Cuti sekolah semakin menghampiri. Hadif pun dah mula bertanya...hotel mana nak tidur kali ini. Anak teruna saya itu, kebahagian dan kegembiraan dia adalah balik kampung jumpa sepupu sepapat dia, dan tidur hotel. Tak kisah di mana, asalkan duduk kat hotel, sambil main PSP pun dah seronok buat dia. hahahah.
Hubby bercadang nak bawa dia ke Gold Cost. Wah..jauhnya Gold Cost, hahahaa. Ini Gold Cost dekat dengan rumah saje, nak ke Gold Cost Morib. hahahhah. Janji duduk hotel ye abang Hadif. Hubby kata kalau tempat tu tak best kita balik je rumah. Dekat aje dengan rumah. hahaha. Selalu kami memang begini, kalau tak berjalan ke tempat yang jauh, dapat berjalan dekat-dekat pun dah nikmat. Tambahan keadaan saya yang mengandung 5 bulan ni, tak larat nak jalan jauh-jauh.
Sebelum tahu saya mengandung, hubby dah beli tiket utk ke Guilin, China bersama-sama geng GBS. tup tup timbullah berita saya mengandung lagi..hahahah. Nampaknya tak ada rezeki nak bersama-sama geng GBS berguling-guling di Guilin sambil pakai baju tebal, huhuhu. Perancangan Allah lebih cantik, Allah maha mengetahui mana yang lebih terbaik. Kami terima dengan hati yang terbuka namun sedikit hampa kerana terpaksa "postponed" trip ke Guilin. (postponed tu...hahahah ada hati nak pergi juga...bila fikir nak travel dengan 2 orang anak kecil...jenuh kebil-kebilkan mata..hahaha)
"This world is a back and those who not travel only read a page" - St. Agustine.
Berjalan dan melihat bumi Allah ini memang menyeronokkan. Dapat melihat budaya dan tempat orang juga mengujakan. Sekurang-kurangnya kita boleh terbitkan rasa sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada jika dibandingkan dengan mereka yang masih ketinggalan dibelakang. Saya sanggup tak berganti baju atau tidak menerima hadiah yang mahal-mahal dari hubby asalkan dibawa bercuti...hahahhaha. Sungguh. Hubby pun jenis yang suka travel, tak mustahil KPI dia nak bawa keluarga dia travel 3 kali setahun.
Setakat ni kami memang tak pernah jemu mengunjungi tempat yang kami pernah sampai berkali-kali kerana setiap tempat yang kami pernah sampai ada cerita dan tempat-tempat yang menarik untuk di lawati. Ada juga suara-suara yang berkata "buat apa pergi ke tempat yang sama banyak kali, baik pergi tempat lain" pada saya, apa yang kita suka, tak sama dengan apa yang orang lain suka, mungkin buat kami suami isteri, kami enjoy ke Bandung sampai 3 kali, ke Langkawi 5 kali, pergi Singapura setiap tahun. Macam ke Sabah, walaupun dah 2 kali pergi, tetap nak pergi lagi sebab masih ada tempat yang saya tak sempat sampai. Sebab kalau setakat percutian 4 hari, mana boleh cover semua tempat kan...mesti kita nak repeat balik mana-mana tempat yang tak sempat nak pergi. Semuanya terletak pada kita sendiri, betul tak? Jangan pulak bila kita tak boleh sampai atau pergi tempat itu, kita beri pendapat negatif pada orang yang nak pergi. Kita patut menghormati hak dan pendapat orang lain. Pada saya, saya suka aje dengar apa yang orang suggest atau apa yang orang kongsi tip pengalaman ke mana-mana destinasi yang mereka pernah sampai. Tidak semestinya kita kena ikut, tetapi kalau benda yang baik, apa salahnya kan kita ambil sebagai panduan. Kita pergi ke tempat orang bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi salah satu cara kita memuhasabah diri kita dan mencari pengalaman. Sebab itu ada pepatah "jauh berjalan luas pengalaman!"
4 comments:
setuju sgt2 ngan intan..km sethn tah bape kali panjat cameron...tetap teruja tiap kali nk p..akekekeke....
sue: ye la sue..intan pun suka pi cameron...rasa best aje biar pun hanya pi minum teh dan makan scone..hahahahha
sama dengan anak2 kat umah tu..bila cutoi mesti nak g hotel..dapat mandi swimming pool kira seronok abis la..pernah eda pergi bercuti di concorde shah alam je hehe..
bercuti ni dekat atau jauh tak penting..janji dapat menambah ilmu dengan melihat ciptaan Illahi...Kalau ikut hati memang nak mengembara seluruh dunia..tapi nak kena tengok kemampuan juga..nak kena berjimat..Insya-Allah adalah rezeki untuk anak2..macam eda plak..suka sgt dok ulang pergi langkawi..rasanya dah 5 kali ke sana tapi bilah dah lama tak pergi mulalah hati melonjak nak ke sana balik hehe...
Post a Comment