Kalau tahun lepas kami ke Jakarta dulu, tahun ini terus ke Bandung. Kalau tahun lepas hanya bertiga beranak, tahun ini disertai oleh rakan keluarga. 4 Dewasa, 3 kanak-kanak, plus baby dalam perut. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar.
Hari Pertama
Hari pertama sampai memang awal, maklumlah penerbangan pukul 9.40 pagi waktu Malaysia, sampai di Bandung, waktunya lewat 1 jam dari kita. Sampai-sampai minta bapak supir bawak pi makan tengahari. Destinasi makan tengahari di hari pertama adalah di Sunda Kelapa. Makanannya boleh tahan, harga pun ok.
Lepas kenyang perut suka hati, kami terus ke Hotel. Nama hotelnya Hotel Sukajadi, di jalan Sukajadi. Bilik pun tak siap lagi, jadi pak supir terus ajak kami meninjau Factory Oulet di sekitar Bandung. Hari pertama sudah berhabis uwang ke Factory Oulet. Saya tak beli apa pun, cuma borong baju tidur dan baju untuk Hadif. Memang tak bawa banyak baju dia pun, plan nak beli sahaja. Kata jutawan kan? hahahhaa.
Balik semula ke hotel untuk check in dan memberi laluan kepada anak-anak yang mahu berkubang di swimming pool. Masuk-masuk bilik hati saya sudah meradang. Dah la pintu toilet rosak, freezer tak de, serba serbi tak de. Tanya Zura, bilik dia ok aje. Jadinya, malam masa nak keluar makan malam tu saya cakap dgn staff situ saya nak tukar bilik. Tak kira. Kira Hotel sukajadi yang tak berapa nak suka la jadinya.
ni amik gambar siang, bukan malam ye pasal yang malam pertama lupa nak ambil gambar, dua kali pi makan kat sini
Malam pertama kami makan di Restoran Masakan Padang. Perut dah lapar, laju aje makan nasi. Lepas makan terus ke Chempelas Road, meninjau kawasan. Saya kurang berminat kalau di situ kerana penjaja-penjajanya begitu tegar memaksa kita membeli barangan yang dijual.
Malam pertama di Bandung saya dan hubby tak boleh lelap. Lepas bersembang, sambung sembang, jeles tengok Hadif yang nyenyak tidur.
Hari Kedua
bergambar sebelum turun breakfast :)
Selepas sarapan pagi, kami terus ke Ciwidey. Perjalanan yang memakan masa lebih 2 jam ternyata berbaloi-baloi.
Perjalanan yang tak menjemukan...
Sampai di jalan masuk menuju ke Kawah putih. Dari sini lebih kurang 1/2 lagi perjalanan sampai ke puncak...
Fav. Shamil, anak Mat Lan, murah betul, terperanjat saya bila tahu harganya cuma RM5.50 kalau kat sini? mana dapat dong...
Fav. Shamil, anak Mat Lan, murah betul, terperanjat saya bila tahu harganya cuma RM5.50 kalau kat sini? mana dapat dong...
Sempat berhenti untuk menaiki kereta kuda yang dipangil "delman" orang orang di ciwidey. Bayarannya cuma 1000 rupian untuk setiap orang. Murah sungguh. Saya pun terlupa yang diri mengandung naik juga kereta kuda..hahahha. Nasib hubby sedar yang isteri dia ni mengandung, laju je dia suruh kete kuda tu berhenti. hahahha.
Sampai di kawah putih, kebetulan tengah berkabus. Subhanallah..cantiknya pemandangan. Ramai pelawat yang datang dari serata ceruk Indonesia rupanya. Rasa tenang sedikit kalau di sini kerana tidak ada penjaja yang mengikut kita.
bau sulfur yang kuat buat saya sesak nafas...huh..not good..not good...hahahaha
kami sekeluarga, termasuk "adik" :)
kami sekeluarga, termasuk "adik" :)
anak bujang yang ligat, tapi kali ni dia dah besar, tak banyak kerenah melainkan permintaan nak toys...adoi..
Selepas itu kami terus ke Tasik Petengan. Tasik yang kononnya ada mitos tentang sejarah pertemuan puteri Sunda dgn cinta hatinya. Kami naik sampan kayuh dengan harga 200 ribu rupiah. Seronok sungguh dapat menikmati pemandangan di sini. Rasa nyaman dan tenang. Sekali lagi ibu mengandung yang tak sedar diri sibuk nak naik sampan. hahahhaha. Selepas makan tengahari, terus turun ke Simbaduyot. Tempat barangan-barangan kulit. Hubby sempat beli jaket kulit dan tali pinggan sekitar RM250. Malam tu ada orang tidur dgn jaket kulit. hahahhaha.
Menurut sejarah Sunda, tasik ini adalah tempat bertemuan dewa mereka, seorang dari pulau kecil itu, dan seorang dari batu Cinta.
Sempat beli kain sulam untuk diri sendiri yang rasanya lepas bersalin nanti baru boleh hantar tempah lepas itu terus menjejaki factory oulet lagi. Rasanya Rumah Mode pilihan dah tak macam tahun lepas. Makan malam kami pada malam kedua adalah di Pa' Chi Met Ikan Bakar.
Hari Ketiga
Hari ketiga adalah hari shopping2 sedunia. Mula-mula kami ke pasar baru, cari kain ela. Oleh kerana dah ada pengalaman, terus sahaja tuju kedai yang kami dah sampai tahun lepas. Memang murah gile kain-kain yang dapat ditawar di D'Square yang terletak di lantai 2. Pilih punya pilih, hampir 2 juta rupiah juga habis kat situ..hahahah. Sempat beli kain baju melayu hubby dan Hadif, dan beberapa pasang baju untuk diri sendiri (ntah bila nak tempah, rasanya lepas bersalin la kot) dan untuk keluarga sikit. Tak lama pun membeli belah di pasar baru, terus suruh wawan hantar ke FO. Kasi chance pada mat lan dan Zura nak shopping. Semasa di FO ni, saya langsung tak de beli apa2. Memang tak ada yang menarik hati saya, tetapi hubby dan Hadif syok la..hahahha.
Sempat ke FO Anak Kecil yang memang banyak pilihan untuk baju anak-anak perempuan. Comel sungguh sampai saya tak tahan beli juga dua tiga set baju "adik". Hubby tanya, sekali yang keluarnya boy, cam ne? saya kata "kita kasi la kat orang yg dapat baby girl" no heart feeling..hahahhaha.
Malam tu kami makan di Restoran Raja Melayu. Makan gulai Ayam, kari kambing, sayur, air baru RM57.00 murah kan? Sudahlah Restorannya yang cantik, bersih..memang berbaloi makan di situ.
Hari Keempat.
Selepas sarapan sempat ke kedai handbag DIAZ. Cuma Zura yang beli lagi 2 buah handbag, saya pulak teremosi di situ..keh keh keh. Mengandung kali ni saya punya kestabilan emosi sangat ke laut. Kalau hubby tercakap tinggi suara sikit pun air mata dan meleleh-leleh tak boleh berhenti. Kalau hubby marah Hadif pun saya yang menangis...hahahah. jiwang sungguh mengandung kali ini. Jadi terlebih sensitif. Tapi bila saya baca buku 40 minggu nan indah keluaran Karangraf, memang ada tulis, perasaan ibu mengandung ini emosinya tidak stabil, ada masa jadi murung, ada masa gembira, ada masa sedih. Suami perlu memainkan peranan dan memahami di situ. So, hubby dearie, please take note, bukannya lama sangat nak kena layan isteri awak ni manja-manja, lagi 5 bulan aje. hahahhaa.
Lepas drama sebabak di DIAZ, terus ke kedai Amanda Brownies dan Kedai Kek Kartikasari. Lepas itu kami terus ke Airport. Ha, amik, duduk kat airport 2 jam...kehkehkeh. Kalau kak yatie menggemari nasi lemak dalam penerbangan MAS, saya juga jatuh hati dgn Nasi Lemak dalam AA hari tu...memang sedap. Teringat-ingat lagi aroma rendang ayamnya.
Sampai Malaysia lebih kurang pukul 3 petang waktu Malaysia. Kami ambil teksi terus balik ke rumah. Saya tidur tak ingat dunia bila sampai ke rumah. Qada' tidur yang tak cukup bila di Bandung. Keesokkan hari ibu mengandung sudah demam, hahahhaha.
Kesimpulannya, sangat gembira dan seronok dapat bercuti ke Bandung kali ini. Bukan kerana bershopping, tetapi kerana dapat menghabiskan masa melihat pemandangan yang cantik disepanjang perjalanan ke Ciwidey. Dapat naik kereta kuda, dapat naik sampan..semuanya menjadikan percutian kali ini percutian yang terindah. Terima kasih kepada hubby untuk percutian ini, dan tak sabar nak sambung jalan-jalan lagi 2 minggu. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan yang baik buat saya dan kandungan. Tiket dah beli, tak kan nak batalkan pulak. Itu pun terpaksa lupakan percutian ke Ho Chi Minh pada bulan Oktober nanti..tak pe, janji "adik" sihat dan selamat, dah cukup membahagiakan saya. trip ke Vietnam boleh pergi lepas bersalin, betul tak babah Hadif?
p/s: saya pergi jadi jutawan, balik pun masih jutawan kerana masih ada hampir 2 juta rupiah saya tak habis guna, memang tak de mood nak bershopping la pregnant kali ni...hahahah
No comments:
Post a Comment