Monday, May 31, 2010

Alhamdulillah...syukur pada Allah.

Weekend tempohari saya ke melaka. Melawat adik yang belajar di Utem dan nak ambil barang2 dia, dia dah nak habis belajar. All the way saya drive pasal hubby di offshore. Hari Sabtu dah balik semula ke Shah Alam kes saya tak mahu bersesak-sesak di hiway. Malam tu sampai di rumah tiba-tiba gatal nak buat UPT. Kebetulan pregnancy kit test tu ada je kat umah. Sekali saya tengok 2 line. Terperanjat terus tunjuk kat mak abah yang ada kat umah saya masa tu.


buat test malam2...sekali tengok 2 line...hahaha


Pas tu terus call hubby kat offshore. Hubby suh buat test pagi-pagi pulak. Ni kes tak berapa nak percaya la ni..hahahha. So Ahad pagi saya pi Pharmacy, beli Clear Blue. Ha, amik, sudah terang lagi bersuluh. Syukur, alhamdulillah, penantian yang akhirnya membuahkan khabar gembira.


sudah terang lagi bersuluh..hihihi


Pagi ni saya pi jumpa Dr. Fadilah, di klinik Famili. Masa tunjukkan UPT tu doktor yang menjerit suka. Maklumlah, dia pun tahu dah lama saya tunggu berita ni. Bila dia scan, tengok baby dah lebih dari 10 minggu. Lagi la dia menjerit, "tengok La, dah ada kaki..tangan..tengok dia gerak ni.." saya dok meleleh air mata je la. Boleh saya tak sedar dah ada baby dalam perut ni..hahahah. Lepas ambil surat rujukan dari doktor Fadilah terus gerak ke KPJ Selangor, jumpa Dr. Tan Yeen Inn. Masa jumpa Dr. Yeen ni, perasaan saya sukar nak di gambarkan. Doktor tunjuk baby gerak-gerak, dengar denyutan jantung, dan paling best doktor tanya " tak de muntah-muntah?" "tak ada doktor, kalau ada pun penat sikit-sikit dan nak tidur awal" "baby girl kot ni" hahahah yang tu saya dah gelak. Kalau baby girl alhamdulillah, kalau boy pun tak pe, janji sihat sempurna. Dan paling best bila doktor bagitau, tarikh bersalin bulan 12 tahun ini...hahhaha. Lagi sekali kejutan.



Semoga Allah permudahkan semuanya. Harap-harap kesihatan yang baik dan tak banyak kerenah ini berterusan. Lagi 2 minggu jumpa doktor yeen balik.

Ini cerita abang Hadif. Saya bagitau dia, "Hadif nak dapat adik tau...suka tak?" "suka mama, boleh tak saya nak kasi nama dia Khalesya?" "ala, nama lain la hadif.." saya kata. "ok, kita kasi nama Latha, nak? " "what? Latha? aisey Hadif, tu nama india la sayang..." hahahhaha. suka-suka je abang nak kasi nama adik dia Latha, kes kat Q-Dees ada kawan dia nama Latha la tu..satu malaysia sungguh...hahahah.

15 comments:

  1. alhamdulillah..suka sgt dgr..kita yg x menanti pun gembira dpt berita camnie..apatah lagi yg mmg menanti kann..hihihi..

    biasa start muntah2 tue pas dah tau pegnen intan..xlama lg ada laa tue..hihi..kena rasa feel morning sickness tue baru syok maa..

    take care tau..excited bila tau adik auni ada kwn..hihihi

    ReplyDelete
  2. ana: alhamdulillah syukur pada Allah, tapi tang muntah2 tu kalau boleh tak mahu la ana..pasal masa hadif dulu puas dah..siap tak pi keje 2 bulan tau...heheheheh

    ReplyDelete
  3. aidha: suka je..standby la apa2 yang patut..hahahahha

    ReplyDelete
  4. kak yang...great to hear dia happy news...jaga kesihatan ek..bertambah becok la si hadiff dapat adik nanti..........doakan ida pulak..huhuhuuhu

    ReplyDelete
  5. wahh..intan....i'm happy hear about it...bestnyer..tak lama hadif nk dpt bb...ada genglaa lepas nih...Anyway Intan..congrats..sesangat, so coz skrg masih baru lg kan?..hati-hatilah sesangat yerk...please take care urself n urbb.......yerk...congrats again to your family

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...congratulations!

    ReplyDelete
  7. suke jugaaakkk!!dpt ank buah lg...hehe..congratee..jage diri baek2...(aa..da byk kali da cakap nh..)..kiki..

    ReplyDelete
  8. intan..tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhh..
    jaga kesihatan baik-baik moga2 semuanya selamat dan dapat baby girl. Ha.ha.ha..abang hadif tak lama lagi bolehlah jadi abangkan..
    dan tersangatlah jelesnya..ha haha

    ReplyDelete
  9. al-hamdulillah... sukanya sy intan :) dah nak masuk 2 bulan dah :)

    hadif tlg jaga mama baik2 ye....

    ReplyDelete
  10. nanonano: tq dik...
    ummi uzma: ida, tq dik..kak yang pun doakan ida dapat sorang lagi..kasi uzma kawan ek..abg hadif semenjak dua menjak ni memang makin becok mulut dia...hahaaha
    hasney: tq hasney...moga allah permudahkan semua urusan...amin..
    kak ain: thanks kak ain...terkejut lagi ni sebenarnya..hahahah
    ira: tq ira,lepas ni turn ira pulak..kekeke
    kak yati: alhamdulillah...terima kasih kak..intan doakan Qaisara pun dapat teman..insyaallah...ni masih terkedu2 lagi ni..hahahah
    sue: terima kasih sue...moga allah selamatkan semuanya...insyaallah giliran sue akan tiba...

    ReplyDelete
  11. syukur...tahniah nak dapat baby lg. jg diri baik2 ye

    ReplyDelete
  12. Latha??? alahai Hadif..x komersial langsung...zila take care yea..

    ReplyDelete
  13. hi.. sy elin.. boleh share tak brpe kpj caj utk 1 sesi scan tu?

    ReplyDelete