Thursday, November 22, 2007

Sangka..sangka...tak sangka..

Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina).
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka diet. Orang baik disangka buruk.
Orang buruk disangka baik. Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.
Mana tahu yg diam itu kerana berzikir kepada Allah swt.
Mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yg masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
Mana tahu yg ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Jauhi sikap suka bersangka2 kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

-=source: unknown=-


bila kita bercakap, pastikan kita tak menyakitkan hati orang lain, sebabnya impak akibat menyakitkan hati orang lain ni lain sikit...ye la..orang kalau dah terasa ke..terluka ke dgn kata2.. mestilah orang tu sedih..ye tak? jenis yang berani..lawan je balik..jenih yang suka simpan dalam hati?....sikit..sikit..lama2 jadi bukit..tak ke jenuh kalau hati dah rasa kosong je.... lagi satu..jangan la kita ni nak betul je apa kita cakap kan..ada orang mungkin bila bercakap memberi pendapat..terpulang la kepada individu tu..sama ada nak terima atau tidak..bukannya utk direndah2kan pendapatnya..kalau cam gitu..tak boleh terima apa orang nak cakap..baiklah orang yang nak beri pendapat tu cakap dgn tunggul ke..dgn cermin ke..kan? hai..dunia..kadang2 aku ni dah naik jelak nak beri pendapat, lepas satu..satu apa yang aku cakap kena cantas..kena cantas pulak dgn kata2 pedas..tak boleh ke cakap elok2..cakap lembut2....aku ni manusia..bukan lembu..paham lagi bahasa malaysia...semua tu buat aku dah malas nak bercakap. Diam aje. stone. senang.
soksek: aku hanya menumpang...kan? so diam aje la...tak yah bagi pendapat..bukan menyumbang apa2 pun...kan? teringat kata2 diana, one of ofismate aku... "aku menulis bukan kerna nama" huhuhu

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!