Thursday, June 18, 2015

Krabi - Honeymoon Katanya!

Percutian ke Krabi ni memang khas untuk saya dan hubby sahaja.  Masa nak booking memang dah buat perjanjian antara satu sama lain, yang anak-anak kena tinggal.  Kasi chance mak pak pi honeymoon.  Kalau ikutkan, hubby janji nak bawa saya ke Bali, tetapi memandangkan passport saya belum ada cop Thailand, jadi saya request nak ke Krabi.  

Tak banyak pun persiapan di buat.  Hubby beli tiket lepas tu terus booking Bajet Hotel.  Berdua aje pun, tak kisahlah tidur hotel bajet. Kami menginap di Good Will Hotel di Aonang.  Dekat dengan Masjid  Bersih biliknya, value for money gitu.  Setiap kali kami keluar, balik je hotel bila dah siap dibersihkan.  Macma 5 star hotel pulak kekekekeke.

Hari pertama sampai dah malam.  Lepas letak barang kat bilik kami menyusuri jalan berliku kah kah kah cari pakej untuk ke Pulau.  Jumpa la dengan si Paula yang bagi pakej RM100 seorang.  Ingatkan dah murah, jalan lagi jumpa pulak pakej RM90.  Hampeh ko Paula, ambil untung lebih yek.  Tapi Paula ni baik, nama Islam dia Aminah.  

Kami amik pakej round pulau, singgah Maya Bay, Phi Phi Island, Bamboo Island. Yang pasti saya mabuk laut.  lembik.  Hilang rasa teruja menengok Maya Bay yang glamer tu.  Dah la punya ramai manusia tak macam low peak season pun.


Kengkonon amik masa berdua, jalan2 pegang tangan, sembang-sembang.  Boleh la. Lepas tu dua-dua menung ingatkan anak-anak. hahahhahaa



cer tengok...macam mana nak feeling2 pandang keindahan kalau dah penuh sesak manosia. tapi personally saya tetap kata cantik tempat ni. Maha suci Allah menjadikan keindahan yang sedap mata memandang.  Kalau nak tengok free show rasanya tak la teruk sangat, sebab rasanya mereka ni agak bersopan, walaupun mengenakan pakaian mandi, depa sia cover dengan baju kelawar keh keh keh.

Kami serwa motor dengan harga 200 Baht = RM20 sehari.  Round Pulau, masuk kampung orang, kena kejar anjing..wah memang best hahahaha

Kalau nak pi tempat bersejarah memang bukan la kami.  Kat sini siap jumpa member sama UiTM Arau dulu. keciknya dunia 

dari Shell Fossil Beach ni boleh nampak pulau-pulau yang berdekatan.  Masa ni kami basah kuyup sebab meredah hujan lebat ke pekan Krabi.
hubby kata kenapa asa bergambar mesti nak bersandar.  Saya jawab "kondifen kurang yang!"


 Boleh baca di SINI


incik SK siap panjat pokok nak dapatkan view ni.  Nampak tak Ahjumma tudung coklat yang Lost tu? hahahah.  Kes mabuk laut la tu...jiwa jadi kacau hahaha

Pancake Rotee Banana + Nuttella.  Sedap.  siap order sorang satu tak mo kongsi hahahah.




Yang ni saya beli 5.  sedap weh. hahahhaa
bergambar dengna Crab-i. masa ni masing-masing basah kuyup sebab meredah hujan lebat.  Best juga menyusuri pekan Krabi tanpa GPS.  verangan jadi orang tempatan.  Salah simpang selamba je pusing balik walaupun bukan tempat nak pusing balik.  Agak samseng di situ hahaha.

Petang terakhir sebelum balik kami habis kan masa bersantai di tepi pantai berdekatan dengna Golden Beach Resort. macam biasa, sesi foto foto untuk simpanan anak cucu satu!

Petang tu cuaca mendung.  Ada matahari, tapi sun setnya nun jauh di sana. 



cer tengok SK tu, kemain sengih pakai spek mata hitam dia...tak pe, kasi chance kakakaka


masa jalan-jalan cari souvenir di sapa oleh Lady Boy.  Kemain seksi depa. Ajak bergambar.  Ingatkan free rupanya kena bayar kalau ambil gambar dengan depa.  Siap dikejarnya kami mintak duit weh..hahahah Seram.

Kalau ke krabi tak pi massage rasanya tak sah kan.  Murah sangat-sangat.  1 jam baru RM20.  setiap hari saya pi massage.  Kalau sesiapa yang suka, kalau ke Krabi, cari la Sleep Inn ni.  Kalau nak beli pakej ke pulau murah, nak massage pun boleh tawar menawar.  Owner dia mesra sangat.  Kami siap amik transport ke airport dengn aunti ni.  Baru RM15 seorang.  Kalau nak sewa bilik pun murah kat sini. Insyaallah kalau kami ke Krabi dengan anak-anak nak duduk Sleep Inn.  Sangat kekeluargaan di situ. hihihihi


Ok, dah cukuplah 4 hari 3 malam honeymoon kita.  Rindu serindu rindunya kat anak-anak. Sebenarnya kami kena juga ajar anak-anak supaya boleh berjauhan dengan kami sebab manalah tahu nanti kena tinggalkan mereka lama sikit bila kami out station kan. Insyaallah, Allah ada jagakan mereka. 


Kesimpulannya, Krabi ni boleh la dikatakan destinasi yang saya nak pergi lagi.  :)














Monday, June 8, 2015

Nilai 3 yang best

 Hari Sabtu sempat ke Kota Seriemas, Nilai, mak usu buat kenduri masuk rumah baru.  Alang-alang dah sampai Nilai, apa lagi, sempatlah singgah ke Nilai 3 dengan tajuk dari rumah nak cari alas kaki.  Sampai aje ke Nilai 3 terjebak juga dengan karpet, bunga dan langsir. hahahah.  Nasib la Shah Alam jauh dair Nilai, kalau dekat kejenya asyik cari alas kaki aje la saya ni hahahaha.

Sempat juga singgah ke Mitsui Outlet Park KLIA yang tak best.  Memang tak best.  Lambat lagi la jawabnya nak pergi lagi. Sekian.


 Dapat juga nak cari bunga yang comel-comel tak mahu yang bagak-bagak nak letak atas dining table. Kakak Raisa kata comel, macam mama. hakhakhak

Tak de intention pun nak beli karpet.  Teman mak beli alas kaki, saya acah-acah je Pakistan tu, dengan harga macam tak logik dek akal sebab tau tak akan dapat.  Sekali masa nak keluar tu, dia panggil balik, dok suruh saya up sikit dari harga yang saya mintak, memang tak la kan.  Agaknya tak de customer sangat jadi dia pun bagi la saya harga yang saya main sebut. Maka dapat la saya karpet besar yang dah lama saya nak.  Corak klasik kan? dah tentu sebab mak yang tolong pilih hahahaha

ganti kan yang lama dengan yang baru.  Mak kata eh tunggu la raya nanti.  Saya kata eh tak nak. dah memang namanya saya yang akan tukar barang bila nak puasa bukan nak raya.

kaler pink? hahaha lantak janji murah.  RM15 hengget je ko. terharu akak.  hahahhaa



Hari Ahad, semua adik beradik mak sebelah Pahang datang melawat opah.  Meriah rumah dari depan ke belakang.  Abaikan Kauthar yang nak juga bercakap dengan mama time orang nak bergambar hahaha

Monday, June 1, 2015

Rumah Manis Rumah


lama tak tempek gambar rumah sendiri.  tak ada pembaharuan pun. sama je macam dulu.  Cumanya makin bersepah sebab anak-anak memang suka buat sepah terutama si Kauthar.  Kalau esok-esok dia dah boleh baca blog mama, biar dia tahu yang dia penyumbang utama kepada sepah sepah kat umah...hahahah.

Weekend ni kejenya mengemas rumah.  Tapi tak tahu la berapa lama tahannya rumah lapang begini.  Masalah utama saya adalah melipat kain. lipat lipat dan melipat tapi peliknya kenapa tak habis-habis.  Masa anak sorang dulu rajin gak saya letak bunga dan pasu sana sini, tapi sejak ada anak kecil ni dah jadi malas. Nampak plain aje kan rumah tanpa bunga? hahaha macam nak cari bunga je la sebelum puasa ni.  Saya jenis yang tukar langsir dan apa yang patut sebelum puasa. Masa ni hubby memang pasrah aje la bila kena tolong bini gantung langsir bagai..hihihi










Thursday, May 28, 2015

Perth Part 9 - The Margerat River Chocolate Co. & Megabes Product

 Kami mulakan perjalanan ke Perth terus ke outback jadinya tak sempat nak ke Margerat River untuk menikmati coklat free, kebetulan lepas habis aktiviti di Caversham kami tak de rancangan lain, jadinya terus sahaja ke Swan River, tak jauh pun dari Caversham.  Sampai sana terus la tak melepaskan peluang makan coklat free.  Boleh makan banyak mana yang kita nak, tapi janganlah rakus sangatkan. Sempat beli serba sedikit coklat untuk di rasa, tunjukkan anak-anak proses membuat coklat dan belanja mereka makan aiskrim.  Kenyang la juga perut makan coklat free kui kui kui.



dua orang ni aduhai la selalu buat urat leher mama dengan babah tegang.  kejap yang kakak usik adiak, pas tu yang adik pulak kuat menangis. hahahaha

juling-juling mata abang Hadif tak tau nak pilih flavour apa.  Mama jugak untung sebab boleh rasa yang mana kita nak rasa sebelum beli..kenyang hahahhaa

macam-macam jenis, sabun pun ada tapi lupa nak beli..huhuhu

kami beli ni untuk rasa, sedap.  Sraff kat situ siap explain yang ini halal, boleh di makan tak de geletin. 



Abang yang rajin je layan kerenah adik yang kuat buli!

bukan main adik focus sampai kerut kening ter...hahahah




ni la rupanya coklat free yang boleh di makan sebanyak mana yang kita mampu hahahah.  amik sikit pas tu letak kat tisu.caver line kot hahahhaha

yang ni Model filem "hatiku bukan coklat" hensem kan? tolong belanja pi New Zealand pulak.











Sebelum ke Swan River saya call dulu owner Megabes Product, Wen Teo. Buat appointment nak singgah beli cenderahati sebab kami miss E-Shield Market kat Fremantle. Harganya jauh la lebih murah kalau beli kat gudang ni.  Siap dapat diskaun lagi.  Kalau nak pergi malam pun boleh.  Ramah tamah Wen dan keluarganya. Terima kasih kepada kak Umi yang banyak bagi info dari segi nak booking hotel, makanan halal, nak cari cenderahati.









jenuh la juga memilih t-shirt utk souvenir dan beli jugalah sweater untuk 3K.  memang murah la harganya tapi tak ingat pulak berapa murah hahaha







anak dara ni memang pandai nak guna kuasa veto, tapi mama lagi licik kakak oiii hahaha

Good Day Mate!




Perth Part 8 - Caversham WildLife Park

 Kalau baca review memang rata-rata suggest pergi Caversham Wildlife Park ni.  Kalau ikutkan hubby dia lagi suka nak pergi Zoo Perth. Apa pun anak-anak memang seronok di sini.  Kauthar punya la seronok feeding cik roos sampai masuk mulut makanan cik roos to ke mulut dia. hahahah.

untuk aktivit di Caversham ni eloklah kalau mulakan di pagi hari.  Jadinya pukul 9 pagi kami dah ada di situ.  Pagi tu saya bawa bekal megie goreng, roti dan buah-buahan.  Lepas dah habis lawatan boleh la berkelah di tempat yang disediakan.

Kami sampai awal jadi tidak la risau terlepas show di Molly Farm.  Merasalah Raisa dan Abang Hadif susukan kambing biri-biri.  Hampir 3 jam juga kami di Caversham ni, sebelum singgah ke kilang coklat di Swan River.  Singgah makan coklat free dan beli sedikit coklat nak dibawa balik ke Malaysia sambil belanja anak-anak makan aiskrim.




Harga tiket kalau convert dalam Ringgit Malaysia untuk kami sekeluarga lebih kurang RM260. Janji anak-anak happy babah pun bertabah la kan hihihii

Gambar wajib kalau jumpa sedara jauh ni, si wombat. 

sebelum memulakan aktiviti kita foto-foto dulu...



jinak aje kangaroo ni, tapi seram la juga takut dia buat side kick tak ke haru

My Ahmad yang sangat berani.  Tension aje muka kangaroo tu bila Ahmad jerit-jerit...

si Ahmad yang terlebih sudah

dik...nanti kita bela seekor buat kawan adik yek!


sabar je binatang ni, kunyah satu-satu, tak tamak.  ke jenis slow? patut la banyak yang terkubur dia jalan raya hihihihi

rezeki jumpa koala masa depa tengah aktif dan tak tidur.

Babah dan si pemalas.  Tido aje kejenya

gambar romancinta adalah perlu untuk tatapan anak cucu wan mama dan tok babah. ehhh hahahaha

show di Molly Farm. 

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!