Thursday, April 28, 2011

Ke laut..ke laut...ke laut...

Semenjak dua menjak ni mood adalah ke laut! Bila perasaan jadi mati semua yang dibuat semua rasa tak berseri. Saya luangkan masa dgn banyak membaca bagi memotivasi diri. Saya cuba ambil mana yang boleh dijadikan motivasi, dan mana yang boleh buat buat ubat hati. Pernah tak rasa sakit hati, tapi kita tak boleh terjemahkan kerana bila kita terjemahkan salahnya akan balik pada diri sendiri? Akhirnya? kunyah-kunyah telan aje sendiri! Tak semua orang boleh buka hati bila dikritik. Tak semua orang boleh terima apa yang dia buat itu tak boleh diterima oleh orang lain. Manusia, sukar nak ditafsir walaupun insan terdekat dgn diri kita. Tapi tak apa, saya dah biasa, selalunya saya akan telan dan benamkan di dasar hati saya.

Menjenguk dan singgah ke blog Mawar (Bukan nama sebenar) bukan satu blog, tapi dua blog Mawar dgn dua insan yang menulis. Ternyata boleh buat saya ceria semula. Bukan ada apa-apa yang melibatkan diri saya, tetapi semuanya membantu saya memulihkan kecederaan jiwa saya. Buat Mawar bukan nama sebenar 1, macam yang pernah akak katakan, kita akan bertemu orang yang salah sebelum bertemu orang yang betul, insyaallah.

Untuk Mawar bukan nama sebenar 2, minta izin nak tepek apa yang Mawar tulis di blog ini, buat motivasi diri dan ingatan diri. Intan doakan Mawar terus tabah membesarkan embun dan kekwa, semoga kesedihan atas kehilangan suami akan digantikan dengan rasa redha ye. Insyaallah moga dipertemukan di syurga...kehilangan suami tempat bergantung memang suatu perkara yang tak mudah untuk diterima, mawar... intan doakan mawar terus tabah dan terus berjuang demi Embun dan kekwa.

"Beberapa orang yang datang menziarah memnceritakan bahawa dahulunya arwah pernah mahu berkahwin dengannya. Betapa hancur dan luluhnya hati saya mendengarnya. Dalam hati saya berasa amat pelik sekali mengapa ada orang yang sanggup meluahkan@menceritakan masa lalunya di saat pemergiannya?.. tidakkah dia memikirkan perasaan saya?

Arwah tidak pernah sekali membuka rahsia lamanya. Setelah kami berkahwin, segalanya diceritakan kepada saya. Kadangkala saya pernah bertanyakan masa lalunya, lalu dia berkata,"tak penting"..

Tindakan arwah merahsiakan masa lalunya adalah amat tepat sekali. Kerana, untuk sesebuah perkahwinan itu, haruslah pandang ke depan dan melupakan segala masa lalu demi menjaga hati pasangan. Setelah diijab qabulkan, tiada lagi yang harus kita ingat selain suami kita. Tumpuan dan hati itu haruslah pada suami yang sah. Begitu juga dengan suami. Hati dan perasaan isteri haruslah dijaga sebaiknya.

Bagi saya, seseorang yang pernah meminati atau diminati,haruslah simpan perasaan itu sendiri. Tidak haruslah dia menceritakan hal itu kepada orang lain kerana biarlah itu menjadi rahsia diri anda. Saya amat tertarik dengan kata2 seorang blogger yang menyinggah di laman blog suami;

"Walaupun aku seakan-akan Ahmad Fathi(Ayat2 cinta), tidak sesekali aku menceritakan perihal sang gadis-gadis yang meminatiku.
Sesekali tidak!

dan aku menjaga perasaan isteriku"

huaaaa...tiba-tiba air mata turun bagaikan hujan selebat hujan di luar yang sedang mengganas. Hujan di mata, kenapa basahnya di hati?

Thursday, April 21, 2011

Entry dikala panas

Ada satu hari tu saya dan hubby AEON Bukit Tinggi Klang, kisahnya nak cari puting NUK utk Raisa. Anak dara saya tu, banyak-banyak jenis puting, NUK juga yang jadi idaman hati dia. Tengah-tengah tengok barang, saya terdengar perbualan berbunyi begini

suara wanita: Baby...tengok adik ni...tak mahu dengar cakap

Bila saya toleh, yang saya tengok bukannya baby kecik..tapi bapak orang, apa lagi terus tersenyum-senyum sendiri saya. Semua orang ada gelaran untuk suami. Saya panggil suami saya yang. Bila dah ada anak ni, kadang-kadang panggil babah. Tapi memang biasa dan di mana jua saya akan panggil dia sayang. Sebab? sebab saya sayang dia la..hahahaha. Saya memang fail kalau nak panggil dia abang. Macam kebas aje bibir ni. Lepas ni nak panggil hubby baby jugaklah, biar dia pengsan dan saya muntah hijau..hahahahhaha. Baby...baby....hahhahaha

Sebenarnya tak de idea nak menulis sebab hari ni aircond di ofis down. Akibat hujan lebat dan petir dentum berdentum semalam. Mula la berpeluh-peluh, tapi dok motivasikan diri..tak pe..tak pe...sabar...sabar.... hahahhaha. Sambil tu tergelak sendiri teringatkan kisah hadif yang menasihati saya supaya tidak menyampah pada suami sendiri. hahahahha...kisahnya saya bergurau dengan hubby, keluarlah perkataan menyampah dari mulut sekali Hadif sudah tarbiah saya... "tak baik menyampah pada suami tau mama" ahahhahahaha.

lama lagi kan nak tunggu hujung bulan? Tak sabar nak membelah awan...bercuti dan berehat. Untuk hujung minggu ini, insyaallah akan ke Pesta Buku di PWTC.... I like :) Tahun lepas bertiga beranak, tahun ni dah tambah seorang lagi pembeli buku... hehehehe.

Wednesday, April 20, 2011

Mari kita update blog yang dah bersawang

Lama tak update blog. Minggu lepas diserang keracunan makanan, masyaallah, melepek jadinya dek muntah tak berhenti-henti. Masa kejadian tinggal 3 beranak sahaja, Babahnya masih di offshore, huhuhu. Minggu ni baru nak bertenaga semula. Maklum sahaja apabila tak masuk ofis, kerjanya mula la bertingkat-tingkat.

Anak-anak? Hadif demam balik dari Qiamullail. Kesian sungguh bujang saya tu. Sebenarnya berat hati saya nak melepaskan Hadif tidur di sekolah, siap nangis2 dan siap kena tarbiah dengan hubby. Hahahaha. Mau taknya, kalau berpisah dan berjauhan dengan hubby saya dah biasa, tapi Hadif tu bodygourd saya dulu kini dan selamanya. Keesokkan pagi, bila jemput Hadif dari KAFA, abang Hadif Raisa sudah demam. Terus ke klinik jumpa doktor dan terus diberi cuti rehat oleh mama dan babah.

Abang Hadif yang demam...tapi maintain comel di mata mama dia..hahahah

Raisa? alhamdulillah sudah 5 bulan usia adik. Dah banyak sungguh akal dia. Yang terbaru tak mahu baring, tidur dan macam-macam lagi. Yang dia mahu orang dukung dia bawa berjalan-jalan. Jenuhlah opah kena dera... Raisa...Raisa... kalau ada mama dia behave sangat...hahahaha.

Raisa yang semakin banyak akalnya... buat mama cair sentiasa..hahahah

Sekejap sahaja sudah sampai ke Bulan April. Bulan ini merupakan birthday hubby. Tak sempat nak tulis entry untuk hari lahir hubby, tapi dah wish awal seawal-awalnya. Tak kisahlah tak ada entry khas, janji hubby saya sentiasa mendapat tempat yang istimewa dihati saya dan anak-anak. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah rahmat ilahi. Jangan lupa siapkan E-filing. hahahaha. Eksyen di situ sebab saya dah dapat pun rebate dari LHDN. Lepas la nak buat shopping2 untuk percutian hujung bulan :)

Happy Birthday Baby.... I love u loads... hahahahhaha Baby katanya?


Tuesday, April 5, 2011

Nota Rindu Buat Ayu

Hari ni badan sakit-sakit dan badan dah mula panas...demam rupanya saya. Apabila rasa sakit,saya akan selalu motivasikan dengan kata2 begini "Ayu tu lagi teruk sakitnya, apalah sangat dgn demam yang aku kena ini " Oh Ayu...selamat Hari Lahir yang ke 32 untuk sahabat ku..semoga Allah perkenankan doa kita semua untuk Ayu kembali sihat dan boleh menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Rindunya nak bertemu Ayu, sampai semalam terbawa dalam mimpi. Walaupun mungkin tak dapat selalu bersembang bagai, tetapi jauh di sudut hati saya sentiasa mendoakan sahabat baik saya ini kembali sihat, rindunya nak keluar bersama...melayan kerenah anak-anak.

Ayu yang saya kenali di UiTM Perlis memang understanding. Dari awal perkenalan kami memang dah serasi. Rasa rindu nak pakai baju sama, sandal sama..hahahahha. Ayu, kalau kau baca entry ni, aku nak kau tahu, biarpun jauh beribu batu, doa dan harapan aku agar kau sentiasa tabah dan berjuang untuk sembuh sentiasa mengiringi hidup kau. Sebagai kawan, aku amat yakin, Allah akan beri semula apa yang dia tarik sementara dari hidup ko, bertabahlah dan sentiasa positif.


saya dan ayu..masyaallah time tu badan mcm di pam2..hahahaha

Ingat tak lagi lagu kat bawah ni Ayu? ni lagu favourite hang kan? celik aje mata dengar lagu ni...nostalgia..muahahahhaha.


Seindah tiada lagi kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir
Menentukan ia
Oh belaian jiwa

Selamat Hari Lahir Sahabat ku Nurahayu Iswati..semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi hidup mu, hidup bahagia di samping suami yang penyayang; Najib dan anakanda yang bijak Afif Imran.... Salam sayang dari kami di Shah Alam...huaaaaaaaaa I miss u my friend...bergenang air mata aku time taip entry ni....
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!