Tuesday, May 31, 2011

Entry jiwang karat

Bila tiba cuti sekolah, tentulah anakanda hadif orang yang paling bahagia. Mama kasi cuti rehat seminggu. Buatlah apa abang nak buat, tapi minggu depan dah kena pegang buku semula. Mama pun rehat la dari menguruskan 10 pasang baju sekolah dan 3 pasang kasut. Kalau tidak...kejenye menyental aje la hahahhaha.

Cuti sekolah kali ni hubby di offshore. Jadinya tiada aktiviti cuti-cuti cari makan dan jalan-jalan. Kami sebenarnya dah biasa kalau tak ke mana-mana di cuti sekolah dek jadual kerja hubby yang tak sama seperti orang lain. Bak kata hubby..tak perlu tunggu cuti sekolah nak berjalan hahaha tetapi payah juga sebab Hadif dah bersekolah.

Semalam Hadif tanya saya "mama rindu tak kat babah...saya rindu tau" huhuhu baru je babah pergi kerja hari Rabu. Saya jawablah "eleh abang, baru aje babah pergi keje dah rindu ke?" lepas tu dia dengan eksyennya jawab "eleh mama...yang nangis tu apa? bukan rindu ke? " hahahhaha adoi anak ku itu.

Masa pagi Rabu, sebelum pergi kerja mcm biasa saya salam hubby. Masa tu hubby bagitau yang dia akan terus ke Terminal Skypark, Subang; nak pergi kerja. Kali ni hubby tak drive, naik flight aje. Dah tentu-tentu hari kerja, mcm mana saya nak hantar kan..so masa salam tu rasa hiba pula hati...ternangis la depan Hadif. Masa tu hubby pujuk saya yang si Hadif ni sibuk dok tanya "kenapa mama menangis? kenapa mama menangis? " hahahhaa. Hubby bagitau Hadif yang mama menangis sebab nanti mama akan rindukan babah. Habislah lepas tu anak teruna dia dok usik mama aje...hahahhaa.

Sebenarnya saya menangis sebab untuk trip hari tu rasa kejap aje dengan hubby. Mana sibuk dengan preparation kenduri Raisa, mana sibuk dengan Raisa masuk wad...bila dah badan penat mula la nak marah sana, nak marah sini. Mula la nak berlaga angin. Mula la rasa jauh hati, kecik hati. Dan mula la kena marah dengan hubby. hahahaha. Saya ni, kalau marah dengan hubby, saya akan diam. Jarang sungguh saya akan leter-leter, bising-bising. Hubby pulaksebaliknya. Itu memang habit dia. Cakap la beratus kali pun, kalau dia marah dia memang akan mengamuk (kuang kuang kuang) Tapi lepas tu dia oklah. Anak bongsu punya karakter gitu. Kali ini time dia ok time dia dah nak naik offshore. Kira tak puas nak manja-manja la konon... Adatlah, bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit... Bila hubby dah naik offshore, bila dah duduk jauh-jauh mula la rindu-rindu keh keh keh... ok yang, balik ni marah lagi okeh...marah la lagi...rindu...

Lama lagi nak tunggu hubby balik. Bila dah jauh tu barulah nak rindu-rindu. Tapi itu memang adat dalam perkahwinan, kan. Masakan nak baik aje sepanjang masa. Bila ada pertelingkahan, lepas tu mesti akan rasa lebih erat lagi kasih sayang. Saya dan hubby memang jarang bergaduh. Jarang sangat-sangat sebab kami jarang berjumpa. Sah-sah 2 minggu perlu rindu-rinduan. Bila bergaduh tu jadi pelik sebab kami saling memerlukan. Tak boleh kalau tak bercakap. Dah terbiasa sangat berkongsi cerita dan masalah. Ada masa tu...lupa yang saya sedang marah dengan hubby. "alamak...bukan ke tengah marah....macam mana boleh bercakap ni? " hahaha

Karena Kamu Cuma Satu- Naif

kau yang paling setia, kau yang teristimewa
kau yang aku cinta, cuma engkau saja
dari semua pria aku yang juara
dari semua wanita kau yang paling sejiwa
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

kau satu-satunya dan tak ada dua
apalagi tiga, cuma engkau saja

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

kau satu-satunya dan tak ada dua
apalagi tiga, cuma engkau saja
dari semua pria aku yang juara (aku yang juara)
dari semua wanita kau yang paling sejiwa

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku
untukku, untukku, untukku, untukku

Thursday, May 26, 2011

Sekian, terima kasih!

Pernah tak rasa perasaan yang begitu menekan? Ye, saya sedang melaluinya. Banyak perkara yang harus saya tempuhi tetapi saya tak tahu bagaimana pengakhirannya. Bagaimana nak mengakhirinya. Bagaimana nak memujuk hati. Kalau ada yang tahu, saya ada update status di FB semalam. Memang saya rasa down. Buka satu dua perkara, tetapi bertimpa-timpa.

Saya berjumpa dengan manusia(manusia-manusia) yang terlalu mementingkan diri. Terlalu egois. Terlalu merasakan dirinya (mereka) berada di tempat yang benar. Ada juga bila diberitahu perkara sebenar terus melenting-lenting dan tidak boleh menerima kekurangan diri. Saya letih. Teramat letih. (tapi ada apa dengan rasa letih, bukan? ianya hanya perasaan yang sama, setiap orang melaluinya)

Saya cuba pujuk hati, manusia, masakan boleh sama, setiap manusia lahirnya berbeza. Saya cuba untuk melupakan. Memaafkan. Tetapi rasanya semakin saya cuba, semakin saya tidak berjaya. Buat masa sekarang, apa yang saya perlukan adalah masa. Masa untuk kembali pulih. Anda-anda sekelian, sekiranya layanan saya terhadap anda-anda sekelian tidak sama seperti selalu, hambar dan tawar...tolong maafkan saya. Saya tidak mampu untuk berpura-pura. Waktu-waktu begini, dalam hati saya cuma ada dua wajah yang ingin saya tatap buat penguat semangat. Hadif dan Raisa.

Mungkin pada pandangan mata kasar sebahagian dari mereka yang mengenali saya mengatakan saya seorang yang tabah, tetapi ketahuilah, sebagai manusia, saya juga manusia biasa. Yang ada kalanya akan rasa kecewa, rasa marah dan rasa ingin memberontak. Saya bukan dari golongan yang sempurna sekalipun saya sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk semua pihak.

Perkara-perkara yang berlalu sejak akhir-akhir ini seperti mimpi ngeri untuk saya. Rasanya saya ingin tidur dan apabila bangun saya sudah lupa apa yang telah berlaku, malangnya ia tidak terjadi. Sudahnya, saya akan terus menangis apabila ingatan muncul kembali. Terima kasih kepada anda (anda-anda) yang pernah melukakan. Walaupun saya cuba bangun dan harap saya berjaya untuk melupakan, sesukar mana pun...insyaallah..saya tidak akan berdendam.

Hitam Putih Kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Wednesday, May 25, 2011

Happy 6 months my dear sweetie


Alhamdulillah...sudah 6 bulan anak dara saya. Dan, Alhamdulillah misi nak menyusukan Raisa sudah berjaya sampai ke takat 6 bulan. Semoga Allah permudahkan urusan saya untuk BF Raisa sehingga umur 2 tahun. Amin.


wajah mulus waktu lahir ke dunia


ini masih dalam pantang, rasanya dalam 50 hari gitu


setelah abis pantang...gebu betul muka adik masa ni..


4 bulan.....


5 bulan....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dan.... sekarang sudah 6 bulan....



Raisa dan bayangan gurauan...

Gambar-gambar 6 bulan ada di FB, susah sungguh nak upload di blog ini... Adik, semoga membesar menjadi anak yang solehah, menghormati orang yg lebih tua, cerdik, baik budi dan sayangkan mama, babah dan abang.

Tuesday, May 24, 2011

Sayang Abang Hadif sayang....

Lama tak cerita tentang keletah abang Hadif. Walaupun tak ada cerita, tetapi dialah menghibur hati mama dia. Ada masa dialah yang selalu buat mama dia kejang urat tengkuk...hahahha.

Ini cerita malam tadi, sebelum tidur

Hadif: mama, kawan saya tu kan dia kata nanti Malaysia lawan Chelsea. Lawan bola tau...
Mama: hahhaha mana ada Malaysia lawan Chelsea abang.... tapi entahlah, mama mana la tau pasal bola ni, mama tak minat..
Hadif: samalah, saya pun tak minat, saya suka main boleh dgn atuk je..hahahaha

Kisah ini masa buat ulangkaji

Hadif: tuliskan nama pokok yang berbahan (dia baca soalan)
Mama: abang, cuba tengok betul-betul, itu d atau b? bukan ke itu dahan abang..?
Hadif: oopsss maaaaaffff

itulah dia, pantang buat salah, bila mama tegur dia punya minta maaf punya la panjang..hahahha

Lagi satu cerita

Hadif: mama nak tau tak, kat sekolah kafakan, Rauf tu selalu tumbuk atau buli saya.
Mama: hadif jangan la kacau atau usik dia.
Hadif : masalahnya, saya tak buat dia, tapi bila dia buat saya....apa lagi...saya pun nangis la...
Babah: awak jangan nangis, nanti kalau nangis hingus awak meleleh2
Mama: hahahhaha

Hadif....Hadif....manja bukan main, nak nangis je kejenye, kalau tak nampak muka mama masa dia keluar pagar sekolah kebangsaan pun boleh menangis.

semalam masa mengajar dia, saya tertinggi suara...sebenarnya perkara biasa untuk Hadif yang ada dyslexia, tapi sebab mamanya semalam keletihan dan kurang sihat, jadi kesabaran mudah hilang, bila dia buat salah antara d dan b, saya pun tinggilah suara; tapi lepas tu ok balik dgn dia. masa dah ok tu dia cakap "boleh tak mama jangan jerit-jerit? terkejut abang tauu..." dgn gaya manja-manja...hahahaha mama gelak kuat-kuat...

Minggu ni minggu exam untuk Abang Hadif, mama doakan abang diberi kelancaran menjawab soalan. Tak kira berapa pun markah yang abang dapat, mama tahu itulah kemampuan abang. Mama tak marah, cuma kalau abang tak baca soalan dan salah jawab...itu mama marah..hahahah. Kadang-kala saya lupa, terlupa sebenarnya. Kalau Hadif tak sepandai sepupu-sepupu dia, saya tak boleh marah. Saya tak boleh kecewa. Sebab sepupu-sepupu dia lahir tanpa perlu mengharungi dugaan hidup seperti Hadif. Hadif punya kelebihan di situ. Dia sangat tabah mengharungi fasa kecemasan dalam hidup dia. Saya seharusnya lebih bersyukur melihat dia boleh hidup seperti kanak-kanak yang lain. Terimbas kembali kata-kata doktor yang jika anak saya hidup, pasti mengalami kecacatan otak...oh nauzubillah.... alhamdulillah Hadif anak yang cerdik, walaupun tidak lah boleh jadi kebanggaan orang dengan ayat " si a dapat no. 1, pandai orangnya, gemar belajar...rajin belajar..." oh tidak.. walaupun hadif tidak sepandai itu, tetapi saya tahu anak saya tidak bodoh. Itu pasti. Entah kenapa, naluri seorang ibu memang akan cepat sekali terasa bila orang membangga-banggakan orang lain di depan saya. Sebagai motivasi, saya akan katakan pada diri, mungkin hadif tidak secerdik anak-anak mereka yang dibanggakan, tetapi hati hadif sangat baik...dia tak reti berdendam, dia sangat penyayang, dia tak reti khianat bila berkawan... dan insyaallah, kalaupun dia tak cemerlang dalam pelajaran, dia akan cemerlang dalam hidupnya. Dia dikelilingi oleh mama, babah, adik dan keluarga yang sayangkan dia.

Oh mengapa sungguh emosi saya menaip entry ini? sebenar sudah lama saya tahan, tetapi hari ini baru ada kekuatan menulis. Saya berazam, sekiranya sesiapa lepas ini berani memperlekehkan anak saya, atau membanding-bandingkan, saya sendiri yang akan menjawabnya. Itu janji saya.

Mungkin perkembangan Hadif tidak selaju orang lain kerana kesan dari kisah silam dia. Saya kena redha. Insyaallah saya akan redha walaupun ada masanya saya terlupa. Tak semua orang yang cemerlang dalam pelajaran akan jadi seorang yang berakhlak dan baik budi pekerti. Biarlah anak saya cuma yang sedang-sedang, tetapi membesar menjadi seorang yang menghormati orang lain, baik budi bahasa dan sentiasa dekat dgn mama, dgn babah dan adik. Saya sepatutnya bersyukur, dari anak yang terlentang tidak berdaya, hadif boleh bangun meneruskan kehidupan, itu lebih penting dari memikirkan yang anak saya tidak pernah mendapat no. 1 dalam kelas!


Ini Abang Hadif dulu...


dan...ini Abang Hadif sekarang....


Monday, May 23, 2011

Corat Coret di hari kenduri

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala kurniaan dan syukur kerana majlis Aqiqah dan cukur Raisa berjalan dengan lancarnya. Tercapai hasrat hati saya untuk buat kenduri di rumah sendiri. Walaupun dipermulaannya agak mencabar dgn Raisa ditahan di wad, dengan beberapa masalah yang muncul...tetapi alhamdulillah dapat ditangani dan Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih buat mereka-mereka yang sentiasa setia "hulurkan tangan ringankan beban", walaupun ada jua beberapa perkara yang membuatkan perasaan saya tercalar, tetapi yang penting, majlis kenduri ini berjalan dengan lancarnya.

Kenapa saya sebut perasaan saya tercalar? kerana ada isu yang terbit apabila saya dan hubby membuat majlis kenduri Raisa ini. Kenduri kami dikatakan Bidaah. Saya terima dengan rasa terbuka, alhamdulillah. Pada saya, apa yang penting, niat untuk mengadakan majlis kenduri ini adalah untuk bersedekah. Menjamu kawan-kawan dan keluarga makan. Ada marhaban dan doa selamat. Saya cuba untuk memberikan yang terbaik. Tidak ada sekelumit pun rasa mahu menunjuk-nunjuk dalam proses ini. Tetapi jika majlis ini dikatakan bidaah, saya terima dgn hati yang terbuka. Cumanya pada saya, tak kira warak mana pun kita, tak kira tinggi mana pun ilmu agama kita, kita tetap hamba Allah, yang tak mungkin sempurna di sisi Allah. Tidak semestinya sembahyang 5 waktu, kita kata kita mempunyai pengetahuan agama yang luas, kita dijamin masuk syurga. Kita dijamin tak ada dosa. Banyak mana pun ilmu kita, tak akan dapat menandingi ilmu Allah. Boleh menegakkan kebenaran, tetapi perlu dgn cara yang betul. Perlu memikir perasaan orang lain.

Saya secara memang suka menjamu kawan-kawan makan. Rasa puas dan seronok. Sambil bersedekah boleh mengeratkan lagi silaturahim. Contohnya bila kenduri baru-baru ini; dapat bertemu dgn rakan-rakan blogger yang selalunya bertemu di alam maya sahaja, dapat bertemu saudara mara, rakan taulan, ... teringat kata salah seorang isteri kawan hubby "nice to meet u... peramah, suka dapat jumpa" :) Jadinya bila timbul perkara-perkara yang mencuit emosi, saya akan fikirkan perkara yang positif dan yang seronok-seronok. Bak kata orang "senyumlah walau hati menangis" hahahhaha

Ok, cukup untuk cerita itu. Saya mahu melupakan perkara itu, belajar memaafkan dan akan cuba untuk melupakan.

Ini kisah Raisa. Alhamdulillah, anak dara itu semakin sihat, dan menjelang hari bahagianya dia semakin ceria. terima kasih di atas sumbangan hadiah dan segala-galanya. Murah rezeki Raisa. Di sini saya tepek gambar Majlis Raisa....enjoice...


Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!