Tuesday, July 17, 2012

Kosong

Pernah tak rasa macam jiwa tu kosong? kosong macam lagu Najwa Latif tu? Allahuakbar.  Saya sebenarnya rasa rindu pada seorang sahabat yang saya boleh cerita apa sahaja.  Yang akan tergelak dan ketawa mendengar luahan hati saya.  Tak semua orang ada kelebihan yang itu.  Ada masa bila saya luahkan rasa, saya bukan mahu mendengar solusinya, atau jawapan pada persoalan pun, saya lebih cenderung mengharapkan orang yang mendengar akan jadi pendengar yang baik, yang boleh buat saya tenang, dan rasa lapang dada.  

Sudah 6 bulan sahabat saya arwah  Ayu pergi.  Ada masa jari saya masih lagi terdail nombor telefon arwah.  Saya Istigfar banyak-banyak.  Sukarnya nak buang kebiasaan yang dah menjadi rutin hidup.  Teringat saya ketika saya beritahu EDD Kauthar sama dengan tarikh lahirnya, bukan main suka dia.  Siap tanya lagi sebelum letak telefon, betul ke EDD saya tu sama dengan tarikh lahirnya.  Sayangnya Kauthar tak sempat berjumpa dengan Mama Ayunya. Semoga Allah limpahkan rahmat ke atas rohnya. Allahumagfirlahu warhamhu wa'afini wa'fu'anhu.

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!