Friday, March 11, 2011

Mari menyusukan anak secara ekslusif

Baca Di SINI


Hasil pam susu saya..masa ni produktiviti memang tangah baik, sekarang ni masih lagi menyusukan Raisa, tetapi masa saya pergi kerja mak saya kata macam tak cukup susu, tetapi bila saya baca artikel kosmo yang hubby forwardkan pada saya, baru saya tahu yang susu saya masih mencukupi untuk Raisa. Makin bersemangat rasanya nak terus menyusukan Raisa sepenuh masa. Terima Kasih pada hubby yang sentiasa menggalakkan saya untuk menyusukan Raisa sepenuh masa, waktu Hadif dulu, sampai umur dia 3 bulan dia dah tak mahu menyusu badan, dan alhamdulillah Raisa masih setia dengan susu mama... :)

Saya tak malu menyusukan Raisa kalau dikhalayak ramai kerana saya akan gunakan "nursing cover" macam gambar kat bawah...see...tak nampak pun Raisa. hahahah.
Semoga Allah beri kekuatan untuk saya terus istiqamah menyusukan Raisa sampai umur dia 2 tahun...amin.

Wednesday, March 9, 2011

Alamak ....terlambat la pulak.

Lama tak udate blog. Rindu nak menulis, tetapi memang kekangan waktu membataskan aktiviti nak berblog. Minggu ini anakanda tercinta; Hadif Khawarizmi ada ujian. Malah hari buat revision dengan abang, sambil tangan lipat kain, ada masa sambil menyusukan Raisa...sungguh multi tasking jadinya...hati happy, tapi badan penat sikit. Tambah-tambah bila hubby tak ada. Kalau Hari Isnin, ada 5 beg yang perlu saya siapka, beg sekolah kebangsaan dan beg sekolah KAFA hadif, beg harian Raisa, Bakul baju Raisa, beg pam susu saya, handbang lagi..eh banyaknya beg..hahahaha. Semua kena bawa masuk kereta sendiri...ada masa angin Hadif baik, dia tolong bawak satu beg, kalau tak, dia angkat beg KAFA dia aje la..hahahah.

Selalu pukul 7.00 pagi dah ada atas jalan, hantar Raisa ke rumah Opah dia, kemudian hantar Hadif ke KAFA, dan saya akan sampai ofis dalam pukul 8 pagi. Hari ni, dek kerana anak dara tersayang; Raisa Khadija bangun bersembang pukul 3 pagi, terjaga pukul 6.55 pagi. Itu pun mujur abang Hadif datang gerak, cakap hari dah siang..hahahha. Mujur mama "cuti"..laju aje suruh Hadif siap..zaaasss pukul 7.20 terus keluar rumah, hantar abang dulu pulak pagi ni sebab tak nak abang lewat. Lepas hantar Raisa, tengok jam dah 7.40...nak masuk highway tengok jalan jam pulak..what a day..hahahha. Tapi, jangan tak tau, saya sampai ofis kurang 6 minit sebelum 8.30....hahahha laju giler bawak kereta hari ni..janganlah kena saman..fuh..fuh..fuh...amin.

Dalam keadaan begini, mula la teringat kalaulah hubby ada..alangkah indahnya hidup ini...tapi tak pe, next week hubby balik...mau bercuti-cuti Malaysia.. itulah yang memotivasikan saya dikala kepenatan... dan..tak lupa gambar buah hati saya cik abang dan cik adik. Yang abang bila tanya test senang ke susah semalam, jawapannya memanjang je senang...tak senang duduk mama dia jadinya...dan si adik semenjak dua menjak ni kuat menyusu sampai saya kekurangan stok susu...adik..adik...


Wednesday, March 2, 2011

Hati tersentuh di Rumah Sentuhan Budi


Semalam ke rumah anak yatim Sentuhan Budi di Jalan Ipoh sebagai wakil untuk menyampaikan sumbangan company (CSR). Ini kali kedua saya sampai ke rumah anak yatim ini. Kali pertama tidak bertemu dengan pengurus rumah berkenaan, kami cuma pergi meninjau keadaan rumah dan sempat bertemu sebahagiaan dari anak-anak yatim yang tinggal di rumah berkenaan.

Saya? macam biasa akan sentiasa hujan dan hati seperti tisu. Kena gelak dengan kak shilla..bak kata kak shilla muka nampak brutal...tapikan kak shilla...dalam hati ada taman tau? hahahah. serius saya tak tahan bila memandang wajah anak-anak yang kecil lagi sudah hilang tempat bergantung. Teringat Hadif dan Raisa. Betapa bertuahnya anak-anak saya. Semalam sempat mentazkirahkan Hadif secara berjemaah dengan hubby tentang betapa beruntungnya Hadif itu kalau dibandingkan dengan anak-anak di rumah anak yatim. Insyaallah, rancangan saya dan hubby nak bawa anak-anak melawat ke rumah Sentuhan Budi. Saya mahu anak-anak saya tahu berterima kasih dan sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Dan, belajar berkongsi rasa sedih dan kekurangan dengan orang lain. Malam tadi, masa nak masuk tidur, Hadif cakap dengan saya "mama, saya tak mahu tinggal kat rumah anak yatim...nanti saya nak cerita dengan kawan pasal anak yatim...kesian kan".

Sedikit gambar dari xtvt semalam. Masih terbayang-bayang wajah ceria anak-anak dan pengurus rumah anak yatim yang sangat gembira menerima sumbangan..oh...hati saya sebak kembali..semoga dengan sedikit sumbangan, dapat memberi manaafaat buat anak-anak itu. Amin.




usianya sebaya Hadif..boleh diharap menyapu sampah..Hadif? ya ampun, pegang penyapu pun tak pernah!



Wajah ceria anak ini bila terima buku-buku cerita...



Wajah yang sentiasa meronton hati.... :(



Kak shilla, orang kuat disebalik tabir...


Puan Nora, sukarelawan yang menguruskan rumah anak yatim ini.


Siti Aishah, 4 tahun yang yatim piatu, paling muda di situ. Manja betul dia..oh..saya tak dapat tahan air mata melihat wajah mulus anak ini..semoga dia membesar jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia mahu pun akhirat.

Friday, February 25, 2011

Tadaaaaa....Raisa the frequent flyer...hahahha


tadaaaa.... am ready to fly...hahahaha

hari ni akan half day, nak ke airport, tapi bukan nak pi bercuti; nak hantar hubby yang akan ke Acheh dgn progrem Achehwahbestnyer dia..hahahah. Semoga hubby enjoy the trip dan balik nanti janji tau akan bawa saya dan anak-anak ke Cameron Highland hahahahhaha. Kejam, lepaskan suami pergi tapi ikat dgn janji siap-siap. Serius saya perlukan udara nyaman dan keindahan Cameron Highland untuk ubati luka di hati...hahahahah

Raisa dah ada pasport. Insyaallah lepas ni akan bersama-sama dengan kami untuk misi dan visi keluarga yang kuat berjalan....keh keh keh.. akan saya latih Raisa supaya tahan lasak dan boleh ber'backpacking' bersama-sama babah, mama dan abang Hadif. Tak sabar nak tunggu trip-trip yang dah ada dalam listing... :) sebut pasal bercuti mula la mood jadi pusing-pusing...cepatlah masa berlalu..hahahha

Sebut pasal berjalan, ada suara-suara sumbang yang dok mengata saya kononnya membazir duit bercuti ke sana ke mari, baik simpan duit. Hello, duit saya, perlukah diwar-warkan pada satu dunia berapa banyak yang ada dalam simpanan kan? tetapi saya memang suka berjalan, kalau diberi pilihan, rantai emas, gelang emas, baju berhelai-helai dari suami, saya lebih rela memilih untuk dibawa bercuti. Rezeki masing-masingkan, apa pula nak dengki. Kalau saya, orang dok cerita berjalan ke sana sini, saya tumpang seronok, dan boleh kutip info untuk diri saya, bukannya sakit hati dan dengki mendengki, tetapi itulah manusiakan, rambut sama hitam..hati lain-lain! eh lupa..rambut pun ramai dah tak hitam, ada macam-macam warna kan...jadi tepuk dada tanya selera la kan...kan..kan..

Makan..Makan..Makan...2

Hari Ahad 20 Feb saya bawa famili makan2 di Bagan Lalang. Not bad, makan ramai-ramai tak sampai RM300. Layan gambar aje la sebab saya agak sibuk untuk hari ini. Mood menulis pun tak datang-datang..huhuhu

jauh jelakkkk kalau ikut Morib tau..baik ikut Sepang..


perut lapar, kejap je clear..hahahah



keluarga kecil kami... Hadif buat muka sebab baru lepas kena marah dengan mama..hahahah kuat merajuk anak teruna saya nih.


Saya dan sebahagiaan dari keluarga...nanti nak ajak pi berkelah pulak la..macam best aje main air kat pantai tu..Hadif pun suka...


My forever love..hiks... lama dah tak bergambar berdua, teringat zaman2 bergambar diteluk balik...hahahahha

Kesayangan saya...Abang Hadif yang manja sangat



Buah Hati pengarang jantung mama...Raisa Khadija aka IchaIja yang susah sgt nak senyum...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!