Hujung minggu yang lepas memang dihabiskan dengan mengemas rumah dan menggosok uniform sekolah Hadif. Rasa tak cukup cuti dua hari yang ada. Nak sambung lagi ada...kekekekek. Tengah saya menggosok baju, Hadif menonton TV; cerita Doremon siri Movie kat atas katil. Cerita tentang semangat setia kawan, nilai persahabatan dan perpisahan. Tiba-tiba saya tengok dia menangis.
Mama: Eh, Hadif, kenapa menangis?
Hadif: saya sedihlah mama tengok cerita ni
Mama: gelak besar tak henggat. (sahla hormon penyedih dia ni diwarisi dari mama dia..kekekkeke)
Dah pandai main dengan emosi anak mama ini. Tapi memang campuran dan adunan saya dan hubby. Ada yang dia ikut perangai babah. Dan ada juga yang ikut perangai mama. Tang penyedih ni memanglah ikut perangai mama. Saya kalau tengok cerita sedih, mesti menangis. Ada masa tu, Hadif dah stand by nak tanya "mama nangis ke?" hahahahah.
Sejak Hadif menginjak ke usia 6 tahun ni saya dah jarang bising marah-marah, senang sekali tugas saya. Walaupun tugas dah bertambah, kalau dulu gosok uniform Q-Dees sahaja, sekarang dah kena gosok uniform sekolah agama. Kalau dulu kerja sekolah yang nak dipantau cuma satu sekolah, sekarang dah masuk dua sekolah. Tapi, jauh disudut hati rasa bahagia. Cepat aje masa berlalu, tak lama nanti tengok Hadif dah masuk sekolah Menengah..lepas tu masuk Universiti (insyaallah) dan lepas tu dah kerja...dan apa lagi..kawin la lepas tu..hahahah berangan la saya sampai ke situ.... kahkahkah.
25 Januari ini ulangtahun perkahwinan saya dan hubby. Eh, sudah 7 tahun? rasanya masih lagi menyulam cinta, manja-manja dan loving2 gitu. Cumanya kami suami isteri ini memang tidak pernah candle light dinner kalau tiba anniversary. Selalunya pi bercuti aje. Tahun lepas ke Swiss Garden, Damai Laut. Tahun ni ke mana yang? :)
4 comments:
Anak kita ni sama jer...hehe.Afif pun sama...emo tu memang kuahnya dari mama dia...
Kejap ja masa berlalu ya Intan...dah 7 tahun yer? Teringat2 masa tempah kek kawin ko kat kedai kek Tokyo, Klang...pastu petang akad nikah kena marah ngan cik Yah sbb lambat balik sbb pegi urut kaki ko yang terseliuh tu...hehe...mak ko siap datang panggil kita balik tu dalam hujan, nasib baik tak bawak rotan...hehe. Indahnya kenangan masa zaman anak dara dulu....
Hehehe...tengok doraemon pun boleh emo ke...? Hehehe...comei
his very gentle intan, bukan emo tu..dia tau bagaimana mahu bereaksi dengan keadaan..moga2 dia menjadi lelaki yang baik..bila besar nanti..AMIN..
ayu: aku tak akan lupa. Banyak kenangan yang mengusik jiwa antara kau, aku dan kehidupan kita. Gelak aku bila ingat lagi beberapa jam sebelum akad nikah kita pi urut kaki aku yang terseliuh dek banyak sangat bergerak..pengantin ligat..kekekek terima kasih sebab kau sentiasa ada untuk aku. Banyak lagi kalau nak tulis, dan bakal mengundang kita menjadi ratu air mata..kekekekek
Kak Anie: hari tu citer doraemon tu sedih sikit..pasal persahabatan..tu yang member sedih tu..
kak yatie: Gentle ye, alhamdulillah..dan amin atas doa akak..insyaallah sentiasa mendoakan dia menjadi lelaki yang baik..
Post a Comment