Monday, December 15, 2008

Cerita Biasa

Lama jugak tak up date blog. Rasa malas yang amat. Tak tahu kenapa. Banyak juga citer yang terlepas nak diceritakan.

Hubby dah naik offshore. Kali ni Hadif penyedih sikit bila nak berpisah dgn babah dia. Siap nangis lagi. Naik itu babah. Sedih pulak bila bangun pagi2 dia tanya babah dia mana, bila babah nak balik, tak nak gi amik babah kat airport ke... adoi lah.

Dan, macam aku pernah cakap sebelum ni, perkara2 yang tak diingini akan berlaku bila hubby dah ada kat offshore. Pagi Khamis, (selangor cuti, sultan's birthday) aku nak pi amik cleaner, nak bersihkan apartment kami yang dah dikosongkan. Hadif aku tinggalkan dengan maklang dia kat umah. On the way ke rumah mak, sebab nak singgah amik abah, nak betulkan paip sekali, aku rasa lain macam. rasa cam goyang je. aku berhentikan kete, tengok2 tayar belakang tu pancit. Adoi lah. Tapi dek sebabkan aku ni isteri orang offshore, aku maitain cun aje la. Nak sedih buat apa. Nak marah buat apa kan. Walaupun hati aku bengang giler. Ye la, bulan ni aje habuan tayar dah beratus2. Aku cuba nak tukar sendiri, tapi malangnya kederat aku ni tak sekuat perasaan dan semangat aku. Sekali lagi abah jadi penyelamat.

Sebelum trip ni, hari yang hubby nak balik darat, tayar kete belah belakang pancit. Dah la petang tu nak jemput hubby kat airport. Bila hubby balik, dia tukar keempat2 biji tayar kete. Bila balik kampung, hubby terlanggar lubang, tayar kete tu pecah. Selamat ler tayar yang umurnya baru je seminggu tu. hihihi.

Semalam pulak, suis kipas kat umah tu rosak. Again. Jadik time hubby kat offshore. Aku gelak aje la time ni. Eh, ada tak kawan2 yang ceritanya serupa dgn aku? Cepatlah masa berlalu. Cepat la hubby balik. Rasa pendek sangat kami spend masa sama2. Banyak sangat xtvt menjadikan masa dok umah tiga beranak jadi kurang.
oklah, nak kuar cari suis lampu kat area Kota Kemuning. Anybody kat kota kemuning? moh ler kita lunch together2...

3 comments:

Effyliani's Life said...

hahaha siannyer kak intan ... i know u tabah orgnyer. punyalah tunngu latest update .. baru ada ...

Our Words said...

salam mama hadif ^^
rindu i kat hadif cuti-cuti skola nie...huhu
neway, ni blog GENIUS AULAD yg baru
http://geniusaulad.wordpress.com
please do hop in!

@hasney^-^ said...

hi Intan, itulah has pun bersimpati, tp has pun sama juga, last sunday, my carr breakdown....mula tu pegi kedai nk beli barang2 nk msk for lunch.....nk strt keta..keta pla..mati..tak boleh langsung..rupanya 'batery dh abis'...mujrla FIL still ada kt sini, call dia n my brother in law...Jamm keta, baru boleh hidup, dh tu hantar terus ke kedai, has bkn apa tk perasan coz kereta used 'batery' kering.....This Jan, tak tahulah, FIL and MIL dah balik kg.so kenalah terkontang2 kanting sorang2.....:-(.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!