Monday, March 23, 2009

Aku dah bosan

Huargh... feel very lazy. Monday mood kah? Actually letih semalam masih berbaki. Semalam bangun pukul 4.30 pagi, mengadap buku kejap, pas tu bersiap2 nak balik ke Shah Alam. Oh ya, saya dari Pahang yek. Sampai kat Kelas rasa mengantuk yang amat, tapi tahan jugak pasal ada test. Sangat mengujakan sebab nak kata baca buku sangat pun tidak, tapi masih berjaya utk dapat markah tertinggi dalam kelas (ayat bangga sebab aku tak betul2 tak baca buku..selak2 je sambil jeling AF malam tu...hihihi dan, student subject tu cuma ada 5 orang hahahahha) Dapat je result test aku sms hubby, sambil gelak2 dan berdoa agar kelas statistic aku dibatalkan. boleh? Tapi tak de maknanya batal..layan je la angka2 dan formula2 tu sampai aku rasa cam koma je. wakakakakak dan Doc. Ngu tu janji nak kasi aku A ...iyo la nih? tak pe, kita tungguuu... :P

Dan, aku memang amat letih. Pukul 6.30 petang baru habis kelas. Masa Dr. Samad dok bercerita pasal economic and issues tu, aku rasa cam nak letak kepala kat meja, pas tu tido. Nasib la aku tak sebegitu brutal utk buat cam gitu. So, pada pandangan mata kasarnya aku pay attention, tapi hakikatnya aku tido. hihihi.

Petang hubby dan hadif amik kat fakulti pas tu pegi makan Cheese nan kat Hakim. Maveles. Hadif makan mee goreng dgn sungguh bernafsu. Kagum aku budak tu makan banyak. Pas tu balik umah sebab dah nak maghrib. Sampai umah layan hadif buat homework. Jenuh suh tulis huruf shim dia dok tulis senget. Last sekali aku suh dia tulis huruf lain dulu. Senangkan aku punya solution? Dari dok marah2 dia, lebih baik biar dia buat yang mana dia boleh. Biar dia pelan2 kayuh. Nasib baik hadif dapat mama yang sporting tau tak... (jangan percaya, aku adalah sangat garang)

Dan, Hari ni..mood hari Isnin menghantui diri aku. Alangkah bestnya kalau tak payah kerja. Tak pun kerja yang perlu duduk2 saje. Otak aku penat. Letih tau. Bertambah letih bila aku teringat tentang sorang manusia yang idupnya asyik nak dengki dgn aku. Aku pakai kete itam dia nak keta itam. Wei, kete itam tu laki aku yang bayor..ko kena bayar kete ko sendiri kan? so jangan la nak menyusahkan idup. Apa yang aku ada, ko nak jugak. Naper ek? ko tak leh ke bina imej ko sendirik. Tak pun belajar utk bersyukur dgn apa yang ko ada. Apa? kamera DSLR cam aku pun ko nak sama gak? ha, beli la, jangan asyik nak cakap nak beli..nak beli..tapi tak beli...kalau beli tu, beli sekali lens yang canggih2 tau. Aku tak dengki. Kalau ko beli aku tumpang seronok, sebab akhirnya ko dapat gak beli benda yang ko asyik cakap ko nak beli tu. Aku tak jeles punya. Dah la tu, kitchen kabinet umah aku pun ko nak sama jugak. Tu dah buat aku rasa mual, rasa menyampah sebab, segala apa yang aku buat, aku buat ikut citarasa aku. Tak main tiru2 okeh. (tipulah tak tiru, tapi aku tiru buku okeh..tiru dalam majalah...hihihi ) Dah la, aku penat la tengok kelaku cam gitu. Tapi, kalau ko nak jugak ada apa yang aku ada, ikut ko lah. Nanti kalau ko nak tengok apa lagi benda yang aku ada, dan ko nak jugak sama, meh la datang umah aku, buat spot check. Okeh? puas ati. Kalau bakul sampah aku pun ko nak sama juga, dipersilakan. Beli sama kaler okeh. Kaler Itam!

soksek: Aje yang giler tulisan aku hari ni. hahahhaah. Dah tahap dugong aku boring dgn perangai mahluk tuhan yang sorang nih. Aku ni dari zaman sekolah lagi paling menyapah kalau orang suka meniru, pasal kita bersusah payah nak buat sesuatu, dia nak guna jalan pintas. Sampai la sekarang, aku tak boleh belah betul dgn perangai manusia gini. :) tapi, aku jenis tak reti nak bising2, tak reti nak perli2. Aku biar je. But, sometimes I just cannot go la dgn perangai manusia gini.

5 comments:

Anonymous said...

kak intan pi damai laut...ade rezeki ctc yong tau...miss u so much...

mc ta said...

uish..kagum betul ngan kaki dengki tuh. laki ke pompuan ek?
boleh tak satu hari ambik gambau dia, post kat sini, nak gak tgk rupa bentuk makhluk cenggitu kan? he..he..

Intanaziela said...

Yong: insyaallah nanti kalau ada kesempatan kak intan calling2 yek.. :)

mc ta: I tell u, spesis ni memang mengkagumkan. tapi memang banyak sebenarnya kat muka bumi ni, sama ada kita perasan atau tidak. jenih apa orang lain ada, dia pun nak ada. tak kira la cam mana cara pun. Tak boleh belah betul. hihihi
p/s: kalau post gambar dia kang dia sue I under Defimation Act cam no? tak mampu la nak bayar saman ratus ribu...high profile mahluk tu..hihihi

aku said...

wahhh
memula citer pasal letih..letih

tetiba...speed bertukar makin laju
kami yg baca ni pon turut naik napas...
huhhhhuuu....intan marah-marah kat sapa nih
agaknye intan kasi x url blog nih suh dia baca sama

errrkkk..nanti agaknye
dia pon nak ade blog kaler kuning camni gaksss....
hehehhe

intan, farah pon ade sekor makhluk yg penah di gelar kawan
yg sebijik sebijan perangai nye camtu
sapai kan ayat lam blog pon nak main copy paste
yg tiru tajuk tuhhh...x yah kata ler
sapai naik berbulu kat dia

hahhahah..memnag manusia ituh xde identiti kan....biar kan dia...

Ibu Double Q said...

hehehehe.. let me teka.. org tu mesti pompoan kan.. hati die sangat kering.. muka tatau malu... pastu mesti die terror menipu utk up diri die sendirik kan... biasenyer spesis tu akan berperangai seperti yg di atas.. hehehehe.. best gak kalo akk umum nama die..baru die tau malu sket..baru die tau langit tu tinggi ke rendah..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!