Thursday, March 27, 2008

A Journey of Mine!

Mula2 tu cuak jugak ler..maklumlah tak dapat gambaran sebenar tentang course yang bakal dihadiri. Tapi bila dah pi, minggle around dgn everybody, overall course ni memang la best. Walaupun door giftnya cuma seketul organizer dan sekaki payang.. besides mak dapat luck draw lagi tu..heheheh tapi knowledge yang disampaikan amatlah memuaskan hati. Kawan2 baru pun best..dari opis aku ni ada lagi dua orang yang pi.

Hari pertama tu, lepas habis course kami pi dinner kat Crown Mutiara Plaza Hotel, tapi sebelum tu hubby heret aku berjalan2 di Pavillion. Waduh..cam rasa berjalan kat Paris kaa..London kaa..
Pas tu barulah kami dinner. Time tu aku dah flat giler. Tak berapa lalu nak makan. Penat la katakan..tambahan pulak tengahari tu lunch kat Hotel Maya memang marvelous..

Hari Kedua aku kena balik naik public trasport. Pasalnya tak kan hubby nak pi mai pi mai amik aku kan..so balik la naik lrt, naik komuter..naik teksi. Punyalah lama dah tak naik public trasport, cam jakun je aku jadiknya. Puas la menghidu bau2 mat bangla yang baru sampai agaknya. Nasib baiklah kejap je dah sampai kat stesen batu 3. Hubby dan Hadif dah tunggu.

Dan, sama je macam semalam, aku keletihan. Harap2 esok dah ilang la letih, pasal tak sabar nak apply kan apa yang dipelajari semalam..ahaks... yo yoo aje ek?

soksek: Fikirkan boleh!

Wednesday, March 26, 2008

Letihnya!

Letih yang teramat yek tuan puan... sangat2. Hari pertama, sampai umah lepas mandi terus pengsan...sebelum tu cakap pun dah merapu. Sampai hubby tanya teruk sangat ke kursus sebab aku sampai tak boleh nak bercakap. Cerita selanjutnya esok je la yek. Nak tido la..penat. Tapi tak sabar nak share perkara yang menggembirakan hati aku as a mother. Dalam message book hadif ada teacher dia tepek dua keping gambar masa dia pi rombongan ke M.I.A.T tempohari. tengoklah kat bawah tu yek..aku just amik je balik gambar tu dgn kamera...so quality of pics amatlah tidak memuaskan okeh.

Happy sangat..ingatkan tak de pics...rupanya teacher dia ingat jugak nak capture gambar dia...!

soksek: Nasib baiklah course ni cuma dua hari...


Sunday, March 23, 2008

Penat tahap dewa

Super duper busy. Adik yang nak kawin, tapinya alongnya yang busy. Ye la, as anak sulung, memang standard la gitu kan..kejap barang ni tak cukup, kejap nak kena beli barang tu..duh..letih sangat. Mujurlah hubby memahami.

Hari ni tetamu jauh datang berkunjung. Ingat tak tentang entry "Only God knows why" yang pernah aku tulis dulu? cerita tentang sahabat baik aku yang jatuh sakit tu.. alhamdulillah, Ayu dah semakin sembuh. Happy sangat dapat jumpa ayu. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Ayu...sampai jumpa lagi Ayu..mai lagi umah kami...kalau ada kekurangan layanan mintak maaf no... Gambar nanti2 aku upload. Ni nak tido dulu..tak tertahan rasanya melayan letih dan lesu ni. Bila fikir2kan..ada lagi 3 adik aku yang belum lepas...huhuhu..

Malam ni tido ngan hadif jek..hubby ada course kat Paka. Esok balik, tapi esok dia kena temankan aku tido hotel... on Tuesday and Wednesday aku kena attend seminar kat Hotel Maya, KL. So blog ini akan berhenti bersiaran buat sehari dua..sebabnya seminar tu start kol 9 pagi, habis kol 5:30 ptg. Aje yang giler. Penat le, ape lagi. Maknanya, akak kena lah berehat..sampai jumpa lagi...babai..

soksek: sampai ke agaknya hati aku ni tak spend masa berdua je dgn hubby..tinggalkan hadif dgn opah dia?

Entry seterusnya (dek sebab esok nak pi conference, so kena update panjang2 sikit, betul tak?

Hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah. Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra', Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

-amik dari email yang dihantar oleh kawan..

Friday, March 21, 2008

Special Tribute to Nabee Muhammad (s.a.w)

Semalam cuti umum. Skul Hadif ada buat sambutan Maulidur Rasul. Kami (babah, mama, hadif, opah, atuk, onyang) antara yang lambat pagi tu. Mama hantar hadif kat tempat kawan2 dia berkumpul. Tapi tak tau kenapa che abang tu bad mood pagi tu. Tambahan pulak kena letak flowers kat atas songkok..lagi la member bengang. Dia memang pantang kena hias2 cam gitu, hihihi. Jenuhlah teachernya melayan kerenah dia.




Habis berarak ada ceramah. Tapinya kami berlima ni tak breakfast pun lagi dek kerana kelewatan yang kami sengaja cipta. So lepas bergambar lebih kurang, kami pi minum pagi kat bukit saga. Lepas tu kami pun balik la umah. Kononnya nak tido jek..cooti la katakan, tapi teringat yang birthday present untuk babah tak beli lagi. Next week mama ada conference kat KL, pas tu dok berkepit je dgn dia, cam ne nak beli. Ajak opah hadif teman pi Bukit Tinggi Klang. Dalam kepala tu memang dah aim satu benda tu. Nak tau apa?



tara... inilah dia untuk babah...harap babah suka la yek....tak suka pun kena la suka..


Dah lama pasang niat nak belikan sunglass baru untuk hubby. Cumanya takut tak kena dgn selera dia...tapi alhamdulillah, nampak gayanya cam berkenan. Latest design tau babah, sorry la pasal tak beli jenih Quick Silver yek.. may be another 4 years? emuhahahahah.


soksek: Birthday babah sebenarnya 7 April nanti, tapinya time tu dia dah balik offshore. Standard la kami ni kalau hadiah birthday memang kasi awal..kalau birthday aku pun gitu jugak.








Tuesday, March 18, 2008

Shah Alam Menjerit

Hari ni pi opis hubby yang hantar. Kenapa? tak percaya? heheheh sepatutnya memang hubby lom balik lagi dari offshore, tapinya dia balik awal, hari ni dia nak settle urusan pembelian motor dia..lepas ni kami akan jadi seperti pasangan dalam filem KL Menjerit...tapi ayat "Kuala Lumpur..tunggguuuu!!" tu kena tukar gini "Gas Malaysia....tungguuuuu". Tak tahan rasanya mengharuk jem kat Kesas ni. 5 Tahun dulu, waktu kami pindah ke Bkt Kemuning, dari rumah ke opis cuma amik masa dalam 10 ke 15 minit je. Sekarang? Jangan harap! Nak sampai ofis yang cuma 14km dari rumah amik masa 30 ke 45 minit. Aje yang giler! Tu yang bila hubby kata dia nak beli motor sebijik..aku agree je. Boleh la merempit gi ofis. Lepas ni tak leh la pakai baju kurung pi ofis. Kena pakai yang mudah nak merempit..hehehhehe


ni la ropernye yamaha LC yang bakal di bawak pulang...ni gambar amik dari page orang ...

Kat atas tu bukan gambar motor yang hubby beli. Belum dapat lagi okeh. Tak tau lagi kaler apa. Tapi kalau tanya Hadif, for sure dia kan jawab beli ker "Red". Hari tu babah dia kata tak mo la kaler red..cam postman..apa2 kaler pun tak pe..janji tak perlu hadap jem yang boleh senakkan kepala otak aku ni...sebenarnya aku prefer skuter, tapi hubby tak minat. Ha, gasaklah..dia gak yang nak merempit nanti..huhuhu
oklah, jumpa lagi nanti2..

soksek: wreng.......wreng......vrooommm

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!