Wednesday, March 18, 2015

Main Masak-Masak

Bila nak memasak, mesti pening fikir apa menu yang hendak di masak.  Opah dan Atuk ada di rumah sebab rumah mereka ada sedikit pembaik pulih, dengna Ammar sekali kena duk umah maklong.  Macam best aje ada baby bila tengok barang-barang Ammar tu. Jangan marah babah hahahhaha.






Bila ramai ada orang di rumah, maka mood rajin mama ni mula la datang sedikit demi sedikit.  Buat adunan churros untuk anak-anak yang memang sangat suka makan.  Opah cakap Kauthar siap pesan esok buatkan adik lagi ye.  Abang Hadif lagi la, bawa sepinggan penuh makan depan tv sampai mama kejar...hahahah.
Tengok tak cerita asam pedas untuk dia? hahahah

lepas ni adalah novel tajuk paprik ayam untuk mak. hahahaha

Balik kerja macam bulan puasa pulak masa laju-laju.  Menu yang sempat semalam adalah asam pedas untuk dia suami ku terchenta.  Sambil tu buat sedikit paprik ayam.  Cukup la untuk makan malam.  Hari ni dah mula mereka-reka apa lah menu nak masak malam nanti.

Tuesday, March 17, 2015

Winter Sonata di hati Mama (tajuk tak menahan)

Bila Saniah kata nak tengok gambar masa winter...terus rasa rindu Korea.  Walau dah 2 kali sampai tetap rasa nak pergi lagi.  Cik Bunga dok menghasut suh pi tengok Gunung Fuji.  Mudah-mudahan adalah rezeki kami nak sampai sana nanti...aamin. Tak tidurlah malam ni nak kira duit dalam tabung ayam.

Korea musim sejuk pokok-pokok semua togel.  Muka merah je macam comel je macam cantik je.  Terasa macam artis korea pulak hahahah. Pengalaman masa ke Pulau Nami, air sungai pun beku.  Subhanallah.  Kalau diberi pilihan, saya suka lagi pergi musim autumn, pokok-pokok berdaun merah, cuaca pun nyaman sahaja, tak la terlalu dingin beku.  Tunggulah 3K besar sikit, insyaallah nak bawa anak-anak main ski.  Barulah abang Hadif boleh jerit "ambil salji balinggggg" macam yang selalu dia bayangkan.  Masa kami ke Beijing hujung tahun lepas, walaupun musim sejuk tapi tak jumpa salji pun.  Kasihan anak mama yang berangan tu.

Bila berceerita tentang berjalan ni, mula la rasa lama betul masa berlalu.  Tak sabar nak cuti panjang, Abang Hadif dah tanya, tempat yang bakal kami kunjungi ni sejuk tak? ada salji tak? hahahah.  Tak dapat ye anak, minta maaflah, kali ni kena pakai baju nipis-nipis je supaya tak "heat stroke" agagaga.

Nami Island, 2013.

Air sungai yang dah jadi air batu... masa ni tak teringin pun nak sentuh sebab angin punya la kuat rasa macam duduk dalam peti ais hahahaha tapi bila tengok sekarang, tambahan musim panas, rasa macam nak terjun je dalam air tu...

Kena pula hari berkunjung ke Pulau Nami ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10.  Romantik sungguh rasanya.  muntah hijau di situ agagagaga.

Friday, March 13, 2015

mengimbau kenangan lalu

Bila sebut bercuti, tak kisah pun ke mana destinasi janji namanya bercuti memang best.  betul tak? saya dok transfer gambar dari PC ke external hard disk...mengimbau betul kenangan hahaha. Eh...ada masa terasa diri tu kuncup...ada masa nampak kembang...hahahah.  Saya selalu kata, kalau kebahagian boleh diukur dari saiz badan, nescaya orang akan kata saya terlampau bahagia kah kah kah.


Kali pertama kami ke A' Famosa, masa ni ikut family day Petronas Carigali.  Time ni anak ku Hadif tengah ligat bangat

Gambar Kenangan semasa di Manukan Island.  Birthday & Anniversary trip.  Masa ni sweet aje, suami ku incik babah belikan lilin yang saya tiup tak padam-padam. hahahaha


adoi gelak betul nengok gambar ni..sungkup aje tudung mama kan.  Ni kat Rose Valley.  Percutian pertama kami bertiga beranak ke Cameron Highland yang cemas tak jadi sebab Hadif demam.  Dah la masa tu CNY hahahha

gambar blur sebab pakai handphone E63 mama hahahahah Singapore Flyer di belakang, dan kami naik tau.  memang best!

During our backpakers trip.  Best masa ni, sebab semua kami cuba, naik bas, naik MTR, naik teksi.  Terbukti pengangkutan awam di Singapore memang superb.

Sarawak yang banyak kenangannya.  :)

Kalau ke Bandung pasti mahu ke Tangkuban Parahu... eh..rindunya Bandung walaupun 4 kali dah ke sana...oh Bandung...Mu tunggu aku datang!


kampung Daun yang dirindu wiwiwi

Saya suka je makan gurame bakar ni...sosnya memang terbaik. 

Di Kawah Putih, Bandung.  Mana Raisa? hahaha Raisa 4 bulan dalam perut ngehngehngeh

Sebab takut Raisa merajuk, masa raisa umur 4 bulan kita pi Bandung Balik...hahahah  boleh terima ke alasan tu?

Adik Kauthar....tengok, Kakak dgn abang dah sampai museum geologi Bandung...adik belum lagi...hahahah apa lagi dik...Moh la kita hahahahha


Thursday, March 5, 2015

Bahagia itu pilihan kita

Kesibukan dengan tugas hakiki dan tanggungjawab sebagai mama memang membataskan masa untuk menulis.  Sedar tidak sedar, sudah masuk bulan Mac 2015.  Anak-anak semakin banyak demand dan masing-masing sudah ada macam-macam kehendak.

Abang Hadif? Dah masuk tahun 5 ni sudah ada banyak kemajuan.  Banyak juga membantu mama dalam urusan seharian walaupun bagaikan pahat dengan penukul. hahahaha.  Sekarang takat homework kalau yang simple dah boleh berdikari, baju untuk ke Dzul Iman pun dah pandai siapkan sendiri. Cuma ada masa lupanya tetap ada.  Apa pun Alhamdulillah, mama bahagia sangat dengan kemajuan diri Abang.


Kakak Raisa? tahun kedua di Dzul Iman.  Anak ini memang sukar nak telah takat mana kemajuannya dalam pelajaran sebab bila mama suruh baca memang tak mahu.  Tahu-tahu sudah tahu menulis ABC sendiri hahahah.  Masih kuat melaram, minat make up dan kecantikan, tak suka makan nasi macam mama dan masih lagi suka buli adik Kauthar.  Dari yang mama perhatikan,Kakak Raisa ni memang ringan tulang.  Pantang mama minta abang Hadif tolong, dia lagi laju buat apa yang mama minta.  Satu lagi yang mama sejuk hati Kakak Raisa suka mengemas.  Kalau dia mengemas memang tersusun aje barang-barang mainan dia.  Keep it up ok kakak.  

Adik Kauthar? Adik ni masa kecilnya allahuakbar senang sangat.  Suka makan, suka tidur.  Cumanya semenjak dua menjak ni bila nak meningkat umur ke 3 tahun dah macam-macam perangai dia buat.  Dah pandai mengamuk, dan pandai merajuk, dan.... pandai sangat bercakap.  Semalam dia mengadu pada mama "mama, tengoklah maklang tu, dia tak nak bagi keropok kepada Adik" hahahah kepada adik tu... bahasa memang bahasa formal anak mama yang seorang ini.  Asal adik bercakap aje mama gelak.  

Babah dan balik offshore.  Bulan Mac ini khabarnya bulan yang agak sibuk buat babah.  dan, jika diizinkan Allah, insyaallah akan ada khabar gembira buat Babah dalam kerjaya, kan.  Insyaallah, mama dan anak-anak doakan semoga Allah permudahkan urusan.  Lepas ni jangan lupa janji nak pi Bali berdua ok hahahhaha.


eh, skema betul menulis hari ni.  Sedikit perkongsian tentang pilihan hidup ye.  Ada orang suka warna merah, ada orang suka warna biru.  Ada orang sangat mudah memaafkan dan ada orang yang suka menyimpan sesuatu di dasar hati.  Sebenarnya kita adalah apa yang kita fikirkan.  Pada saya, saya selalu ingat yang Allah itu Adil.  Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.  Kalau kita rasa kita susah, kita kena muhasabah diri fikirkan pasti akan ada orang lain yang lebih susah.  Kalau kita rasa kita senang, bersyukurlah, tetapi jangan la pulak riak dan sombong kerana rezeki ini Allah datangkan sebagai ujian buat diri kita.  Sentiasa bersyukur dan selalulah muhasabah diri.  Buat diri saya, saya suka melihat orang lain bahagia dan saya memilih untuk hidup bahagia dengan cara saya dan mendoakan orang lain pun bahagia.  

Hidup ini adalah realiti, dan kenangan lalu tu biarlah berlalu.  Hidup kita sekarang yang harus kita fokus dan harus kita jaga selain dari hubungan kita dengan Allah, dan hubungan kita dengan manusia.  

Akhir sekali, 

Mari layan gambar-gambar yang tak ada kene mengena dengan orang lain, melainkan kebahagiaan buat diri saya.  hahaha. apasal pulak jadi sebegini skema? ahhahaha 


sambil tengok gambari ni bayangkan kami tengah nyanyi lagu "tolong tepi sikit...tolong tepi sikit..." hahahaha


abaikan mama yang huduh makan lolipop tu.  Tapi memang ni la hobi kami anak beranak, selfie dalam kereta, janji kami bahagia kan?  tak kacau orang pun!


Buah hati mama dan babah.  Gambar ni semasa bercuti ke Korea tahun lalu.  Anak-anak sangat enjoy moment di Children Grand Park.  Tak sempat nak cover semua yang ada kat situ, Insyaallah kalau ada rezeki akan repeat balik bila ke Korea lagi. hahahah Berangan bukan kena bayar kan :)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!