Friday, February 13, 2009

Aku dan swimming class

Letih betul lately ni. Kat opis tengah sibuk utk Info Meeting & Long Service Award. Every year berhadapan dgn situasi kalut dan sibuk. Nak dapat bonuslah katakan..berapa bulan la tahun ni..mintak2 6 @ 7 bulan..hihihi amin.. Semalam sampai umah mak nak amik hadif pukul 9.30 mlm. Letih giler. Nasib baik hadif dah buat homework dgn mak lang dia. Kalau nak tunggu mama dia, hadoilah..

Assignment melambak lagi tak siap. Mana nak siap, macam2 nak kena buat. Multi tasking la katakan..hihihi. Semalam Hadif tak mo join kelas swimming. dia kata takut. suka ati dia jek. Pas tu aku bebel2... cakap time mama dulu tak de chance pun nak belajar swimming, sampai sekarang mama tak tau swimming tau. Pas tu dia leh jawab gini "tapi babah pandai swimming" ishk..memanglah..babah kamu tu geng dengan ikan lumba2...hiks...

Oh, I am about to book a ticket to Labuan. Ada sape2 leh kasi tau sikit tentang Labuan tak? Dulu my BIL ada kat sana, tapi time tu tak de pun serius nak pi jalan2 kat sana, sekarang ni baru la rasa nak pi pulak. Selepas, Kota Kinabalu...Kuching, rasanya nak ke Labuan. Ni tengah dok tengok date yang sesuai pasal jadual keje hubby dah berubah. Banyaknya percutian yang tertangguh. Cameron Highland, Penang...and Labuan. Hubby kata nak pi Penang dulu lepas ni, tapi travel by car. Senang nak jalan2 sana sini. Yihaaa..roh bercuti sudah mari...kikiki.

oklah, nak call hadif kejap. Apa citer buah hati pengarang jantung aku yang seorang itu..

9 comments:

Sya said...

Ke Labuan? Alamak tak de apa pun Intan.. kak sya penah ke sana .. dlm sehari habis jalan kat labuan tu.. tak de apa yg menarik

Intanaziela said...

kak sya: nasib kak sya bgtau...kena tukar plan la kot...hihihi

mc ta said...

ish..kalau bonus 6-7 bulan..jgn pi Labuan..pi London.baru best...keh..keh..

aku said...

hahhh! nak dtg penang nanti, kasitau yea...

hehehhe
tul tu...
tingin jugak nak masukkan darwisY ke kelas renang
sbb my sis & bro semua jaguh renang..
farah sorang je x...

tp ayah darwisY tu susah skit
dia nak anak dia...mengaji quran dulu...

Intanaziela said...

Mc ta: London? huhuhu hubby cakap tunggu hadif besar dulu baru leh travel jauh2..sekarang dia sangatlah ligatsss huhuhu

farah: insyaallah, kalau intan pi Penang, intan bgtau farah..kalau ada rezeki leh la kita jumpa... :P

tak pe la pi kelas mengaji dulu farah, tapi anak intan tu penakut air..tak cam babah dia..mesra air..hihihi

Ibu Double Q said...

sila baca komen di entry cerita hari ini..

go beyond the horizon said...

kalau flight nak balik ptg- pagi pagi pergi pasar basah dia. beli lah udang udang nya yang segar. pack masuk pasltic dan cool bag/ice box seal ikat tali check in. beli all kind of sizes.
dan beli udang kering kat pasar local dia. kain batik kat bazar dan kain pelekat murah..
lain lain coklat dan kain buat suit dan seluar...ok priced.
kalau duduk di apartment kalau ada freezer- beli udang awal awal sikit masukkan dlm freezer. hari nak checkout tu masuk dlm layered plastic bag dan bungkus surat kabar dan msuk kotak biasa dan seal dan ikat check in. a lot better than n cheaper dari frozen prawn kat airport.

go beyond the horizon said...

kalau ada satak jenis udang mini udang kara pun sedap beli..
makan seafood di restaurant tepi jety . di bandar dan luar sikit dari bandar. butter prawns sedap.. recommended. coconut jelly pudding dlm kelapa. sedap.restaurant seafood yg sedap dekat dgn financial centre punya jln masuk camp. tu sedap .. dan kat bandar di tepi hjeti pun sedap.
kalau kena musim ikan ikan fresh dan murah..
kalau takde udang musim beli la di airport. but i always beli di pasar.. lagi best dan murah dan beli all sizes.ikan tenggiri kenkadang murah gile dgn ikan tongkol/tuna/bonito serta ikan lemon sole/ikan sebelah...murah yg teramat..sotong..beli icebox letak ice seal dgn masking tape, ikat check in. dah terselalu buat..

kain di pasar besar bazar murah banyak. supermarket milimewah dan pulau labuan banyak barangan import makanan utk expat taste.sekrg tak tau la.

Anonymous said...

tan, bile baca tajuk "Aku dan swimming class" ko tu kan...aku dh imagine ko tgh blajar swimming hahahaha...jgn mare tan, aku ske usik2 ko dr dolu2 kan...

infomatif btol Go beyond the horizon..tqvm, bagus2 org lain bley gak tau ape ade kt Labuan termasuklah i yg xpenah gi lg...kuikuikui!

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!