Monday, November 3, 2008

I need a break!

I need a break!!

suka ati je nak break2 kan.. tapi memang dah rasa kepenatan dan keboringan yang amat. Last week MC 2 hari, migraine yang teruk sampai blood pressure drop. Agaknya inilah kepenantan yang dah tak dapat dibendung2. Bermula dari pindah umah bulan 9 hari tu, pas tu dengan hari raya, dgn kelas ujung minggu dan pelbagai xtvt yang membuatkan badan aku ni tak leh menerima kepenatan dah. Rabu hari tu, bangun pagi dan bersiap nak ke opis, tiba2 kepala sakit yang amat, sampai berpeluh2 menahan sakit. Hubby bising tak kasi pi keje, terus hantar ke klinik. Sampai klinik doktor bgtau blood pressure drop, boleh pengsan. Nak kata aku stress sangat, tak la pulak. Tak respond pun pada kesibukan dan xtvt yang memenatkan. Tapi agaknya badan ni tak tak boleh terima. Kepenatan yang tertangguh. Konon2 nak mintak dimanja2kan la kot..heheheh

cakap dgn hubby, after my last paper 18 November ni ingat nak gi ilangkan stress ke Cameron Highland. Rindu rasanya nak ke sana. Tak pernah jemu la kalau naik ke Cameron tu.. hubby pun cam xcited jek... tapi hati aku pulak berbelah bahagi... terasa nak jugak ke Genting Highland. Sejak Hadif ada ni tak pernah pun naik ke atas tu walaupun every month lalu lalang on the way nak balik ke kampung. Hubby pun xcited jugak. Siap ajak gi ujung minggu nih..heheheh tapi ujung minggu ni belum habis exam maaaa... cam tak boleh enjoy je kalau ingat exam belum habis. Tertekan ahkak. hehehehhehe apa pun, tengoklah, kalau rasa badan tak penat, naik jugak genting ujung minggu ni. Dah rindu nak memetik picu DSLR ku itu... lagi pun kat umah dah boleh on line dah, kami beli DIGI broadband. Oklah, tapi tak la selaju streamyx. Janji boleh online sudah. Dari tak de? terkulat2 je kat umah tu..heheheh

Last saturday aku dok buat keje2 domestik. Keje bibik..heheheh dari membasuh, melipat kain, vacuum umah, pas tu mop lantai. Complete atas bawah. Petang sementara Hadif dan babah dia lena, aku siapkan lipat kain yang berbakul2 tu. Malam hubby bawak pi Ikea, beli beberapa barang umah yang tak complete lagi, tapi sebelum mula shopping kena makan dulu, sempatlah aku jumpa Eliana yang berlakon citer renjis. Comel la dia...tapi tak teringat pun nak amik gambar dia. Sempat la beli barang sikit kat Ikea tu, hubby cakap beli kayu dgn besi pun sampai 500 hengget. Gile kentang betul kan, walhal bukannya banyak pun, tapi memang nilai duit sekarang ni dah tinggi. Sebelum tu pun kami beli barang2 dapor, pun tak banyak, amik susu hadif 3, juice peel fresh, susu segar, air mineral, shampoo, sabun basuh, pas tu ada 2 jenih biskut hadif, dekat RM300. Bising gak hubby, beli semua barang jenih air jek dah dekat 300. Barang basah tak beli pun. Beras pun tak beli. Memang la mahal barang2 sekarang, dan cost of living pun memang tinggi. Jenuh la kalau dok kat bandar ni, kena berjimat cermat. Dalam berjimat cermat pun teruk jugak. Itu kami yang anaknya baru sorang. Yang ramai anak tu cam mana la pulak yek.. cam hadif, satu tin susu cost us dalam RM72++, minum pulak bukan cukup 2 tin sebulan, makanan2 tambahan dia lagi, yuran sekolah dia lagi, tu tak masuk duit toys yang dia selalu pau mama dgn babah dia lagi, ... tak ke haru..hehehhe.

Apalah citer yang aku merapukan ni, layan aje la yek..citer bluess utk aku nih...
oklah, nak siapkan report. Besok boss nak meeting...till then..

6 comments:

Su Hana said...

jg kesihatan gak... eeeeee syoknya p genting..km pun ada la bcadang nak naik genting.. ingat nak tido sana smlman.. eeee sejokkkkkkk

Intanaziela said...

sue@mamamaryam: jom...kita jumpa di sana....

Ibu Double Q said...

ni ape ni..?nape tak nk jaga kesihatan ni?badan kena jaga mama oii..nk pakai lama..tp ok gak kalo mama g cuti..ibu pon baru g sane..sonok la.kalo nk renggang2kan urat tu mmg sesuai g situ..

Intanaziela said...

rosmona: bukan tak jaga badan, tapi tak larat dah badan ni nak tanggung semua xtvt..hehehehe

hanna...moh ajak ibu gi cooti lagi...

Sya said...

Lepas exam nanti boleh le berfoye2.. lagi 2 minggu je lagik.. sabau sabau

mc ta said...

nak pi genting??
pegi jer..exam lain citer.( jahatnya hasutan..he..:))
ish.kalau nak kira..mmg sumer mahal..tapi nak sedap..terpaksa lah kan???..
kalau tak..tepaksalah telan air syabas je keh.keh.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!