Friday, May 23, 2008

Entry Selepas Malam Jumaat

uits...aneh je bunyi title kat atas tu ek. Jangan salah paham, ni nak citer apa yang dah berlaku dimalam Jumaat..kekekekek Semalam badan rasa letih sangat..lepas solat maghrib bagitau hubby yang aku nak tido 1 jam je. Sedar2 dah kol 2 pagi! dah la tu, siap terbersin2, pas tu idung berdarah. Kepala pun jadi pening.

Pagi ni, bangun lewat sikit. Nasib baik merepit...heheheh best gilak... tapi badan memang rasa tak berapa sihat. Cam nak tido je. Tengok boss kat dalam bilik tu pun cam tak sihat jugak. Lepas rehat ni kalau boss balik berehat, boleh la aku rehat sama. heheheheh baiiikkk punya pengharapan kan?
--------------------------------------------------------------
Korang pernah tak dapat email ke..sms ke..atau orang sendiri ajak korang menyertai skim yang membawa kepada pulangan wang yang cepat atau lumayan? Aku cukup anti dgn email2 atau perkara yang sewaktu dgnnya. Kalau iye pun nak kaya, atau nak cepat kaya, banyak lagi caranya, contohnya buat la kerja part time ke, jualan langsung yang bersungguh2 ke.. (ada gak jualan langsung yang cari je downline pas tu kononnya dapat hasil yang lumayan...). Tak masuk akal kan? Memang la sumer orang nak idup senang, tapinya kalau sanggup buat personal loan nak masuk skim tu, atau pun duit yang ada sikit..habis dilaburkan. Berbaloi kah?

Aku dah tengok banyak mangsa yang dah kena. Kat opis, dalam kalangan keluarga...dan ada yang masih tak serik2. Ada yang dah sekali terkena..ada yang dah berkali2 terkena. Masih tak serik2. Baru2 ni aku dapat sms berbunyi begini : salam. berminat wat side income x? if yes just let me know n we'll go in details then - xxxxxxxx Ha..jangan harap la aku nak balas yek sms2 yang sebegini. Dalam minggu ni aje dah dekat 10 email sampai kat inbox aku..cara2 mendapatkan wang dgn cepat la..dgn mudah la... hello...day dream kaaa? ada ke orang saje2 nak kasi orang lain duit dgn mudah? tak paham sungguh la aku. Mengikut fikiran aku yang bodoh ni, hanya orang yang MALAS dan TAK SERIK2 je yang join dgn benda2 merapu nih. Apalah salah keluar modal meniaga kain ke...meniaga apa2 je la..yang boleh mendatangkan hasil, tapi tak la macam mat jenin. I'm may be too harsh but itulah aku. Cam ne orang sogok la..pujuk la...aku akan tepis. Kalau jualan langsung MLM kaaa aku pun tak percaya. Lebih2 lagi kalau yang cam gini yek : Keluar modal sikit, pas tu cari orang ramai2..pas tu idup senang. Rasa cam nak gelak guling2. Aku ni realistik betul bab2 gitu. Kalau nak tambah duit, biar jual burger malam2 ke...jual nasik lemak kusus ka...jual baju kat uptown ka..kat pasar malam kaa... ini, labur sikit..pas tu harap dapat pulangan. Bukan tak tau ramai yang dah terkena. Dan, aku tak jeles pun kalau ada antara para PELABUR ni dapat duit pulangan...kalau setakat dapat sebulan dua bulan..pas tu nganga..baiklah tak payah kan..? eiii..naper la aku hangin sangat pasal topik ni yek? entah, aku pun tak tau..tapi aku rasa...ada sesuatu yang aku tak tau kot! Aku rasa hal2 begini penyumbang pada faktor orang2 melayu payah dan susah nak berjaya. Nak berjaya tapi malas nak berusaha, atau pun, nak senaaaaaang je.

soksek: Kalaulah nanti bila ada yang dah terkena tu citer kat aku..siaplah aku kasi sedas dua das bom laser aku. Tak de kompromi. Titik.

Thursday, May 22, 2008

Rempit jangan tak rempit

Hari ni masuk office dgn wajah penuh ceria. Happy giler. Manataknya, dari rumah ke office, siap boleh hantar hadif ke sekolah only took 10 minutes. Tak ke best gilernye? muahahahhahah (gelak penuh kepuasan...)

Hari ni merempit bersama hubby. Sakit dada aku ni, cemas bila dia mencilok2. Rasa kerdil je diri yang besar amat ini. Tapi bila teringat je balik dapat mengatasi masalah kesesakan jalan ni..terus lupa perkara yang mencemaskan. Lawak pun ada, ye la...time hantar hadif, boleh dengar teacher dia dia cakap gini "eh..hadif naik motor la..." pas tu si hadif jawab gini pulak "ye la..motor baru hadif ni..cantik tak? " heheheheh

have to la. No choice. Tak larat nak sakit2 otak masuk lambat. Dah la dok kat HR department. Jadi tindakan hubby beli motor memang tepat..leh romantik2 sama...hihihi..hadif siap sound babah dia..."babah ni macam mat rempit la..."

Wednesday, May 21, 2008

Bertemu Sang Pencipta

Hari ni biasa2 je. Pagi tadi, sebelum masuk ofis, hantar hadif ke Genius Aulad. Mamat tu selsema sikit. Petang nanti plannya nak bawak dia pi jumpa fav. doc dia..doktor Fadilah, klinik Famili Kota Kemuning. Malam nanti Hubby balik dari Kerteh. Tapi tak tau sampai kol brape. Kesian dia, baru je balik dari offshore, dah kena pi kursus. Next week attend kursus lagi. Kak Lady, saya ni pun selalu kena tinggal dengan hubby....heheehehe

Petang kat Shah Alam ni ujan renyai2. Sampai depan gate Hadif dah bising tanya mama beli apa untuk dia. Hangin je mama dia nih...tiap2 hari nak beli toy. Aku suh dia masuk dalam kete, terus bawak pi klinik. Sampai kat Klinik tengok2 bukan doktor fadilah. Hadif main terjah je bilik doktor, dia boleh tanya doktor tu "eiii sape pulak nih..." aku kat luar ni dah gelak besar..Hadif kalau kat klinik ni, memang dia buat cam klinik keluarga dia...ngehngehngeh...

Lepas ambil ubat selsema hadif, aku bawak dia pi pasar malam..cari ketam. Demand sungguh anak bujang ku itu..bila tanya nak makan apa, dia jawab, crab. Sebagai tak menghampakan anak, aku beli gak la ketam yang reganya sekilo RM19.50. Kami terserempak dgn doktor fadilah kat pasar malam, and macam biasalah, hadif dgn gaya manjanya terus peluk doktor tu..hiks..pas tu doktor siap cakap, nasib la anak sorang, boleh la demand nak beli ketam..kalau anak ramai cam doktor ni...tak daya...mahal! Balik umah, buat sup, kasi hadif makan. Amboi pakcik kecit ni..bersungguh betul makan ketam. High taste sungguh.

Tadi masa kat ofis, Che Din bagitau aku, wife officemate kitorang Irwan Nizam sedang sakit tenat. Lyn, wife Irwan ni kena kanser payudara. Ada sekali aku terserempak dgn Lyn (tapi aku tak ingat bila...) nampak dia sihat je, so aku ingat dah sembuh la kot.

Dan, malam ni, terima call dari kak ziela, bagi tau Lyn dah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnahirojiun... semoga arwah Lyn ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Kalau tak silap aku, anaknya ada 3 orang. Semoga keluarga Lyn, Irwan khususnya. Sabarlah menerima takdir dari Allah.

Tuesday, May 20, 2008

Fotopages Kids Gathering, Taman Tasik Titiwangsa




Enterprame sikit yek...hehehhehe


Sabtu yang lalu kami sekeluarga join Fp Gathering kat Tasik Titiwangsa. We had a lots of fun. Best sangat2. Teruja sungguh melihat para photographer dgn kamera yang canggih manggih tu. Sampai my hubby kata cam nak simpan je DSLR kami dalam beg..hiks..tak pe la kami ni golongan baru belajar jek..hehehehhe
gambar nanti la aku upload. Sekarang kat opis dah tak leh upload gambar. Boring sey. Kena tunggu kat umah nanti la...kalau tak pun jemput singgah ke fotopages aku http://intanaziela.fotopages.com/

Habis gathering kami terus balik ke kampung. Semua adik beradik belah hubby berkumpul. Cutikan hari Isnin. Happy sungguh si Hadif dapat jumpa geng bas sekolah dia tuh. Riuh rendah umah nenek.

Petang harinya aku bawak budak2 tu gi main kat taman permainan kanak2. Request by kak ngah nurul. Layan aje la..kasi chance mak, ummi and ibu aman sikit kat umah. Time kat taman tu, ada sorang kakak tu tanya aku, anak ke semua nih? huaaaaa..kalau la anak2 aku..mau kurus badan aku ni...setahun satu..heheheheh agaknya dia heran pasal sumer jerit2 panggil aku MAMA. Mulanya janji nak bawak diorang gi tengok gajah..tapinya dah petang, gajah pun dah tido. May be next time ye anak2...



Friday, May 16, 2008

Long journey...

Aku cuti dari 13-15 May. Lama tak lama, kejap tak kejap. Tapinya letih kena drive dari shah alam sampai ke kuala terengganu masih bersisa. Sebenarnya bukanlah purposely nak gi holiday ke KT ni, tapinya dek sebab maklang hadif konvo kat Primula Beach Resort. Letih okeh. Bukan sahaja letih sebab kena drive, tapi letih nunggu konvo yang dari kol 7.30 pagi sampai dekat kol 4 petang. Hajer yang giler...

congratulations to mak lang....
Tak banyak tempat yang kami pi jalan2... malam pertama kat KT tu kami amik cab aje, malas nak drive. Pi makan malam pas tu gi semayang isyak kat masjid kristal. lawo amat la masjid tu, tapi sikit sesangat yang jemaah kat masjid tu...



Hari kedua tu hubby join kami kat KT. Pas tu terus balik ke Kerteh. Rehat2 je kat kerteh ni, esok paginya baru balik ke Shah Alam. Kali ni aku rehat la pulak, hubby yang drive. Badan dah mula rasa tak sihat..rasa cam demam je. Telan ubat tido je sepanjang perjalanan balik. Sedar2 dah sampai Gombak..huhuhu...malam tak lalu nak makan pun, tido awal dek sebab keletihan yang melampau...


kesimpulannya, penat sungguh kena drive dari shah alam ke kuala terengganu okeh. Cam nak tercabung pinggang mak. Rasa cam menyesal je tak sambung cuti hari Jumaat tu. Bila datang kerja cam tak de mood je, tarikh pun aku lupa..hiks..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!