Hari Ahad hari tu boss saya sms saya bgtau ibu mertua dia meninggal dunia dan dia akan masuk ke pejabat hari Rabu yakni hari ini. Masa tu saya terfikir bagaimana agaknya keadaan anak-anak boss saya kerana boss saya merupakan bapa tunggal, isterinya meninggal dunia 12 tahun yang lalu dan sejak itu anak-anaknya dijaga oleh ibu mertua beliau. Terkenang saya kepada anak kembar beliau yang hanya sempat bersama-sama ibunya selama 6 bulan. Dan, selepas itu, neneklah seperti ibu kepada mereka. Saya tanya boss pagi ini "anak-anak ok boss?" dan bila boss saya jawab "anak-anak sedih, sebab arwah tu dah macam mak pada mereka". terus air mata saya bergenang, keluar dari bilik boss. huaaaa... sedih.
Boss saya dah 12 tahun sigle. Jarang-jarangkan berlaku pada orang lelaki yang kematian isteri. Saya selalu cakap pada hubby, kalau saya meninggal dunia...agaknya dia akan kawin semula tak? ada masa dia jawab tak nak..nak hidup dgn Hadif sahaja, ada masa gatal dia jawab nak..hahaha. Tapi macam mana pula ye tak? yang mati dah tentu mati, yang hidup mesti teruskan hidup. Cumanya seandai ditakdirkan saya yang pergi dulu, harap-harapnya hubby akan cari pengganti yang lebih baik, dan yang lebih penyayang dari saya untuk kebaikan Hadif. Tapikan..ada masa hangin saya, saya cakap dengan hubby, kalau dia kawin lain..saya balik umah..jadi hantu. hahaha.
3 comments:
hahaha.. iye la intan, kalo dia kawin kita jadik hantu kaco. hehehe.. tp berdoalah kita semua panjang umur, Amin..InsyaAllah..
kah kah..kah..itu jawapan klasik isteri kalau angin dengan suami aik, tapi setakat ini bila akak suruh suami kahwin semula kalau akak mati, dia akan cakap..insya-ALLAH I yang akan mati dahulu, I 10 tahun tua dari you..he.he.he
eh eh eh samalah kita intan....siap nak jadi hantu tu...
saya harap maryam akan dpt ibu baru yg lebih bagus daripada mama dia klu ditakdirkan saya pergi dulu...
Post a Comment