Tuesday, May 24, 2011

Sayang Abang Hadif sayang....

Lama tak cerita tentang keletah abang Hadif. Walaupun tak ada cerita, tetapi dialah menghibur hati mama dia. Ada masa dialah yang selalu buat mama dia kejang urat tengkuk...hahahha.

Ini cerita malam tadi, sebelum tidur

Hadif: mama, kawan saya tu kan dia kata nanti Malaysia lawan Chelsea. Lawan bola tau...
Mama: hahhaha mana ada Malaysia lawan Chelsea abang.... tapi entahlah, mama mana la tau pasal bola ni, mama tak minat..
Hadif: samalah, saya pun tak minat, saya suka main boleh dgn atuk je..hahahaha

Kisah ini masa buat ulangkaji

Hadif: tuliskan nama pokok yang berbahan (dia baca soalan)
Mama: abang, cuba tengok betul-betul, itu d atau b? bukan ke itu dahan abang..?
Hadif: oopsss maaaaaffff

itulah dia, pantang buat salah, bila mama tegur dia punya minta maaf punya la panjang..hahahha

Lagi satu cerita

Hadif: mama nak tau tak, kat sekolah kafakan, Rauf tu selalu tumbuk atau buli saya.
Mama: hadif jangan la kacau atau usik dia.
Hadif : masalahnya, saya tak buat dia, tapi bila dia buat saya....apa lagi...saya pun nangis la...
Babah: awak jangan nangis, nanti kalau nangis hingus awak meleleh2
Mama: hahahhaha

Hadif....Hadif....manja bukan main, nak nangis je kejenye, kalau tak nampak muka mama masa dia keluar pagar sekolah kebangsaan pun boleh menangis.

semalam masa mengajar dia, saya tertinggi suara...sebenarnya perkara biasa untuk Hadif yang ada dyslexia, tapi sebab mamanya semalam keletihan dan kurang sihat, jadi kesabaran mudah hilang, bila dia buat salah antara d dan b, saya pun tinggilah suara; tapi lepas tu ok balik dgn dia. masa dah ok tu dia cakap "boleh tak mama jangan jerit-jerit? terkejut abang tauu..." dgn gaya manja-manja...hahahaha mama gelak kuat-kuat...

Minggu ni minggu exam untuk Abang Hadif, mama doakan abang diberi kelancaran menjawab soalan. Tak kira berapa pun markah yang abang dapat, mama tahu itulah kemampuan abang. Mama tak marah, cuma kalau abang tak baca soalan dan salah jawab...itu mama marah..hahahah. Kadang-kala saya lupa, terlupa sebenarnya. Kalau Hadif tak sepandai sepupu-sepupu dia, saya tak boleh marah. Saya tak boleh kecewa. Sebab sepupu-sepupu dia lahir tanpa perlu mengharungi dugaan hidup seperti Hadif. Hadif punya kelebihan di situ. Dia sangat tabah mengharungi fasa kecemasan dalam hidup dia. Saya seharusnya lebih bersyukur melihat dia boleh hidup seperti kanak-kanak yang lain. Terimbas kembali kata-kata doktor yang jika anak saya hidup, pasti mengalami kecacatan otak...oh nauzubillah.... alhamdulillah Hadif anak yang cerdik, walaupun tidak lah boleh jadi kebanggaan orang dengan ayat " si a dapat no. 1, pandai orangnya, gemar belajar...rajin belajar..." oh tidak.. walaupun hadif tidak sepandai itu, tetapi saya tahu anak saya tidak bodoh. Itu pasti. Entah kenapa, naluri seorang ibu memang akan cepat sekali terasa bila orang membangga-banggakan orang lain di depan saya. Sebagai motivasi, saya akan katakan pada diri, mungkin hadif tidak secerdik anak-anak mereka yang dibanggakan, tetapi hati hadif sangat baik...dia tak reti berdendam, dia sangat penyayang, dia tak reti khianat bila berkawan... dan insyaallah, kalaupun dia tak cemerlang dalam pelajaran, dia akan cemerlang dalam hidupnya. Dia dikelilingi oleh mama, babah, adik dan keluarga yang sayangkan dia.

Oh mengapa sungguh emosi saya menaip entry ini? sebenar sudah lama saya tahan, tetapi hari ini baru ada kekuatan menulis. Saya berazam, sekiranya sesiapa lepas ini berani memperlekehkan anak saya, atau membanding-bandingkan, saya sendiri yang akan menjawabnya. Itu janji saya.

Mungkin perkembangan Hadif tidak selaju orang lain kerana kesan dari kisah silam dia. Saya kena redha. Insyaallah saya akan redha walaupun ada masanya saya terlupa. Tak semua orang yang cemerlang dalam pelajaran akan jadi seorang yang berakhlak dan baik budi pekerti. Biarlah anak saya cuma yang sedang-sedang, tetapi membesar menjadi seorang yang menghormati orang lain, baik budi bahasa dan sentiasa dekat dgn mama, dgn babah dan adik. Saya sepatutnya bersyukur, dari anak yang terlentang tidak berdaya, hadif boleh bangun meneruskan kehidupan, itu lebih penting dari memikirkan yang anak saya tidak pernah mendapat no. 1 dalam kelas!


Ini Abang Hadif dulu...


dan...ini Abang Hadif sekarang....


6 comments:

zulaikha megat said...

nangis woo bace ni.anis anak kak zu pun tak dpt nk beza d dan b.dengan dia baca bengan.sabo je ler...

Intanaziela said...

kak zue: hati ibu...segarang mana pun kita..jauh disudut hati hanya Allah yang tahu betapa kita sentiasa mendoakan anak kita menjadi yang terbaik...semoga kita sama2 tidak berputus asa menjalankan tanggungjawab sbagai ibu...amin.

Su Hana said...

samalah kite intan..lain anak lain dugaannya..insha-Allah anak2 kite ada rezekinya..

annur pun ada masalah b & d... kdg2 tggikan suara gak... dah bw jumpa pakat kanak2..dr kata ok lg... dr minta tggu sampai dia umo 7 thn..klu masih lg b & d dia konpius baru dr akan bg cadangan lain.. dia kdg2 7 & 9 pun konar belah lain... risau lah intan.

shilla72ibrahim said...

Memang berbeza Hadif dulu dengan sekarang....alhamdulillah...anak ini berbakat...sangat peramah...dan paling x boleh lupa bila Hadif buat kshilla ketawa waktu dia imitate kata2 dari cerita "Hantu Kak Limah"...adoi ketawa sepanjang jalan...Azila, kadang2 orang sekeliling x faham apa yang kita lalui selagi mereka x merasa sendiri...dunia nie luas tapi bagi anak2 kita yang baru nak melihat dunia...kitalah dunia mereka...Kshilla sangat2 percaya Azila mama yang kuat dan tabah...lindungi anak2...bila kita kuat, anak2 pun akan ikut kuat dan tabah...yang penting anak2 mesti tau mereka sangat2 kita hargai dan kita sayang mereka ;))

PM said...

k.intan, bijak @ pandai seseorang bukan terletak pada keputusan terbaik yg dia dpt peperiksaan. semua terletak pada pengalaman, cara hidup dan jalan hidup yang dia lalui...

InsyaALLAH, hadif mesti akan jadi anak dan insan yang terbaik. sbb hidup dia dilimpahi dengan kasih sayang yang banyak dari semua org!!

Intanaziela said...

sue: insyaallah maryam ok..kalaupun ada masalah yg sama, sue kena tangani dgn cara yg terbaik ye...

kak shilla: harap2nya hadif akan menjadi seorang insan yang sentiasa menyenangkan hati orang lain...jadi anak yg sentiasa mendoakan azila dan shamsul...tq kak shilla atas kata2 semangat...

nani: betul nani..akak setuju, sebab itu hati akak sangat memberontak bila org selalu membanggakan keputusan periksa anak-anak orang ni, pada akak, pandai la takat mana pun, tapi kalau tak mampu nak bersahsiah baik, serupa juga dgn tak pandai kan? insyaallah dan alhamdulillah, hadif membesar dgn limpahan kasih sayang, bak kata opah dan atuk dia "hadif sentiasa ada atuk dan opah yang sangat2 sayangkan dia" mama sayang...babah sayang...adik sayang... unni2 GBS pun sayang kan? kan? hahahah

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!