Wednesday, April 20, 2011

Mari kita update blog yang dah bersawang

Lama tak update blog. Minggu lepas diserang keracunan makanan, masyaallah, melepek jadinya dek muntah tak berhenti-henti. Masa kejadian tinggal 3 beranak sahaja, Babahnya masih di offshore, huhuhu. Minggu ni baru nak bertenaga semula. Maklum sahaja apabila tak masuk ofis, kerjanya mula la bertingkat-tingkat.

Anak-anak? Hadif demam balik dari Qiamullail. Kesian sungguh bujang saya tu. Sebenarnya berat hati saya nak melepaskan Hadif tidur di sekolah, siap nangis2 dan siap kena tarbiah dengan hubby. Hahahaha. Mau taknya, kalau berpisah dan berjauhan dengan hubby saya dah biasa, tapi Hadif tu bodygourd saya dulu kini dan selamanya. Keesokkan pagi, bila jemput Hadif dari KAFA, abang Hadif Raisa sudah demam. Terus ke klinik jumpa doktor dan terus diberi cuti rehat oleh mama dan babah.

Abang Hadif yang demam...tapi maintain comel di mata mama dia..hahahah

Raisa? alhamdulillah sudah 5 bulan usia adik. Dah banyak sungguh akal dia. Yang terbaru tak mahu baring, tidur dan macam-macam lagi. Yang dia mahu orang dukung dia bawa berjalan-jalan. Jenuhlah opah kena dera... Raisa...Raisa... kalau ada mama dia behave sangat...hahahaha.

Raisa yang semakin banyak akalnya... buat mama cair sentiasa..hahahah

Sekejap sahaja sudah sampai ke Bulan April. Bulan ini merupakan birthday hubby. Tak sempat nak tulis entry untuk hari lahir hubby, tapi dah wish awal seawal-awalnya. Tak kisahlah tak ada entry khas, janji hubby saya sentiasa mendapat tempat yang istimewa dihati saya dan anak-anak. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah rahmat ilahi. Jangan lupa siapkan E-filing. hahahaha. Eksyen di situ sebab saya dah dapat pun rebate dari LHDN. Lepas la nak buat shopping2 untuk percutian hujung bulan :)

Happy Birthday Baby.... I love u loads... hahahahhaha Baby katanya?


Tuesday, April 5, 2011

Nota Rindu Buat Ayu

Hari ni badan sakit-sakit dan badan dah mula panas...demam rupanya saya. Apabila rasa sakit,saya akan selalu motivasikan dengan kata2 begini "Ayu tu lagi teruk sakitnya, apalah sangat dgn demam yang aku kena ini " Oh Ayu...selamat Hari Lahir yang ke 32 untuk sahabat ku..semoga Allah perkenankan doa kita semua untuk Ayu kembali sihat dan boleh menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Rindunya nak bertemu Ayu, sampai semalam terbawa dalam mimpi. Walaupun mungkin tak dapat selalu bersembang bagai, tetapi jauh di sudut hati saya sentiasa mendoakan sahabat baik saya ini kembali sihat, rindunya nak keluar bersama...melayan kerenah anak-anak.

Ayu yang saya kenali di UiTM Perlis memang understanding. Dari awal perkenalan kami memang dah serasi. Rasa rindu nak pakai baju sama, sandal sama..hahahahha. Ayu, kalau kau baca entry ni, aku nak kau tahu, biarpun jauh beribu batu, doa dan harapan aku agar kau sentiasa tabah dan berjuang untuk sembuh sentiasa mengiringi hidup kau. Sebagai kawan, aku amat yakin, Allah akan beri semula apa yang dia tarik sementara dari hidup ko, bertabahlah dan sentiasa positif.


saya dan ayu..masyaallah time tu badan mcm di pam2..hahahaha

Ingat tak lagi lagu kat bawah ni Ayu? ni lagu favourite hang kan? celik aje mata dengar lagu ni...nostalgia..muahahahhaha.


Seindah tiada lagi kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir
Menentukan ia
Oh belaian jiwa

Selamat Hari Lahir Sahabat ku Nurahayu Iswati..semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi hidup mu, hidup bahagia di samping suami yang penyayang; Najib dan anakanda yang bijak Afif Imran.... Salam sayang dari kami di Shah Alam...huaaaaaaaaa I miss u my friend...bergenang air mata aku time taip entry ni....

Thursday, March 31, 2011

Cerita weekend yang tertangguh


Sabtu tempohari Kami ke Pusat Sains Negara, tengok Dinos Alive. Ada dua ekor yang besar gadang kat ruang legar, hahahaha. Abang Hadif punyalah takut siap ajak balik.. kakakakak mama gelak tak ingat, adik Raisa pulak releks je, control la tu ye dik?






Abang yang dari rumah tak sabar nak tengok Dinasour, tapi bila sampai hati jadi kecik..hahaha


Adik juga maintain ye dik?



Layan gambar aje la ye...ceritanya biasa-biasa aje, hari ni tak larat nak mengarang, mengantuk yang sampai tersengguk. Tapi, saya rasa memang sesuai sangat bawa anak-anak pe PSN ni, banyak info yang diperolehi...Hadif pun nampak enjoy. Bukan takat Hadif je enjoy, mak paknya juga enjoy...hahaha



tangan montok ichaija yg sibuk nak makan jugak...hahaha

Balik dari PSN ni, hubby bawak kami makan di Victoria Station. Lepas makan terus balik rumah. Petang-petang bawak abang dan Adik ke play ground dekat rumah.

Ahad pulak kami ke Mattel Warehouse Sale. Dah hari ketiga, barang pun dah tak banyak, tapi sempat la sambar barang untuk Raisa dan juga Hadif. Untuk Hadif as a token sebab dapat markah yang baik dalam exam, walaupun tak dapat 100 tapi mama bangga abang boleh dapat A :) dan untuk Ichaija sebagai hadiah sebab dah berjaya meniarap pada umur 4 bulan..hahaha. Untuk mama, Barbie tu..eh..tak la..tu untuk Raisa juga..hahahaha. Terima Kasih kepada babah atas tajaan semua barang-barang di bawah. :)




Masamnya anak dara ni...mood swing dok atas swing gitu..hahaha

Wednesday, March 23, 2011

Syurga Di hati kita


Selalunya apabila saya menulis blog, tajuknya akan saya fikirkan kemudian. Hari ini, saya tulis tajuk, baru cari idea untuk menulis...hahahah. Blog saya ini lebih menjurus pada blog peribadi tetapi tidak diprivasikan. Saya menulis atas galakan suami yang boring agaknya dengan aktiviti saya berfotopages, sambil upload gambar, saya tulis cerita, akhirnya dia yang create blog saya, saya tinggal tulis. Tapi itu cerita dulu. Sekarang, blog ini saya yang maintain dan saya memang suka sesuatu yang ringkas tapi mesti manisss. (simple but sweet) . Jadinya janganlah kata blog saya ni statik je, tak berubah warna atau pun rasa ye, sebab memang saya suka ianya begitu, biarlah sampai Hadif dan Raisa besar, rupa dan gaya penulisannya sama sahaja.

Ada blog yang sangat ilmiah, banyak info dan banyak yang boleh kita pelajari. Maaf ya, blog ini mungkin tidak infomatif, tetapi segala yang saya tulis, boleh diambil yang baiknya menjadi ilmu (kalau ianya boleh dikategorikan sebagai ilmu, dan jika ada yang buruk boleh dijadikan sempadan atau panduan.

Wah, banyaknya mukadimah untuk hari ni, sebenarnya nak cerita pasal lain. Hari ni saya nak menulis tentang syurga dalam rumahtangga. Untuk saya yang baru (baru katanya..hihihih) berumahtangga 8 tahun, Rumahtangga ini adalah syurga saya. Rumah tangga yang aman damai, penuh dengan kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga. Bagaimana ianya tercipta?
Perkahwinan bukan hanya perkongsian dan penyatuan dua jiwa, perasaan dan tubuh badan sahaja, tetapi lebih kepada penyatuan hati. Bila bujang, tak perlu fikir panjang sebelum mengambil apa-apa keputusan, tetapi bila dah berkongsi hati ni, kena fikir panjang-panjang, tak boleh duduk regang-regang, semuanya demi untuk bertambah sayang. Itu sebab selalu orang sebut segalanya bermula dengan hati. Kalau hati kita memang sudah di nawaitukan untuk mencintai rumahtangga kita, insyaallah, Allah akan sentiasa bersama-sama kita.

Saya dan suami memang sudah biasa dengan cinta PJJ. Percintaan Jarak Jauh. Dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah berkahwin, banyak perkara yang perlu diterima, diimbangi dan ditukar. Maklumlah, penyatuan dua jiwa yang berbeza. Suami suka masakan berlemak, saya suka masakan rebus-rebus. Kalau saya di masa bujang, suka mencuba macam-macam jenis makanan, tetapi bila dah berkahwin, saya hanya makan apa yang biasa saya dan suami makan. kerana suami saya memang begitu, jika dia tak makan sesuatu, dia tidak akan ingin mencuba, bagi dia saya dan dia insan yang berbeza, saya tak perlu makan sesuatu yang saya tak makan kalau dia makan, dan begitulah sebaliknya. Err...ada masa saya rasa tak syok juga, sebab kalau nak mencuba makanan ni mestilah selalunya waktu saya bersama dia..hahahah Dari segi yang lain pula, Saya tak suka cakap banyak kali, kalau saya minta tolong, tapi hubby tak buat, saya terus buat sendiri. Suami dari latar belakang keluarga yang berbeza, begitu juga saya. Pada awal perkahwinan, terjadi juga pertelingkahan dan perbezaan pendapat. Tetapi, semakin lama dalam perkahwinan, rasanya masing-masing sudah mula mengimbangi dan memahami antara satu sama lain. Suami saya lebih bersikap selamba dan zaaaasss terus mengeluarkan kata, saya pula lebih reserve, jika marah atau tak puas hati akan berdiam diri..tetapi kalau bercakap...adoi.. nanti suami akan tanya "makan apa tadi? makan besi ke?" hahahaha. Banyak juga perkara yang berubah apabila semakin lama perhubungan rumahtangga kami.

Kalau dulu, suami kurang membantu dalam urusan rumahtangga, tetapi sekarang banyaaaaakk berubahnya. Alhamdulillah. Satu perkara yang saya sangat bangga, suami saya bercuti selama 14 hari di darat, dan dari usia Hadif 6 bulan, hubby akan jaga anak sendiri. Rasanya tak semua orang boleh melakukannya. Yang itu saya tabik spring kat hubby. No wonder Hadif dan babahnya macam kembar siam...macam belangkas, tidur pun berpeluk-peluk (nyampah I u..hahahha)

Dari awal perkahwinan, sebelum pergi kerja, saya akan bersalam, dan hubby akan cium dahi saya. Itu memang rutin. Kalau tak buat sebenarnya akan rasa lain mcm. Sudah 8 tahun, kalau dulu berat saya 5* kg, dan pernah mencecah 8* kg, dan sekarang dah boleh capai 6*kg, hubby masih lagi melakukan perbuatan yang sama. Tak kira di mana pun, tak perlu malu mencurah kasih atau menunjukkan kasih sayang sebenarnya. Cuma ada satu yang saya tak boleh. Saya tak boleh panggil hubby dengan panggilan abang. Macam nak pengsan, hahahaha. Saya masih lagi panggil hubby dgn panggilan sayang, dan bila dah ada anak ni panggil jugalah babah sebab dia panggil saya mama, tapi sebenarnya saya tak suka...hahahahha. Apa salahnya panggil isteri Yang walaupun anak dah lapan kan? Eh, tapikan, sekarang ni hubby suka panggil saya dengan panggil Nje; manja. Sedap jugak, hahahaha. Terasa usia muda, tak kisahlah hakikatnya dah tua..keh keh keh.

Sebenarnya rumahtangga kita, kita sendiri yang tentukan dalam mencari arah kebahagiaan. Ada orang, berdiri megah sebagai pemimpin di tempat kerja, tetapi belum tentu berjaya menjadi ketua keluarga yang baik. Ada orang, menjadi ketua dan organisasi dan sentiasa mengekalkan prestasi cemerlang di tempat kerja, tetapi pulang ke rumah dengan masam muka bertemu anak isteri. Acapkali menjadi ketua yang cemerlang di pejabat, tetapi kecundang mempertahankan institusi kekeluargaan. Pada saya, saya mencintai hubby saya seadaanya, memadai apa yang dia cuba dan telah beri buat kami anak beranak, saya sangat-sangat berterima kasih. Apalah gunanya ada kemewahan yang melimpah ruah, tetapi gagal memimpin keluarga. Tidak keterlaluan jika dikatakan, orang yang tidak menikmat kebahagiaan dalam rumah tangga tidak akan menikmati kebahagiaan dalam hidup.

Pendek kata, rumah tangga kita terpulanglah pada kita bagaimana hendak mencoraknya, asalkan resepi asasnya perlu ada aqidah, syariat dan akhlak. Pamerkan kasih sayang dengan setulusnya dan janganlah memberi bermotifkan meminta balasan. Perhubungan suami isteri bukanlah hubungan perniagaan dimana keuntungan ditagih dari modal yang dikeluarkan. Jangan semuanya dikira dengan angka sedangkan ianya sewajarnya dijadikan pemberian ikhlas dalam mendapatkan ganjaran bahagia dari Allah swt.

untuk hubby, semoga rumah tangga kita akan terus mekar mewangi sampai ke syurga.. I love U with all my heart (aawwww...peeewit...) ingatlah, bahawa cinta itu adalahs oal rasa. Ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang...ianya terbina dalam hati. Di daerah rasa yang tidak tua mahupun muda, di daerah rasa ini yang tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Cinta tetap muda, walaupun yang bercinta itu sudah tua ( saya suka bila awak cakap "biarpun awak dah tua, tapi saya tetap sayangkan awak tak kira rupa paras awak macam mana")

Jesteru...cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekalan kita ke alam syurga!


Monday, March 21, 2011

Cameron Highland dan menjejak kenangan

hujan-hujan, pekena scone...heaven..heaven...

Dari sebelum pregnantkan Raisa sampai dah mengandungkan Raisa, Cameron Highland sentiasa di hati saya. Terlalu2 nak ke sana sebab saya sangat happy bila berada di tanah tinggi itu..hahahah. Cumanya bila time mengandung, hubby tak layan permintaan saya, ye la, karang beranak pula saya di banjaran tanah tinggi itu..hahahaha. So, last week ambil cuti..kami empat beranak jalan-jalan cari makan di Cameron Highland. Hujan lebat, so tak banyak tempat pergi berjalan, tetapi hati saya puas sebab dapat makan Scone kegemaran saya..heaven okeh..hahahah.

sempat singgah Air Terjun Lata Iskandar..kami berempat beranak...time ni saya dah pening2 nak muntah, maklumlah duduk di belakang...terhoyong hayang aje rasanya..hahahha

Abang riba adik sambil merungut "errk..beratnya Raisa ni..." hahahahha

Lepas beli serba sedikit sayur-sayuran dan buah-buahan kami turun dari Cameron ikut Raub. Hubby bawa Hadif tengok Sekolah babah dia. Hubby cakap dengan hadif suruh anak bujang dia rajin-rajin belajar, nak tahu apa Hadif jawab? "kalau awak hantar saya sekolah kat sini...nanti saya lari..." hahahhaha.

Babah dan anak dara di hadapan sekolah yang banyak sungguh kenangannya..kan babah kan..? especially di kantin katanya... "adik aje la sekolah kat sini, abang tak nak..dia nak lari katanya..hahahah"

Kami sampai kampung hubby pukul 8 malam. Bising Hadif, keluar pagi, malam baru sampai rumah Nenek..hihihihi. Apa pun terima kasih kepada babah hadif yang sudi bawa kami ke Cameron Highland, katanya bulan 6 ni nak pi lagi bawa kami ye? terima kasih la...saya sangat suka...love u ^_^
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!