Baru-baru ni ikut babah yang menghadiri kursus di Teluk Kalong. Kami anak beranak duduk di Suria Beach Resort. Aktivitinya berkurung dalam bilik sementara babah attend course hahahha. Mama dok kena buli dengan Raisa. Adik Kauthar tak boleh tidur dikerjakan dek kakak...aduhai la kakak Raisa, memang ligat. Dek kerana bosan menunggu babah habis course, Raisa sudah boleh pakai sandal sendiri lepas tu tanggalkan sambil mulut bebel-bebel sebut "jom alan alan!" ( jom jalan-jalan).
Apa yang saya suka bila ikut hubby berkursus ke pantai timur ni, saya sangat suka makanannya yang sangat sedap. Puas hati dapat makan nasi kukus ayam berempah, keropok lekor dan macam-macam lagi la. Memang enjoy makan tak ingat dunia hahahaha.
Layan gambar permata hati saya dan hubby...Alhamdulillah, merekalah harta yang saya ada...ragam-ragam merekalah yang mewarnakan hidup saya, ada masa kerenah yang boleh buat saya naik darah, tapi selalunya Allah pinjamkan kesabaran pada saya untuk hadapi kerenah mereka...masih terkawal walaupun ada sampai masa badan rasa lunyai kena buli dengan mereka...hihihi
Dah hujung-hujung Ramadhan ni, semua orang dah dapat mood nak raya..tapi saya biasa-biasa je lagi, belum terasa kemeriahan syawal, tambahan kerja sampai hari Jumaat...ohhhh no...hahahhaha
2 comments:
selamat hari raya aidilfitri intan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat kak zue dan family ye...
Post a Comment