Banyak perkara yang hendak saya tulis, tetapi faktor kesihatan dan kesibukan menghadkan cerita yang akan saya tulis. Sudah dua hari kena selsema, bersin macam bunyk mancis basah. Kepala sakit tak usah nak cerita lah. Doktor kata saya stress dan penat. Kena berehat. Semoga segala penyakit akan segera berlalu. Sakit itu anugerah juga sebenarnya. Tanda Allah sayangkan kita.
Hujung minggu hari tu balik ke Lanchang. Kami sekeluarga sahaja yang balik, yang lain2 sibuk dgn komitment masing2. Jadinya keboringan lah anak bujang nan seorang itu. Petang Sabtu Babah ajak jalan-jalan ke Pekan Temerloh. Jalan-Jalan konon nak makan. hahahha. Mestilah nak bubuh gambar saya berlatar belakangkan tulisan Temerloh. Lepas ambil gambar, minum2..makan2 lepas tu bawa Hadif pi gunting rambut. Hadif ni bila rambut panjang je dia demam. Betul...tak tipu. Opah dia kata tak rasi berambut panjang kekekee. Mama dia pun bukan berkenan sangat kalau tengok rambut dia panjang. Macam tak comel je kalau Hadif berambut panjang.
Habis cerita balik kampung, balik ke Shah Alam kami sempat singgah ke Karnival Karangkraf. macam-macam majalah ada dijual. Tetapi saya tak beli majalah sangat pun memandangkan saya merupakan pelanggan tegar bagi majalah Impiana, Majalah Rasa dan beberapa jenis majalah. Selalunya setiap bulan saya akan ketepikan sedikit bajet untuk majalah-majalah saya tu. Terapi dalaman. Terapi bacaan. hahahha. Dan, di Karnival ini saya sudah borong 3 naskah novel Ramlee Awang Murshid. Masa zaman saya layan novel2, hubby introduce saya untuk baca hasil tulisan RAM ini. Memang best. Saya ni jenis yang cuma baca hasil penulisan penulis yang saya biasa baca bukunya. Kalau yang lelaki, buku cerita Ramlee Awang Murshid, dan kalau perempuan, saya akan baca buku tulisan Norhayati Berahim. Dan, baru-baru ini, saya ada baca sinopis buku tulisan Noor Suraya; Jaja & Din yang membuatkan saya ingin membacanya. Oh, baru saya teringat, saya pernah beli buku kak su yang bertajuk "Kerana Mu Ain" untuk dihadiahkan kepada teman wanita Ariff, anak buah hubby.
Saya dah beli online buku terbaru kak yatie, Ranting Cinta Si Plato. Jenuh mencari di kedai buku. Hubby pun bising suruh beli online saje, tapi saya jenis tak sabar, kalau boleh nak terus buku jatuh ke tangan, dan boleh la saya habiskan baca dalam masa sehari semalam. Macam cerita Aku bukan Billy Miligan tu..kehkehkeh.. Ayu..ko dah baca ke belum buku terbaru kak Yatie? kalau nak pinjam habak mai noo... Kalau nak tahu, Ayu dan saya memang berkongsi minat yang sama. Peminat NB. Err..kak yatie, ini bukan ayat mengampu tau, ini betul-betul... hahahaha.
Sempat juga beli Buku resipi "Koleksi Kek RASA Istimewa", "Panduan Pemakanan Anak sihat & Pintar" dan "600 jawapan kemusykilan agama". Terapi...terapi...hahhaha
Dan, saya juga dah beli online buku Jaja & Din. Sekarang ni dok menunggu buku-buku saya sampai. Dah ada menanti 5 buah buku nak dibaca. Baca Buku cerita RAM kena baca perlahan-lahan. Kalau tidak saya mudah jadi tak faham. Dan, ada satu buku lagi yang saya beli, tajuknya "Aduhai suami". Yang ini saya dah habis baca. Tergelak2 saya membacanya sampai kena tegur dgn Hadif. hahahha.
Kesimpulannya, membaca buat saya hilang rasa sakit dan hilang rasa stress. Pengisian jiwa juga. Walaupun nampak simple sahaja buku yang dibaca, tetapi sebenarnya sedikit sebanyak boleh beri pengajaran dan tauladan dalam hidup kita. Mungkin dengan teknologi yang semakin canggih ini lebih mudah kalau membaca menggunakan saluran internet, tetapi, saya rasa, dengan memiliki buku sendiri lebih memuaskan hati saya. Rasanya lepas ini saya akan menulis sedikit ulasan tentang buku-buku yang saya baca. Azam tahun baru. :) Dan, kalau boleh juga, saya bahu baca seberapa banyak jenis buku dalam tahun 2010 ini. Wish me luck!
p/s: gambar-gambar tak boleh nak upload la pulak, tunggu malam nanti la, kalau sempat saya bubuh gambar2 buku yek..
5 comments:
Buku RAM aku dah beli...9 nyawa.Yang terbaru belum. Tu pun jenuh cari ko..memang kalau buku RAM aku ambik 3,4 hari nak habiskan sbb karya dia tu tahap tinggi sgt...maklumlah, penulis cerita thriller...kalau laju2 tak paham...tapi cerita dia mmg best dan kadang2 di luar jangkauan minda...chewah... buku NB aku dah suruh Najib cari kat kedai buku tapi belum ada...ingatkan nak beli kat Shah Alam raya cina ni....ko taulah Perlis ni kan slow skit...Najib pun heran tgk aku, kalau buku tulisan NB ja sehari boleh abis baca, dia balik kerja pun aku buat tak tahu jer...hehe. Tapi bila baca buku RAM, kejap2 dia tanya, "aikk tak abis2 lagi..."
Intan.akak ni tak boleh pergi karnival...nanti abis duit beli buku cerita ...lari budget..selalunya akak beli kat kedai buku je...sebuah sebulan...hehehe
Memang betul membaca itu jambatan ilmu...
ayu: buku RAM aku sambar 3 sekali gus pasal dia macam bersiri...tapi sebuah buku baru lapan muka surat ko... buku NB aku pun jenuh cari, tak de tu yang order online aje akhirnya...
kak anie: intan pun cam tu kak, hari tu masa pergi, penuh tangan kiri kanan bawak plastik buku..kekekkeke
saya suka membaca tp lebih kepada info2.. tp bab novel ni atenyer cepat je ngantok..
dulu, buleh lagi gagah nk abiskan satu buku cite.. la ni.. haaammmmm pes..
apepon, membaca jambatan ilmu.. teruskan minat anda.. cit.. nape ayat saye sgt skema ni??
Rosmona: apa yang telah terjadi? skema..skema..kekekekek Ros, membaca tak kira apa pun jenis buku kak ila layan je..tak de pilih2...novel tu memang dari dulu minat, cumanya bila dah kawin dan ada anak, masa kurang sikit, tapi hadif dah besar ni dah boleh layan balik la...hihihi
Post a Comment