Wednesday, August 12, 2009

Shah Alam - Penang - Taiping - Cemeron Highland - Shah Alam

Hari ni baru rasa ada mood nak update blog. Penat menjadikan idea saya beku. Actually sampai umah awal, by pukul 5.00 petang dah ada di rumah. Sempat masukkan kain dalam mesin dan mula menyusun pokok-pokok bunga yang di bawa turun dari Cameron Highland. hihihi gigih berdua suami isteri..kehkehkeh...Perjalanan ke Penang bermula dengan debaran sebab Hadif baru je kebah dari demam. Cuak juga, tetapi memandangkan hubby dah booking rumah peranginan kakitangan Petronas, dan nak bawak opah dan atuk Hadif, kami tawakkal aje lah. Alhamdulillah, sihat walafiat Hadif disepanjang percutian. Pelik juga dari mana dia dapat tenaga..orang lain dah penat, dia boleh bersilat lagi!
Hadif yang memanjakan diri sendiri..kehkehkeh

Sampai aje di Penang kami terus ke Bukit Bendera. Mak oii...ramainya manusia. Ini mujur bukan cuti sekolah. Pelancong-pelancong dari Arab dan India penuh berebut train. Kami pun termasuk dalam kategori itu jugaklah. Pening-pening lalat dok bau bermacam2 jenis bau..bau minyak wangi (tak wangi tapi busuk!) dan bau badan. huhuhu. Musim sekarang ni musim pelancong arab datang bercuti, maklumlah negara diorang tengah panas.


Hadif tekun makan aiskrim

with my beloved mommy...

Eceh...gaya tak boleh belah...hahahaha

Dua jam kat atas tu, sempatlah Hadif jatuh terjelepuk. Luka sikit di lutut. Agaknya dah penat, nak kutip sampah terus tersungkur. Kesian anak Mama. Tapi lepas tu dah boleh berlari balik. Penat berjalan, kami ikut style pelancong Arab, naik buggy. Sewanya RM30 utk 2 kilometer bersiar-siar di sekitar bukit bendera. Hubby bajet cam pelancong Arab. hahahhaha.


Turun dari Bukit Bendera kami ke Padang Kota Lama, pekena Pasembur yang orang dok cakap2 tuh. Huhuhu amik serba sedikit plus seekor sotong kena RM18. hahahahha. Lepas makan2 kami terus ke Batu Feringgi, hubby booking Rumah Peranginan Kakitangan Petronas. Nice place. Apartment 2 bilik. Coverage broadband tak kira digi mahupun celcom adalah sangat "hampeh". Sebab itu tak boleh up date blog dari Penang. Grrrr...hahahaha.


Pasembur yang glamour di Padang Kota Lama

Wajah ceria orang dah baik demam

Malam tu nak tidur pun tak lena pasal deruan ombak kuat sangat. Dari tempat penginapan ke pantai sangatlah dekat. Time tu dok terbayang tsunami. Dekat pukul 3 pagi jugaklah baru dapat melelapkan mata. Pagi tu kami breakfast kat bilik saje. Lepas siap berkemas terus check out. Hubby bawak pusing dari Teluk Bahang...sempat berhenti di perkampungan Nelayan...pas tu diorang sempat pekena durian. Saya dan Hadif duduk jauh-jauh hihihi. Kami tak makan durian. Saya makan manggis 1kg hadap sorang2. hahahahha. Memanglah cantik buah manggis tu. Putih melepak isinya. Kami terus ke Bandar Geoge Town. Nak cari Nasi kandar Line Clear. Nasib "si jijah" ada. Terus tuju destinasi walaupun banyak kali pusing2 sebab keenggannan hubby percaya pada "si jijah". Ye lah, segala lorong2 kecil dia bawak masuk. hahahahaha.


Perkampungan Nelayan, Teluk Bahang

Lepas makan nasi kandar kami jalan kami saje ke jalan Chawrasta. Beli buah jeruk dan buah pala. Sempat beli sedikit ole-ole utk keluarga dan kawan2. Lepas tu ingatnya nak ke Fort Cornwallis tapi hari hujan la pulak. Lalu saje la di depannya. Time balik ni kami plan nak naik feri. Punyalah beratur panjang...sabar aje la. Ada yang tak sabar tu dok potong turn. Finally kami dapat jugak naik feri. Syok...angin sepoi2 bahasa gitu...kehkehkeh.



Kedai ni tak sampai kat Matang pun, tapi boleh pergi lagi..best...

Sampai je kat jambatan terus menghala ke Taiping. Kononnya nak makan kat Doli. Sampai je depan kedai tengok kedai tutup. Rasa nak pengsan. hahhahaha. Terus ubah haluan ke kedai Nur Zetty...makan mee udang. Memang sedap. Thank to Yanti sebab kasi info pasal kedai kuehtiaw Doli tu yek. Nanti kalau ada kesempatan akan ku pujuk hubby terjah ke TTDI.



Hubby decided nak terus ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Aduh, kecut perut melalui jalan yang bersimpang siur itu. Mata pun tak boleh nak pejam dok risau. Nasiblah hubby saya ada darah Micheal Schmaucher kehkehkeh. Sempat singgah di pasar malam Brinchang utk lepaskan keinginan saya nak makan strawberi bersalut coklat. Saya makan banyak sekali okeh, sampai termuntah bila sampai di bilik hotel. Padan muka...hihihi konon berangan ala2 Siti Nurhaliza la nih...





Bangun pagi, kami breakfast kat Food Court aje. Makan nasi lemak, minum air panas. Fuh, baru rasa bertenaga nak melawat kawasan. Lepas je minum kami pi Arked Peladang. Kat sini memanglah seronok sebab dapat tengok macam2 jenis bunga. Saya yang bukan penggemar pokok bunga pun boleh cair hati dok beli pokok2 bunga nak bawak balik. Lama jugak kat sini, sampai hubby remind banyak lagi tempat yang nak dilawati. hihiihi. Destinasi seterusnya adalah Kea Farm. Kat sinilah tempat segala bagai sayuran dijual. Turut dijual buah-buahan terutamanya strawberi dan pelbagai jenis bunga segar. Saya beli bunga2 yang tahan lama je. Bunga ros langsung tak beli..hihihi. Tambahan pula saya penggemar orkid, bukan bukan bunga ros.


Pokok2 dari CH....

Selepas ke Kia Farm kami bertolak pulang. Sempat singgah di Ladang Teh Cameron Bharat, minum teh, makan skon...syiok...hadif pulak makan strawberi cheese cake. Dia sorang je kenduri kan kek tu....hihi . Dah puas minum teh dan berehat2 baru singgah ke kedai teh, beli teh untuk di bawa pulang.



Saturday, August 8, 2009

Penang oh Penang

Alhamdulillah, kami selamat sampai Penang petang tadi. Terus ke Bukit Bendera. Fuh, seram jugak nak naik kereta kabel. Hari Jumaat pun ramai umatnya. Sampai kat situ baru perasan bateri kamera kong. Aduh..mujur ada kamera telefon. Sedih tapi kenalah akur pasal silap sendiri tak charge bateri kamera.

Rancangan nak ke Penang adalah short notice. Saya bagitau hubby saya terasa nak ke Cameron Highland, dan hubby mentioned pasal rancangan kami nak bawak opah dan atuk hadif ke Penang. Kebetulan hubby book rumah peranginan kakitangan Petronas di Batu Feringgi dapat pulak. Tapi bila dekat2 nak pergi, Hadif demam la pulak. Cuak juga..kalau Hadif tak kebah demam percutian haruslah dibatalkan. Alhamdulillah Hadif nampak cergas dan dah tak demam. Jadi jugalah kami ke Penang. hahahha.

Gambar nanti saya upload. Segala kabel tidak dibawa. Kemas beg pakaian pun baru dibuat pagi tadi. Ye la, hati tu risau dek Hadif demam...Hadif ni kan, bila kami nak pi bercuti ke mana2...dekat2 tarikh percutian tu biasanya dia akan demam. Ingat lagi, masa umur dia setahun, plan nak pi Cameron Highland, dah book bilik bagai...tup tup..lagi sehari nak pergi dia demam. Cuak aje kami mak pak nya. Tapi, bila tiba harinya elok pulak dia sihat. hahahah. Itulah peel dia. Memang selalunya macam tu. Babah dia kata, kena pi bercuti selalu2 la tu..hiks.

Oklah, nanti up date lagi, nak rehat dulu. Esok banyak lagi tempat2 yang nak dilawati. Kalau dulu kami datang naik kapal terbang banyak tempat tak sempat pergi, kali ni senang sikit nak bergerak. Tambahan hubby ada new assistant (Cik GAMIN) yang membuatkan dia rasa Penang ni macam kampung halaman dia..hihihi.

till then, sayonara (tetiba teringat kat Asmara di Jepun...huuhuhu)

Wednesday, August 5, 2009

"GUEST"

Pernah tak anda rasa hak anda diganggu? Saya pernah! Lately ni, shout box saya dicerobohi oleh seorang yang menggunakan nama "guest". Memang dia tetamu yang tak diundang. Kata2 yang dia guna itu membuatkan saya tidak gembira. Saya sempat mengadu pada hubby. Hubby kata jangan layan orang yang sakit. Yang tidak boleh melihat orang lain lebih, atau pun orang yang ada agendanya yang tersendiri. Kenapa mesti menyakitkan hati orang? Mungkin "guest" ini merasa tidak puas hati atas apa yang dihajatinya tidak diperoleh dari saya? mungkin.

Seboleh2nya saya tidak mahu mengambil serius perkara2 seperti ini. Tetapi dalam pada tidak, saya tidak dapat menerima juga jika privacy saya dicabuli. Blog saya, hak saya. Saya boleh menulis apa sahaja yang saya suka, asalkan saya tidak memalukan sesiapa pun secara terbuka. Apa yang saya tulis, adalah kehidupan peribadi saya, apa yang saya lalui dan apa yang saya rasa. Jika tidak puas hati dengan saya, sila berhubung terus dengan saya, jangan segan2..jangan silu2.. tak perlu nak "provoke" saya, atau cuba mengata2 saya.

Tapi apa, saya dalam proses mengesan IP "guest" ini melalui beberapa sumber. Dan jika saya dapat keputusannya, saya akan dedahkan dan siap letak gambar lagi orang yang berhati busuk itu. Mahu? sila la "provoke" saya lagi. Adalah tindakan si pengecut apabila menulis atau memberi komen tetapi tidak meletakkan nama. Ibarat "baling batu, sembunyi tangan". Hello, sekarang ni banyak dah teknologi canggih yang membolehkan IP anda di kesan. Hubby pun bagitau, senang aje nak tau..boleh cari orang2 yang busuk hati ini, tapinya hubby kata jangan layan. Pada saya, memanglah apa yang dia tulis tu tak menjejaskan hidup saya pun, saya masih lagi menjalani hidup saya dengan gembira dan bahagia, tapinya saya mahu orang sebegini mendapat pengajaran. Jangan Jadi Pengecut. Itu sahaja.

Apa sebenarnya yang orang2 seperti "guest" ini cari dalam hidup ye? Kalau setakat dengki mendengki, iri hati dengan kehidupan orang lain, boleh ke hidupnya akan jadi seperti hidup orang lain? Kalau tak usaha, tak merubah nasib, manakan mampu merubah nasib diri sendiri. Berbaloi kah kalau dengki dengan saya, tapi tak mampu hidup seperti saya? Tak mampu yang saya maksudkan bukan dari segi material, tetapi dari segi spiritual. Tapikan..saya rasa, saya boleh agak siapa "guest" ini. Cumanya, saya nak beri dia peluang, sama ada utk minta maaf, atau hentikan sikap busuk hati dia. Dan, jangan terkejut kalau saya paparkan wajah dan namanya di blog saya nanti.. hehehe.

Wah..pagi-pagi lagi sudah emo penulisan ku..hihihi.

Tuesday, August 4, 2009

Entry Bersama Mu...

Hari ni gelak sorang2, mula2 tengok hubby boh gambar pas tu kaksya pulak kat FB. Gambar pulak masa tu muka mak aii pucat lesi..hihihii. Anyway thanks to hubby sebab tak malu la nak letak muka isteri yang "chumil" dan kak sya yang sudi mai umah masa buat makan2 raya tahun lepas. Tahun ni datang lagi ye kak sya, tapi tak de la buat open house like last year...hiks.

Hari ni hari kedua puasa. Semalam punya la ketar lutut, masa berbuka boleh makan nasik 3 suap je. Pas tu makan goreng pisang Azmi yang maklang Hadif beli. Lepas maghrib, balik umah..layan hadif buat homework. Dan sangatlah suprise sebab by 9.20 malam kami dua beranak dah tido. Letttttttiiiih sangat... pukul 5.00 pagi dah bangun..dan sampai lah sekarang ni...hahaha ambil feel nak puasa nanti kan.. :)

Rindu Ramadhan. Plannya tahun ni nak pi buat terawikh kat surau dekat2 rumah together with hubby and hadif. Mudah2an Allah beri kesihatan yang baik la waktu tu nanti. Sejak kawin dgn hubby ni, saya belajar satu benda. Berbuka puasa dengan juadah yang biasa2 saje..macam hari2 sebelum tiba bulan ramadhan. Ada kurma, air, nasik dan lauk. Tak perlu penuh meja. Dan, pasar ramadhan pun saya tak jelajah sangat. Jadi tak pelik. Tak de la dok merapu berangan nak makan itu ini. Insaf. hahahahah. Hubby selalu kata, macam mana kita nak menjiwai Ramadhan, macam mana nak rasai bagaimana fakir miskin yang serba kekurangan tu rasa kalau kita berbuka puasa dengan "Macam-macam Ada!" Alhamdulillah, saya dah berjaya mengatasi nafsu nak ke Bazar Ramadhan. Sungguh. Biasanya berbuka puasa dengan ala kadar je. Macam bulan2 tak puasa. Kalau pergi pun tak de la jadi rambang mata. Beli yang rasa boleh dimakan dan tidak membazir saje. Syabasss bettteeee... hahahahah.

Dan, jika semalam saya berbuka puasa dengan nasi dan ikan goreng...hari ni nak makan apa? goreng ikan bilis, makan dengan kicap..hahahah koboi giler kan menu...

Saturday, August 1, 2009

Hari Sabtu yang nyaman!

Lama tak up date, badan tak berapa sihat dan idea tidak mari walaupun banyak xtvt yang patutnya diupdate.


anak orang putih manalah ni, sarapan pagi makan spegetti...hihihi

Pagi ni, bangun pagi hadif mintak apam balik What the what? Apam balik? huh..anak punya pasal, mama google la resepi, alhamdulillah jadik tapi lupa pulak nak ambil gambar. Rupanya senang aje buat apam balik ni yek.. tapi saya tak bubuh kacang, cuma bubuh jagung dan tambah dgn badam. Opah Hadif kata apam balik orang kaya...hahahahah. Opah dgn atuk hadif ada datang tadi, sempat la merasa apam balik yang saya buat. Atuk dia cakap "eh, pandai mama buat apam balik ye.." Hadif jawab gini "Memanglah, mama saya kan pandai" kahkahkah..bodek kuat punya budak..

Lepas atok dan opah hadif balik, saya menguli tepung, nak buat pau. Pakai tepung blue key aje. Senang. Intinya pun saya beli kaya dalam tin sahaja. Ini namanya pau malas tapi mahu..hahahah. Lepas siap dikukus, hadif makan sampai 3 ketul sambil cakap macam ni "eh, sedap ye mama, rasa kaya pulak tu" hahahaha. Happy sebab Hadif suka makan. Ni tengah roh rajin datang la ni, rasanya tahun depan baru saya buat pau balik..kehkehkeh..


Sebelum dikukus..biarkan dia "naik" dulu..


Lepas dikukus..panas lagi nih..



Dah kena cukai dengan Hadif 3 ketul..hihihi

Petang ni ada mesyuarat penduduk. Oleh kerana babah hadif tak ada, saya kena la pergi dan bawa Hadif bersama. Adoi..janganlah Hadif buat ligat nanti. Kang meeting ke mana, mengejar Hadif yang iye.

Teringat kata-kata hubby " awak tu dua minggu time saya tak ada macam ibu tunggal, kena uruskan anak, tengok dia buat homework..keje lagi.." huhuhu. Hari tu, masa saya tak sihat, salah seorang jiran telefon saya yang kebetulan ada di klinik. Bila saya bagitau saya di klinik..dia tanya dgn siapa..hihih dengan siapa pulakkan, mestilah seorang. Bising dia sebab saya pergi sorang, dah la tak sihat, kenapa tak ajak dia. Gelak saya mendengarnya. Dah biasa begitu, kalau takat sakit kepala, demam, sakit perut..waktu hubby kat offshore, saya drive sendiri sahaja. Hati kental. hahahaha.

Ada seorang kawan bertanya pada saya "macam mana kalau time suami azila tak ada, time tula anak demam ke, masalah datang ke.." saya jawab gini je " sangat senang. Terima aje masalah dari Allah. Insyaallah segara urusan dipermudahkan. Memanglah kadang kala jadi sedih. Time hubby tak de la tayar pancit. Time hubby tak de lah paip air bocor. Time hubby tak de la macam2 hal terjadi. Tapi bila fikir balik, itu semualah yang buat saya jadi "keras" hahahaha. Rasa lebih bersemangat. Hubby pula dah biasa train saya utk buat sesuatu time dia tak ada. Bersyukur juga bila diduga, tak semua orang merasa apa yang saya rasa, betul tak? Siapa tak risau, iyelah, saya tinggal berdua sahaja dengan hadif. Tetapi apa pilihan yang saya ada? sebaiknya saya tawakkal sahaja pada Allah. Dan Alhamdullillah saya gembira dengan hidup saya. :P Anda bagaimana?

Oklah, sampai jumpa lagi...oh ya, terima kasih pada teman-teman yang mendoakan saya cepat sembuh..alhamdulillah dah sihat...err kalau tak sihat minggu depan tak boleh pi bercuti lagi! hihihi.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!