Wednesday, November 18, 2009

Peperiksaan dan kenangan


life is great, anda bagaimana?

Semasa dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, saya sempat mendengar hot fm. Selalunya saya tak statik pada satu saluran radio, ada masa saya nak dengar sinar (kak shilla dok gelak kata tak boleh belah dengar lagu2 lama yang jiwang..hahaha), ada masa saya dengar Era, dan selebihnya dengar saluran Hot fm. Hari ni topik tentang peperiksaan dan pengalaman menduduki peperiksaan.

Tersenyum sendiri saya bila teringat kenangan semasa menduduki peperiksaan. Semasa saya di zaman persekolahan, ada beberapa pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Ada masa, hati saya berdetik, kalaulah saya tak maafkan apa yang insan2 ini lakukan pada saya, bagaimana nanti ye? adakah kami akan dipertemukan diakhirat dan masa itulah mereka2 ini akan merayu2 meminta maaf kepada saya? Tak baikkan berfikiran begitu, tetapi apabila melewati kenangan2 lalu, hati saya jadi sayu. Memanglah pada masa itu akal dan pemikiran mereka2 itu tak matang dan tak berfikir panjang apabila bertindak mahupun berfikir. Itu kalau dikalangan kawan2. Bagaimana jika yang melakukan itu seorang guru?

Semasa saya di tingkatan 4, (tinggal di hostel) saya pernah jadi mangsa "bahan cari pasal" oleh seorang guru. Semasa ini dia menjadi warden. Biasalah zaman muda2, zaman ada peminat, zaman cinta monyet...salahkan saya apabila ada orang nak berkawan dengan kita? salahkan saya apabila ada orang minat pada kita? Siap keluarkan arahan, jika keputusan peperiksaan menurun, kami akan didenda mencuci tandas, keputusan peperiksaan akan ditampal di papan kenyataan di sekolah. Apa relatednya keputusan budak asrama ditepek di papan kenyataan sekolah kalau tidak bukan untuk memalukan pelajar, betul tak?

Semasa arahan itu dikeluarkan, saya mengambil keputusan untuk menerimanya secara positif. Saya mulakan langkah untuk belajar bersungguh2 dan melupakan "honeymoon year" untuk diri saya. Bersengkang mata mengulangkaji dan memang dalam hati saya bertekad akan membuktikan pada guru tersebut yang saya bukan seperti yang dia kata. Alhamdulillah, semasa peperiksaan bulanan saya berjaya meletakkan diri saya ditempat yang "baik" berbanding dengan rakan2 sebaya di asraman. Ada dikalangan rakan2 yang keputusannya gagal, maklumlah semasa ditingkatan 3 sistem grednya berbeza, masuk tingkatan 4 sistem pengiraan grednya berbeza. Kad kemajuan pelajar2 asrama akan di ambil oleh warden. Dan diwaktu itu, saya pandang wajah guru itu, mahu melihat reaksi wajahnya menerima keputusan saya. Pelik sungguh kerana dia memandang kad laporan saya tanpa ekspressi wajah. Nampak sangat di dalam hatinya sengaja hendak mencari kelemahan saya. Lebih cenderung kepada serangan peribadi. Adakala saya menangis sendiri, wajarkan seorang yang bergelar guru memperlakukan pelajarnya sebegitu. Apa salah saya kepada dirinya. Salahnya cuma saya berkawan dengan salah seorang pelajar yang popular di sekolah. Pelajar yang menjadi kebanggaan guru2. Kalau nak dikira, waktu itu, saya sangatlah low profile. Tidak pernah menggedik2.

Semasa di hostel saya merupakan biro akademik. Semua laporan ujian pelajar akan dihantar kepada saya untuk saya rekod dan untuk ditampal dipapan kenyataan sekolah. Pelik sungguh, pada masa itu, hanya saya sahaja yang berjaya mendapat 26 aggregat, yang lain kalau tidak pangkat 3 terus SAP. Apabila saya sudah menyiapkan laporan, saya hantar kepada guru tersebut, dan apabila melihat pelajar2 yang rapat dengannya mendapat keputusan yang teruk, boleh pula dia kata tak perlu ditampal dipapan kenyataan. Tunggu lagi satu ujian bulanan. Dan, paling sedih, dia siap cakap begini "kalau pun awak dapat keputusan elok, saya nak tengok ujian selepas ini, kalau menurun keputusan awak, siaplah awak." Bukankah itu mencari kesalahan dan kekurangan saya sahaja?

Dan, sejak itu, saya tidak pernah menoleh ke belakang. Setiap ujian bulanan, alhamdulillah keputusannya akan lebih baik dari yang sebelumnya. Dan, paling membuatkan saya kuat, apabila masuk tingkatan lima, saya tidak pernah gagal mendapat aggregat yang baik, masih saya ingat sewaktu guru tingkatan saya, Puan Azlina Rabu mengumumkan kepada kelas bahawa saya pelajar yang mendapat keputusan terbaik didalam tingkatan dan saya seorang sahaja yang mendapat gred 1 sewaktu percubaan SPM. Waktu itu, saya lihat dikalangan mereka2 yang sentiasa mencemuh saya, mencari pasal dengan saya dan menghina saya hanya menundukkan wajah.

Waktu itu, didalam hati saya hanya ada satu azam. Saya ingin buktikan bahawa mereka-mereka yang menghina (termasuk guru itu) saya bukan seperti yang mereka katakan. Bukan semua guru atau rakan-rakan pelajar yang melayan saya dgn buruk. Ustaz Zaidi yang mengajar agama misalnya, sentiasa memberi dorongan, beliau juga yang mengilap bakat saya dalam bidang syarahan agama dan forum. Selepas ustaz beri saya peluang, barulah ada guru yang datang dan memujuk saya untuk menyertai pertandingan perbahasan. Kalau dulu, kewujudan saya pun mereka tak tahu!

Sewaktu mengambil keputusan SPM, sebelum keputusan diserahkan saya sempat bertemu dgn Puan Azlina, dan beliau dengan penuh keibuan memeluk saya "azila dapat gred satu...azila dapat gred satu, tahniah..." Waktu itu, saya tidak nampak pun kawan-kawan sekelas yang sentiasa mencemuh saya. Rupanya mereka sendiri tidak berani hendak mengambil keputusan sendiri. Kalau kita sudah berusaha, mengapa pula takut untuk melihat hasilnya, betul tak? Pada saya, semua yang saya terima merupakan rezeki dari Allah. Dan, mungkin juga Allah mahu menunjukkan kepada guru itu, bahawa tanggapan dirinya itu tidak benar. Bukan dia yang menentukan berjaya gagalnya saya. Dan, sehingga kini, saya masih belum mampu melupakan apa yang telah dia lakukan kepada saya, walaupun sudah puas saya berdoa semoga Allah melembutkan hati saya.

Walau apa pun, saya sangat2 bersyukur dengan kehidupan yang telah Allah rencanakan untuk saya. Walaupun suatu masa dahulu ada rakan-rakan yang perlakuannya sangat mengguris perasaan, tetapi ada dikalangannya yang apabila kami bertemu semula sekarang, datang meminta maaf diatas layanan buruknya kepada saya, dan saya dengan senang hati memaafkan kerana manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, tambahan lagi waktu itu usia pun masih mentah. Cuma, saya tidak mampu melupakan wajah guru yang pernah menghina saya, kerana dialah saya mampu mengharungi kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Dengarnya guru itu tidak mengajar lagi, sudah bertugas dibahagian kementerian.

Fuh..panjang giler luahan perasaan saya hari ini. Dari topik peperiksaan melalut kepada soal hati dan perasaan. Tetapi masih lagi tidak keluar dari tajuk. Tajuknya, Peperiksaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan..hahahaha. Sebenarnya mata saya berair ketika menaip entry ini. Walaupun kenangan itu sudah lama berlalu, tetapi ternyata saya belum mampu memadamkannya dari lipatan ingatan hidup saya. Semoga anak saya tidak perlu melalui mengalaman seperti yang saya lalui ini...Semoga Allah permudahkan urusan hidup anak saya, dan semoga anak saya tidak perlu berhadapan dengan orang-orang yang mempunyai hasad dan khianat dalam hati mereka. Amin.

8 comments:

Anonymous said...

Setiap kejadian ciptaan Tuhan yang baik dan buruk ada nikmatnya. Yang manis menjadi hempedu apabila ia hilang sekelip mata. Apabila kita terkenang saat kemanisannya. Yang pahit ditempuhi dengan sabar, diredah segala onak berliku akhirnya ia menjadi kenangan paling bahagia.

Intanaziela said...

Cik anonymous: Do I know u? kenalkanlah diri, baru best nak share story..hihihi. yang pahit akan jadi manis yek? tapi luka, walau pun dah baik, parutnya tetap akan ada. Mcm yang saya lalui, hampir 12 tahun saya tinggalkan alam bersekolahan, tapi kenangan pahit tu tak mampu saya lupakan.. :)

Ana said...

semlm ptg pun topik pekse jugak..dgn ag n kieran..ana hampir dpt masuk line..tp tetiba putuskan sbb segan lakk..kenangan x seberapa..sedih jugak kann intan bila diperlakukan cam tue..mcm kita nie x wujud..tp xpe..semua tue dah berlalu n intan dah ada kehidupan yg lagi best dari dulu..hehehe

Asmara said...

Intan, pengalaman lalu yg mewujudkan intan yg baru pada hari ini. Setiap apa yg berlaku tu pasti ada hikmahnya kan Intan! org kata susah2 dulu senang2 kemudian. hehe.. good luck intan utk hari2 yg mendatang!

Intanaziela said...

Ana: time tu memang sedih Ana, tapi bila dah sampai tahap sekarang, rasa lega. Sekurang2nya Allah berikan intan kehidupan dan keluarga yang bahagia. Mungkin tak la berjaya mana, tapi tak la susahpun..alhamdulillah...

As: tq as..pengalaman mengajar kita erti kehidupan kan... :P

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan akak teringat cikgu BM akak masa form 5, sering membaling buku A terjun tingkap dan sering mengatakan anak Berahim BM awak akan lingkup, tidak dapat 7 mesti 8 dan memuji2 kawan sebelah akak, Alhamdulilah..bila keputusan sebenarnya akak dapat A dan kawan akak yang dapat 7..tapi tak pernah pun berdendam bila akak ingatkan, akak akan gelak sendiri dan dia mesti terperanjat kalau tahu ana Pak Berahim sudah jadi penulis..ha.ha..

Intanaziela said...

kak yatie...hati tu tak berdendam..tapi susah nak lupa..bila teringat jadi sedih balik...puas intan berdoa moga Allah beri peluang utk intan lupakan kenangan itu...

Su Hana said...

intan, pengalaman kite lbh kurangje.. sy pun sama... dah la sy kerap x dpt dtg sekolah.. asyik kuar mask wad..tp al-hamdulillah tetap dpt pangkat 1 tp cuma dpt 19 je la.. hahaha..

sy kena campak depa kata kena aids!! bygkanlah.. teruk sggh rasanya.. percaya x..blh kata sy x bhubung pun ngan kwn2 sekolah kecuali 1-2 org.. dah la kwn pun x bapa nak ada... hurm... mcm2 perasaan klu dikenangkan semula..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!