Wednesday, June 4, 2008

My Favourite Topic

Bertemu jodoh di internet

Perkenalan di Tagged.com lahirkan bibit cinta Irfan dan Idura 'JODOH ada di mana-mana', melalui internet juga individu boleh mendapat pasangan. Bukan sekadar teman di kala sunyi malah teman sehidup dan semati. Sehingga kini MIRC, Yahoo Messenger, Friendster dan My Space adalah antara ribuan ruang siber untuk berkomunikasi, berkenalan serta bertukar pendapat. Namun ada juga yang memilih ruangan ini untuk mencari jodoh. Sukar untuk ditafsir, walau tidak pernah bersua muka, cukup hanya berkenalan di alam maya, perasaan kasih dan sayang ada kalanya melebihi mereka yang berada di hadapan mata. Mungkin ramai yang kurang percaya jodoh menerusi internet ini, tetapi masih ada yang berpendapat internet adalah satu daripada cara seseorang bertemu jodoh.

Antara mereka yang berkenalan dan bertemu jodoh di internet ialah Munir I’rfan Ramlee, 27, seorang ahli perniagaan dan pasangannya, Nur Izatul Idura Mohd Jamil, 26, Setiausaha Fakulti Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kisah percintaan istimewa mereka diungkai dalam rancangan Keluarga Di 9 (KD9) menerusi slot Kongsi Rasa Kongsi Rahsia yang dihoskan Nora. Bibit percintaan pasangan dua sejoli ini bermula ketika mereka berkenalan menerusi Tagged.com pada Februari 2007. Perasaan saling merindu dan tidak cukup hanya foto menjadi tatapan, membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bertemu kali pertama di tempat kelahiran Idura, iaitu Pulau Pinang pada 30 Mac tahun sama.

Kebetulan rakan Irfan melangsungkan perkahwinannya di negeri itu. Sebagai membuktikan keikhlasannya ingin berkawan dengan Idura, Irfan bertemu dengan keluarga gadis idamannya itu. Mereka saling berkenalan dan Irfan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 1 September 2007 dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Tidak mahu melengahkan perkara baik, mereka selamat disatukan pada 9 Februari lalu dan mengadakan majlis sambut menantu di rumah sebelah keluarga pihak lelaki di Bagan Datoh, Perak pada 15 Mac lalu. Mengimbas percintaan mereka menerusi internet, seperti ada keserasian antara mereka, Idura yang agak sukar memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali, begitu mudah memberikannya kepada Irfan walau kali pertama menghulurkan salam perkenalan. Percaya cinta menerusi internet, pasangan ini berharap kebahagiaan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Nasihat mereka kepada yang bercinta menerusi internet supaya berhati-hati dan ikhlas dalam menjalin hubungan.

Pensyarah di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang ditanya mengenai kesahihan jodoh di internet berkata, jodoh internet adalah satu cara untuk berhubung pada zaman moden ini, berbanding sebelum ini hanya menggunakan surat dan khidmat orang tengah untuk berkomunikasi.


“Islam tidak melarang kita menggunakan teknologi dalam mengeratkan hubungan silaturahim, namun perlu mengelakkan percintaan itu daripada menghampiri zina. “Mencari jodoh menerusi internet juga tidak salah, tetapi untuk mencari yang jujur agak sukar. Jadi untuk mencari pasangan hidup kita perlu berjumpa untuk mengenali secara realiti kerana kita akan hidup bersama bukan untuk sehari dua.


“Seperti cerita pada zaman Rasulullah, seorang sahabat hanya bertawakal untuk berkahwin tanpa mahu melihat dahulu pasangannya, namun keesokan harinya, sahabat itu berjumpa Rasulullah lalu menyatakan rasa kesalnya tidak melihat pasangan itu terlebih dahulu kerana isterinya seorang yang pendek dan hitam,” katanya. Justeru, apabila menyentuh soal jodoh, katanya seseorang itu perlu berhati-hati dan mencari pasangan bukan sekadar rupa tetapi yang lebih penting pegangan agamanya supaya rumah tangga aman dan bahagia. KD9 adalah rancangan bual bicara yang memaparkan isu kekeluargaan dan kemasyarakatan meliputi empat slot iaitu Siapa Kata (Isnin), Jiwa Raga (Selasa), Dua Generasi (Rabu) dan Kongsi Rasa Kongsi Rahsia (Khamis) disiarkan secara langsung setiap jam 1 hingga 2 petang. - Berita Harian, 4/6/2008
soksek: Cinta itu apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat....I love this topic. Menarik..nanti2 will jot down something about it...tapi tak tau la bila...huhuhu..

Entry menghitung hari

Hantar hadif ke Genius Aulad for Mandrin Class, boleh bayang tak dia paut kaki mama dia nih tak kasi tinggalkan dia. What else? tentu la tak sampai hati nak biar dia dok kat situ sambil meratapi nasib ditinggalkan mama dia..so...hangkutlah tuan kecik tu ke opis... Actually cuti, tapi kena jugak masuk ofis, cuti sekolah, ramai yang cuti, ada tu, dah cuti, sambung pulak dgn MC. Pentingkan diri sungguh. Jenuh gak layan hadif kat opis, dia mudah boring. Lepas mengadap exercise book dia, dia request nak main games, kejap games kat handphone, kejap kat PC... layan aje la..
Atuk dgn opah balik kg. kat kampar, ziarah bapa saudara atok hadif yang meninggal disebabkan accident. Aku panggil dia tok alang. Sebaik2 umat. Abah kata, inilah pak sedara yang paling dia sayang, yang paling baik..dan yang banyak menolong dia dulu. Ramai yang datang menziarah. Orang baik kan, tentulah ramai orang kenang. Mudah aje urusannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga keluarga arwah sabar dgn ketentuan Allah. Sedih bila mak citer, tok alang tu keluar nak pi pekan, beli barang2 nak buat sup ayam kampung, anak2 dia nak balik sempena cuti sekolah ni. Itulah kasih ayah kepada anak2 kan. Sampai ke akhir hayat. Kasih anak2 pulak? Ada anak yang mengenang budi, ada jugak anak yang buat tak peduli..dgn alasan yang macam-macam ada! Semoga aku, dan insan2 yang rapat dgn hidup aku tidak seperti si tanggang. Semoga Allah beri kita sama2 peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Keberkatan bermula disini...insyaallah.

Balik dari ofis, just dok umah je..Hadif tido dari kol 1 ptg sampai kol 5! seronok la tu,.. so malam lepas maghrib ajak kak yang gi beli susu hadif, sabtu hari tu dah beli sekotak, sempat tahan sampai semalam. Susu hadif nak RM5 dari harga lama...menung kejap tengok price tag kat kotak tu. End up, gi kedai ubat cina, kat situ ada la sikit lagi stok lama..lepas tu cina tu kata pun akan naik, aku borong sekali 6 kotak..it cost me RM300... cina tu suh aku borong je ada tiga empat kotak lagi, aku jawab la "you simpan la kat belakang, lagi 2 minggu I datang beli lagi...ini 6 kotak tahan 2 minggu saje..." Dila menggeleng tengok harga susu yang hadif minum...sambil cakap gini "anak dila sok minum susu ni je la...(sambil tunjuk susu rega RM6.90 paket kecik) Iye la tu..sok bila dah ada anak, tau la dia..ingat boleh main bagi je anak minum sebarang susu ye dak? Aku, kalau bab susu memang payah sikit. Biarlah aku tak beli barang utk aku ke..baju ke..kasut ke..asal Hadif minum susu yang terbaik, dan dia suka. Before ni, dia memang minum Enfagrow, pas tu aku gatal tukarkan Dugro. Elok je dia minum, tapi sampai satu part, dia muntah2, cirit birit. Aduh..susah hati aku dgn babahnya. Puas try kasi macam2 susu lain, sampai la kasi dia Enfakid ni, barulah berhenti simptom muntah2 dan cirit birit dia tu. Dan, aku bertekad tak akan berkira dgn hadif bab2 susu ni. Asalkan hadif sihat, suka minum susu ni, aku dah cukup happy.


Letihnya badan..letihnya perasaan... errk..babah..tak sabar nak tunggu our next trip. I need a rest. Just gimme a goddamn holiday...yeah! :P


Actually this is my pwezen for Mother's Day. And Honeymoon trip jugak. Konon2 hubby kata nak pi berdua je. Nak merasa jalan berdua2an.. sebab before ni, we never left hadif. Time tido pun mamat tu dok tengah2. Konon aje la. Jangan harap la mak nak tinggal anak mak tu. Hubby pun sama jugak. Nak tau sebab apa? masa dia plan nak pi berdua2 tu, dia beli flight ticket utk 3 orang jugak....play safe la tu..takut nanti bila tiba masa, tak sampai hati nak tinggal buah hati kami tu, dah terpaksa pulak cancel trip. heheheheh. Mama tau dah la babah oii..tak maunya kembar siam awak tu ditinggalkan.

Monday, June 2, 2008

Oh my hectic weekend...

Semalam bateri kete kong. Itu fenomena biasa bagi orang yang memandu. Dan biasa juga terjadi bila time hubby tak de. Heheheh. Aku kena buang jauh2 perasaan nak manja2..jadi tak tau nak buat apa. Bila dalam situasi cam gitu, haruslah aku ni terus je pikir la sendirik apa nak dibuat. Inilah isteri seorang pekerja offshore.

Teringat kisah aku jumpa ofis mate kat klinik last week. Member dalam pantang lagi, belum sebulan. Bersalin operate pulak tu. Bawak baby dia demam. Bising mulut aku tengok dia drive kete manual. Dia kata gini " Nak harap siapa lagi,..? tak de orang lain..anak ni dah tak tido malam dek demam" Hubby dia pun kerja kat Kerteh. Bezanya bukan kat offshore. Tapi tak boleh balik sebab ada shutdown. Time dia cakap tu mata dia berair. Dan of coz la, mata aku pun sama...sebab..NASIB KITA SERUPA! Emo..emo..emo..kah3X. Mana taknya, kawan aku tu siap cakap dia selimutkan anak dia dgn kain pelikat hubby dia...dia kata anak dia demam rindu. tu anak tak reti bercakap lagi, kalau cam hadif yang dah reti cakap..mulut tak henti cakap gini "mama..tipon la babah..suh dia balik.." aiiyooo lah ..

Nampak senang, tapi tak mudah. Hari ni, Hadif ada kelas mandrin. Dek sebab kelas dia mula kol 9 pagi, aku minta mak tolong hantar. Pas tu Mak Lang dia SMS, kata hadif menangis, tak mo pi sekolah. Aku pun dengar jadi sedih..menangis jugak! Pagi tadi, time siapkan baju dan barang2 dia nak pi skul:-

Mama: Hadif, mama tak dapat hantar hadif gi Aulad pagi ni tau, Mama kena pi keje awal, nanti opah hantar ye

Hadif: Ala..mama la hantar..nanti Hadif nangis macam mana?

Mama: Jangan la nangis, Hadif kan good boy...

Dan..terbukti..pagi ni dia menangis. Agaknya dia tak rasa nak pi sekolah, pasal kena pakai baju biasa.

I felt very down today. Sebab Hadif bukan jenis penangis...kalau bangun pagi pun mood dia ok je. Pagi tadi pun dia asyik mengekor je mama dia nih. Dah dua hari berkepit bagai kan.. tido malam pun, kalau tiba2 dia tersedar, tengok aku tido membelakangkan dia, dia akan kejut aku, "mama..peluk la hadif" Oh my boy! Makin besar makin manja. Dia tak de adik. Pada sape lagi nak ditumpahkan manja tu kan? Pada dia sorang la jawabnya. Tu yang kengkadang aku pun hangin jugak kalau tiba2 he show his tantrum. Tapi tak boleh nak salahkan dia..dah orang keliling pun dok manjakan dia. From my side, Hadif tu la baru satu cucu dalam keluarga kami.

kengdang rasa down jugak. Semua nak jadi time hubby tak de. Dari perkara yang simple2..sampai la perkara yang agak serius. Terpikir gak kat kepala, laki aku ni, kalau aku citer mesti dia cakap gini "kenapa ye time saya ada tak jadi perkara2 gitu..." sampai ada masa, ada benda yang aku tak citer pun kat dia. Ada yang aku lupa nak citer dek sebab aku rasa benda tu remeh aje. Tapi kang bila teringat aku citer, bimbang nanti dia claim gini pulak "naper saya tak tau hal nih?" :) apa pun, kena cepat2 recover. What la a very sensitive mood today, kan? anyway, I am only a manusia biasakan, tentulah perasaan sedih, penat tu perkara biasa.

Pagi ni kat opis, musim cuti sekolah, musim orang bercuti. Masalahnya ada yang pergi bercuti meninggalkan beban kerja pada aku. Lagi la hangin. Pagi2 kena buat keje dia dulu. Aku ni selalu jadi mangsa keadaan. Orang ni cuti bersalin keje dia aku buat, orang tu cuti bersalin keje dia aku buat. Selalu, I will take it as a challange. Aku boleh buat. Tapi hari ni rasa penat. Penat yang amat sangat. I don't know where should I throw my unsatisfied feeling. Where should I put all the 'tak puas hati' hal ni? And, as usual, akak telan aje la... ni la manusia nama azila, suka ke, tak suka ke, sedih ke, gembira ke, .. I will kept it..deep inside my heart. Orang cakap yang pedih2, yang menyakitkan hati (biasalah manusia, bukan sedar pun apa yang dia cakap tu mengguris hati orang lain, tapi kalau dia kena, tau la pulak marah!) Tu yang hari ni rasa nak nangis. Rasa puas sangat. Lega. Puas. Dah lama rupanya tak nangis..hehehehe

Lagi satu, pagi2 lagi, PA Managing Director call, bgtau dia on leave today. What else? kena cover dia la...aiyooo...dah la kat department ni 3 orang cooti..kena pulak stand by kat bilik MD. Matilah aku.

Saturday, May 31, 2008

Outing together...

Hari ni aku dgn hadif outing with ayu and afif. Mula2 aku tanya hadif nak pi mana..dia kata nak tengok wayang, tapi ayu and afif tak leh lama2 sangat, banyak agenda diorang hari ni, ye la..sekali sekala balik jumpa keluarga, mestilah banyak rancangan. So we heading to Bukit Tinggi, Klang (mana lagi..kekekek) Che abang hadif tu awal2 dah request nak makan sup kat pizza hut. Layan aje la kami mak2 budak ni.. lepas tu bawak diorang pi main games kat Kids zone. Kemainlah sukanya budak dua orang ni main game. Budak2 zaman sekarang erk? reti aje menggayakan mainan apa pun. Lepas tu sessi memilih toys. Betul la budak2 lelaki. Diorang dok serbu tempat robot, power rangers...aku dgn aku dah gelak2 dah..puas dok kasi alasan itu ini.. soh pilih mainan bawah RM10 la...tak jalan! Akhirnya masing masing dapat la dipujuk untuk memilih mainan yang reganya kurang seposen dua puluh hengget... Dalam situasi ni, aku cool sikit kot pasal dah biasa dgn kerenah hadif yang kalau memilih tak heenggaatttt donia. Tapinya mujur la dgn aku bila aku kata tak boleh tu dia ok lagi, masam muka tetap masam okeh! Bila mama dia kata mama tak de duit, kalau nak yang ni, ambil. Kalau tak, tak payah. Laju aje la dia capai robot tu. Baru last week babah dia belikan mainan yang gitu, tak pernah la dia jemu!

Lepas dapat toys kami pun nak gerak baliklah, tapi ada pulak chance bergambar dgn patung pooh and the gang. Hadif time tu punyalah gelabah..rupanya dia takut..jadiknya mama dia pun kenalah naik bergambar sama. Lepas habis sesi bergambar aku hantar ayu and afif kat umah MIL dia dan kami berdua beranak di pi tesco shah alam pulak beli barang2 sikit. Time kat tesco ni pun dia pau aku lagi ultraman rega RM3.90!

Malam tadi aku bawak dia pi jalan2 kat ole-oleh seksyen 18. Pi kedai buku fav. dia. Selalu dia mintak belikan majalah Ana Muslim kat situ. Time hadif tengah belek2 majalah yang dia nak pilih, aku nampak set buku Siri 25 Rasul. Dulu, aku pernah tanya pakcik tu, ada tak buku cerita nabi2..time tu dia kata payah nak cari. Dan, hari ni, aku cukup happy sebab dia ingat aku lagi. "dulu awak yang tanya kan pasal buku cerita nabi2?" heheheh jadiknya..aku pun beli la kat hadif buku2 tu.. dan, lepas ni...sebelum tido, selain dari kena bacakan majalah Ana Muslim dia, aku boleh la bacakan cerita2 25 orang rasul ni. Mudah2an tak de la jiwa anak aku ni asyik teringatkan ultraman, power rangers, ben10 dan lain2 lagi..yang aku cukupppp tak berkenan. :)


Monday, May 26, 2008

XTVT ujung minggu

Last week penat giler. Mula2 kemas umah. Pas tu attend wedding kat Kota Kemuning, habis tu pi pulak ke seksyen 19, kawan masa kat UiTM Perlis kawin...balik tu singgah jenguk umah sarang burung merpati kami kat Sek. 16 tuh.. ingat nak basuh rumah, tapi tak cukup alatan. So decided datang balik malamnya. Balik umah masak pulak dulu...hubby nak makan sotong yang BIL candat di pulau tioman. Mavelesss...hubby kata cam kunyah sipar jepun..kekekekekk
So basuh la rumah yang comey itu sampai lenguh otot2 sendi. Lepas ni boleh la penyewa masuk. Balik umah dah kol 12 mlm. Letih tak henggat. Nasib baik lah sekarang ni hubby ada lagi..so pi kerja naik motor, tak de la stress lagi dgn jem. Yihaaa
tadi, my mother call, relative pass away kat Bangi. Mintak kebenaran boss nak pi, then dia kasi. So boleh la pi dgn mak abah jap. Till then. Babaiii
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!