Tuesday, October 4, 2011

Mengandung dan komplikasi

Semalam saya ke KPJ Selangor, jumpa doktor Yeen. Mulanya malas nak cepat-cepat jumpa pakar bila dah anak masuk 3, tetapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan. Saya ni jenis jika hamil ada komplikasi. Masa Hadif dulu, masuk sahaja usia kandungan 3 minggu sudah bleeding. Masa Raisa sempat juga sampai kandungan 6 bulan baru mula bleeding. Dan, untuk kali ini, sudah beberapa kali saya bleeding sedangkan usia kandungan baru nak masuk 14 minggu.

Malam Ahad, sewaktu tinggal dengan anak-anak, hubby menghadiri teambuilding di Eco Resort Bentong; saya bleeding lagi. Kali ni banyak dari biasa. Mula la saya gelabah, tetapi masih boleh bertenang, dan pujuk hati tunggu hari siang. Semasa jumpa Doktor Yeen, doktor bising jugalah sebab awal lagi sudah turun darah. tetapi bila saya cerita bagaimana saya dan hidup saya, terus doktor buat muka kasihan. Agak-agaknya, bagaimana saya harus tidak mendukung Raisa sedangkan anak dara saya itu memang masih perlu didukung? Apa yang saya boleh buat, hanya berdoa semoga Allah beri kesihatan yang baik dan selamatkan bayi dalam kandungan saya.
Semalam sudah nampak jelas bentuknya, sudah terdengar-dengar degupan nadinya. Menitis air mata saya, Doktor pesan, jika saya tidak berhati-hati bimbang memudaratkan diri saya dan anak dalam kandungan. Pesan doktor, tak boleh buat kerja berat-berat (ok, saya sekarang mengamalkan dasar kalau larat buat, tak larat apa nak buat), jangan travel jauh-jauh, kalau boleh memandu pun limitkan.. hahahaha yang itu rasa nak gelak besar pun ada. Ya Allah, hanya pada mu hamba mu ini memohon semoga diberikan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.
Saya sebenarnya kalau masuk bab mengandung memang boleh mendatangkan trauma. Macam-macam dugaan Allah datangkan. Ada masanya menangis sendiri menahan kesakitan. Dan kali ini, ditambah dengan sakit kepala yang bagai nak pecah hampir setiap hari. Semalam Doktor kata disebabkan hormon saya, sakit kepala itu berlaku. Tekanan darah semuanya ok. Ada masa saya bimbang orang-orang disekeliling akan kata saya mengada-ngada. Tak boleh itu, tak boleh ini. Tetapi sampai bila saya harus mengetepikan kesakitan saya untuk menjaga hati semua pihak. Teringa-inga pesanan dari Doktor Yeen semalam, "azila, you kena utamakan kesihatan you, you kena banyakkan rehat, kalau you sakit, siapa nak jaga anak-anak you?" Bila teringatkan anak-anak, terus semangat saya kembali kuat. Kasihan melihat anak-anak bila saya terbaring tak sihat. Mujur si abang dah pandai bawa diri. Boleh diharap nak tengok-tengokkan Raisa yang semakin ligat.

Bila hubby ada, saya rasa lega. Bila hubby tolong handle Raisa, boleh la juga saya melipat kain, mengadap Hadif buat kerja sekolah dan ulangkaji. Kalau tidak, mana nak dukung Raisa, mana nak tengok abang buat kerja sekolah, akhirnya saya sedih sendiri. Walau apa pun, ada lagi 6 bulan untuk saya hadapi fasa mencabar ini. Semoga Allah permudahkan urusan, dan semoga saya dikelilingi dengan orang-orang yang mengasihani saya, memahami situasi saya dan tidak hanya mengata atau membandingkan situasi saya dengan orang lain. Bak kata kak shilla, orang yang tidak boleh menerima situasi kesukaran saya adalah orang yang tidak boleh menerima ketentuan Allah, yang tidak percaya dengan kekuasaan Allah, kerana apa yang saya alamai semuanya didatangkan oleh Allah. Kata-kata itu menjadi motivasi diri untuk saya. Insyaallah, bersusah-susah sekarang, kelak insyaallah kesenangannya akan menjelma. Saya ikhlas menjadi seorang ibu, dan saya redha dengan kepayahan yang saya lalui dari melahirkan dan membesarkan anak-anak. Semoga anak-anak saya membesar jadi anak yang menyenangkan, yang kelak mampu melayari kehidupan mereka dengan jalan yang diredhai Allah. Itu sahaja pinta saya. Dan, diwaktu itu nanti, saya mahu melayari hari-hari tua saya dengan aman, tenteram dan bahagia di samping suami dan anak-anak.



Raisa yang semakin keletah....

14 comments:

Anonymous said...

insyaallah, moga selamat semuanya

Intanaziela said...

Tina: thanks tina...

Su Hana said...

intan, takmo sedih. insya-Allah masih ramai lg manusia yg memahami intan..derang x kena, derang x rasa bleh la senang2 nak kata..tanyalah siapa2 kt dunia ni siapa yg suka x sihat, suka rasa lemah... semuanya klu bleh nak sihat, cergas kan?

jaga diri elok2... jgn stress, kain baju anta dobi siap lipat terus, inta basuh yg kecik2 jer akekeke.... bj sekolah suma suh dobi gosok siap2..x pun intan guna maid yg dtg weekend. intan bleh rest sket....


sowi panjang bebel kali ni...

Intanaziela said...

sue: heheheheh tu la..ada kawan yang suggest hantar dobi..tapi tak pernah lagi la..hahaha nantilah intan cuba...tq sue...tak semua orang boleh paham kepayahan dan kesusahan kita, tetapi mahu kita paham dan akur dgn kesusahan dia...adat manusia kan...

whiteroses said...

Take Care Intan..yup dah kena consider amek maid atau panggillah weekend maid..baju hantar dobi je..time macam ni tak leh pk pasal nak buat keje sangat ..kena [entingkan kesihatan..kat kota kemuning ada kedai dobi "cleaner one" sederet ngan maybank..biasa hantar baju hubby gosok kat situ....yg mana boleh lepaskan..at least membantu jugak.eda hubby yg ada sepanjang masa ni pun kadang2 stress menghadap keje rumah apatah lagi klu nak handle sorang2..Pedulikan apa org nak kata...klu nak dengar or pk pasal oreang sampai bila pun tak abis..

Intanaziela said...

Eda: thanks eda, intan biasa hantar cover sofa kat cleaner one tu, cuma baju sendiri tak pernah cuba, lepas ni kena cuba juga la eda, dah sampai masa kena beri perhatian pada kesihatan kan...

INa B'Bidadari said...

Intan...jgn sedih2 tak elok tuk baby dlm perut tue..kesian dia...diapun xnak susahkan ibunya..apapun kuatkan semangat yea..ina doakan semoga Allah permudahkan segalanya buat Intan..jgn sedih2 dah..ramai kat sini yg memahami dan sayangkan awk..ok...

Sally said...

Salam Intan,
lama tak BW kat sini..harap Intan sihat..insyallah Allah akan permudahkan segalanya!!

Effyliani's Life said...

take care kak intan. moga dipermudahkan olehNya dalam hadapi ujian kali nie.

PM said...

aja-aja hwaiting mama! moga terus kuat dan tabah

p/s : nanti kite jumpa talk talk panjang2 eh... hiks

Diyanazman said...

dear intan...
you be strong ya..semua dugaan ada hikmahnya... insyaAllah everything will be fine.. and ull get a third healthy beautiful baby soon.. :)
face it with a smile dear.. :)

Intanaziela said...

Ina: terima kasih atas doa ye..

Suei: Thanks dear...amin..amin...

Sally: thanks sally sudi lagi singgah blog intan ni...

mawar: hehehehe ok..nanti citer panjang2...sambil makan2...

Diyanazman: thanks dear...amin atas segala doa

niL said...

Tetiba sy rasa sedih bile baca nii...

don't terus sedih2 naa..kami, kami dan kami ader!!

fighting!!!!!!

nn said...

salam...

semoga intan akan terus tabah mengharungi saat2 menjadi makyong buat sekian kalinya.

sekarang nih, nn pun sama macam intan gak. kalo larat buat keje umah, nn buatlah. kalo xlarat, hanya mampu pandang ajerlah. nn nih kekadang nak menyapu pun boleh sakit sebelah kanan pinggang bawak ke bawah. jadinya, daripada menanggung sakit, baik xyah cari sakit tu. pandang jerlah lantai yang berabuk tuh. huhuhu....

semoga semua urusan intan akan dipermudahkan olehNYA.. amin

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!