Friday, September 30, 2011

Dan...si ibu mengandung ini pun mula menulis...

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya mulakan dengan kalimah bismilah dan semoga saya dapat menulis sehingga ke penghujungnya. Rindu hati ini sangatlah tidak boleh digambarkan untuk mencoret luahan hati diblog ini. Semenjak berbadan dua, saya jadi tidak berdaya. Baru sahaja hendak menaip sebaris ayat kepala sudah pusing. Banyak kali juga saya menaip entry, yang akhirnya terkandas dalam folder draf sahaja.

Untuk melepasi 1st trimester ini sangat-sangat menguji kesabaran saya. Saya pohon pada Allah supaya saya terus menerus diberikan semangat dalaman untuk mengharungi kehidupan. Kalau ikut pada kesihatan memang saya tak larat nak duduk berlama-lamaan di pejabat, apatah lagi hendak cergas menguruskan perihal rumahtangga dan anak-anak. Tetap saya cakap dengan diri saya, demi anak-anak dan suami, saya perlu bangun. Kalau saya terbaring lesu, kasihan mereka. Tambahan jika hubby tiada di rumah....

Sekarang ini, motto hidup saya mudah sangat, "kalau larat buatlah, tak larat apa nak buat..." hahahahah. Cumanya saya sangat sensitif masa mengandung kali ini. Pantang ada isu sedih, air mata mula la merebeh-rebeh turunnya. Emosi mudah tersentuh apabila melihat anak-anak sudah tidur. Masa itu akan keluar rasa letih, penat dan lelah, dan masa itulah saya akan menangis sepuas-puas hati. Alhamdulillah, rasa lega dan saya boleh teruskan kehidupan selepas itu dengan rasa senang hati.

Dua minggu tanpa suami di sisi sangat-sangat menguji kesabaran saya apabila hamil lagi sedangkan Raisa belum pun setahun. Disamping Abang Hadif yang menuntut perhatian, Raisa juga dengan pelbagai kerenah dan keletah, saya rasa sangat letih. Baru-baru ini demam dan sakit kepala menjadi teman. Raisa juga demam semasa babah di offshore. Memeluk Raisa yang merengek, saya berdoa semoga segala kesakitan yang Raisa lalui Allah pindahkan kepada saya, nah...terimalah doa yang dimakbulkan Allah...saya demam selepas sehari Raisa demam...tetapi tak apa, Raisa segar dan aktif kembali...mama suka hati.. :)

Sebenarnya saya sedaya upaya mencuba untuk tidak menyebut erti lelah dan keletihan, tetapi mungkin atas faktor umur yang sudah menjejak angka 32 tahun, saya rasa saya tak sekuat masa mengandungkan Hadif. Ada masa, lepas jemput hadif dari sekolah, ambil Raisa dari rumah opah, sampai di rumah saya tidak sempat mandi, hanya solat dan terus melayan anak-anak. Raisa yang tak boleh tidak nampak bayang mama...abang hadif yang perlukan bantuan untuk membuat kerja rumah, kain baju yang perlu di urus, nak masak bubur Raisa...oh...rasanya sudah lama saya tidak dapat mandi lama-lama membelai diri. hendak pegang laptop tu tak ada masa, nasib la hubby belikan saya ipad, sebelum tidur sempat la belek-belek kejap sebelum terlelap...hahahah.

Untuk Hubby tercinta,
Terima Kasih kerana sentiasa bersama-sama dikala susah mahu pun senang, Terima kasih kerana walaupun penat memandu beratus kilometer pulang dari tempat kerja, terus mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah. Saya rela mengharungi kesusahan tak kira macam apa pun asalkan awak ada teguh berdiri dan bersama-sama menjalankan tugas kita sebagai ibubapa..

Untuk Abang Hadif yang tersayang,
Mama sangat-sangat berterima kasih dengan abang yang sentiasa membantu mama menjaga adik icha, Abang adalah anak yang baik dan terbaik di mata mama, yang sentiasa meminjamkan bahu di saat mama memerlukan, yang sentiasa menerima angin mama yang sedikit tak menentu semasa mengandung kali ini. Abang, mama doakan semoga Allah permudahkan urusan abang dalam mengejar ilmu, mama minta maaf sebab kebelakangan ini mama tak dapat beri perhatian seperti selalu, tetapi mama tahu abang anak yang tabah dan gigih, walaupun abang bersusah payah menghadapi kekurangan yang ada, abang sangat istimewa di mata mama...mama tak pernah kisah kalau abang tak dapat A dalam exam, asalkan abang membesar jadi anak yang soleh, yang patuh pada ibu dan bapa, abang yang baik buat adik-adik, mama cukup bersyukur. Tidak lah mama harapkan abang akan membalas dengan segunung intan buat mama dan babah, cukuplah abang jadi anak yang bertakwa, anak yang sentiasa bersyukur dengan kehidupan. Abang, jadi contoh yang baik ye kepada adik-adik. Kasihilah adik-adik abang kerana mereka itu tidak ada galang gantinya dengan sesiapa.

Untuk Raisa yang dekat di hati mama,
Melihat wajah mulus icha buat mama sedih tetapi mama rasa bila tiba masanya icha akan kegembira sebab icha ada adik sebagai kawan untuk bermain. Ada masanya air mata mama begitu murah terbit apabila mama merasakan icha tak puas lagi bermanja sudah nak punya adik. Icha, icha sentiasa akan jadi baby manja mama. Mama sayang anak-anak mama tak ada yang terlebih atau terkurang. Subhanallah, itulah kekuasaan Allah, walaupun hati mama ada satu, tetapi tidak ada terlebih terkurang pun kasih mama buat anak-anak mama.

Oh, emo sungguh penulisan ibu mengandung 3 bulan ini. hahahhaa. Ha, amik, tak larat menulis mohon kekuatan untuk menulis, bila dah menulis air mata meleleh-leleh. Agak-agaknya yang dalam perut ni girl or boy? hahahhaa.

8 comments:

PM said...

iskh... *lap-lap air mata

moga mama terus tabah ye.

erm... saya rasa baby tu namanya nur dhuha kot. hiks

shuweet said...

huhu..bergenang air mata mimie baca...u are strong kak intan..salute....

mrs.krie :O) said...

hahahaha..yang baca pon tumpang merebehkan air mata....dapat ida rasakan susahnya kak yang sebab ida pon sendirian melayan kerenah anak2 di kluang...sungguh..takde lagi makan yang puas2, mandi yang lelama, sumenya express jerk...kata sukeri "syurga tu kan bawah tapak kaki ibu"...huhuh..adakala ayat itu penguat semangat...tapi ada masanya terjawab juga..."ida bukan malaikat, ida punya rasa penat dan letih juga" nak2 bila diopis keje melambak2...diopis mengerah otak, diumah mengerah tenaga...tu yg sudahnya last week migrain for almost 1 week...cam nak pitam rasa badan.....

Su Hana said...

yg membaca n3 pun pun menangis sama tau... huhuhu

INa B'Bidadari said...

turut bergenang airmata membaca entry ni..inilah pergorbanan seorang wanita,ibu serta isteri..kuatkan semangat demi anak2..be a strong and healthy mother after this...u can do it..:-)))

Intanaziela said...

Mawar: hahahah Nur Dhuha ke? akak rasa mcm Ahmad Dhuha je..hahahah tq nani...

shuweet: Mimi...terima kasih..moga ketabahan itu sentiasa bersama2 akak..amin..

Ida: kak yang pun selalu amik semangat ida utk jalani kehidupan harian...kita bila bandingkan dgn orang yang lagi susah akan terbit rasa lebih bersyukur dan menghargai hidupkan..sekurang2nya 2 minggu kak yang ada hubby yang sedia membantu menguruskan urusan rumah...kesian ke ida yang hanya jumpa suami dihujung minggu kan...

Su: heheheh sama2 la kita emo ye su...

Ina: thanks ina..insyaallah demi keluarga tercinta azila akan kuatkan semangat, cekalkan hati...

Diyanazman said...

salam tuan rumah! first time masuk blog ni....syahdu sangat entry... but it is such a beautiful piece of writing... sukalah blog ni :)

Intanaziela said...

Diyanazman: terima kasih kerana sudi singgah blog intan yang biasa2 je ni...happy reading ye...tq atas kata2 semangat.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!