Monday, September 29, 2008
Jawab tag Su-E
Hari ni baca blog Su-E, sorry la dik, lama tak dapat berblog, nak jenguk2 blog orang lain, so hari ni agak lapang sikit, sempat singgah lelama sikit...so sebelum cuti raya nak jawab dulu tag su-E ni..takut lama sangat nanti terlupa pulak
Nama-Nama timangan Anda:
Hubby panggil: Yang...kadang2 Awak jek..
Family: Mak abah panggil Intan, adik2 panggil Along
Kawan2: Kawan2 skolah panggil Azila, kengkawan ITM panggil Kak Intan @ Intan, kawan2 opis panggil Azila.
Insan Teristimewa? Describekan Dia Terlalu Istimewa di mata anda:
Hubby: Teman ketawa..teman menangis..teman bergaduh..teman segala segi..
Hadif: My beloved son. Telatah yang membuatkan mama dia ni sengih sorang2.
Family: Tanpa keluarga..siapalah kita kan...
Lagu kesukaan anda: Tak de yang specific..layan sumer lagu termasuk lagu2 rakyat.
Makanan kesukaan anda: Apa2 aje lah, asal halal.
Warna kesukaan anda: Earth Colors
Sikap yang membuatkan anda Stress: Jadi tak tentu arah kalau dah penat. Time tu kalau pegang benda boleh terlepas, kalau cakap leh jadi merapu...eik..tak suka tau..
Tiga Benda yang mesti ada dalam beg anda: Wallet, handphone & pass keje
Kali terakhir anda menangis & kenapa: Masa company buat majlis berbuka puasa, tengok wajah2 bersih anak2 yatim yang datang...hati jadi sebak..
Tag rakan anda: Tak mo pilih2 la...sesiapa yang baca blog ni, kalau sudi nak jawab tag, dipersilakan okeh..
Nama-Nama timangan Anda:
Hubby panggil: Yang...kadang2 Awak jek..
Family: Mak abah panggil Intan, adik2 panggil Along
Kawan2: Kawan2 skolah panggil Azila, kengkawan ITM panggil Kak Intan @ Intan, kawan2 opis panggil Azila.
Insan Teristimewa? Describekan Dia Terlalu Istimewa di mata anda:
Hubby: Teman ketawa..teman menangis..teman bergaduh..teman segala segi..
Hadif: My beloved son. Telatah yang membuatkan mama dia ni sengih sorang2.
Family: Tanpa keluarga..siapalah kita kan...
Lagu kesukaan anda: Tak de yang specific..layan sumer lagu termasuk lagu2 rakyat.
Makanan kesukaan anda: Apa2 aje lah, asal halal.
Warna kesukaan anda: Earth Colors
Sikap yang membuatkan anda Stress: Jadi tak tentu arah kalau dah penat. Time tu kalau pegang benda boleh terlepas, kalau cakap leh jadi merapu...eik..tak suka tau..
Tiga Benda yang mesti ada dalam beg anda: Wallet, handphone & pass keje
Kali terakhir anda menangis & kenapa: Masa company buat majlis berbuka puasa, tengok wajah2 bersih anak2 yatim yang datang...hati jadi sebak..
Tag rakan anda: Tak mo pilih2 la...sesiapa yang baca blog ni, kalau sudi nak jawab tag, dipersilakan okeh..
Friday, September 26, 2008
Salam Lebaran
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Semua...
Maaf Zahir & Batin
Daripada:
Shamsul, Intan & Hadif Khawarizmi
Thursday, September 25, 2008
Majlis Berbuka Puasa
Company buat Majlis berbuka puasa. Selalunya kami akan invite bersama anak2 yatim, and tahun ni Rumah Amal Siraman Kasih jadi pilihan. As one of the committees, memanglah letih bila kena organize majlis begini. Tapi rasa puas hati tengok tak de komplen dari staff yang lain.
Inilah wajah2 comel yang boleh membuatkan aku menangis. Setiap tahun, without failed aku mesti menangis. tak boleh bayang kalau Hadif kena lalui kehidupan macam anak2 itu. Sungguh aku tak sanggup. Tertib aje anak2 ni tau, tak notti pun. Tahun ni, ada satu insiden, time anak2 ni turun dari bas, hati aku dah sayu tengok wajah comel tu turun. Pas tu aku tengok ada sorang budak tu, pakai baju melayu warna pun lebih kurang baju anak2 yatim tu, pegang songkok..dok memandang rakan2nya turun dari bas. Dalam hati aku dok kata..kesian budak ni..gaya mcm umo sama dgn anak aku...kecik2 dah jadi anak yatim..sambil tu lap air mata..sedih! Bila budak tu pusing mengadap aku..aku tengok rupanya budak tu anak officemate aku. Ceh..penat je jiwang tadi..kihkihkih..
Tengok muncung tu? ada gaya muncung keibuan tak? lama dah tak pegang baby. Sangat kekok okeh. tu anak officemate aku, Waffiy nama dia. cute sangat. Keletah, pas tu cerdik. Rasa nak angkut bawak balik (geng hadif la ni..) Bestnya dapat peluk2..cium2..gomol2.. aduh..sungguh rindu nak ada baby nih...heheheheh
Get well dear...
Badan kat ofis, hati kat umah. This is my feeling now. Seriously rasa down sebab tak dapat nak cuti hari ni. Hadif dah 3 hari tak pi skul. Kena food poisoning. Hari pertama tu, dia kena petang Isnin. Rasa luluh hati tengok dia menangis sakit perut dan muntah2. Julung kali sungguh dia begitu. Selalu, kalau demam pun tak pernah merengek. Paling tidak dia tido. Pagi tadi, time dia buang air besar, ada darah. Lagi la aku sedih. Dia nampak aktif, tu yang buat aku lega balik. Nak amik EL hari ni tak boleh, ada briefing for all Heads of department. Tu yang kena stand-by. Semoga anak manja mama ni cepatlah sembuh...muka pun dah cengkung.
Tapi, dalam tak sihat tu, mulut dia kemain lagi menjadi2. Sampai mama pun terkasima. Masa bawak dia pi klinik, dalam tak sihat dia tu, sempat dia mintak kat kakak yang bawak baby girl tu nak bawak balik anak orang tu. Kesian cik abang sorang tu, agaknya rasa sunyi kot. Dah sampai masa dia pandai mintak adik. Tapi tulah, belum ada rezeki. Kena keje lebih kuat kot? hehehehe
Hari ni sempat jengah website GA. Rasa sayu pulak nak tukarkan sekolah hadif next year. Tengok gambar dia kat website tu, rasa sedih. Diam tak diam, dah 2 tahun hadif kat GA. Dari umur 3 tahun, pakai drypers, bawak botol susu, cakap pun tak berapa paham biji butirnya..sampai dah 4 tahun ni, dah petah bercakap walaupun still ada pelat2...dah dryper's free...nampak kemajuan dia. Dari zero to hero..hehehe Dari tak kenal huruf, sekarang ni takat A-Z tu memang master. vocabulary pun dah banyak. GA memang banyak membantu. Tapinya, we think this is about time... dah sampai masa Hadif ke dunia baru. Tukar persekitaran baru. Sekarang ni, kalau pi skul tu dah tak macam pi skul. Dah macam nak balik umah opah dia ke..nak balik umah sendiri ke...tu yang bila buat reading ke, buat exercise ke dah malas2..dah selesa sangat. Biar dia jumpa sesuatu yang baru. Biar dia keluar dari confort zone dia.. May be a trial session at Smart Reader or Q-dees?
Oklah, need to finish my work. Petang ni kalau boleh nak balik on time. Nak hunting a coffee table. Yesterday hubby dah kasi duit suh beli. Hopefully yang aku nak tu masih ada di 'situ' hehehhe. Petang ni jugak ada appointment dgn FAGOR, dia nak mai umah, ganti lampu oven yang terbakar tu. Chait, baru guna sehari dah terbakar..nasib tak rentung kuih raya ku...
Till then, babai.
Tuesday, September 23, 2008
Entry rindu
Rasa rindu nak memblog. Kat umah kami sekarang ni talian TM tak de. Dia kasi DIGI. Tapi tak apply lagi pun. Rasa boring je hidup tanpa internet ni kan. Kenapalah TM kasi kat DIGI..boring tau.
Semalam plan nak pi IKEA, tapi Hadif kena food poisoning pulak. Kesian dia, sampai lembik muntah2. Masuk air pun muntah jugak. Aku doa dalam hati, biarlah mama dia ni yang sakit, biar dia sihat. Tup tup, Allah perkenankan doa. Tak lama lepas tu aku pulak melepek. Muntah2 dan sakit kepala. Lepas buka terus gi klinik, dah doctor kata Hadif nampak ok sikit dah, aku pulak yang teruk, bp pun turun sampai 60. Adeh..
Hari ni plan nak cuti half day. Bagitau boss dia kata ok pulak. Letih yang amat. Restless sungguh sekarang ni. Assignment pun melambak nak kena buat. Hubby naik offshore besok. Tinggal la kami dua beranak. Ingat nak ajak mak abah temankan waktu malam. Rasa belum berani nak dok berdua jek. Nak tinggalkan umah pun bimbang jugak.
Sekejap je dah tinggal seminggu lebih je nak puasakan.. rasa pantas betul masa berlalu. Macam mana persiapan nak sambut hari lebaran? kami sekeluarga ala kadar aje tahun ni, aku kasut pun tak beli lagi..bukanlah semestinya nak kena beli kasut raya, tapi kasut yang ada ni dah uzur...lanyak je sampai lunyaikan, so ni dah sampai masa la nak kena ganti. Ada tak ada Hadif je la baju raya banyak helai..heheheh
psst: entry ni dah lama taip, tapi tak buat auto publish... dang sungguh kan?? apa pun hari ni hubby dah balik offshore, will be back on the 2nd day of hari raya. Ginilah nasib isteri dan anak orang keje offshore, kan?
Till then, babai..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!







