lepas ni. Letih nak mengisahkan orang nak sewa rumah ni. Lega skit bila dah ada orang yang akan jaga rumah tu. Ye la, dari amik kunci, aku tak pernah pun duduk rumah tu. Memang utk disewa, tapi tetap sayang sebab rumah yang kita belikan.


Dan...macam biasa, hubby memang berpegang pada KPI dia...bercuti 2 kali dalam setahun. Dan, kali ni, destinasi yang dipilih memang mengujakan. Ke mana? nanti bila tiba masanya akan dikongsikan cerita pengembaraan kami. Thanks hubby belanja tiket. We love u!

Sunday, May 10, 2009

Swimming sempena Hari Ibu


Selamat Hari ibu semua. Aku meraikan hari ibu bersama2 hadif di pusat akuatik. Hadif ada swimming class. Poyo sungguh anak bujang aku itu. Kononnya takut dgn air la, itu la..ini la. May be for the next lesson aku tak mau tunjuk muka aku dekat2 situ. Dia, kalau nampak mama dia, mula la mengada2. Actually dah lama bercita2 nak hantar hadif belajar berenang. Tapinya dia memang tak mesra air. Dulu, masa kami ke pulau redang, dia bantai melalak takutkan air. Mujur bila dah enroll ke Q-Dees, ada pulak kelas swimming, jadi dia dah mula jinak2 dgn air. Babah dia pun belikan buku cerita Sidney won't Swim. Bacakan sebelum dia tido. Sampai mulut dia fasih bercakap "swimming isn't dumb..swimming is fun " hahahaha.

So, bila Norlie cakap ada swimming class utk anak2 kami, laju aje aku daftarkan Hadif. My officemate Ida pun masukkan anak dia Hakimi dan Farish. Dalam hati tu risau jugak kalau Hadif tiba2 tak mau, ye la dah bayarkan...tapi alhamdulillah, walaupun poyo2 gitu, tapi dia nak jugak la belajar. Dekat 3 jam berendam dalam pool, naik berjelaga muka anak bujang aku tu. Tapi dia pun nampak happy. Jadi tak kisahlah kan...

Balik dari Akuatik, aku dgn Hadif pengsan. Aku yang rasa letih melebihi Hadif, pasal aku yang tidur dulu dari dia. Tapi, cik abang tu kalau dah tido, siap dgn dengkur2 dia lagi. hahahha.

Oklah, melihat hadif yang dah lena diulit mimpi tu, aku rasa cemburu pulak. Nak join jugak lah. :P sebelum tu, ni gambar hadif yang turut nak wish kat semua auntie2 Happy Mothers' Day...


Friday, May 8, 2009

Mothers' Day



Mothers' Day is all about thanking you...

for starting my day on a healthy note

for that delicious breakfast , lunch and dinner

for making sure I am punctual to scholl...

for that advice that make me look cool

for conforting me whenever I start to panic

for nursing me when I am down and out

for telling me when to speak and when to shut my mouth

for raise me up and growing up

for being my nurse, chef and teacher...

Most of all...for being you!

I love u so much mom. Thank you for everything.

-intan-

p/s: hari ni masa dalam kerete, dengar lagu Aishah, syurga di bawah telapak kaki ibu...berderai2 air mata aku nih. Sampai kat opis masih lagi hujan. huhuhu malu nak keluar kereta. Tapi memang touching kan lagu tu, sentiasa buat aku menangis. Bukan senang jadi mak. Bila aku dah ada anak, baru aku tahu, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Segala2nya nak diberi pada anak, kalau minta hati, limpa, usus dan segala pun sanggup aku bagi. Gitu ek dah jadi ibu. Untuk diri sendiri ketepi jauh.

Jauh disudut hati, sentiasa mendoakan Hadif menjadi anak yang soleh, taat dan berjaya dalam hidup. Dulu mak selalu cakap "kalau mak tua, korang tak mau jaga mak, hantar aje ke rumah orang tua". Marah betul aku bila mak cakap macam tu. Selagi aku bernyawa, rasanya tak mungkin aku akan biarkan mak hidup sengsara. Dan, bila aku dah jadi mak ni, baru aku mengerti kenapa mak cakap begitu, kerana aku pun rasa begitu. Bagi aku, membesarkan anak bukan utk mengutip hasil dari anak. Sebagai ibu, membesarkan anak merupakan tanggungjawab aku. Jika aku mampu menjadikan Hadif seorang insan, aku harap dia boleh hidup dengan bahagia dan berjaya. Aku tak harap pun balasan wang ringgit dari dia. Asalkan dia menjadi seorang anak yang mendoakan aku, ibunya...itu cukup bagi aku.

Aku pernah bercakap dgn seorang kawan, memang tanggungjawab kita membesarkan anak, dan andai kata bila tua, anak tak mampu nak balas jasa kita, tak kan kita nak kata anak kita tak mengenang jasa. Memadai dia menjadi seorang manusia yang berjaya, yang mendoakan kita, sudah cukup. Aku? aku bekerja, insyaallah hubby pun ada. (kalau salah seorang tak pergi dulu ler...) Kami bercita2 utk melakukan apa yg tak sempat kami lakukan bersama diwaktu muda2..diwaktu anak kecil. Contohnya bercuti berdua2. Rasanya sekarang kalau nak pi bercuti berdua tak mungkin terjadi. Sebab tak kan sampai hati nak tinggalkan hadif. Tinggal sekejap pun rasa hati dah meronta teringatkan dia. Agak2nya, bila kami tua, hadif akan ingat tak kami macam kami ingatkan dia? emmm...aku pun tak tau. Korang tau? hiks.

Sebagai seorang ibu, sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak. Terima kasih mak. Terima kasih atas kasih sayang dan terima kasih kerana menjadi kawan baik selama ini. I love u so much. (again! kesat air mata..hubby kata aku emo...huhuhu)

Wednesday, May 6, 2009

tebal atau nipis?

Alhamdulillah, selesai sungguh semester yang mendebarkan. Yelah, kebanyakkan subjectnya sangat menjerat jiwa...statistic la..marketing la..law ler...economy la...fenin. Habis je exam rasa nak menjeri suka. hahahah tu la, dulu suh belajar nak kawin. amik ko. wakakakkaka.

Hajatnya nak update blog dgn macam2 cerita, tapi towards the end cerita tepu sahaja dalam minda. Penat sangat sebab dok berulang alik ke seksyen 16, sebab rumah yang aku sewakan tu penyewanya dah keluar, dan aku dah iklankan dalam mudah.com.my so ramailah jugak yang call dan nak tengok rumah. Hari ni pun ada lagi yang nak tengok rumah. Hari tu penyewanya orang bujang, dah elok2 dia kena trasfer pulak ke Johor. Aku ni seboleh2 tak mo student yang duduk pasal ada sekali tu aku kasi student uitm shah alam duduk, punyalah menyakitkan hati. dengan bil api air yang tak berbayar...rumah tak berjaga. Dah la maintenance fees aku yang bayar. songeh betul la budak2 sekarang ni. Tak sensitif pada kemanusiaan betul. Tak kan nak duduk free je kan. Nama pun rumah sewa, mestilah kena bayar.

Lately ni my sister selalu ada kat umah, and for sure hadif dan dia akan bergaduh. Serius. Macam sebaya je mak lang dia dgn hadif tu. Baru2 ni hadif sound maklang dia:

Hadif: Maklang ni seksi lah.
Maklang: Kamu tau ke seksi tu apa
Hadif: Seksi tu macam Aku Stacy la...
Maklang: along....ko dengar apa anak ko cakap nih...

hahahhaha. Manalah dia belajar. Pening aku.

Ada satu hari tu, dia main basikal kat porch. Babah dok bising takut kene kereta, dia boleh cakap kat babah dia "trust me..."

Hadif dah besar. Since dia tak mo berenggang tido dgn kami, hubby beli satu tilam angin letak kat sebelah katil. Dia akan tido kat tilam dia walaupun babah dia tak de. Aku ni, as a mother, ada masa tu tak sampai hati, ajak la dia tido kat katil aku, dia jawab gini:

Hadif: tak pe la, hadif tidur kat tilam hadif saje...
huaaaa...dah besar...tak mo tido dgn mama dah..tapi tak mau pulak tido bilik dia sendirik. chait.

Ahad ni Hadif ada swimming lesson kat Pusat Akuatik. Harap2 dia oklah. Rasanya ok sebab kat Q-Dees pun dia ada swimming class dan according to Puan Nani dia dah happy swimming sekarang.

oh, berapa hari lagi hubby akan balik? jawapannya 7 days more to go...

Pagi tadi dengar Era. Sekarang aku layan Aznil dgn Din Beramboi. Hadif pun tau, dengar je suara terus cakap "ni suara uncle aznil kan mama?" bila ntah aznil tu jadi uncle dia..hahahha.
Debat pagi tadi tentang tebal atau nipisnya sifat romantis pasangan kita. Aku dok gelak je dengar ada yang suaminya terlampau romantik, ada isteri yang over romantik. Aku? aku rasa aku yang sedang2 jek. Hubby pun gitu. Takap kalau nak pi keje tu dia kiss my forehead, panggil aku yang... gurau2...peluk2...tu biasa dah. Kalau yang tebal punya romantik tu aku pun tak tau cam ne..hihihihi. Tapi, yang pasti, tak kira kat offshore ke, kat darat ke, perkataan I love you tu mesti sentiasa digunakan. Kalau cakap telefon, nak letak tu cakap la I love you. Kalau lupa..tanya tak u love me tak? hahahhaha :P

semalam sempat borak dgn sorang kawan yg hubby dia kena transfer ke Perak. Kawan aku tu tak de baby lagi. Sure dia bosan. Tapi tak pe, kadang2 bila berjauhan ni la jadi kasih sayang tu bertambah erat. Hubby selalu pesan kat aku, bersuamikan orang keje offshore, aku kena kuat, kena tahu berdikari. Tak boleh cepat melatah. Maklumlah, kalau tayar kereta nak pancit pun time hubby tak de, kalau paip air bocor pun time hubby tak de, anak demam pun time hubby tak de...kena bersedia. Paling penting pada aku kena redha dan enjoy...enjoy life. Tak boleh sedih2, dah memang takdirnya suami kena cari rezeki melalui cara kerjanya begitu, kenalah redha. Alhamdulillah, aku happy dgn hidup aku walaupun ada masanya rasa sedih juga bila ada masalah, rasa need someone to talk hubby jauh. Tapi apa ada hal, cakap telephone, call aje... sekarang ni dah mudah. kan? macam orang cakap tu...semakin hari semakin sayang? oh lala...

oklah, aku nak sambung keje sikit. Hari ni ramai tak de kat department. yang gi teambuilding, yang cuti. see you... babai.

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja...

Hari ini adalah hari pekerja. Dek aku seorang pekerja, maka aku pun bercutilah pada hari ini. giler kentang statement ini. Ayat merapu. Mulanya dok citer kat hubby yang dah balik offshore tu, aku dgn hadif nak pi jogging. Hubby siap cakap "jogging atas katil..." hiks. betul la tu.

Aku siap sidai kain, pas tu breakfast dgn hadif. Teringat pulak janji nak visit baby pak li dan ani. So, suruh hadif siap (see, senangkan anak dah besar, pakai baju, pakai seluar sendiri..) pas tu kami pi la tengok baby Alisha Irdina. Ceh, kemain glamour nama anak si Pak Li. Muka pun dok saling tak tumpah muka daddy dia. Ceh, (again!) Ayu, ko jangan tak tau, Pak Li dok bahasakan diri dia daddy... wakakakkaka. Sempatlah aku sembang panjang dgn Ani, isteri Pak Li pasal anak2 yang lahir tak cukup bulan nih.

Balik dari tengok baby kami lepak umah jek. Hadif layan kartun, aku layan mengemas umah apa yang patut. Dan, sekarang ni ada kat umah mak. Nak buat revision statistic dgn dila. Maklumlah, dia cerdik statistic sikit compare to aku..hahahhahaha :P

Mak tengah sibuk2 mengemas, esok nak pasang kabinet kat family hall dia. Sekali aku tengok ada album masa pi honeymoon dulu. Masyaallah...time tu...tak le comey sangat cam sekarang. Time tu gi Melaka, dalam pakej berbulan madu, tapi singgah attend weeding matlan dan zura di ayer keroh. Time tu geng2 hubby sumer pakat2 kawin. Dan, sekarang, diorang sumer dah dua tiga orang anak..kami je masih satu. huks..


posing kat kete sape ntah. kredit jugak kat kete tu yang membuatkan gambar aku nampak live. hiks


masa ni singgah kat Pengkalan Balak.


ni masa attend wedding matlan dan zura kat ayer keroh

Rasa kejap je masa berlalu. Time tu aku baru 24 tahun..sekarang dah 13 tahun..aha...kelas gitu. Kak yang kata "comel along masa tu, patutlah abang long sayang" eh, sekarang lagi comel apa, tapi adakah abang long masih sayang macam dulu? yang..jawab sikit. Aku pulak rasa, semakin hari semakin sayang. poyokan. Tapi memang betul pun. Sumpah tak tipu.


letak gambar pasangan yang tengah in love giler... :P

p/s: gambar ni scan jek..so kualitif sangatlah tak memuaskan.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!