Wednesday, October 31, 2012

Mama & Raisa

Semalam bila buka album lama, jumpa gambar masa saya baya-baya Raisa.  Teringat Opah cakap saya berjalan umur 9 bulan siap dengan mulut sekali becok. Bila saya tengok rambut saya masa ni, saya gelak sorang-sorang, patutlah anak dara saya pun berambut begitu.  Mama pun rambut blonde tau..hahahaha.


Raisa sekarang mulutnya aduhai la yang amboi.  Macam bertih goreng.  hujung bulan November nanti genaplah 2 tahun anak dara saya ini.  Rasa sekejap sahaja dia dah anak dara.  Pandai bergaya, pandai ambil hati.  Bila nak pujuk mama mula la cakap "syaaayangggg mama" hahahhaha.  




Tengoklah...fesyen terbaru dia kalau main blok


Tuesday, October 23, 2012

Photobook datang lagi... (Sila baca ikut nada iklan Tora datang lagi...)


Sampai lagi satu photobook yang saya buat.  Alhamdulillah.  Ada lagi 2 nak kena siapkan.  Sejak anak-anak ramai ni, nak dah lamanya tak pegang kamera.  Asyik-asyik pakai telefon bimbit atau ipad.  hahahhaha.  Tapi sayang kalau tak simpan buat kenangan, jadi saya gigihkan juga menyiapkan photobook ini.  Dan, hasilnya..walaaaa...suka sangat hahahahah.  

Untuk tangan yang tak de seni ni, saya rasa oklah.  Untuk koleksi peribadi.  Boleh juga tengok-tengok buat hiburkan hati.  Esok hari apa? Ok, esok hari Rabu.  Hari Adam balik jumpa Hawa dan anak-anak. Berangan la ko sangat ye mama oii..

Monday, October 22, 2012

Pak Lang Ain Hawani

Pagi-pagi Abang Hadif dan buat mama dia tersengih-sengih.  Mana tidaknya, sejak saya suka tengok cerita Adam & Hawa, anak-anak pun menjangkit tengok sama.

Abang Hadif:  Mama, kiranya mama ni Ain Hawanilah ye.  Babah Adam Mukhriz la ye? Abis abang ni siapa ma?

Mama:  Abang Pak lang Ain Hawani. kakakakkakakaka

Abang Hadif:  Ala mama ni...

Habis la abang Hadif pun dah ikut suka tengok cerita Adam dan Hawa.  tu belum Raisa lagi, asyik menyanyi...cinta....cinta...macam faham erti cinta hahahaha.  Kata kak shilla, tak mungkin ada lelaki melayu seromantik Adam Mukhriz.  Saya? hari-hari berdoa... Ya Allah, ko romantikkanlah jiwa suami ku seperti Adam Mukhriz.  hahahahah.  Adoi, berat sungguh la. 

Ada anak tiga ni, usahkan jalan nak pegang tangan, nak cakap manja-manja pun sebenarnya kurang.  Perbualan banyak berkisar pada perihal anak-anak.  Hish..jangan kufur nikmat...hahahahha.  nanti dah tua bangka baru nak ber I love you, nak bersyayang syayang bak kata Raisa. Walau macam tu pun, insyaallah, 9 tahun hidup bersama banyak mematangkan saya, banyak mengajar saya erti  sebuah perkahwinan.  Dari tak pandai menjawab dah pandai menjawab kah kah kah... Ampun yang ampun... hahahhaha.


 Biasanya subuh hubby akan facetime, cakap dengan anak-anak, dan cakap dgn Ain Hawaninya hahahaha.  Semalam ada satu insiden berlaku, dan sebenarnya bukan antara saya dan hubby, tetapi nasihat hubby pada saya sangat terkesan di hati saya.  Betul cakap hubby, saya sebenarnya perlu memikirkan sesuatu yang buruk juga, perlu ada pandangan buruk pada orang, sebab perangai saya yang suka bersangka baik sahaja pada orang kadang kala mengundang sesuatu yang tak baik.  Tetapi saya serahkan pada Allah, jika niat orang yang datang kepada saya baik, maka saya doakan baik jugalah yang datang kepadanya, jika sebaliknya, semoga Allah sahaja yang membalasnya.  Mungkin kelemahan saya yang hati mudah lembut dengan sesuatu situasi.  Tapi percayalah, apabila sampai waktu yang saya harus mempertahankan apa yang patut saya pertahankan, Insyaallah saya akan lakukan.  Pada saya, perkara yang sudah berlalu dalam hidup ada banyak yang perlu dikategorikan.  Ada perkara yang tak perlu dikenang tetapi tak perlu dibuang, ada perkara yang harus dibuang jauh dari hidup dan lubuk hati, ada perkara yang perlu diterima walaupun pahit, pada saya, kalau tak ada semalam, tak akan ada hari ini, sesuatu yang datang terdahulu insyaallah memberi pengajaran yang berjasa, dan hubby, don't worry too much, insyaallah semua yang datang itu baik-baik sahaja, sayang awak, rindu awak tetiba hahahaha.  Jangan takut, saya tak akan biarkan emosi atau sesuatu yang tak sepatutnya menguasahi hati saya.  Terima kasih kerana nasihat dan bimbingan.  Insyaallah walaupun isteri awak ini hati tisu, tapi ada masa dia brutal juga. hahahhaa.



pinjam kata-kata Ain Hawani:  Betapa tenangnya aku mendengar suami ku mengalukan ayat-ayat suci dari kitab Allah s.w.t.  Betapa syahdunya aku mendengar suara yang kini cukup fasih dengan kalimah Allah itu.  Betapa bangganya aku kerana dia adalah suami ku.

Suami saya dulu pernah jadi johan musabaqah zaman sekolah rendah.  Mudah-mudahan boleh didik abang Hadif ikut jejak langkah dia...amin. :) ingat lagi pada malam pertama bergelar isteri, perkara pertama yang hubby suruh saya buat adalah membaca fatihah.  Dia semak bacaan surah Al-fatihah saya. So sweet..



Thursday, October 18, 2012

Lagi-lagi Adam & Hawanya

Selagi tak habis cerita Adam & Hawa... hahahaha. Peninglah hubby melayan isterinya. Yang lawak subuh tadi, masa facetime dgn anak-anak, dia tanya... "mana Ain Hawani?" kakakakka bajet mama macam Ain Hawani pakai telekung la tu aaawwww... hahahahhaa. 




Ada ke Adam Mukhriz dalam dunia realiti.  Apabila menonton, rasa meremeng bulu tengkuk hahhahaha.Kalau ikutkan, saya lebih suka lakonan Adi Putra.  Aaron Aziz ni bila menonton Adam & Hawa lah baru saya rasa dia berlakon best.  Boleh gitu? kakakakka.  

Ini cerita anak dara saya.  Setahun Sebelas bulan usianya.

Mama:  Kakak, janganlah kacau abang buat  kerja sekolah.  Nanti-nanti kakak pun mama nak hantar pergi sekolah tau..

Kakak Raisa: alaaaaa nanakkkkk aaaaa mamaaaa (sambil goyang-goyangkan kepala) 

hahhahah gedik tau ko kak...geli hati mama.


Wednesday, October 17, 2012

Adam & Hawa Part III


Adam tu sangat romantik kan? tapi pada saya hubby saya lagi romantik.  Kalau Adam itu terpisah dari Hawaninya saya juga melalui proses berjauhan.  Berjauhan bila hubby pergi bekerja.  14 hari bukanlah jangka masa yang singkat.  Cer bayangkan kalau orang yang setiap hari jumpa suami, pas tu kena berjauhan dengan suami.  Ha, mesti ada yang nangis kan? hahahaha.  Tapi saya? memang itulah hidup dan penghidupan saya.  Selama suami ada di darat, ngadulah apa nak ngadu, manjalah apa nak manja (masalahnya manja ke? hahahahah) Lepas tu, bila dia naik kerja, uruskanlah apa yang patut diurus.  Dari A sampai Z.  Ada masa kesihatan tak memberangsangkan, ada masa anak-anak meragam, ada masa masalah datang tiba-tiba.  Rumah saya riuh dengan kerenah anak-anak.  Sekejap-sekejap Abang Hadif menjeri marahkan Raisa.  Sekejapan pula Raisa menangis bergaduh dengan Abang Hadif.  Ada masa Raisa pulak kerjakan Kauthar sampai menangis, Ada masa saya pun menangis jugak.(tipu je hahahahah) Tapi, bila sampai pukul 10, rumah saya sudah sunyi sepi.  Anak-anak dah lena tidur dan saya pun boleh lunjurkan kaki berehat.  Dan, sekarang, saya ada aktiviti rutin.  Menonton Adam & Hawa.  Hahahha.  Semalam anak-anak pun join sama sebab dah pukul 10 diorang masih nak berkepit dengan saya.  

Pagi ni, sambil sidai kain sempat buat latihan ejaan bahasa inggeris Abang Hadif, tengah buat kerja Abang Hadif dok jerit Kauthar muntah atas uniform sekolah dia, hahahha.  Aduh.  Terus masuk dalam, settlekan apa yang patut, tukar baju Kauthar, basuh muntah dia.  Raisa pula masa tu sibuk sepahkan mainan, sekejap-sekejap bawak senduk hulur kat mulut mama, "makan cuuuppp" hahahaha.  Aduhai lah anak-anak.  Siap semua terus bawa Kauthar dan Raisa masuk kereta.  Hantar WhatsApp pada hubby "Babai, dah nak keluar dah" pas tu hubby balas "Take care Nje" (ye, hubby saya panggil saya Manja hahahhaha) dan selebihnya yang terpapar kat skrin tu.  Senyum lebar saya.  Hilang segala penat dan peluh-peluh pagi ini.  Terasa lapang perjalanan nak pergi ofis.  Semoga Allah permudahkan urusan Adam (hubby saya) dan Hawanya (sayalah siapa lagi..kakakkaka) dalam menjalani kehidupan seharian kami.  Semoga rasa kasih dan sayang, perasaan cinta dan yang sewaktu dengannya sentiasa mengiringi hidup kami.  Amin.


Tuesday, October 16, 2012

Adam & Hawa Part II

Perbualan romantik antara Adam & Hawa version mak pak orang kah kah kah

Friday, October 12, 2012

Adam & Hawa

 Muara Hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Ulang Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


Mulanya suka dengar lagu ni sebab Hafiz nyanyi dengan tok Ti, tapi lepas tu tersuka pulak tengok cerita Adam Hawa tu.  Bila tengok boleh sengih sorang-sorang kah kah kah.  Tapi Hubby pun saya tengok layan je cerita ni. Ada ke dalam realiti hidup seseorang tu boleh tahan dengan perkahwinan seumpama itu? Tapi serius..tengok cara Adam bercakap aduhhhhh cair mak... hahahhaha.

Semalam hubby cerita pasal seorang kawan sekolah dia isterinya lumpuh.  Terus air mata saya bergenang teringatkan Ayu.  Kawan hubby tu pun menjaga isterinya macam Najib menjaga Ayu.  Memang saya kagum dengan kesabaran yang Najib ada. Cuma berbeza dari segi Najib mengetepikan semua kepentingan dirinya tetapi kawan hubby masih boleh bersosial bersama teman-teman.  Mungkin salah satu cara dia melupakan kesedihan yang ada.  Terbukti sebenarnya masih ada lelaki yang sentiasa mulia hati, yang menghargai perkahwinan bukan hanya melalui hubungan kelamin. Ternyata CINTA itu sangat utuh.  Beruntungnya Ayu kerana sehingga akhir hayat cinta Najib pada dia sentiasa mekar.  Ayu menutup mata dengan cinta Najib sedikit pun tidak berubah. Saya rasa kalau difilemkan, cerita Ayu & Najib ini lebih menarik dan menusuk kalbu ceritanya. Entah kenapa sehingga pagi ini sewaktu memandu kereta saya teringat kisah kawan hubby yang menjaga isterinya lumpuh dan Najib yang menjaga arwah Ayu sampai ke akhir nyawa isterinya.  Semoga suami saya juga begitu.  Mampu menyayangi saya bukan sahaja diwaktu tubuh saya boleh tegak berdiri, langkah saya masih laju berlari.  Semoga saya dicintai dan dikasihi walaupun ketika itu fizikal saya bukan seperti mana sekarang.  Mungkin ketika itu saya sudah terbaring kaku.  Ahhggh.. sedihnya menaip entri ini.  Semoga Allah berikan saya kesihatan yang baik, supaya saya mampu melaksanakan tugas saya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak saya yang masih kecil.  Supaya saya tidak menyusahkan sesiapa.  dan mulalah saya berdoa seandainya saya ditakdirkan sakit, biarlah sakit yang terus membawa saya terus menemui pencipta.   Tak perlu orang disekeliling bersusah payah kerana saya.  Amin.

Monday, October 8, 2012

Jalan-Jalan!

Pagi tadi.

Raisa:  Mama...airplane. (sambil tunjuk kat langit)

Mama: ye la..airplane... kakak nak naik airplane ke?

Raisa: nak... sambil cium-cium muka mama

Mama: nak naik airplane pergi mana kakak?

Raisa:  Jalan-Jalan!


Hahahahah senang jadi Raisa.  Kalau tanya nak pergi mana..jawabnya mudah aje.  Jalan-jalan. 

Pas tu abang Hadif yang duduk kat seat belakang menyampuk

Abang Hadif:  Eh, kalau nak naik airplane kena la tunggu babah kan mama...

hahahhaha lagi satu.  ingatnya kalau babah tak ada mampu ke mama kamu ni nak handle kamu dan adik-adik? lepas pengsan...pengsan... hahahahhaa


Si Kakak yang tengah nakal.  Banyak sangat yang mak paknya urut dada hahahha.  Tapi dia la penglipur lara...

Tengok dia buli adik kauthar.  Nasib la adik Mr. Cool... hahahhahaha

Last week balik kampung Lanchang.  Cuaca ya ampun panas.  Raisa dengan Kauthar macam pakai blusher.  hahahahha.  Babah kesian ke Kauthar celup dia dalam kolah umah nenek.  Syyyy... don't tell nenek ok.  Larik...hahahahah

Sengih adik...kalau ikutkan hati mama pun nak join sama kah kah kah...

Friday, October 5, 2012

Tuesday, October 2, 2012


Lagi-lagi gambar Kauthar, mana tidaknya Raisa sekarang asal suruh bergambar lari lintang pukang.  Asal mama suruh senyum dia masam, buat mimik muka... Abang lagi la, memang tak suka bergambar, suruh senyum pun macam nak menangis...yang steady dan ready kalau bergambar hanyalah Incik Ahmad Muhammad sorang ni...sengih aje dia.  Sekejap aje sudah nak masuk 7 bulan.  Ish...tak mau la cepat sangat besar dik..dah la baby bongsu mama hikhikhik.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!