Monday, November 30, 2009

Bersakit-sakit dahulu, Bercuti-cuti kemudian


Dari minggu sudah, sehingga esok, saya masih lagi dalam cuti sakit. Saya kena penyakit kaki tangan dan mulut atau lebih sinonim HFMD. Sakit segala sendi. Duduklah saya dengan Hadif di rumah, berkuarantin. Hari Rabu pula ada appointment dengan Specialist di KPJ Selangor. Nampak gayanya untuk minggu ini saya tak akan masuk ke pejabatlah jawabnya. Hari Khamis dan Jumaat saya memang bercuti. Tak apalah, Allah beri kesakitan, dihujungnya disudahi dengan percutian. :) Oh tidak, sakit ini bukan permintaan saya, tetapi percutian memang saya suka..hahahah. Tak sangka pula saya akan cuti panjang. Bak kata suami tercinta "sakit bukannya awak plan..." bila saya mengomel kerana terpaksa menyambung cuti sakit hari ini dan esok.

Saya akan up date kemudian tentang percutian akhir tahun kami. Semoga Allah permudahkan perjalanan, dan diberikan saya, hubby dan Hadif kesihatan yang baik. Sepanjang cuti sakit ini, saya memang berkurung di rumah sahaja. Semalam pula di serang sakit kepala yang kronik. Siap dengan muntah bagai. (oh, apa kah? hahahah) Jadi, saya memang patut pergi bercuti dengan percutian yang menyeronokkan...hihihi.

Semalam Hadif dan Babah ke KLCC Convention Centre, tengok show Ben 10. Mama tinggal. Depa pi dengan kawan babah, uncle Mat Lan dan Shamil. Sekali sekala boys outing kan..kasi chance. Dah la tiket mahal, Hadif pau babah toys Ben 10 yang harga seketuinya RM25. Bukan seketul, tapi dua okeh. Melopong mama bila babah kasi tau harga...hahahahha. Hadif....Hadif...


inilah hadif, Ben 10 saya dan suami. Lately ini sangat sensitif orangnya. Apakah tandanya Hadif bakal bergelar abang? Mudah-mudahan...Amin. :)

Wednesday, November 18, 2009

Peperiksaan dan kenangan


life is great, anda bagaimana?

Semasa dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, saya sempat mendengar hot fm. Selalunya saya tak statik pada satu saluran radio, ada masa saya nak dengar sinar (kak shilla dok gelak kata tak boleh belah dengar lagu2 lama yang jiwang..hahaha), ada masa saya dengar Era, dan selebihnya dengar saluran Hot fm. Hari ni topik tentang peperiksaan dan pengalaman menduduki peperiksaan.

Tersenyum sendiri saya bila teringat kenangan semasa menduduki peperiksaan. Semasa saya di zaman persekolahan, ada beberapa pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Ada masa, hati saya berdetik, kalaulah saya tak maafkan apa yang insan2 ini lakukan pada saya, bagaimana nanti ye? adakah kami akan dipertemukan diakhirat dan masa itulah mereka2 ini akan merayu2 meminta maaf kepada saya? Tak baikkan berfikiran begitu, tetapi apabila melewati kenangan2 lalu, hati saya jadi sayu. Memanglah pada masa itu akal dan pemikiran mereka2 itu tak matang dan tak berfikir panjang apabila bertindak mahupun berfikir. Itu kalau dikalangan kawan2. Bagaimana jika yang melakukan itu seorang guru?

Semasa saya di tingkatan 4, (tinggal di hostel) saya pernah jadi mangsa "bahan cari pasal" oleh seorang guru. Semasa ini dia menjadi warden. Biasalah zaman muda2, zaman ada peminat, zaman cinta monyet...salahkan saya apabila ada orang nak berkawan dengan kita? salahkan saya apabila ada orang minat pada kita? Siap keluarkan arahan, jika keputusan peperiksaan menurun, kami akan didenda mencuci tandas, keputusan peperiksaan akan ditampal di papan kenyataan di sekolah. Apa relatednya keputusan budak asrama ditepek di papan kenyataan sekolah kalau tidak bukan untuk memalukan pelajar, betul tak?

Semasa arahan itu dikeluarkan, saya mengambil keputusan untuk menerimanya secara positif. Saya mulakan langkah untuk belajar bersungguh2 dan melupakan "honeymoon year" untuk diri saya. Bersengkang mata mengulangkaji dan memang dalam hati saya bertekad akan membuktikan pada guru tersebut yang saya bukan seperti yang dia kata. Alhamdulillah, semasa peperiksaan bulanan saya berjaya meletakkan diri saya ditempat yang "baik" berbanding dengan rakan2 sebaya di asraman. Ada dikalangan rakan2 yang keputusannya gagal, maklumlah semasa ditingkatan 3 sistem grednya berbeza, masuk tingkatan 4 sistem pengiraan grednya berbeza. Kad kemajuan pelajar2 asrama akan di ambil oleh warden. Dan diwaktu itu, saya pandang wajah guru itu, mahu melihat reaksi wajahnya menerima keputusan saya. Pelik sungguh kerana dia memandang kad laporan saya tanpa ekspressi wajah. Nampak sangat di dalam hatinya sengaja hendak mencari kelemahan saya. Lebih cenderung kepada serangan peribadi. Adakala saya menangis sendiri, wajarkan seorang yang bergelar guru memperlakukan pelajarnya sebegitu. Apa salah saya kepada dirinya. Salahnya cuma saya berkawan dengan salah seorang pelajar yang popular di sekolah. Pelajar yang menjadi kebanggaan guru2. Kalau nak dikira, waktu itu, saya sangatlah low profile. Tidak pernah menggedik2.

Semasa di hostel saya merupakan biro akademik. Semua laporan ujian pelajar akan dihantar kepada saya untuk saya rekod dan untuk ditampal dipapan kenyataan sekolah. Pelik sungguh, pada masa itu, hanya saya sahaja yang berjaya mendapat 26 aggregat, yang lain kalau tidak pangkat 3 terus SAP. Apabila saya sudah menyiapkan laporan, saya hantar kepada guru tersebut, dan apabila melihat pelajar2 yang rapat dengannya mendapat keputusan yang teruk, boleh pula dia kata tak perlu ditampal dipapan kenyataan. Tunggu lagi satu ujian bulanan. Dan, paling sedih, dia siap cakap begini "kalau pun awak dapat keputusan elok, saya nak tengok ujian selepas ini, kalau menurun keputusan awak, siaplah awak." Bukankah itu mencari kesalahan dan kekurangan saya sahaja?

Dan, sejak itu, saya tidak pernah menoleh ke belakang. Setiap ujian bulanan, alhamdulillah keputusannya akan lebih baik dari yang sebelumnya. Dan, paling membuatkan saya kuat, apabila masuk tingkatan lima, saya tidak pernah gagal mendapat aggregat yang baik, masih saya ingat sewaktu guru tingkatan saya, Puan Azlina Rabu mengumumkan kepada kelas bahawa saya pelajar yang mendapat keputusan terbaik didalam tingkatan dan saya seorang sahaja yang mendapat gred 1 sewaktu percubaan SPM. Waktu itu, saya lihat dikalangan mereka2 yang sentiasa mencemuh saya, mencari pasal dengan saya dan menghina saya hanya menundukkan wajah.

Waktu itu, didalam hati saya hanya ada satu azam. Saya ingin buktikan bahawa mereka-mereka yang menghina (termasuk guru itu) saya bukan seperti yang mereka katakan. Bukan semua guru atau rakan-rakan pelajar yang melayan saya dgn buruk. Ustaz Zaidi yang mengajar agama misalnya, sentiasa memberi dorongan, beliau juga yang mengilap bakat saya dalam bidang syarahan agama dan forum. Selepas ustaz beri saya peluang, barulah ada guru yang datang dan memujuk saya untuk menyertai pertandingan perbahasan. Kalau dulu, kewujudan saya pun mereka tak tahu!

Sewaktu mengambil keputusan SPM, sebelum keputusan diserahkan saya sempat bertemu dgn Puan Azlina, dan beliau dengan penuh keibuan memeluk saya "azila dapat gred satu...azila dapat gred satu, tahniah..." Waktu itu, saya tidak nampak pun kawan-kawan sekelas yang sentiasa mencemuh saya. Rupanya mereka sendiri tidak berani hendak mengambil keputusan sendiri. Kalau kita sudah berusaha, mengapa pula takut untuk melihat hasilnya, betul tak? Pada saya, semua yang saya terima merupakan rezeki dari Allah. Dan, mungkin juga Allah mahu menunjukkan kepada guru itu, bahawa tanggapan dirinya itu tidak benar. Bukan dia yang menentukan berjaya gagalnya saya. Dan, sehingga kini, saya masih belum mampu melupakan apa yang telah dia lakukan kepada saya, walaupun sudah puas saya berdoa semoga Allah melembutkan hati saya.

Walau apa pun, saya sangat2 bersyukur dengan kehidupan yang telah Allah rencanakan untuk saya. Walaupun suatu masa dahulu ada rakan-rakan yang perlakuannya sangat mengguris perasaan, tetapi ada dikalangannya yang apabila kami bertemu semula sekarang, datang meminta maaf diatas layanan buruknya kepada saya, dan saya dengan senang hati memaafkan kerana manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, tambahan lagi waktu itu usia pun masih mentah. Cuma, saya tidak mampu melupakan wajah guru yang pernah menghina saya, kerana dialah saya mampu mengharungi kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Dengarnya guru itu tidak mengajar lagi, sudah bertugas dibahagian kementerian.

Fuh..panjang giler luahan perasaan saya hari ini. Dari topik peperiksaan melalut kepada soal hati dan perasaan. Tetapi masih lagi tidak keluar dari tajuk. Tajuknya, Peperiksaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan..hahahaha. Sebenarnya mata saya berair ketika menaip entry ini. Walaupun kenangan itu sudah lama berlalu, tetapi ternyata saya belum mampu memadamkannya dari lipatan ingatan hidup saya. Semoga anak saya tidak perlu melalui mengalaman seperti yang saya lalui ini...Semoga Allah permudahkan urusan hidup anak saya, dan semoga anak saya tidak perlu berhadapan dengan orang-orang yang mempunyai hasad dan khianat dalam hati mereka. Amin.

Monday, November 16, 2009

An Evening of Lite Rock at Hotel Istana

Lagi beberapa hari menjelang Annual Dinner boss minta saya jadi usherette untuk VIP. Mula la dalam perut tu macam ada banyak rama-rama berterbangan. Maklum sahajalah, bila nak kena sambut VIP tak kan pula saya nak pakai jeans dan T-shirt sahaja seperti yang saya plan sebelum ni. Mujur hubby sporting bawak saya pi cari baju walaupun dah last minute..hahahaha. Overall oklah dinner kali ini kalau nak dibandingkan dengan yang lepas2.. :)

Hanya ini yang sempat disnap, lepas tu makan..makan dan makan..


bergambar dengan Mat Rock pujaan hati saya..hahahhaha

Che Din, Abang Usop & Kak Shilla. Malam tu, kak shilla yang make up kan saya. Che Din kata, barulah dapat tengok saya dan kak shilla make up. hahaha. Memang saya jarang bermake up pi opis, kalau ada certain occassion je saya tepek bedak kat muka. hahahaha

Diva2 Rock..kecuali sayalah...saya simple yang amat. Ye la, seronok2 jugak, tapi apa yang patut di jaga, kenalah jaga. Hubby kat sebelah tolong daring ...lalalalalala..


See...very simplekan..tak nampak pun cam make up...hahahah. Tapi ada certain gambar tu nampak jugak, nasib saya tak fengsan tengok wajah sendiri..hihihihi

With Kak Shilla yang ramai kata kami cam adik beradik...ye, adik beradik sepusat sepusing, mak bapak lain2 yek... :)

Abang Man Kidal yang diminati ramai...

Aizat yang cute...saya minat Aizat ok. hahahha

Peeewwwwit... Amy Search yang best... :)

Sekian, cerita memang tak ada. Saya kena bertugas, jadi banyak conversation dengan Datin dari dengan kawan-kawan. hahahahha. Cemas ok. Tapi mujurlah Datin-Datin dan BODs yang datang sangat2 down to earth. Lega sikit. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menyatakan bahawa saya sudah kurus sedikit. Walaupun tak dapat saya nak belanja, tetapi saya terpaksa mengakui, memang ada sedikit penurunan dari segi berat badan, tetapi tak dapat nak dikongsi lagi, sehingga saya benar2 mencapai berat badan yang ideal. Sekarang masih lagi obesiti. hahahahah. Gambar-gambar lain boleh dilihat di Muka Buku saya.

Friday, November 13, 2009

Selamat Berhujung minggu...

Sekejap sahaja sudah hari Jumaat.

Lately ni jarang ada masa dapat update blog. Kat opis pun sibuk memanjang. Year End kan, kerja memang tengah banyak, tambahan pulak esok ada company annual dinner di Hotel Istana. Temanya Lite Rock. hahahah. Garu kepala saya bila tau temanya dan bertambah senak perut bila semalam boss bgtau saya kena jadi usherette untuk VIP. Apalah yang nak saya gayakan bila temanya berkisar tentang rock? adoilah.

Dah la saya ni jenis kalau ke ofis pun tak bermake up. Pakai lipstik pun ikut mood. No wonder la alat solek saya selalunya akan tamat tarikh luput, dan dibuang begitu sahaja. Beli untuk certain occasion, pas tu terbiar sejuk..hahhaha. Padan la dengan muka saya, bila nak pi dinner, mengelabah...tak tau nak pakai make up. hahhahaha.

Apapun, kalau ada gambar nanti, saya akan upload gambar mama rock esok malam yek..hahahahah. Gila kentang sungguh, kalau badan tu ramping boleh la bergaya sakan..ini...hahaha.


Ini pula cerita anak bujang saya. Hadif dah tak hisap botol. Dah berjaya minum dalam cawan. Alhamdulillah senang aje nak train dia. Tak de la merengek bagai... buat aje dalam cawan, dia minum. Saya pula rasa sedih. Terasa cepat dia membesar. Botol2 dia yang banyak tu akan saya lenyapkan dari pandangan. hihihi kes takut dia cari dan nak berbotol semula. Berhenti hisap botol, tapi tak berhenti minum susu. Selalu masyarakat kita ni berhentikan anak minum botol dan minum susu sekali gus. Suruh anak minum air sirap atau air teh. Jimat belanja. Tak setuju betul saya dengan pernyataan begitu. Hadif kena minum susu sampai bila-bila.

Insyaallah bulan 1 tahun depan Hadif dah 6 tahun. Rasanya macam baru sahaja saya mengandungkan dan melahirkan dia. Syukur pada Allah kerana mengurniakan anak yang menyenangkan buat saya dan suami. Biasalah budak-budak, ada jugak masanya hilang sabar juga dengan kerenahnya, tetapi masih boleh diterima pakai. Dari zaman ligat, dan sekarang, dah boleh bawa diri sendiri. Walaupun umur Hadif baru 5 tahun, tetapi dah boleh berdikari. Kalau nak pi sekolah siapkan diri sendiri. Walaupun hanya dia seorang anak kami, kami tak mahu dia membesar seperti anak ku Sazali. Mak saya kata saya garang dengan anak. Hubby pun sama. Tetapi Hadif tetap manja dengan kami. Pada saya bukan garang, tapi tegas. Muhammad Hadif membesar mengikut acuan kami.

oh, bila bercerita tentang Hadif, terus jadi rindu. hahahah. Selamat berhujung minggu semua.

* Tetiba juga hati saya jadi sayu...saya rindu pada Ayu...semoga sahabat saya itu segera sembuh... Ya Allah...berilah kekuatan dan kesabaran buat Ayu mengharungi dugaan Mu...amin.

Tuesday, November 10, 2009

Cerita tentang sesuatu yang tertangguh

Lama tak update. Banyak cerita tetapi dah basi. hahahah. Siap ada komen kat facebook saya yang ditulis orang budak kurang kaseh sayang...lama ek along dah tak update blog. Sibuk, dan tambahan saya kurang sihat. Semalam MC. Selalu saya elak sangat MC di hari Isnin, tetapi semalam memang tak berdaya. Doktor kata saya penat sangat. Tambahan sinus datang menyerang.

Seharian duduk di rumah, saya habiskan dengan tidur. Best rupanya tidur siang ni..hahahha. Selalu kalau hari cuti, bila Hadif dan babahnya tidur petang, saya jenuh nak melelapkan mata, tak maunya lelap. Tapi semalam, tak payah tunggu petang, tengahari lagi saya dah lena...hahahha.

Mengikut kata Puan Nani, semalam Hadif ada assestment. Kira exam akhir tahun la tu. Semoga Hadif boleh jawab dengan jayanya. Masa di kampung, sempat juga kami buat revision sama-sama. Puan Nani kata jangan pressure anak. Biar dia enjoy. Tetapi hati seorang ibu kan, tetap ada risau dan mengharapkan anak dapat yang terbaik. Hello, anak awak tu baru 5 tahun okeh. hahahhaha.

Semalam, saya sempat mengisi masa yang terluang dengan menyiapkan puzzle kapal ini. Murah sahaja, saya beli ke kedai RM5 di Giant Putra Height. Seronok buat benda ini. Selagi tak siap, selagi itu tak bergerak. Bila dah siap, saya beri pada Hadif. Sejuk Hadif bila dia cakap " congratulations mama, u are the winner!" kakakakkaka. Pas tu dok cakap "terima kasih mama, sebab buatkan kapal ni untuk saya..." Nanti nak beli lagi la, nak buat lagi. Dapat membantu saya mengurangkan rasa stress sebenarnya disamping memupuk rasa supaya bersabar, dan ada keyakinan diri. Cewah, macam susah benar nak buatkan, tetapi percayalah, cuba buat sendiri, baru kita tahu sama ada diri kita ini mampu atau tidak menerima tekanan.




Ini cerita anak bujang saya lagi. Semalam, babah dia balik dari jemput dia di Q-Dees, saya tengah tidur, tetapi saya boleh dengar dia bawa balik handphone mainan. Bila saya buka mata, saya tanya dia "apa tu Hadif?" dia jawab "handphone saya, babah belikan. Samakan macam handphone babah dan mama?" Bila saya tengok, laaa...handphone blacberry tu. Bila saya tanya, hadif tau ke handphone tu jenis apa, dia jawab "blackberry" whooaaa...kelas budak2 sekarang. Malam semalam, dia siap bawa tidur handphone dia tu. Pas tu saya usik dia, "hadif jawab telefon tu, bgtau opah call hadif esok jeee..." dia boleh ikut dan jawab dalam tidur...hikhihihih...

hadif dan blackberry...awwww...hahahahah

Dan, hari ni, bila buka email, saya tengok Airasia hantar tentang free seats. SMS kat hubby. Hubby suh beli tiket ke Dubai...hahahha. Suka hati je yek, tak ingat ke income tax yang kena potong sampai 4 digit tu? Mungkinkah Dubai itu merupakan KPI hubby utk tahun depan? Insyaallah..mudah2an Allah murahkan rezeki hubby saya tu... amin. *sigh*

oklah, saya nak sambung kerja yang menggunung. Badan tak sihat ni, produktivitinya tak ada. Sampai jumpa lagi...daaa.

Wednesday, November 4, 2009

Cerita Ceriti Hujung Minggu

Kedai Tudung saya. Azila Collection ok. Thanks to hubby sebab sponsor. hahahah bajet perasan giler. Janji Kedai Azila okeh.

Dah lama tak menulis. Rindu. Rindu serindu-rindunya. Dari minggu lepas dilanda kesibukan yang melampau. Bermula dengan persiapan Karnival Hari Wanita di tempat kerja, saya masuk pertandingan gubahan bunga, Memasak, congkak dan batu seremban. Hahahahah gila kuasa, semua nak di masuk yek. Saje suka-suka, memeriahkan majlis. Balik rumah badan dah penat, nak update blog pun malas.


Weekend - makan kenduri di jalan kebun. Rumah jiran lama mak dulu. Kenduri Nikah anak perempuan tunggal. Mulanya kami pergi dengan kereta, tetapi bila nak masuk lorong rumah makcik tu, ya ampun sempit okeh. Hubby ajak patah balik rumah, ambil motor. Senang. Kahkahkah. Sampai depan khemah pengantin ko. ekkekekeke. Hadif pula, bila tengok lalu didalam kawasan kampung, sibuk tanya "kita nak balik temerloh ke babah?" kahkahkah..itu kes dah rindu nak balik kampung la tu. Dari lepas raya, tak balik kampung dek kerana pelbagai kesibukan. Tapi babahnya ada balik, ye la dia pergi kerja dan balik kerja lalu kampung dia. Boleh la jenguk orang tua sekejap.


Lepas makan terus ke masjid kerana akad nikah dibuat di masjid. Dan, bertemulah saya dengan rakan masa tadika, dah punyalah keciknya dunia kerana dia mengahwini adik kepada classmate saya semasa di sekolah rendah. Lepas makan kenduri kami balik terus ke rumah kerana hari nak hujan. Seronok juga kalau dapat naik motor pergi makan kenduri. Terasa macam berada di Parit 9 Sg. Sumun. Hubby gelak besar bila saya cakap macam tu. Parit 9 Sg. Sumun tu kampung mak saya. Oh rindunya pada suasana begitu. Sekarang tak de siapa pun di kampung. Opah pun dah ikut anak-anak, sekejap di rumah mak saya, sekejap di rumah makcik dan pakcik saya. Hukum alam. Bila dah tua, dah tinggal seorang, mana maunya tinggal seorang2 di rumah. Penyamun dan penyangak banyak. Sakit pening siapa nak tengok dan jenguk. Betul tak?

Hubby plan nak bawa kami keluar, tetapi hujan lebat pula. So, saya sempat layan tengok tv dgn Hadif. Babah dia dok lena beradu. Lepas hubby bangun tidur terus ajak kami keluar ke Bukit Tinggi. Lama tak jalan2 kat sana. Hadif pulak sibuk nak tengok wayang. Jadi kami tengok cerita Papadom. Serius ceritanya sangat menarik. Suara Hadif gelak yang amat kuat. Saya pulak jadi geli hati tengok dia. Makan malam di Secret Recipe. Hadif makan speggetti banyak. Siap suruh order lagi. Berselera dia makan sekarang. Tapi tak de maknanya saya nak order lagi. Memang confirm la tak akan habis. Macam la perut dia tu besar sangat. Saya dan hubby sangat happy sebab Hadif dah berselera nak makan sekarang. Kenyang jadi perut bila tengok dia makan dgn sungguh2.


ini pun xtvt weekend. upgrade...upgrade jgn tak upgrade babah... :)

Gitulah cerita weekend. Semalam saya rasa macam nak masak. Kesian pulak dengan anak bujang saya tu yang tengah berselera nak makan. Ada satu malam tu, dia bantai order nasi goreng, masa tu dah pukul 10 malam. Babah dia la keluar pi cari nasi goreng utk anak bujang dia tu. Balik dari ofis saya terus singgah ke Pasaraya Econsave. Beli barang-barang basah dan sedikit stok utk rumah. Masa nak bayar tu, casher tu siap tanya, susu ni buat stok ke? Setakat 7 pek susu usahkan nak buat stok, sebulan pun tak sempat. Mahal betul susu budak sekarang kan? Nak berpinar mata saya bila susu Enfakid A+ yang biasa Hadif minum tu harganya satu tin RM87. Adoilah. Nasiblah anak saya seorang. Tapi seorang pun, kalau sebulan duit susu je mencecah RM500...fenin jugak. hahahahha. Tetapi, bila fikir balik, kita bekerja, cari rezeki..utk siapa? berbaloilah kerja keras kita kalau dapat beri yang terbaik utk anak kita kan.


Sampai rumah, terus kelentang kelentung di dapur. Masakkan Hadif sup ketam, dan utk hubby dan saya, saya masak ketam goreng berlada. Terima kasih kepada hubby sebab puji saya masak sedap. Awat, selalu masak tak sedap kaa? hahahhahaha. Alhamdulillah, walaupun cuma 2 jenis masakan, sempat dimasak sebelum pukul 8.00. Lepas maghrib dah boleh makan malam. Walaupun penat, tapi hati puas. Tapi masak simple2 aje la, tak dapat la berjenih dan berbagai2.

semua berunsurkan ketam. senang dan mengenyangkan. :)


Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!