Saturday, January 14, 2012

happy birthday to me

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. :)

Alhamdulillah, doa dan permintaan saya untuk dapat menghirup usia 33 tahun diperkenankan Allah. Syukur, Alhamdulillah, hidup amat bermakna dengan kehadiran suami sebagai pembimbing, anak-anak penyeri hidup, keluarga yang sentiasa bersama ketika susah dan senang, teman-teman yang baik dan sentiasa menyokong dalam kehidupan. Saya sangat-sangat bersyukur.

Macam biasa, hubby berada nun jauh di laut china selatan semasa hari lahir saya. Apa pun doa dan ucapan yang tulus ikhlas dari hubby menjadi hadiah dan penguat semangat buat saya. Pandang muka Abang Hadif dan Raisa, terus rasa wah..inilah hadiah yang tidak ternilai Allah beri dalam kehidupan. Ucapan selamat dari keluarga dan teman-teman menambahkan lagi kegembiraan.

Sebenarnya dari hari Jumaat kesihatan saya tidak memuaskan. Nak berjalan pun tak daya sebenarnya, berjalan dengan langkah yang perlahan jemput abang Hadif balik sekolah. Rasa badan sangat-sangat lemah, sakit di tempat jahitan pembedahan melahirkan Raisa buat saya rasa nak demam. Sampai di rumah mak tengok anak dara pulak demam. Lagi la bertambah lemah jiwa jadinya.

Balik rumah, sempat rendam baju-baju sekolah dan kasut sekolah abang Hadif, dan bermula la episod melayan kerenah cik mek molek Raisa yang tak tahu diam yang banyak akalnya bila demam, dengan nak berdukung, nak berkelek ke sana ke mari, sampai saya nak ke tandas pun dia boleh menangis macam kena cubit. Adik....adik...

Bangun pagi di hari lahir, tak larat nak sediakan apa-apa untuk anak-anak. Saya rasa lemah dan sangat tak berdaya tambahan sudah berjaga dari pukul 1 sampai pukul 3 pagi dek Raisa menangis sepanjang malam. Masa-masa begini rasa sangat sedih, saya pujuk hadif masakkan maggie ayam dan makan biskut. Mujurlah anak teruna itu senang perkiraannya. Jadi saya hanya berbaring sahaja sehingga ke petang.

Terasa segar sedikit badan, bangun bersiap bawa anak -anak ke Carrefour Bukit Rimau. Abang Hadif nak makan nasi ayam madu di The Chicken Rice Shop. Minat sungguh anak bujang saya itu dgn nasi ayam madunya..hahahah. Minggu ini sahaja sudah 3 kali dia paw mama dia di TCRS. Berair mata saya tengok dia makan. Dalam hati ni tak berhenti berdoa semoga Allah beri kesempatan dan beri kesihatan untuk melihat anak-anak saya membesar.

Selepas makan kami balik ke rumah tengok Mak lang, atuk, opah dan onyang dah ada nak potong kek hari jadi...keh keh keh... terima kasih banyak-banyak kerana sudi meraikan birthday girl yang dah macam "ikan paus" kata abang Hadif. hahahha.

2 comments:

niL said...

Heppy Besday!!!!

Intanaziela said...

nily: tq :) bila nak belanja bday girl..hakhakhak

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!