Friday, July 10, 2009

Bersiaran Dari Hotel Arion Swiss-Belhotel, Bandung


budak kena paksa pakai mask yang tertido di sepanjang perjalanan...:P

Hari ni kami dah capek dong. hahahaha. Bersiaran live dari tempat penginapan kami, di tengah2 kota Bandung. Waktu di Indonesia ini lewat satu jam dari Malaysia.

Kami ambil penerbangan ke Jakarta pagi tadi. Flight delay sedikit, dan alhamdulillah selamat sampai di Jakarta pukul 11.30 pagi waktu Indonesia. Wawan, supir yang kami booking dah sedia menanti di balai ketibaan. Yang tak best, rupa-rupanya di Indonesia, minggu ini minggu cuti sekolah. Jadinya, ramailah orang yang keluar membawa keluarga berlibur..dan kami termasuk dalam kategori itu. hahahahha.

Mula-mula Wawan bawa kami ke Monumen Nasional atau biasanya digelar MONAS. Hajat dihati nak naik sampai ke atas, tapi lihatlah barisan yang beratur menunggu giliran, aduh...rasanya sampai lewat petang pun kami masih di MONAS. Jadinya kami bersiar-siar sahaja di dalam bangunan MONAS dan ambil gambar di sekitarnya sahaja. Bayaran masuk utk dewasa ialah 7500 rupian dan utk hadif 5000 rupiah. Di sepanjang jalan menghala ke MONAS terdapat ramai penjaja-penjaja yang menjual air. Terkejut saya AQUA dingin (mineral water) kalau convert ke duit kita cuma 70 sen!







Usai melawat MONAS kami minta Wawan terus bawak kami makan tengahari. Lutut dah ketar, walaupun waktu di Indonesia baru pukul 2.30 ptg, tapinya kami ini orang Malaysia, kalau dah pukul 3.00 ptg masih belum makan tengahari, alamatlah badan menggeletar. Kami makan kat shopping kompleks yang saya lupa nak tulis namanya. Makan di food court dgn masakan ala jawa kata si Wawan. Alhamdulillah, lepas makan saya kata " baru jadi orang..." hahahahah. Kat sini juga Hadif pau saya KFC (sebenarnya dia nak optimus prime tu aje..) KFC di Indonesia ada nasi yek... dan harganya adalah 33000 rupiah.



Lepas makan kami di bawa terus menghala ke Bandung. Perjalanan melalu lebuhraya yang banyak kereta, tetapi hati puas kerana pemandangannya memang memberi kepuasan, banyak yang baru ditemui dan banyak pengalaman yang dikutip hari ini. Jakarta penuh jerubu. Terasa duduk dalam asap! Dan, di sepanjang perjalanan ke Bandung, saya lihat pemandu-pemandu di Indonesia ini suka benar menggunakan hon. hahahahha



Kami sampai ke Arion Swiss-Belhotel, Bandung pukul 6.30 ptg waktu Indonesia. Patutnya pukul 5.30 sudah boleh sampai, tapi macet dong. Mujur Wawan pandai memintas, rasanya jalan tikus pun wawan tahu kot..hahahhaha :P

Lepas maghrib tadi sempat ke Merdeka Factory Outlet. Tak banyak pun saya borong (tapi habis jugak 288000 rupiah!), hubby pesan...malam ni baru nak warming up...banyak lagi Factory Outlet yang nak kami pergi..oh nahe...nahe... saya dah bagitau Wawan, bawa saje ke beberapa FO yang popular, tak larat rasanya nak jelajah semuanya. Panjang umur nak datang lagi tapi kali ni berdua dengan hubby. Bawak Hadif ni sepanjang masa nak layan kerenah "the only child" dia. Aduh...

Oklah, ini sahaja untuk malam ini.. panjang umur akan di update lagi xtvt untuk esok hari. Perancangannya nak ke Tangkuban Parahu, singgah memetik strawberi, makan di kampung daun, singgah di Gedong sate dan membeli belah di pasar baru. Tak lupa awal2 lagi dah bagitahu Wawan yang kami nak mencari lukisan dan CD.

Till then, good nite :P

Wednesday, July 8, 2009

Cuti oh cuti..

Sekarang ni macam malas nak menulis. Malas sesadooonya. hahahah. Sebenarnya dah tune mood jadi mode: cuti . Itu yang jadi lemau je. Dok kat opis, tapi hati tak de kat opis. Cepat la hari ini berlalu..dan esok. Tak sebar nak tunggu Friday. Mood saje dah bertukar, tapi pack barang tak buat lagi pun.

Semalam sakit perut. Memulas2. Hubby pun sama. Dok recall apa yang aku makan ek? petang semalam makan roti canai sekeping kat mama kandar's restaurant. Tak kan la cepat sangat tindak balasnya... so malam tadi, awal lagi dah naik atas katil. Oh ya, Mr. Hubby balik awal yek, awal 4 hari. Saje je dia nak buat suprise kat saya dan hadif. Paginya dia call saya dari offshore, petang saya dapat sms "nak gulai ikan patin tak?" gelak besar la saya jadiknya. Selalu hubby memang akan tanya, sebab saya sangatlah suka makan gulai tempoyak ikan patin yang dijual di R&R Temerloh. Maveles u all.. :P

Nak pi mana kami anak beranak ni yea? hahahha Actually tak de la pi mana pun, dekat2 saje..insyaallah saya akan mula bercuti dari Jumaat 10/7/2009 sampai 14/7/2009. Destinasinya KUL-Jakarta-Bandung-KUL. Thank you to hubby sebab merialisasikan hasrat wife dia yang nak pi Indonesia. Alhamdulillah.. Insyaallah saya akan up date blog kalau modem digi saya nih boleh berkhidmat yek.

Rancangan kami nak mengembara, melihat tempat orang. Hari pertama di Jakarta nak diisi dengan melawat tempat-tempat menarik. Saya dan hubby bukan jenis orang yang bershopping bagai kalau pergi bercuti. Kalau nak shopping, kami memang rancang percutian utk bershopping saje. Percutian ini bukan percutian membeli belah. Saya dah bagitahu hubby, mintak dia short listedkan FO yang akan kami pergi. Tak larat la pulak bila dengar berpuluh2 FO kat sana tu, saya rasa 5 pun dah banyak. Niat dihati tu adalah nak beli serba sedikit utk kami dan keluarga, tapi tak de la pulak nak spend melampau2...errr..tapi semalam hubby dah tukar duit (suami ku sekarang bergelar jutawan okeh, jutawan juta-juta rupiah gitu.. hahahhaha) dan dia dah bgtau duit yang ditukar mesti dihabiskan, dan offer utk isteri dia ni shopping...hihihi dan, saya dalam mode: malu tapi mahu...hahahahah.

Langkat pertama, kami anak beranak sudah pun mengambil vaksin influenza di klinik. Doktor pun pesan suruh pakai mask dalam kapal terbang nanti. Hish, nak ke Hadif pakai mask yek? hahahah. Harap2 kami terpelihara dari penyakit berjangkit itu. Selebihnya, tawakkal sahaja kepada Allah. Semoga Allah memudahkan percutian kami. Dari bulan 5 hari tu dok rancang. Lepas je hubby bawak kami pi buat pasport, dia terus beli tiket. Terus book hotel. Dah bayar siap pun..Tak lama lepas tu muncul pulak cerita "selsema bab*". Semoga kami terpelihara dari anasir selsema itu...

Oklah, nak menyiapkan kerja apa2 yang patut. Sampai jumpa lagi... doakan percutian kami ini berjalan dgn lancar. See u when I see u.. :P

Friday, July 3, 2009

U make my day, son.. :P

Hari ni ke sekolah hadif, ada Parents Teacher's Day. Hadif tinggal kat umah dengan mak langnya, menyiapkan homework. Sampai je kat Q-Dees mama hadif ni dapat no. 12 okeh. Ramai rupanya...hahahahah . Jumpa Teacher Hema, dan alhamdulillah mama bangga dgn pencapaian Hadif. Well done boy..rasa cam termalu2 mama sebab teacher2 dia semua puji dia... kembang la mama yang dah sedia kembang ni yek...

Ini adalah kali kedua mama pi amik report card Hadif. Kali pertama dulu pun teacher dok kata dia very good...banyak improvement..dan untuk kali ni..terpegun mama bila teacher kata hadif ni "memory power". He can momorize immediately when teacher read a sentence. No wonder satu buku dia boleh hafal okeh. kihkihkih... dan yang paling mama tak sangka bila Puan Nani bagitau, one of the parents nak enroll anak dia masuk Q-Dees, sebab tengok Hadif, hadif yang polite, hadif yang good boy..hahhahaha. Polite? hahhaha. Tapi memang Hadif dgn semua orang dia ok, kalau jumpa orang, memang dia mesraaaaaa sokmo. Laju je dia nak salam...
Teacher Hema komen:

Hadif seorang yang sangat talkative. Tu memang dah sure okeh. Hari2 ada aje cerita yang dia nak share dgn teacher2 dia..dan dia sangat positive. Tak pernah pergi sekolah dengan muka masam...happy je kalau masuk kawasan sekolah..dan paling mama gelak bila teacher kata " I love him so much.." hahahha. Hadif ni mama tengok tang English tu oklah, dapat semua betul, tang maths tu..dia dok buat careless mistake okeh..dok buat 9 yang terbalik la.. dan jawi dia memang dapat markah paling sikit... tak pe la, lepas ni nak concerntrate kat Agama lebih sikit.







ni contoh yang dia buat careless mistake..



ni utk jawi dia babah...huhuhu tapi teacher Nurul dia puji..kalau dalam kelas, he is the one yang akan angkat tangan nak baca... alhamdulillah.. :P

Untuk Reading, dia dah baca book 6. Tinggal lagi 2 buku je nak habiskan.. yang ni mama curious gak, sebab dia boleh hafal satu buku... apakah dia menghafal sajer atau dia regconize all the words? tapi teacher Hema kata dia kenal words yang teacher tanya balik...
Dalam gembira, terbit juga rasa sedih. Sedih pun bukanlah sedih apa, sedih campur terharu, campur bangga. Mama ingat lagi, suatu masa dulu, doktor pernah kata akibat oksigen yang kurang sampai ke otak, Hadif mungkin akan slow sikit dalam perkembangan. Alhamdulillah, Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengasihi, memperkenankan doa mama dan babah hadif ini. Dulu, Mama pernah kata "seandainya Hadif mengalami kekurangan, mama redha..." dan hari ini, mama bersyukur sangat atas apa yang Allah beri..semoga Hadif terus cemerlang...menjadi anak yang membahagiakan kami; sebagai ibubapa, dan membahagiakan sesiapa sahaja yang mengasihi dirinya.. :P amin..

Eh, la,...mama menulis macam hadif dapat 20 A dalam SPM pulak...walhal baru dapat keputusan kindergarden..hahahahah.

Tadi, masa mama balik ke rumah Opah, mama dok cerita la pasal pencapaian Hadif tu, laju je dia cakap "yesssss... I am a winner" hahahhahaha. Tak baik riak tau Hadif..mama dulu pun masa tadika dok pulun no. 1 gak....kalau tak caya tanya opah dgn atuk..kihkihkih.. :P

oklah, setakat ini dulu...selamat berhujung minggu.. :P
p/s: my dear emily...tak nampak pun tadi...?

Thursday, July 2, 2009

Our Hero

Cerita apa yang menarik nak dikongsi? the answer is nothing. Tak de yang menarik nak di share melainkan cerita biasa-biasa.

Ini aje la yang menceriakan hati saya...

Hadif: Babah, I don't want a black wallet...I want to share a brown wallet with you.
babah dia tanya saya: maaa..ada ke anak yang share wallet dengan bapak?

hahhahaha.
lawak tau hadif. Akal dia panjang la tu, kalau share wallet dgn babah, senanglah nak beli toys dia..duit mu duit ku jua...

Ini kisah brown wallet...
Sebenarnya banyak kali dia bising cakap dgn mama nak beli brown wallet for babah. Hairan jugak, utk mama tak mahu pulak dia suh beli. So, masa keluar ke AEO Bukit Tinggi Klang tu, sempatlah mama belikan brown wallet di butik Bonia. Walaupun masa tu belum lagi fathers' Day, tapi kira sekali la tu ya babah...hahahhaha.

Balik tu, mama tunjuk la kat Hadif, dia pun sukalah sangat...masa beli ni babah dia kat offshore. Kira nak buat suprise pada babah la nih..
Seminggu lepas tu, time babah dia balik, masa sampai depan pintu, dia tanya mama "where is the brown wallet? I want to give to babah" hahahha ingat dia tak ingat, rupanya memang dalam hati dia tu sentiasa ingat brown wallet untuk babah... mama dah pesan kat babah, kalau anak bagi, buat2 excited, buat2 terkejut...

Hadif: tadaaaa...brown wallet for you...

Babah: wah...thank you hadif...

Gitulah cerita tentang brown wallet untuk babah.

Happy father's day babah..walaupun hari ni bukan 21 June..tapi buat kami, setiap hari adalah hari bapa. Terima kasih di atas segala pengorbanan babah.

Terima kasih kerana sentiasa meletakkan hadif dan mama sebagai perkara utama. Terima kasih kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keinginan hadif dan mama walaupun terpaksa mengetepikan keinginan babah.

Suami saya...seorang yang memang sangat bertanggung jawab. Dah tujuh tahun usia perkahwinan saya, rasanya nak tengok dia shopping untuk diri sendiri boleh dibilang dengan jari. Kalau baju-baju tu, memanglah saya yang banyak belikan, sebab, kalau tidak memang dia tak beli...semuanya untuk anak dan isteri. Dah lama saya nak tulis begini tapinya bila tulis, idea tidak mari..hihihihi... ye la, kalau puji-puji sangat, takut orang kata cam riak pulak, dan takut hubby dok kembang pulak. Tapi, realitinya...itu lah hubby. :P

Bila Hadif dah boleh faham nanti, saya nak dia baca cerita ini...

Semasa Hadif di NICU, HKL..babah hadif sanggup tidur dalam kereta. Ye la, masa tu hanya saya diberi bilik kerana anak di NICU. Hubby nak balik ke Shah Alam, bimbang pula nak meninggalkan saya. Ada satu malam tu, saya di rumah, dan hubby dia HKL. Pun dia tidur di dalam kereta. Malam tu saya menangis sampai bengkak mata. Betapalah sayangnya hubby pada Hadif, sanggup tidur di dalam kereta, janji dapat tengok hadif di ICU.

Banyak sungguh pengalaman dan dugaan yang kami tempuhi. Hubby sentiasa di sisi saya, sentiasa menyokong dan memberi dorongan dalam apa yang saya nak buat, dan apa yang saya dah buat. Hubby ni, kalau apa2 jadi pada saya, contohnya orang dok mengata ke, orang dok sakitkan hati ke, kalau saya marah sekali, dia marah sepuluh kali kat orang tu. Kadang2 tak berani nak cerita kat dia, hahahhaha. Ada sekali tu, kunci grill tak boleh buka, dan masa tu saya tengah bercakap telefon dgn dia di offshore. Punyalah dia marah2..geli pulak hati saya nih. Saya tanya, kenapa awak marah2 nih? saya releks je. Hubby jawab " ye la..kesian kat awak...hahhahah" see, sayangnya dia kat saya kan...hahahhaha.


Untuk hubby: Thanks to be a hero in our life... emmuah.

Tuesday, June 30, 2009

Syurga di hati kita

Lately ni bagai tidak bermaya. Malas sungguh rasanya nak menulis. Tapi sudah berjanji dengan diri sendiri, kena menulis walaupun sebaris ayat. Banyak perkara yang terlintas, tetapi tidak tertulis. Selepas kejadian Hadif jatuh, kemudian terjumpa blog Along yang kini berada di UK.. hihihi along..tak sangka adik kecil yang dulu kak intan jumpa dah berada di UK... semoga along terus sukses dan tabah dalam mengejar cita-cita...

Seterusnya, pengalaman menziarahi saudara di Perak (semasa inilah Hadif jatuh!) Betapa uzurnya Pak Lang Ren yang menderita penyakit kanser paru-paru itu. Kasihan sungguh! insaf rasanya melihat keadaan dia. Begitulah kehidupan. Betul la kata orang, dalam hidup ini, yang paling berharga bukannya harta. Kesihatan yang paling utama. Jika kita sihat, apa pun boleh kita lakukan. Jika sebaliknya, harta menggunung pun tak berguna.

Berikutnya cerita Hadif jatuh longkang. Anak yang sedang lasak, walau dipantau pergerakkannya, takdir Allah tak mampu hendak ditolak. Luka di wajah Hadif, luka juga di hati mama hadif. Apapun, anak itu terlalu kuat semangat. Harap-harap sehingga dewasa lah semangatnya kuat. Kadang-kadang aku harus jadi seorang yang lebih fleksibel. Mana maunya kan. Hanya Hadif anak yang aku ada. Puas menjaga dia dari sekecil2 bayi sehingga dah pandai menjawab cakap mamanya ini. Kalau dia kena gigit nyamuk pun hati ini sudah sakit. Pelbagai jenis krim nak di sapu..hahahahah.

Menerima komen dari seorang novelis tersohor dan aku minati adalah salah satu dari perkara yang menggembirakan hati. Dengan rasa happynya aku beritahu hubby. Hubby dok tanya, aku tinggal komen dalam blog kak yati ke sampai dia komen jugak kat blog aku. Of course la, penulis kegemaran la katakan. Semoga aku boleh memotivasikan diri untuk menulis. Hih..ada ke orang nak baca penulisan aku andai dibukukan? paling tidak hubby ada. hahahahhaha :P

Hari ini ingin menjamu penyewa yang menyewa rumah kami di sek. 16. Sudah sebulan dia menyewa. Alhamdulillah, komen yang diberi sangat memuaskan. Harap2 lama la penyewa yang ini bertahan. Sudah jemu rasanya menyewakan kepada pelajar UiTM. Masuk satu semester, kemudia keluar. Sudahlah keluar, ditinggalkan pula dengan bila api dan air yang tertunggak. Dengan aku, mereka beranilah buli. Apabila hubby yang menelefon, pagi hubby telefon suruh bayar, petang sudah bank-in duit. hihihi. Baru mereka tahu penangan hubby. hahahahha :P

Insyallah, Sabtu nanti nak ke Melaka. Hubby dah beri green light. Menghantar Kak yang kembali ke kampus. Kali ni kak yang duduk di rumah sewa. Tinggal lagi setahun untuk dia menamatkan pengajian di UTEM. Semoga Kak yang terus maju, rajin berusaha dan semakin matang dalam mengejar cita-cita. Mungkin kami akan bermalam di rumah Pak Teh di Kuarters Bomba Jalan Kubu Baru.

oklah, cukup untuk hari ini. Penulisan gaya skema yang julung kali dipraktiskan. Amacam yang, ok tak menulis gaya begini?

p/s: gelak seorang diri apabila teringat hubby memanggil aku cik hajjah sewaktu ber "ym" dengannya malam tadi. Mudah-mudahan cepatlah panggilan aku ke tanah suci, tak gitu abang aji? :P
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!