Tuesday, February 14, 2012

Di hujung-hujung momen indah...


Alhamdulillah, sudah 8 bulan usia kandungan saya. Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik walaupun akhir-akhir ini sudah kepenatan, sudah slow sangat pergerakkan, ada masa rasa mcm tak larat nak bawa perut dah...hahahha. Insyaallah saya akan masuk OT 16 Mac 2012. Doakan semoga semuanya selamat, dan sekiranya ada silap dan salah, saya mohon ampun dan maaf. Ish..semakin dekat masanya semakin emo pula rasanya. kakakakka.

Perkembangan lain tak ada yang nyata melainkan saya semakin kembang. Tengok gambar tu, hidung dah kembang, badan dah kembang, tapi rasa happy sebab mengandung kali ni berat badan kurang 7 kg dari mengandungkan Raisa. Harap-harap lepas melahirkan boleh buat comeback macam artis-artis selalu buat...bluek...perasan..hahahaha. Tapi Abang Hadif awal-awal dah pesan, "mama, lepas mama keluarkan baby mama mesti make up cantik-cantik tau" hahahha. Hadif tak tau agaknya mama dia paling tak suka make up. Tak payah kiralah time mengandung atau tak mengandung, nak pakai lipstik pun tak suka. Bukan dibuat-buat. Memang sejak anak dara lagi tak minat tepek sana tepek sini. Untung hubby sebab kalau beli alat solek memang la sampai expired.

Perangai pelik ketika mengandung kali ketiga? hahahah. Saya suka minum air kopi dan makan ais. Sebenarnya dari mengandungkan Raisa saya begitu. Kalau tak mengandung jangan harap nak minum kopi. Tak pandang okeh. Mula la kena usik kata nanti baby lahir kulit gelap la, kurang rambut lah. Tak kisah langsung. hahaha. Memang anak-anak saya lahir kulitnya gelap, rambutnya sikit. Tapi tu semua kuasa Allah, bila dah besar alhamdulillah cerah la balik. kekekkeek. Mengidam? tak de la teruk sangat, takat teringin nak makan tu ada jugalah, tapi tak de la teruk sangat. Sampai ada kawan yang tegur, tengok saya releks je mengandung kali ni, agaknya sebab anak yang ketiga. Cuma kali ni, muka saya memang cengkung.

Baru-baru ni pergi ke kedai barangan baby yang biasa saya pergi, pekerja tu tegur "lama tak nampak akak, tak sihat ke?" saya bagitahu yang saya dah tak larat nak jalan-jalan, maklumlah dah sarat, terperanjat dia...ayat dia "eh, saya tak perasan akak pregnant, ingat badan berisi je..tapi muka cengkung" hahahah yeay..rasa mcm nak lompat bintang okeh. Serius sebenarnya penat mengandung kali ini, maklumlah, dulu Hadif dah boleh urus diri sendiri, sekarang ni Raisa tengah menuntut kesabaran yang amat tinggi. Dengan uruskan Hadif dan persekolahan kalau hubby tak ada dua minggu, kisahkan Raisa yang tengah ligat mengemas rumah, uruskan urusan rumah dan keluarga, memang penat rasanya. Tetapi saya percaya Allah beri saya kehidupan begini kerana dia kasihkan saya, kerana dia tahu saya mampu melakukannya walaupun ada masa air mata saya tumpah jua melihat anak-anak yang ada kalanya tak sempat saya ulit-ulit dek kerana tak larat. Ada masa badan rasa tak sihat, tetapi anak-anak nak disuap mulutnya, Raisa hendak didukung, Abang hendakkan perhatian... Kehidupan yang mengajar saya erti sabar, erti kuat semangat. Saya selalu pujuk hati, jika rasa diri ini susah dan penat, ramai lagi di luar sana yang kehidupannya lebih susah, lebih rumit. Kena bersyukur dan redha. Alhamdulillah, saya rasa setakat ini, saya sangat-sangat menghargai dan menikmati hidup, tambahan dengan adanya suami, anak-anak yang sentiasa mencuit hati saya rasa tidak ada apa yang perlu saya gundahkan.

Oh, entry yang pada mulanya hanya nak tunjuk muka yang dah kembang dah jadi entry meluahkan perasaan. hikhikhik...

5 comments:

niL said...

chaiyokkk mama!

Effyliani's Life said...

Hadif mcm anak sedara oranglah .. dia selalu nk mummy dia cantik. sampai kasut & baju mummy dia pakai p kerja pun dia tegur kalau dia rasa tak berkenan n cantik. Anyway, orang doakan kak intan dan baby sihat. Rehat banyak2 ye, mesti dah tak sabarkan nk terima kehadiran insan baru.

mrs.krie :O) said...

owh kak yang......memang hebat cobaannya bila kita sendirian melayan anak2 ni kan kak.....dan selalunya anak2 ni akan makin2 meragam bila kita penat kan kak....

Intanaziela said...

Nily: hikhikhik

suei: itulah...hadif tu dah pandai sangat mengadun mama dia ni...itu ini itu ini..hihihi

ida: ye dik, time kita penat tu lah macam2 yang anak2 nak kan...kesabaran aje la yang dipohon pada Allah

Ibu Darwisy said...

assalam kak intan..x lame jer lagi nak bersalin..insyaALLAH..semoga ALLAH permudahkan..amin ya rabbal alamin..
a'ah la muka akk cengkung,

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!