Saya tujukan catatan ini buat sahabat saya, Nurahayu Iswati Ishak dengan ucapan cepat-cepat sembuh, kena kuat semangat dan nanti boleh jumpa cik Kattie kat Shah Alam ni.
Ayu,
Masa dengar suara dan bercakap telefon tadi, terasa-rasa kau ada kat depan aku. Terasa-rasa mcam selalu kita bersembang bila berjumpa.
Lama juga kita tak keluar bersama, bawa anak-anak dengan aktiviti main dinasour mereka. Apa pun, kau kena tahu, doa aku tak putus-putus mengiringi hidup kau. Selagi hayat di kandung badan. Mungkin kesibukan sebagai ibu beranak dua ini membataskan aku untuk call ko selalu, tetapi kau kena tahu, tidak ada waktu yang aku pernah melupakan kau.
Macam mana aku nak lupakan kau Ayu...kau lah kawan yang bersama-sama dengan aku waktu aku sudah dan senang, tak payah aku ungkapkan kau sendiri tentu memahaminya, ingat tak lagi masa kita sama-sama beli sandal harga sepuluh ringgit di Looking Good. Aku beli warna hitam, ko beli warna maroon. Wei, anak wakil rakyat mana ada yang pakai sandal harga 10 hengget, tapi kau pakai. Ko ingat tak lagi masa kita kena kejar dengan abang senior waktu kita balik dari gerai jam 10 malam sebab kau lapar teh ais? teruk kau kan ayu... aku sampai terkenc*ng takut, siap nangis2 kena ngorat dengan budak engineering tu...jahat depa kan...kalau aku jumpa aku langgar dengan back hoe.
Ayu,
ingat tak kita suka makan kat cafe insted of kita makan kat dewan makan? suka sangat dengan nasi goreng paprik orang siam tu masak. Tak sedar diri duit bukan banyak sangat...hahhaah. Ingat tak lagi kita jogging kat tasik Ilham? sampai aku berangan kalau nak kasi nama anak aku nanti Ilham, apa khabar la tasik ilham kat dalam ITM tu sekarang ye? nanti kalau Achu sudi nak bawa aku ke Perlis, aku nak pergi la Tasik Ilham tu, nak tengok tempat kita ngintai Dini dgn Jan dating...kakakakkaka
Ayu,
Kau kena rasa bertuah sebab bersuamikan Najib. Walaupun dia selalu aku panggil gajah, tapi aku sebenarnya sangat2 mengkagumi dia. Kesabaran dia bila menjaga kau sakit, ketabahan dia mengharungi hidup membesarkan Afif, semuanyalah. Aku sentiasa berdoa, semoga Najib sentiasa sama seperti sekarang, dengan cintanya, kasih sayangnya buat kau dan afif. Semoga ganjaran pahala dan syurga Allah janjikan kepada Najib. Najib, aku tau, kau yang bacakan blog aku ni untuk Ayu, janji dengan aku jaga kawan aku baik-baik, kasihi dia sepenuh hati (aku tau ko sayang dia, tapi ini ayat standard aku menulis) Insyaallah, Allah tahu apa yang terbaik utk diberikan kepada hambanya.
Dan, Ayu....
Kena sentiasa positif dan bersyukur, biarpun sekarang Allah ambil seketika pandangan kau, insyaallah tiba masanya kena yakin Allah akan pulangkan.. doa...dan terus berdoa, Allah tak akan uji kau melainkan dia tahu kau mampu mengharunginya...
Sebelum aku tutup catatan aku, Aku nak tujukan lagu Suhaimi Mior Hasan ni, walaupun lagunya sedih, tapi ada sebut nama kathy, kau sukakan nama kathy...ha..suh najib nyanyikan, walau pun suara najib tu tak sedap, tapi aku rasa ok jugak, suruh dia jaga lontaran suara dia, heheheheh. Jangan marah ye, nanti kena jual. Take care ayu dan sayang selalu.

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat di hatimu
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku
Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu
Nun di sana
Beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu
Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku
Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku
Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy
Persaudaraan tak pernah mati, batasan hanya ilusi,
Intan.

4 comments:
semoga k. ayu sentiasa tabah dengan ujian-Nya... Allah bersama dengan umatnya yang sabar dan tabah.. InsyaAllah
k.intan, catatan k.intan buat kelenjar air mata saya pecah. huhuhu
cedihnyer...semoga ayu tabah...
mawar: amin..insyaallah semoga ketabahan sentaisa bersama ayu.. nani...persahabatan akak dan ayu sangat2 erat, dia kawan yang boleh mengetahui gelodak jiwa akak, dia tahu bila masa akak sedih dgn membaca coretan akak..sangat2 memahami...
mimie: thanks mimi.. amin..amin..
kak yang.....moga kak ayu cepat sembuh......sungguh Allah menduga kita dengan dugaan masing2 kan...... moga kak ayu dan family diberi kekuatan menempuhi dugaan ni...
Post a Comment