Monday, June 16, 2008

Malaysian Elephant Sanctuary, Kuala Gandah, Lanchang Pahang


Kepada yang inginkan suasana yang tenang dan aman dihujung minggu, Elephant Sanctuary ini amat memikat hati. Lepas tu singgah pulak ke Deer Land di bukit rengit. Anak-anak pun happy dapat mengenali haiwan yang selalunya hanya dapat dilihat didalam buku atau televisyen.
more pics will upload here

Cerita Si A

Sila pastikan anda boleh berfikiran waras apabila membaca entry ini @ This Entry is written without prejudice. Thank You.

Si A dalam perjalanan balik ke kampung suami. Mood dikala itu adalah happy. Singgah sebentar di Stesen Minyak untuk isi minyak, makan dan buang apa yang patut. Pasangan itu beserta anak singgah makan di restoran Dunkin Donut. Orderlah chicken mayo untuk si isteri dan tuna sandwich untuk suami. Pelayan restoran tu siap promo coffee diorang tu sedap, tak de rasa cam nescaffee. Si A pun tergodalah dgn kempen budak tu, beli...minum. Memang sedap pun. Dalam perjalanan balik tu, kepala Si A ni dah rasa ting tong, ye la minum coffee kan, padan la muka sape suh try..., tapi dia idak ler bercerita dgn suami dia yg dia sakit kepala..senyap aje la.. sampai lah dah dekat sangat nak sampai kampung suami dia. Tetiba je sendawa angin. Biasa je la time tu. Tapi suami si A ni boleh cakap gini "apasal pulak awak nih? angin pulak? biasalah awak, asal balik kampung je angin la..sakit kepala la..."

Perasaan si A waktu itu:

Melampau okeh. Tak de sekelumit pun perasaan gitu timbul dalam hati. suka sangat buat assumption. Suka sangat fikir negatif. Hati time ni memang sakit very the max. Suka ati je nak tuduh2. Dah idup bertahun sama2 pun tak kenal hati bini sendiri. Tak tau apa yang boleh buat bini tu rasa tak sihat. Even kawan2 kat opis ni pun tau Si A ni tak leh makan atau minum kopi ..nescaffee especially. Tak boleh makan sayur tauge. Tak boleh makan kacang. Tak leh bau durian..bla..bla..bla.. itu pun tak leh nak paham. Bercakap main lepas je, macam la Si A ni tak de perasaan. Sedih. Kecik ati.

Selama berkahwin, Si A ni tak de la simpan perasaan atau fikir yang negatif pasal keluarga belah suami dia ni. Ada jugak lah mak mertua dia citer2 something pasal menantu dia yang lain. Tapi tak penah lepas ke suami dia. Simpan je. Iyelah, si A pun menantu jugak. At least, Si A yang dok jauh pun boleh balik tiap2 bulan. Kalau tak sihat pun buat je muka sihat. Yang dok dekat? Kena pulak mertua Si A yang datang menjenguk. Pernah sekali mak mertua Si A tu bgtau Si A, menantu dia Si B tu dah 3 minggu tak balik umah mak mertua Si A, walhal perjalanan nak balik tu takat 10 ke 15 minit je. Ada masa tu kalau bercakap dgn mak mertua pun main lepassss aje. Nak mengamukkan suami pun depan ipar duai dan biras. Terjah je. Tak de pulak suami dia tu nak marah. Kalau marah pun belakang2 jek.

Tak pernah pulak Si A ni komplen ke, kritik ke tentang mertua dia. Terima seadanya. Tapi rasanya ada jugak suami Si A ni komplen la..itu la pasal pak mertua dia, mak mertua dia. Tapi Si A ni diam je walhal ada jugak yang dikomplen tu kadang2 memedihkan. Mak mertua, ayah mertua ni macam mak ayah sendiri jugak la kan.. Iyelahkan, time bercakap memang la tak sedar, gerak2 kan bibir aje...tapi orang yang mendengarnya?

Si A ni jenis hati tak la busuk macam yang orang lain fikir. Dia habis kuat pun kecik hati, sedih sendiri, diammmm aje. Pas tu buat happy balik tapi jauh disudut hati dia, rasa kecik ati yang amat2 sangat. Bukannya minta dipuji. Memahami dah cukup. Dah la selama ni, macam mana si A ni layan mak dia sendiri, mcm tu la dia layan mak mertua dia. Kalau beli baju utk mak sendiri, beli jugak untuk mak mertua. Bukan idup nak dapat pujian pun. Ada masa tak pernah pun si A ni bercerita kat suami dia apa yang dia bagi kat mak mertua dia. Kalau balik umah mak mertua tu, siap tanya, apa yang ada, apa yang tak de.. cam balik umah mak sendirik la.. Aleh2, tuduhan gitu yang dia dapat.

Kalau korang la, apa perasaan korang?

soksek: kenapa nak prasangka pada orang lain, sebelum fikir keburukan orang, pandang sikit kebaikan yang ada. Luka memang boleh baik, parutnya tetap akan ada...

Friday, June 13, 2008

Bila nak ada baby girl nih?

Semalam ajak hubby pi beli baju for baby Hanna. Mula ingat nak naik motor je, tapi hubby nak bawak manja boy dia sekali. So we all pi naik kete la..mujur tak jem sangat. Best sungguh beli baju baby girl okeh. Macam2 ada! well, do pray for my turn after this yeah..

After having a "pening2 kepala session" for choosing the right one.. ada ke hubby gelakkan aku pilih baju baby kaler purple yang belang2..cantik what? heheh selalu beli baju hadif belang2... bila pilih baju baby girl pun belang2 jugak okeh..what la auntie azila ni kan... lastly decided to buy a pinkolor one...sweet...heheheh

Lepas tu mcm biasalah we turned to Big Apple for the maveles donut. Heaven. Hadif request nugget from KFC and he managed to finished six pieces sekali gusss. Kesian him, dah dua hari tak sedap perut. Cerry berry and muntah2. Sedih la hati mama and babah dia nih. So bila anak request je nak makan apa..laju je la tunaikan permintaan.

We reached home around 10 p.m. and I start to kemas barang because today nak balik kampung. Then we I off to bed, tetiba rasa mata tak mengantuk. Apa lagi, layan Ezora sampai kena tegur dgn hubby suh perlahankan volume. Hiks...ampun pak..

This morning send Hadif to Genius Aulad and heading to office merepit as usual. Seram sejuk okeh bila hubby cilok mencilok..dalam hati dok mengucap tak berhenti2. Pas tu sampai ofis ada ofismate sound "mesranya naik motor!" kekekeke Mestilah kan, ni la time nak peluk kuat2... yihaaa... Sempat called Hadif tadi, opah dia kata mamat tu dah tukar uniform, dia muntah kat skul. Sian anak mama... :( Call hubby and asked him to find a biolife product at pharmacy mcm doktor zul selalu precribe kat hadif kalau kena simptom muntah2 dan cirit birit ni. Semoga cepat sembuh ok manja mama... (manja kaa? pantang dia kalau panggil dia manja.. Ni Hadif, tau tak, bukan manja..mama yang manja!)


pic. courtesy of babah

Wednesday, June 11, 2008

Aci ek gitu?

Pagi ni pi keje hubby hantar naik motor, sebelum tu singgah hantar hadif kat Genius Aulad. Good mood aje mamat kecit tu. Semalam dia bantai meraung time babah dia hantar. Aku drive sendiri semalam. Sudahnya, Babah dia angkut je dia balik umah. Time aku call, sempat la warning dia, kata kalau tak mo pi skul kena tido dalam bilik air. Semalam jugak dia kena denda. No watching cartoon. The whole day okeh. Monyok je muka dia. Balik keje kenalah dia tazkirah dgn mama dia. tunduk dia je. Baik je ropenye... Tak gaya pun orang yang mengamuk2 tadi! Dia kalau dengan mama memang tak berani. Mama dia garang okeh. Dengan babah dia, bukan main naik lemak je...mana taknya..apa dia nak babah dia ikut aje....

Hari ni cam boring jek nak keje. Why la ek? agaknya sebab mood nak cuti tu lagi banyak ..hihihi. time dok kat opis ni mula la berangan bagai2..! kalau la dapat menembak..erg..gian giler okeh.

oklah..nak sambung verify claim jap. Ginilah aku. Orang tu beranak aku kena buat. Orang tu beranak pun aku kena buat. Orang lain ada tapi akuuuuu jugak kena buat. Kononnya aku penah buat time orang tu beranak dua tahun yang lepas. Aci ek gitu? bila la aku ni pulak nak beranak?? :)

Tuesday, June 10, 2008

Banyaknya citer yang tak terciter

Lama tak menulis. Bukan tak de aktiviti. Banyakkkk sangat. Dari kecik xtvt sampai besar punya xtvt. Tapi tak sempat nak menulis. Nak tulis time ofis hour tak sempat. Banyak benda nak buat. Idea pun tak datang! Nak tulis kat umah, badan pulak dah penat. Sudahnya tulis blog dalam mimpi udahler.

Sekarang ni heboh pasal rega minyak naik lagi. Bising2 pun kita still kena isi minyak kat tangki kete kita tu, iye dak? Aku memang nyampah giler kat PM bila dia umumkan harga baru minyak. Malam tu, bawak hadif pi isi minyak. Nak isi minyak pun satu hal, kat kota kemuning jam teruk. Boring giler okeh. Nasiblah motor hubby dah kuar. Kalau dia ada boleh la aku merempit dgn dia. Dalam hati dok terfikir gak, cam ne la kalau income satu keluarga tu bawah 3 ribu yek..lagi la kesian.. bak kata hubby, golongan pertengahan macam kita ni pun dah terasa bahang..apatah lagi golongan yang berpendapatan rendah. Banyak la lagi besi2 yang bakal kena curik. Ye la, nampaknya kenalah berjimat cermat lagi (selalu memang berjimat cermat okeh? heheheheh)

Friday akak cootii. Bawak abah ke KL ada urusan sikit. Hubby yang kebetulan balik awal seminggu (kebetulan yang dirancang heheheh), opah hadif and mak lang hadif pun join jugak. Lepas tu kami bersiar2 ke SOGO. Bersiar? oh please... hehehehe I bought handbag for my MIL and of course for me too. Sambil tu beli la tiga empat helai baju hadif..(can you imagine, dapat 4 helai baju dia dgn toy dia dgn harga tak sampai RM200?) Memang best la SOGO ni time sale. A part of that, sempat belikan Abah T-shirt as a present of Father's day and 2 helai for hubby. Hubby and abah gi solat kat Masjid India. Hubby cakap " khutbah dia dalam bahasa urdu, yang" hiks..


Balik tu singgah subang jaya. Intai kedai yang jual oven lektrik yang iklan dalam surat khabar the STAR. Heepi sangat bila hubby bought me an electricity oven. Yeah.. sengih sampai ke telinga okeh. Errrk..cepatlah dapat kunci ni... semalam call developer dia kata dalam pertengahan bulan nih. On the way balik singgah Tesco Extra. We having our "minum petang plus makan malam". hehehe tadi breakfast cum lunch. Bantai aje la. Mak having a quick groceries and hubby was shock when look into my trolly...kosong jek? heheheh jimat cermat maa.. Berjaya menahan nafsu membeli. Chaiyok...



Saturday kononnya nak bawak hadif pi tengok wayang, citer kung fu Panda yang dia asyik sebut2. Tapi tiket sold out. Hari ni we having our lunch with ketam masak lemak. Maveles. Lepas makan mata mengantuk, ask hubby what time he want to off to Sunway Pyramid. He told me after asar, apa lagi..peluang la..take a nap (nap apernye..sedar2 dah kol 6.30 petang okeh!) Actually we heading there becoz hubby nak tengok lens kemera..nak survey...tup2 dia sambar jugak 300mm lens. Aiyoo..giler kentang..heheheh


Sunday pulak, we attend a wedding invitation. Dua okeh. Satu dekat2 umah, another one dekat Pangsapuri Rimba. Test menembak dengan lens baru. Best giler! Singgah our apartment sebab hubby nak amik gambar, nak iklankan. So, to those yang cari umah untuk disewa, boleh la give me a call yek...gambar nanti I attach. Lepas tu terus gi Bukit Raja, tengok Kung Fu Panda. Excited betul Hadif, sampai mama dia belanja askrim Baskin Robins pun dia bolayan. Last sekali, mak bapaknya yang makan..hehehehe. While Hadif enjoy the movie, babah dia aku tengok terlentuk2 tertido. hihihi..ginilah dah ada anak ye yang, kena follow minat anak..layan je..hehehe






On the way balik dari bukit raja tu kami singgah kat Tasik Shah Alam. Kasi chance babah hadif nak play with the new toy. Aku layan hadif la. Jenuh la dok betulkan sebutan dia. Dia kata air tasik tu air banjir. kekekekeke. Dah la tu, siap request cookies aku nak kasi fish makan. Aci tak dia kata gini "sian fish tu mama..sian dia lapar". :)


Sampai umah baru terasa penat. Tapi Happy sebab dapat spend quality time together with my beloved hubby and Hadif dearie. Boring bila pk kena pi keje esok hari. Nasib baik hubby ada..apa lagi..merempit la...wrengggggg...

Monday (semalam) pulak kerja macam biasa. Hubby hantar gi ofis then dia balik Pahang. Mak saudara dia meninggal kat Karak. And aku pulak, balik dari ofis abah ambik and terus gi University Hospital. My "old lady" auntie buat operation. Get well soon my dear old lady. Time aku visit dia tu, dia dibawah pengaruh bius lagi kot..cakap sikit pas tu tertido. Yang best aku dok sakat dia, suh makan sup ikan haruan. Sedar pulak la old lady tu..hehehhe


Sampai umah, kepala aku mula la berdenyut. rasa nak muntah pun ada. Hubby bawak balik buah durian D24. Jawabnya..mula la aku sakit kepala. Sampai nak tido pun aku bising kat hubby soh dia cepat pi gosok gigi...siap muntah lagi tu. Yang hubby aku pulak dok gelak sakan kat aku. Memanglah aku elergi betul bau durian..dulu masa belajar kat asrama di N9, aku siap pengsan lagi bila bau durian. Bukan buat2..memang betul2 tak boleh bau. Semalam, masuk je bilik dah terbau durian. Ye la, hubby makan durian, pas tu dok bawah aircond. Semerbak bau satu bilik. Termuntah bagai la aku nih...aku lari turun bawah. Naik balik hubby kata "dah gosok gigi dah yang..." Barulah aku boleh lena dgn aman...hehehe
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!