Tuesday, March 17, 2009

terkenang semasa dulu..

* Apa yang aku tulis ini hanya sedikit luahan hati, tidak bermaksud menyinggung atau berbentuk serangan peribadi. Kalau tak suka baca, sila jangan baca.

Some of my ofis mate dok citer2 pasal zaman sekolah. Tentang zaman banyak peminat, tentang zaman brutal2...zaman memasing kononnya macam bagus, zaman mengorat anak dara orang, zaman perasan cun, zaman jahiliyah (oh should we called it 'jahiliyah'?) Zaman belum matang kata orang.

Aku? biasa2 je. Jenih yang tak mencelih kata orang. Ye la, tak cantik, tak pandai. Aku merantau ke Negeri Sembilan. Ikut my best friend Atie (wei atie..serius kalau boleh undur aku tak mo pindah sekolah..hihihi ) kononnya nak lari dari gejala2 yang tak bagus di Bandar, pindah luar bandar. Aje yang giler. Apa yang aku dapat? banyak sangat. Macam2 Ada.

Satu, jumpa pelbagai jenis manusia. Ada yang baik, dan ada yang sebaliknya. Aku belajar erti hidup bila duduk berjauhan dengan keluarga. Aku belajar jadi kuat bila di hina. Aku belajar utk terus melawan, bukan melawan dengan kekuatan, tapi melawan dgn keazaman. Kelak, aku akan berkongsi cerita dgn anak2 (andai ada anak lain selain hadif), masa zaman sekolah dulu, mama pernah difitnah. Dikutuk apatah lagi. Tapi, melalui semua itu, aku cakap dgn diri sendiri. Aku mahu mereka2 yang mengutuk, menghina aku, perasaan yang tak baik itu sebenarnya lah yang membuat aku semakin tabah utk berjaya. Mungkin aku tidaklah berjaya menjadi jutawan. Ataupun cendikiawan. Tapi, laluan hidup aku dipermudahkan Allah. SPM aku berjaya mendahului mereka2 yang sentiasa merasakan diri mereka bagus. Alhamdulillah. Kemudian, berjaya menyambung pelajaran, walaupun bukanlah menjadi arkitek, akauntan..tapi aku berjaya menghabiskan pengajian. Kalau esok2 anak cucu tanya "wan mama masuk U tak? " aku de la aku malu. hahahhaha.

Kemudian aku memasuki alam pekerjaan. Alhamdulillah, rezeki aku, dapat bernaung di sebuah organisasi yang dikira bagus. Disaat ada rakan2 yang baru merangkak2 nak memulakan hidup, aku dah boleh settle down. Dah boleh membina keluarga. Apa lagi yang aku cari? tak de apa, melainkan bersyukur dgn kurniaan Allah. Dan aku berterima kasih kepada mereka2 yang pernah memandang rendah pada aku, yang pernah menghina, yang pernah mengutuk, kerana semua itulah aku menjadi seorang manusia yang kuat. Aku tak kaya, tapi sekurang2nya, kehidupan aku jauh berbeza dgn mereka2 yang pernah melukakan hati ini. Betullah kata orang, what u give, u get back. Dunia ini berputar. Tak pernah sekali pun aku mendoakan yang tidak baik, tapi memang hukum duniakan, kita tak selamanya di atas, yang dibawah pun tak selamanya di bawah.

Seorang teman (friend, u know who u are...) pernah menegur kenapa aku mesti berbuat baik pada orang yg pernah melukakan hati, yang pernah menghina, yang pernah memandang rendah. Kawan, jawapannya amat mudah; Aku tak mampu utk berdendam dan aku sudah lama memaafkan mereka2 yang pernah melukakan. Lagi pun, perasaan dendam itu satu penyakit. Umpama barah yang akan memakan diri. Jadi biarlah mereka2 itu dgn penghidupan mereka, dan aku dgn kehidupan aku. Mungkin juga masa itu kematangan mereka masih nipis. hohoho. Aku tak mau tenggelam dalam emosi.

Tak semua perkara negatif. Masih ada yang baik2. Che Tom, ko ingat lagi tak zaman ko hantar notes kat aku, kata budak aspura kim salam. wakakakak. zaman kegemilangan akak tu dik non. Aku budak naif sangat masa tu. Budak baru la katakan. Walaupun tak cantik, tapi dah dikatakan budak baru, ada aje la orang yang nak berkenalan. Itupun jadi sebab kenapa orang marah kat aku, kan? heheheheh. Tapi apa pilihan aku. Bukan aku yang terhegeh2 atau tergedik2 nak berkenalan dgn diorangkan...kan? wakakakka at least kalau anak cucu aku tanya, masa sekolah aku ada peminat tak..boleh la aku jawab ada...ko saksi ek...hahahahha

Baru2 ni aku jumpa Shahruz Shavek (betui ka spelling nama dia gini ek?) kat Istana budaya, time konsert M. Nasir. Sama je la dia tu dari dulu sampai sekarang. Sengih dia tu la. hihihi. Apa khabarlah kawan2 yang lain. Sebahagiannya, ada jugak yang aku jumpa dalam friendster, facebook, masih ada yang keep in touch walaupun tak la seperti zaman sekolah dulu. Masing2 dah ada life masing2.

Di zaman sekolah aku mengenali insan2 yg banyak membantu dari segi sokongan moral, dan alhamdulillah sampai sekarang masih bersaudara..masih bertanya khabar, masih kunjung mengunjungi. Tak semua yang tak suka pada aku kan..well, we don't ask for respect or love, ... kalau orang nak suka, suka la. Kalau tak, tak boleh paksa. Yang pasti, yang busuk hati kalau tak nak berubah, bawak la perangai buruk tu sampai ke tua..hihihihi.

Apa yang dapat aku simpulkan, aku banyak belajar membina diri waktu zaman persekolahan. Aku mula pakai tudung pun masa tingkatan 3. Masa cuti wesak. Sampai ada yang perli aku dapat hidayah masa cuti wesak. Aiman Tak kisah. Seingat aku, lepas aku amik keputusan nak pakai tudung, sekali pun aku tak pernah keluar free hair. Itulah pengajaran yang paling aku hargai dalam hidup. Bersedia utk berhijrah. Aku belajar berzanji dizaman berada di aspuri. tapi sekarang aku dah lupa. hihihi khilaf sungguh. hubby: lepas habis my Epjj program kena ajar isteri mu ini okeh.

Rupanya hampir belasan tahun dah aku tinggalkan zaman persekolahan. Ada antara teman yang dah jadi pendidik walaupun zaman sekolahnya dulu dia kuat ponteng kelas. wakakakka. Ada yang dah jadi engineer, ada yang dah jadi pegawai tinggi. Tak kira apa pun yang kita jadi, asal kita jadi orang sudah. Ye la, tak kan nak jadi ultraman pulak. Tak kira, apa pekerjaan kamu, apa kereta yang kamu pandu, berapa banyak harta yang kamu ada, kita tetap sama di sisi Allah.

Pada aku, zaman persekolahan lah yang membuatkan aku matang. Matang menerima tekanan dan mampu membuat pilihan yang tepat utk meneruskan kehidupan. Aku ingat lagi kata pengetua masa aku amik result SPM "tahniah, lepas ni pastikan hidup kamu lebih bermakna" . Dah arwah dah puan pengetua tu. Alfatihah. Tapi aku memang pegang kata2 dia, apa langkah yang aku ambil, aku tak mahu menoleh kebelakang. Aku mahu buktikan, aku boleh. Seperti mereka2 yang merasa diri mereka boleh.

Terima Kasih Ya Allah kerana dengan semua dugaan dan cabaran yang pernah kau beri, aku belajar menghargai hidup. Alhamdulillah. :P

6 comments:

MamaZana Baharum said...

wie... apasal EMO lak ni? Suriati apa cite skarang? krim salam nanti ye...

BAZA??? Nama tu dah lama org x panggil la aziela. aku skarang lebih dikenali dgn ZANA, even my u-mate. hihihi....

cubala, sure akan jd biasa. Alah bisa tegal biasa.. hehehe...

Intanaziela said...

hahahahha emo terlebih ek? tak de la..ni tak de kena mengena dgn SMS16 ler...

atie ok..dia sekarang kat Ambank. Oklah, zana pun zana la..hihihi

Sya said...

Alhamdullilah.. apapun semuanya berakhir dengan baiknya kan.. teringat citer Korea kat KBS (ch 303) Boys Before Flowers .. one of the scene the actor said, a ceramic pot has to go through a lot of burning to be tough.. same goes to human.

Kak sya tengah head over heels ngan hero citer korea ni.. he he he

aku said...

intan
amat suka bca semua coretan intan
memang kuat semangat intan ni
apo org buat...intan x dendam
bagus tul

paling syiok baca entry hubby antar email kat intan tuh
memang sweet sgt
intan...bertuah tau...xsemua org laki lomantik mcm tuh slepas kawin..
hihihihihih

mc ta said...

ish..jadi engineer bangga ke...cam tuh..bangga nye kita..keh..keh..
(lari tajuk lak)..
apa2 pun..segala libang libu..harus dibuat derk jer..
(yeh..dah tahu guna word libang libu tuh..;-))

@hasney^-^ said...

hmm intan..wa..mmg EMO erk...pagi2 ni(coz hasni baca ni pagi2 hu.hu.hu..).Act. biasalah itulah asam garam kehidupan, tiada manusia yang sempurna di dunia ini, pasti pelbagai cabaran dandugaan melingkari hidup sebelum sebuah kejayaan yang kita kecapi itu tercapai dan bahagia hari ini...Dulu mungkin kita disusahkan tapi ingatlah kita disenang2kan pada hari ini namun kesusahan lampau usahlah dilupakan kadang2 kegirangan hari ini hanyalah dugaan buat kita ..he.he..he..

Sya..I ada gaks ikut citer tu..but for your info..that girls pelakon utama tu dah meninggal coz of suicide (tak silap sebab ada history of mental problem)..dia ditemui mati di biliknya)..ada kuar paper...dalam 2-3 weeks ago..tak ingat biler...

Sorry Intan..dah jauhhh bercerita plak..he..he..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!