Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala kurniaan dan syukur kerana majlis Aqiqah dan cukur Raisa berjalan dengan lancarnya. Tercapai hasrat hati saya untuk buat kenduri di rumah sendiri. Walaupun dipermulaannya agak mencabar dgn Raisa ditahan di wad, dengan beberapa masalah yang muncul...tetapi alhamdulillah dapat ditangani dan Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih buat mereka-mereka yang sentiasa setia "hulurkan tangan ringankan beban", walaupun ada jua beberapa perkara yang membuatkan perasaan saya tercalar, tetapi yang penting, majlis kenduri ini berjalan dengan lancarnya.
Kenapa saya sebut perasaan saya tercalar? kerana ada isu yang terbit apabila saya dan hubby membuat majlis kenduri Raisa ini. Kenduri kami dikatakan Bidaah. Saya terima dengan rasa terbuka, alhamdulillah. Pada saya, apa yang penting, niat untuk mengadakan majlis kenduri ini adalah untuk bersedekah. Menjamu kawan-kawan dan keluarga makan. Ada marhaban dan doa selamat. Saya cuba untuk memberikan yang terbaik. Tidak ada sekelumit pun rasa mahu menunjuk-nunjuk dalam proses ini. Tetapi jika majlis ini dikatakan bidaah, saya terima dgn hati yang terbuka. Cumanya pada saya, tak kira warak mana pun kita, tak kira tinggi mana pun ilmu agama kita, kita tetap hamba Allah, yang tak mungkin sempurna di sisi Allah. Tidak semestinya sembahyang 5 waktu, kita kata kita mempunyai pengetahuan agama yang luas, kita dijamin masuk syurga. Kita dijamin tak ada dosa. Banyak mana pun ilmu kita, tak akan dapat menandingi ilmu Allah. Boleh menegakkan kebenaran, tetapi perlu dgn cara yang betul. Perlu memikir perasaan orang lain.
Saya secara memang suka menjamu kawan-kawan makan. Rasa puas dan seronok. Sambil bersedekah boleh mengeratkan lagi silaturahim. Contohnya bila kenduri baru-baru ini; dapat bertemu dgn rakan-rakan blogger yang selalunya bertemu di alam maya sahaja, dapat bertemu saudara mara, rakan taulan, ... teringat kata salah seorang isteri kawan hubby "nice to meet u... peramah, suka dapat jumpa" :) Jadinya bila timbul perkara-perkara yang mencuit emosi, saya akan fikirkan perkara yang positif dan yang seronok-seronok. Bak kata orang "senyumlah walau hati menangis" hahahhaha
Ok, cukup untuk cerita itu. Saya mahu melupakan perkara itu, belajar memaafkan dan akan cuba untuk melupakan.
Ini kisah Raisa. Alhamdulillah, anak dara itu semakin sihat, dan menjelang hari bahagianya dia semakin ceria. terima kasih di atas sumbangan hadiah dan segala-galanya. Murah rezeki Raisa. Di sini saya tepek gambar Majlis Raisa....enjoice...
10 comments:
Pedulikanlah je intan dengan kata-kata orang..asal niat kita ikhlas..kadang2 kata2 tu datang dari hati yang tidak senang melihat kegembiraan dan kebahagian orang lain.. Maaf juga sebab tak dapat menghadirkan diri sebab terpaksa bekerja dan bergegas ke airport ambik hubby yg baru balik outsation... Danial kata sedapnya makanan (tengok gambar kat fb)..
eda: terima kasih eda...dgn adanya kawan mcm eda ni la boleh menutrealkan balik perasaan sedih yang ada..hihihi... ala sian danial...kalau tak sure hadif happy...danial datang..lain kali ye nak...
hmmm...kesiannye orang itu yea. betapa ceteknye pemikiran dia. sabar jerlah intan. janji majlis berjln lancar.emm..maaf xdpt hadir.mungkin linkali baru kita dpt bertemu....di lanchang mungkin..hihihi
Sabar lah zila....ada orang yang sentiasa merasakan diri lebih baik dan sentiasa betul dari orang lain...x per lah....Biar Allah yang menilai keikhlasan hati kita sebab hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahui...lambat laun insyaallah orang tu akan sedar....doakan saja.
Intan! seronok betul Raisa jadik princess haritu. Hadif dah jatuh no 2 glamour haritu. hihi.. *sayakan abang (bak kata Hadif yg mengalah dengan keglamouran Raisa)hahah.. Kalau ada kat area2 situ pasti kita nak datang jumpa Intan. memang betul, Intan ni sangat ramah dan penyayang. ekekeke... sbb tu ramai yg sayang. :D
sedihh! gambar saya takder!! huk huk!
sabar je along, yg penting niat kita betol.. jgn peduli org nk kata ape.. chill ok.. hehe
kita sabooo aje la kan..
kak shilla: tq kak shilla...betul la tu..biar Allah aje yang nilai..sebab org yg cakap tu bukan tuhan...dan belum tentu dia pun dijamin masuk syurga kan...
As: heheheh banyaklah As Azila ni penyayang yek..garang adalah..hahahah Raisa baru baik demam, muka pun tak berapa nak senyum...abg tu ada masa jeles jugak dgn adik..tapi sayang lagi lebih dari jeles as..hahahah bila balik malaysia make sure satu hari lepak umah intan tau...
nily: hahahha dah datang lambat...nanti kita buat super imposed okeh..tapi tima kasih banyak2 atas topi2 yang cantik dan kain ela yang sgt cantik tu yek..terharu akak..
yong: okeh..kita bolayan je orang macam ni...ok tak? hahahah
Bidaah atau tak , itu antara kita denganNya...yg penting nawaitu kita.bykkan bersabar ye
Misz Rofiexa: thanks dear...
Post a Comment