Friday, November 18, 2011

Rindu serindu rindunya (amekaw tajuk tak tahan...hahahah)

6 Hari sahaja lagi sudah cukup haul. hahahah. Sudah cukup tempoh hubby bekerja di laut. Raisa sudah ter"babah...babah..bah..." pukul 5 pagi, abang Hadif sudah bising bertanyakan bila dan berapa hari lagi babah akan balik, dan...saya juga sudah merindui kekasih awal dan akhir (insyaalla) saya.

Menguruskan 2 orang anak disaat sedang berbadan dua ini memang mencabar. Bila ada hubby, banyak tugasan yang dapat diringankan. Bila pandang keadaan rumah yang "ya ammmmpun...macam tongkang pecah" saya hanya mampu membiarkan walaupun hati sebenarnya meronta-ronta nak mengemas. Si anak dara Raisa pula, bila mama pegang kain baju nak melipat, dia datang tolong kemaskan. Mana baju dah siap lipat, dia datang kasi gegar....hahahhaa. Mujur abang Hadif sentiasa ringan tulang membantu itu dan ini. Tetapi anak sebesar Hadif tu apalah yang nak diharapkan sangat, ada masa, saya dalam bilik air, dia melopong mengadap TViQ dia, adik sudah ada di mata tangga. hahhahaa.

Semalam masa bercakap dengan hubby di telefon, dia tanya, tak rindukan isteri dia ini pada dia. Saya gelak-gelak aje. Memang susah nak ungkaikan perasaan rindu apabila kena berjauhan dengan suami. Saya pernah cakap dengan hubby, ada masa, saya sangat memerlukan teman untuk bercerita, tetapi pada waktu itu dia berada nun jauh di tengah lautan. Rasa rindu itu sangat-sangat sukar untuk saya zahirkan, tetapi kalaulah dia boleh membaca hati saya, agaknya dia akan kata "aduh...banyaknya rindu..sampai tak boleh nak tepis..." keh keh keh.

Sudah 8 tahun usia perkahwinan kami, bermakna cinta jarak jauh ini bukanlah baru buat kami, tetapi rasa sedih bila nak ditinggalkan bila hubby nak balik kerja tak pernah tak ada. Alhamdulillah, Allah bekalkan sedikit kekuatan. Suntikan semangat dari hubby dari awal perkenalan, dan diawal perkahwinan buat saya belajar menerima keadaan itu dengan seadanya.

Macam biasa, hidup mesti terus. Sementara menunggu hubby balik, saya kena teruskan hidup. Sambil-sambil tu nak dengar lagu purnama merindu...amik feel mood yang tengah jiwang nak tunggu hubby balik ke darat..kui kuik kui...

untuk hubby, I miss you. Sangat-sangat.


1 comment:

mrs.krie :O) said...

orang yang slalu jauh2 ni memang slalu rindu2 la kak yang....aduh..kalo ada rezeki sok mesti time ida peknen yg ke3 pon cam kak yang gak..sorang2 melayan 2 orang anak...phewwwww......apapon kak yang...moga sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan untuk menguruskan rumahtangga dan anak2:P

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!