Akhirnya Ramadhan kali ini membawa rezeki yang teramat besar buat kami sekeluarga. Insyaallah, tahun depan ahli keluarga kami akan bertambah. Insyaallah tahun depan hubby akan bayar zakat fitrah untuk 5 kepala.
Saya? pada mulanya sangat terkejut. Terkujat. Terperanjat. Pandang aje wajah Raisa, air mata saya berderai-derai turun. Kasihan anak mama yang baru berusia 9 bulan. Dorongan dari hubby, keluarga dan rakan-rakan yang tak putus-putus memberi semangat, buat saya jadi kuat. Alhamdulillah, saya kini kembali bergelar ibu yang hamil kah kah kah. Baju mengandung pun tak sempat saya simpat dalam kotak, elok aje tersangkut lagi. Semoga Allah kuatkan semangat saya dalam menguruskan anak-anak tersayang. Semoga kesihatan saya terus terusan baik dan kecergasan saya tidak merosot. Kasihan Hadif dan Raisa kalau saya melepek. Setakat ini, saya tidak sempat melayan rasa loya dan rasa pening. Kesibukan menguruskan anak-anak sementara hubby di offshore memang tak dapat nak memanjakan diri.
Hubby?
masa saya khabarkan berita gembira ini saya tahu dia terkedu. hahahha. saya menangis beriya-iya mengatakan yang saya kasihankan hadif dan raisa, dan nasihat hubby buat saya lega. Sangat mujarab. kata hubby "Salam sayang, Jgn mundum2 k. Bukan satu kesalahan bagi kita menambah bilangan ahli keluarga dan bukan sesuatu yang pelik bila mereka dari dua beradik jadi 3 beradik. heheheh. Anak2 semuanya kena dikasihani sebab mereka memang bergantung pd org tua mereka. Tp kena looking forward bila dah grow up... Mereka juga senang ada adik beradik yg ramai... Hahaha.. Tp kan wak... Saya tak pernah terbayang pon ada anak yg lebih dari dua.. Huhuhu. Rejeki Allah taala bagi as amanah saya terima dengan berbesar hati. Alhamdulillah"
Saya juga sangat gembira sebenarnya. Mana tidaknya, selepas hadif, hampir 7 tahun kami menanti kehadiran Raisa, dan yang nombor 3 ini tak sampai setahun Allah beri lagi kami rezeki. Alhamdulillah...syukur. Insyaallah sedaya upaya saya akan cuba buat Raisa tidak rasa diabaikan.
masa saya khabarkan berita gembira ini saya tahu dia terkedu. hahahha. saya menangis beriya-iya mengatakan yang saya kasihankan hadif dan raisa, dan nasihat hubby buat saya lega. Sangat mujarab. kata hubby "Salam sayang, Jgn mundum2 k. Bukan satu kesalahan bagi kita menambah bilangan ahli keluarga dan bukan sesuatu yang pelik bila mereka dari dua beradik jadi 3 beradik. heheheh. Anak2 semuanya kena dikasihani sebab mereka memang bergantung pd org tua mereka. Tp kena looking forward bila dah grow up... Mereka juga senang ada adik beradik yg ramai... Hahaha.. Tp kan wak... Saya tak pernah terbayang pon ada anak yg lebih dari dua.. Huhuhu. Rejeki Allah taala bagi as amanah saya terima dengan berbesar hati. Alhamdulillah"
Abang Hadif?
Bila saya khbarkan kepada dia yang dia bakal dapat lagi seorang adik, dia terus cium perut saya, cakap best... nanti boleh la kasi nama adik ni Irfan ye mama? hahahah aduh Hadif...tang beri nama serah pada dia.

Raisa?
masih lagi juah saya. manja yang amat, tak boleh hilang mama. berkepit aje kerjanya. Masih menyusu badan. itu yang buat air mata saya tumpah. Tak sampai hati nak berhentikan dia menyusu badan. Allah...Allah...masa menaip entry ini pun air mata saya tumpah.

Saya?
Saya sangat gembira, dari ibu kepada 2 orang cahayamata, lepas ini insyaallah ibu kepada 3 cahaya mata, semoga Allah berkati hidup saya, murahkan rezeki saya dan keluarga, jadikan anak-anak saya anak-anak yang soleh dan solehah. Meraka sahajalah harta yang saya ada.

Akhir kata sebelum mengakhiri coretan ini, Selamat menghabiskan ibadah puasa dan selamat menyambut ketibaan syawal. Minal Aidil wal faizin.
8 comments:
al-hamdulillah intan :) ya Allah seronoknya dgr... murah rezeki betul :) semoga intan diberikan kesihatan yg berterusan....amin
congrats kak yang...cam ida peknen muhammad dulu ngah bf uzma....ida teruskan gak.....moga dipermudahkan segala urusan kak yang....
hepinye aku baca entry ko beb..Tahniahhh dear..murah rezeki di bulan mulia ni kan..moga diberi kesihatan olehNya..demi hadif , Raisa & baby..doakan aku jugak yer..ngeee..;)
am happy for u akak...
orng y epi along dapt baby lg.hehe.jage diri ye along..rezeki Tuhan nak bagi.Alhamdulliah, itu y terkuar mase bace status along.sejak jadik bini org ni kan, cpat nau nak touching .keh3.teringat mase datang kenduri cukur raisa, ade y tgok peha mukmuk raisa tu n kata "raisa nak dapat adik ni"..kebetulan. hee=D
Alhamdullillah..Tahniah Intan...Dulu masa dapat tahu pregnantkan Darwisy , eda pun menangis sebab Danial masa tu baru 15 bulan.. Macam2 fikir..takut tak dapat bagi kasih sayang la..tak bersedia etc...Tapi tu mula2 je..lepas tu should be ok...Insya-Allah Raisa or Hadif takkan kurang kasih sayang..mungkin tumpuan tu je yg dialihkan sedikit..Anak2 ni akan pandai bawa diri bila dah ada adik..All the best..Selamat Hari Raya Aidilfitri
alhamdulillah..dan taniah..bertambahla umat islam kita..jgn cedih2 ye..happy2 selalu..
a lot of moms out there would do anything to be a mother of three like you dear... congratulations... Raisa is so cute!
Post a Comment