Bila jengah ke blog sendiri, bila baca blog sendiri entrynya semua yang sayu2 yang sedih2, tapi nak buat macam mana, itulah perasaan saya ketika menulis. Hari ni nak cerita tentang pengalaman bagaimana rasa sesak nafas semasa tinggal 3 beranak aje di rumah. Saya demam dan batuk yang teruk, selepas turun darah Jumaat lepas. Dalam pukul 3 pagi hari Sabtu, saya rasa sesak nafas yang amat sangat. Pandang wajah Hadif dan Raisa, saya cakap "janganlah putus nyawa depan anak-anak ni..."
Pergi jumpa doktor, kena nebulizer. Dan hari ini, masih demam tetapi sedikit kurang dari hari-hari lepas. Tapi sedihnya Hadif dah mula batuk dan Raisa dah demam. di saat hubby tak ada di darat, Allah datangkan dugaan yang bertimpa-timba. Terima Kasih Ya Allah, sekurang-kurangnya salah satu dari tanda Allah sayangkan saya, Terima Kasih buat keluarga yang sentiasa bersama2, yang membantu saya meringankan beban saya...emak, abah, dan adik-adik, tak lupa buat temam-teman yang sentiasa memberi semangat dan sentiasa sudi menghulurkan bantuan, bila dan disaat ini, saya sangat-sangat mengerti dan mengenali siapa orang-orang yang sebenarnya ikhlas terhadap kita.
Hari ini Hadif menghadapi peperiksaan akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah KAFA. Saya peluk dia erat-erat dan saya bisikkan di telinganya, "abang, mama doakan semoga Allah permudahkan urusan abang menjawab soalan exam, jawab la sedaya yang abang boleh, mama terima apa sahaja keputusan yang abang dapat dengan hati yang terbuka" Allahuakbar, lelahnya rasa hati bila waktu-waktu kesihatan tidak memberangsangkan ini, anak harus menghadapi peperiksaan. Saya pegang kata-kata hubby, "he is a survival" Anak itu sentiasa memberi kejutan kepada mama dan babahnya...semoga Allah mendengar doa dan rayuan saya ini...amin.
Anak dara cilik saya pula sudah nak masuk 11 bulan. Ligatnya tak ingat. Hari ini demam pula. ini mesti menjangkit dari mama, mana tidaknya tidur nak berpeluk, nak menyusu badan.... harap-harap cepatlah kebahnya demam anak dara mama ni...
Saya dan kerja? Allah..Allah...Allah...balik ke ofis tengok atas meja dah macam sarang apa ntah..hahahha berilah ketabahan kepada hamba mu ini Ya Allah... Amin.

5 comments:
kak yang...ida faham apa yang kak yang rasa....sebab camtu gak ida rasa bila tak sihat, nak kene layan anak2 sendirian di kluang...moga kak yang dan anak2 cepat sembuh...chup...due date bila?
Ida: tq ida..amin atas segala doa...due 7.4.2012 hehheheh sama dgn birthday babah dia...tapi selalunya kak yang ni bersalin awal..heheheh
Intan, please take care. ikut nasihat doktor, kesihatan perlu diutamakan. mudah2an mendapat lebih ganjaran menjaga anak2 tersayang. InsyaAllah.. :)
As: tqvm, isyaallah intan akan ikut nasihat doktor As...bila dah jadi ibu ni..rasanya segala isi perut pun nak beri asal dapat menyenangkan anak2 kan As...
kak..org tua2 kata time pregnant jgn selalu nangis nanti baby kuat nangis. hehe..insyaAllah akak akan mampu hadapi semua ni. Allah takkan menguji di luar kemampuan kita kan? Saya doakan yang baik-baik untuk akak.
Post a Comment