Monday, May 12, 2008

I know what u did last Sunday


Dari last week Hadif dok persuade mama dia ni nak pi birthday bash Syafeeq. Sapa Syafeeq tu? heheh classmate dia kat 4 Yathrib. Aku bukan kenai pun mak si syafeeq ni, tapi my little boy eager sangat nak join that birthday bash..so aku ikutkan aje la...bak kata orang...layanzzz..



Bergambar bersama birthday boy. To Babah: see babah, your son dah pandai ber'party' hihihi


peace auntie...bebudak ni buat aku gelak je..

with teachers from Genius Aulad, yang dgn hadif tu ayoi..kawan ketat dia..

teka..apa yang dia dok ralit?....

uncle GG ni rupanya yang buat budak2 ni ternganga..ngehngehngeh..

Pagi2 tadi, kami dua beranak pun bergerak la ke Kemuning Greenville...nak pi mana hadif? "Nak pi birthday syafeeq!!" Sampai2 tengok dah ada la tetamu yang hadir..tapi yang tak bestnya, kawan2 kelas hadif tak ramai pon..yang ramai budak2 six years. Ni majlis untuk dua orang sekali; Syazwan abang si syafeeq tu 6 years. Hadif pun mula la meligatkan diri...mama dia ni dok istigfar ribuan kali. Nak di marah, kat umah orang..tak marah kang orang lain pulak marah. Kalau ikut aku, biar je budak2 main..tapi ada gak parents yang buat muka tak suka..tu yang tak best. Ada pulak yang hantar je anak, pas tu ilang. Heehehehhe adakah akan ada tukang jaga anak2 diorang kat party anjuran individu nih? Haaa jawab la sendiri... :P

Selesai acara cake cutting dan makan2 kami pun mintak diri ler..yang sebenarnya aku yang dah tak tahan..dah la datang umah orang yang kita tak pernah kenal, berkenalan time majlis tu, pas
tu dgn macam2 laku budak2 tu...akakkkk tak dayoooo...anak akak tu dah ler hyper....risau je bila dia lari masuk umah orang tu...kekekkekee

Singgah jap kat tempat basuh kete...kasi mandi kete kami tu..sementara tunggu kete siap aku ajak hadif basahkan tekak kat kedai mamak yang berdekatan. Jumpa pulak dgn Puan Zaliza dan hubby; owner Genius Aulad tu tengah makan tengahari..hadif apa lagi..dengan ramahnya gi salam la..buat soal siasat la...hehehhe. Puan Zaliza tu siap tanya kami "celebrate mother's day berdua2an ker?" Ye la...berdua aje la...babah kat laut tu..tapi dah wish awal2 dah..siap dgn present lagi...nak tau apa? hehehe biarlah rahsia dulu...okeh? Esok aku citer.

Siap basuh kete kami pun balik la ke rumah, baring2...tido2 sambil meraikan hari ibu..yihaaa

Saturday, May 10, 2008

Hari Ibu

Received call from hubby. Asking about my study leave. Hubby kata nak bawak aku pi bercuti. Whohaaa... bukan tak penah gi bercuti pun tahun ni, tapi kot2 la hubby nak bawak aku pi berdua2an je dgn dia. Selama ni ni dok merancang je..tapinya at last tak sampai hati gak nak tinggal cik abang kecik tu. And, hubby kata esok aku akan tau...ke mana dia nak bawak aku, bila aku tanya kenapa esok, dia kata esok hari ibu...sambil ucap tima kasih kat aku sebab jadi ibu pada anak dia...(psst...emo okeh?)

Selamat Hari Ibu buat my mom, my MIL, dan semua ibu di dunia ini. Semoga pengorbanan kita sebagai seorang ibu di terima oleh Allah. Dan, bila dah jadi ibu ni, betapa aku memahami akan naluri seorang ibu...yang sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya..yang sentiasa ingin berkorban demi anaknya...

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother
(My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After AllahAnd Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
soksek: Tak terbalas jasa mak-mak kita kan? Hanya Allah je yang mampu membalasnya...

Thursday, May 8, 2008

Terima Kasih, Mak!

Sempena bulan sambutan 'mother's day' ni, teringin nak buat entry untuk ibu ku yang tersayang; Siti Radiah Mohd Tahir. Terima Kasih mak..




Terima kasih kerana menjaga dan mendidik intan..sedari kecil..sehinggalah seusia sekarang..
Terima kasih atas kasih sayang mak..
Terima kasih atas pengertian mak..
Terima kasih atas budi baik mak..
Terima kasih atas doa dan restu mak..
Terima kasih atas segala2nya mak..

I love you so much mak...

My mom - aku memang very close dgn mak aku nih. Cam kawan jek. Kalau hubby kat offshore, mak aku la jadi peneman setia ke mana saja aku nak pergi. Masa zaman muda2 dolu, aku memang tak pernah berahsia dgn mak. Sape boipren aku, sape kawan2 aku.. kalau mak kata mak tak berkenan.. I will listen to her. Dan sesungguhnya...pilihan mak..instinct mak..memang tepat, dan memang yang terbaik. Teringat masa zaman aku nak keluar dating dgn hubby.. time tu first time hubby mai visit aku kat UiTM Perak. Sebelum agree nak terima kunjungan hubby, aku call mak dulu, tanya mak..boleh tak aku keluar dgn hubby... dan alhamdulillah, mak izinkan aku keluar dgn hubby. Bila dah abih dating jek, aku terus call mak..citer. Dan, mak memang membantu aku utk membuat keputusan yang tepat, iaitu memilih hubby sebagai suami. Mak aku pernah kata, seorang itu tu, kalau dia tengok sahaja muka sesorang yang diperkenalkan kepadanya, dia dah tau, sama ada orang itu sesuai atau tidak dgn anaknya, Itulah mak ... insan yang sangat aku sayang. Semoga Allah beri peluang untuk aku terus berbakti pada mak...

Bila aku dah lahirkan hadif, lagilah aku rasa betapa murni dan besarnya pengorbanan seorang ibu. Masih terbayang kat mata aku ni, macam mana getirnya ujian Allah buat diri aku. Anak yang aku kandung terbaring jek di ICU. siap dgn mesin lagi. Time tu, rasanya kalau boleh ditukar diri aku, aku nak biarlah aku yang terlentang kat katil tu. Bukan Hadif. Betapa sakitnya perasaan aku bila tengok kesan jarum yang banyak kat tubuh hadif. Ya Allah! betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Betapa Bahagianya aku apabila Allah memperkenankan doa untuk aku menyusukan hadif..buat kali pertama..membelai dan mencium buah hati ku itu..





DAN,

Dikesempatan ini, I would like to wish "HAPPY MOTHER'S DAY" untuk semua mama2..ibu2..mommy2...mak2..ummi2...amma2...di luar sana. Semoga kita sama2 menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 kita.

Sebut pasal menjadi ibu ni, aku dah bertekad. Lepas ni no more stress utk menambah ahli keluarga. Belum ada rezeki kan, nak buat macam mana. Makin difikirkan, makin sakit perasaan. Tambahan bila melihat orang disekeliling aku semua dah pregnant. Jadi, bila aku duduk sorang2..fikir balik..buat apa nak beratkan kepala, kan? aku dah ada Hadif. Bukanya aku tak de zuriat langsung. Orang lain tu lagi la teruk, bertahun2 kawin, tak dapat zuriat lagi. Lebih baik aku fokuskan perhatian untuk jantung hati aku tu, pas tu spend masa together with hubby and Hadif, gi bercuti...lagi best, kan? Bila aku suarakan keazaman aku pada hubby, cik abang tu cakap gini "la..awak fikir ke pasal nak baby ni? saya tak fikir langsung...kalau ada, ada lah..standard la orang2 offshore ni anaknya tak ramai" aiiyakk...gitu pulak.. so, tak mo la tension2 lagi. So...kita enjoiiiiiiiii


soksek: counting days ....

Tuesday, May 6, 2008

Happy Birthday to Ridwana

Happy birthday to Ridwana @ Wana... Hadif's skulmate. Very comey. heheheh calon menantu. Ramai peminat wana nih...


Dear Wana,

Happy Birthday sayang,

Semoga Wana membesar menjadi anak yang solehah...cerdik pandai..

Semoga yang terbaik menjadi milik mu...

Dari Hadif & Co...

petang ni kalau sempat nak hantar birthday present kat Wana. Dah janji pun dgn Hadif. Lunch hour tadi sempat ke USJ, gi beli product Baba Salam. Beli kat Hadif. Beli jugak kat Wana. Ok jugak, lepas ni boleh la budak dua orang ni menghafal surah2 pendek.

Hari ni sibuk sikit, esok boss akan bercuti. So banyak benda nak kena settlekan before he goes for holidays. Best gile..cuti panjang..tak pe..nanti bila dia masuk pulak, aku gi cuti pulak...tapi tak le panjang..3 hari je. Nak gi konvo adik kat Kuala Terengganu. Hubby tak dapat join, dia masih di offshore. Tapi yang bestnya, on the way balik kami akan singgah amik hubby kat Kerteh. Yeah...
Balik dari Terengganu nanti kami nak pi FP Kids Gathering kat Tasik Titiwangsa pulak. First time ni..akakkk teruja sungguh. Lepas tu nakpi mana ye babah? kekekekek
soksek: Musykil sungguh dgn sikap seorang hamba Allah ni, nak berangin tak tentu pasal. Nak buat muka tak tentu pasal. Apasal pulak aku nak layan penyakit dia tu kan? bolayan aje..kekeke

Friday, May 2, 2008

Not Feeling Well

Dari semalam, kepala berat, idung berair...badan sakit, tapi gagahkan jugak melayan kehendak Muhammad Hadif nak tengok Ironman. Bukan main anak bujang ku itu, siap berdiri atas kerusi bila time2 yang suspen..

Habih aje tengok wayang, rushing balik rumah. Sebab dah janji dgn wakil penduduk Bukit Rimau ni nak sponsor kuih untuk Dialog bersama YB. Cerita lanjut tunggu la bila aku dah sihat sikit, dan boleh upload gambar. Sekarang ni, makchik tak dayo...

soksek: Aduih....lemas idung...
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!