Sabtu aku join gi kelas masak nasik ayam hainan. Best sangat. Banyak teknik yang dapat dipelajari. Sebenarnya, salah satu faktor utama enrol this cooking class sebab hadif sangat suka makan nasik ayam terutama yg kat chicken rice shop. Petang tu jugak pi Tesco beli barang2. Berangan nak buat hari Ahad. Aku beli sekor aje ayam. Ye la, utk aku tiga beranak, plus mak, abah dan dila. Tapi, Ahad tu, Pak anjang and family pun ada kat umah, so suh hubby pi beli lagi sekor ayam. Alhamdulillah, jadi jugak la nasi ayam hainan aku tu. Tengok hadif makan 3 kali tambah, babahnya pun makan bertambah, dan paling aku "kembang" (sila baca comel, okeh?) anak pak anjang aku tu cakap macam makan kat kedai..woohaaa kekekeke. Gambar lupa nak amik. Tapi gambar masa ayam tu digantung hubby ada amik.. nak mintak hubby email la gambar tu.
Rasa syok pulak masuk kelas ni. Cumanya selalu clash dgn kelas aku ujung minggu. Aku rasa salah satu minat aku dah ke arah masak memasak pulak. tee heee...kakakakak kak sya, boleh tak buat kelas utk intan, nak belajar buat chicken pie la...pleaseehhhhh?
Ujung tahun ni musim orang bercuti bagai. Kat department aku ni pun berlomba2 orang hantar leave application. Aku? lagi la awal, nak cuti ujung bulan, awal bulan dah submit application. Rasa cam tak sabar je nak jalan2 dgn family. Tapi dalam pada tu, sebenarnya dok tertunggu2 bila la my SIL nak bersalin. Tak sabar nak ada ada sedara belah aku pulak. Lagi pun dah lama kuarga kami tak dengan kenyaringan suara baby menyanyi. (menangis la tu). Hadif dulu pun bukan jenih penangis. Nak susu merengek sikit2 je. nak tido pun tak meragam. How I wish ada lagi sorang adik hadif macam abang hadif dia. Malam tadi, dia dah tido, aku sakat2 dia pun dia leh senyum2. Tak marah pun. Kagum sungguh aku. Sampai kena marah dgn hubby sebab kacau anak dia tido.
Ni kisah semalam, masa anak2 pak anjang aku ada kat umah. Hadif main la dgn sepupu aku yang 6 tahun tu. Sekali aku dengar dialog gini:
"honey, nanti lah, abang nak pergi work nih" - hadif la cakap tu.
aku ternganga jap.
Pas tu mak lang dia gelak besar...
"long, ko dengar tak anak ko cakap apa?"
honey? aisyemen..manalah dia dengar ni? aku dan hubby tak pernah la pulak guna nick name manja2 geli segitu. Mak lang dia pun aku dgr cam brutal je..saya awak je dia bantai bila dgn boyfriend dia. Ni mesti dok dengar ayah ngah dgn mak ngah dia atau pun ayah su dia bercakap dgn aweknya. Kureng betul la. Bila aku usik2 dia, dia cabut lari..malu la tu. Ish anak mama ni, baru 4 tahun. Bahaya betul la. Bila citer kat babah dia, babah dia gelak je. Mewarisi gen siapakah? apakah? kekekekek
soksek: cepat lah aku terima menantu!
9 comments:
aiseh Honey..dah pandai buat nasi ayam hainan..bak sini resepi lah.. ( bilalah nak masak mama danish ngan damia nih.he..he..)
mc ta nanti intan buat sekali lagi,intan tepek resipi okeh. masa dgn damia lagi la adventure sikit...
Waa Intan, Nasi Ayam Hainan ni mmg best, even my son pun suka sgt apa jua namanya Nasi Ayam, kalau pegi kedai, sepinggan tu utk dia sorang jerk lar. Blehla blajar dr Intan ni erk..Beza nasi ayam Hainan n Nasi Ayam biasa, cuma kita rebus ayam td ngan bhn2nya kan?..kalau nasi aym biasa, aym digoreng..He.he..Hmm has pun nk cubalah...
Hasney: yang intan belajar, nasi ayam hainan ni, ayamnya jagan direbus sekali, hanya di mandikan aje dengan air+lemak ayam+madu cina. kalau nak detail, kena mai umah, kita buat sama2...jom?
waah...cam best je tuh...makanan klu masak sendiri..memang puashati...lebih2 klu sedap....
Hmm iyeke?.Resepi yg has ada tu lainla plak, takper nanti senang2 nk pegi umah intanla kita msk sama2..he..he..Kawasan umah intan tu ada lagi tak umah kosong nk dijual..he..he...mcm nk beli la kononnn....;-)
hasney: ada..baru naik phase 2, search la under hazel 2
hai..sedap3x je.. tp tak lawa pon makan sekali..huhuhu..
rosmona: anytime, kalau nak makan nasik ayam, call kak ila...amacam? ada bran?
Post a Comment