Setelah hampir dua minggu saya MC, Percutian keluarga ke Singapura menjadi penamat cuti. Percutian kali ini merupakan percubaan pertama kami "backparkers" dan alhamdulillah berjalan lancar.
Singapura merupakan tempat menarik untuk dilawati kerana perkhidmatan pengangkutan awamnya sangat efisyen. Bayangkan dari Lapangan Terbang Changi kami ke tempat penginapan dengan hanya menaiki MRT. Saya beruntung kerana hubby memang boleh dipanggil GPS bergerak. Biasanya dia akan membuat research sebelum bercuti ke mana2 dan ternyata ianya amat menyenangkan kami.
Walaupun hanya dipisahkan oleh seberang tambak, ternyata kehidupan dan penghidupan masyarakat di Singapura sangat berbeza. Teknologinya memang canggih. Saya sangat terpesona dengan sistem pengangkutan awamnya. Dengan menaiki MRT di T2 Changi kami menuju ke Litle India.. Bajet hotel yang boleh dikatakan masih mahal jika dibandingkan dengan hotel ditengah KL. www.agoda.com Selepas mengisi perut di Restoren India Muslim kami menuju ke hotel di Dickson Rd.
Alangkah seronoknya jika di Malaysia juga begitu. Tak perlu saya memandu ke tempat kerja, selain dari dapat menjimatkan minyak, tidaklah tubuh ini manja sangat...huhuhu.
Alangkah seronoknya jika di Malaysia juga begitu. Tak perlu saya memandu ke tempat kerja, selain dari dapat menjimatkan minyak, tidaklah tubuh ini manja sangat...huhuhu.
Oleh kerana kami tiba di Singapura awal, setelah check in kami menaiki bas ke Harbour front dimana dengan menaiki trem dari Vivo City untuk ke Pulau Sentosa. Tapi memandangkan hari yg telah petang.. rancangan ke Pulau Sentosa ditangguhkan keesokan hari. Cuaca musim tengkujuh membantutkan rancangan asal. Sekarang musim jualan murah di Singapura, tetapi walaupun murah tetap membuat saya sakit kepala bila ditukarkan kepada nilai matawang Malaysia...hahaha. Gile kalau shopping di Singapura. Lagi pun membeli belah tidak ada dalam agenda percutian kami. Melihat tempat orang sudah membuatkan saya gembira, betullah kata pepatah; "jauh berjalan luas pemandangan". Walaupun cuma di Singapura, banyak pengalaman dan pengajaran yang saya kutip.
Di Singapura, memang payah melihat perokok2 tegar merokok di merata2. Bandarnya bersih. Selepas berlegar2 di Vivo City, kami menaiki MRT ke Orchard Rd. haven for shoppers... yang banyak uwang. Hanya bersiar2 di Ion yang nampak gah dengan jenama2 antarabangsa yang Langsung tak menarik perhatian kami (kekekek) kira2 sejam kami menaiki teksi yang pada hemat hubby di bawa 'pusing-pusing' oleh pemandunya ke Istana Kg. Gelam. Pemandu Teksinya berbangsa Cina. Mula2 saya mendengar cerita tentang hartanah yang dia beli di Damansara dan Hartamas. (bayangkan pemandu teksi beli rumah di kawasan elit di negara kita!) lama kelamaan saya jadi menyampah kerana dia terlampau membanggakan negaranya dan nampak macam nak memperlekehkan Malaysia. Hello... walau apa pun, saya tetap bangga menjadi warga Malaysia okeh. Mungkin dari segi teknologi mereka menang, tetapi dari segi nilai murni, rasanya masih kurang di situ.
Selepas bersiar2 melihat pusat membeli belah, kami ke kampung Gelam. Rasanya di sini sahaja tinggalan sejaran melayu yang ada di Singapura.
Masjid Sultan di waktu malam.
Lepas makan malam, kami balik berehat di hotel. Cerita selanjutnya akan saya sambung di dalam entri seterusnya...
p/s: geli hati dengan dialog hadif "mama...kaki saya ni dah rasa nak patah tau...penatnya jalan..." mana tidaknya, kami heret dia berjalan menggunakan pengangkutan awam, dari stesen MRT ke stesen bas. Babahnya mahu Hadif di latih dari sekarang, kena fit, kena cergas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
p/s: geli hati dengan dialog hadif "mama...kaki saya ni dah rasa nak patah tau...penatnya jalan..." mana tidaknya, kami heret dia berjalan menggunakan pengangkutan awam, dari stesen MRT ke stesen bas. Babahnya mahu Hadif di latih dari sekarang, kena fit, kena cergas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
5 comments:
singapura nak bawak masuk kereta pun kita kena bayar sbb tu naik MRT lagi bagus..
mana2 pergi bershopping di KL lagi seronok Intan..
betul ke pemandu Teksi tu ada hartanah di Hartamas? atau dia tahu hartamas melalu percakapan orang hartamas yang datang ke Singapura. Kata orang..kata-kata orang yang kurang dipercayai adalah selain ahli politik adalah pemandu teksi..ha.ha..
tu la kak yatie...menyampah jadinya bila dia dah terlampau membangga2kan singapore pada kami...mana pun kita pergi...Malaysia adalah tempat paling selamat dan paling baik, kan kak...
wahhh ke singapore pulak yek intan..skrg dgr kt radio asik ckp sentosa island tue..mcm best jek..x sabar nk baca cita intan kt sentosa island..kalau best buleh laa kami pegi pulak..
ana nie nama jek org johor..tp x pnh pun jejak spore tue..hihihi
mama enteperem di depan.. ape ke henyer si anak di belakang itu? hahahaha..
Rosmona: Babah kata biar la dia...payah sungguh nak ajak dia bergambar..macam2 aksi dia buat sudahnya mama aje la jadi model babah..hahahahah
Post a Comment