Thursday, December 4, 2008

Sharing is caring...

Cerita dibawah ada cerita seorang teman. Dan, aku telah berjanji utk merahsiakan siapakah dia, di manakah lokasinya.


Si B, menceritakan kepada aku tentang perasaan kurang enak yang dia alami apabila berjauhan dgn suami. Suami si B ni baru sahaja mula bertugas di sebuah negeri. Jadiknya, kawan aku ni menggalas jawatan "akulah ibu, akulah bapa" sepanjang suaminya bertugas di daerah lain itu. Bagaimana dia terpaksa bergegas menghantar dan mengambil anak, menguruskan hal ehwal rumah, dan rasa tidak puas hatinya mula menghantui diri bila si suami yang bertugas di luar daerah itu masih boleh keluar menonton wayang bersama teman2nya.

Lebih kurang gini pendapat yang aku beri pada teman ku itu

" Dear B,

hihihihi. Jeles tu tandanya sayang kan? Perasaan tu normal. Tambahan pulak bila dah hidup berjauhan. yang pasti, ko bukan akan berjauhan dgn hubby ko sebulan atau dua, tapi selagi dia bekerja di sana. Nak jadi ibu, and in the same time nak kena jadi bapa, memang memenatkan. Mana nak siapkan barang2 nak hantar ke rumah pengasuh, atau nak siapkan barang sekolah anak, baju sekolah nak kena gosok, kasi anak breakfast, nak buat susu anak, pas tu hantar anak, pas tu pergi keje. Ada masa, bila sampai opis kita rasa kita ni dah macam sadin lunyai. hahahahah. Itu tak termasuk lagi nak kena kemas umah, mop lantai, vacum umah, basuh baju yada..yada... lagi la penat. Dah la kat opis keja banyak. Maunya tak melepek bila balik, betul tak? tapi jangan fikir2 sangat. Jangan susahkan hati ko dengan hasutan syaitan. Kita terima aje semua tu as ibadah. Pas tu happy2kan diri. Enjoiiiii. kalau ikutkan penat, aku ni rasa cam nak pengsan jek.

Ko doa aje banyak2 supaya tak de perkara buruk terjadi. Kalau suami ko kat sana tu niat dia nak bekerja, biar dia bekerja. Setkan dalam fikiran ko tu, yang dia pergi bekerja. Ko tak yah berat2kan kepala nak fikir. Syaitan ni suka la jadi batu api, buat kita susah hati. :)

But, in the same time, u must have a two way communication between u and ur hubby. Sharelah kepenatan ko tu dgn dia. Walaupun dia tak dapat tolong, at least dia leh la mengerti akan kepenatan yang ko alami.


regards,
aku yang comel. (aci tulih gitu? aku tambah aje daaaa)

Seriously, memang tak senang bila kena handle semuanya sendiri. Macam aku, time hubby ke offshore merupakan satu keadaan yang sukar. Mana taknya, bateri kete kong, paip bocor, anak demam, semuanya berlaku time hubby tak ada. Ada masanya, Hadif buat kerenah. Banyak ragam. Masa tu, air mata memang jadi teman. Tapi, aku bahagia melakukan semua amanah yang tergalas dibahu. Ada masa, waktu nak menghadapi peperiksaan, aku nak baca buku, hadif nak itu..nak ini. konflik sungguh. Time tu la dia nak makan, nak minum susu, nak suh peluk sebab dia nak tido. But, I have this as reminder " Love is nothing to do with what u expecting to get, it's what u are expecting to give..which is everything."

saya bukan superwomen or ultimate mother. I am learning everyday and making mistakes every moments. My life takdelah extraordinary sangat. I think common macam other household aje. But, will try to minimize things to break the routine. Still kena buat kerja2 rumah, but dalam sebulan tu, i get a cleaning lady to come to our house. She will vacum, mop, cuci tandas, lap2 habuk, lap tingkap. So, see..kena kuar duit sikitlah in order to get some quality lifesyle kot. hihihi. Dan, paling penting, bila hubby balik, he will help me. A lot. Do a laundry, cuci pinggan, sometimes bersila che abang tu lipat kain. p/s: thanks yang!


pose istimewa dari Hadif & Mama..peewit

soksek:
sharing is caring

7 comments:

aNIe said...

Betul apa yang intan nasihatkan kawan tu....sharelah dengan cik abang apa yang dia rasakan...telefon lah dia selalu...dulu masa akak ditinggalkan cik abg selama 5 tahun bertugas di KL...hari2 kami telefon...supaya kami terasa dekat.

Jangan selalu fikirkan yang bukan2...sebab syaitan akan sentiasa memainkan peranan...bila hati kita mula goyah...dia akan menambah macam2 fikiran negative yang boleh membuatkan kita lebih curiga...

aku said...

wahhh
adakah saya sanggup nak hadapi semua ni
heheheh
kawe hubby g krusus sminggu pon kelam kabut
kalau rutin macam ni
x tau ler intan oiii
mau aku terduduk !

Hadif Khawarizmi said...

sebab tu kadang2/jarang2 kena bawak isteri/suami tu jalan2 cuti2 malaysia.. bajet lebih bawak pegi shoping2 Bandung.. Saigon.. liong kong atau pon Paling tak der SoGO..:D

mc ta said...

intan,
hanya org cam kita jer yg akan paham perasaan org yg senasib ngan kita. Tapi, all the obstacles that make us tougher every day. Ingat lagih, baru 2-3 ari bob pi sabah, kita bwk keta langgar lori kat NKVE..he..he..dia yg gelabah lebih dari kita. Lagi haru, may be next month Bob nak tinggal kita lagih pi arab saudi a few months..mmm..nak buat canner..pasrah jelah..he..he..

@hasney^-^ said...

Hmm Intan, yea, orang yang senasib cam kiter jerk yang memahami semua tu, has pun since hubby kt Saudi dah 2 tawon ni, semuanya nak kena uruskan sendiri, mula2 mmg la rasa tension kan?..mana lagi ngan anak2 yang masih kecil ni, kadang2 tak tahu kt mana nak luahkan, mujurlah di era kecanggihan teknologi skrg ni, dengan adanya internet, hubby ngan anak2 pun still boleh wat life conference, so walaupun jauhhhh beribu2 batu, mcm dok sebelah jerk.he.he..Tp bila memikirkan routine harian yang semua perlu diuruskan sendiri, kadang2 serabut fikiran jugak. Tp Alhamdulillah, teknology memudahkan segala2nya..all bils semua has byr through internet jerk...so tak derlah pent2 sgt nak tekejar2 kan..so cuma tanggungjawab nk didik, nak susu, nak mandi dan nak layan2 jerk, dan uruskan rumah tangga, kadang2 itu yang lebih memenatkan dr segala2nya, tp bila anggap semua Ibadah, InsyaAllah ianya memberi satu pahala buat kita...jadi hati pun akan tenang....

aku said...

intan

f-ara-h.blogspot.com
singgah le yea...

samat raya aji !!

Su Hana said...

yups.. sy sokong!!!!

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!