Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~ Usman Awang ~
Al Fatihah buat sahabat baik saya Nurahayu Iswati Ishak.
Alhamdulillah, rasa tak dapat jumpa orangnya nampak nisannya pun buat hati rasa seronok. Terubat rindu. Baru-baru ini Najib bawa Afif, Mama, Haikal dan Ija datang bertandang ke rumah. Berair mata bila memeluk makcik, erat dan sarat dengan kerinduan. Jika saya seorang sahabat terasa kehilangan, mereka apatah lagi. Saya pandang wajah Afif, saya kilas ke wajah Hadif. Rasa belas dan rasa kasihan yang membuak-buak. Bagaimana agaknya kalau Hadif di tempat Afif. Semoga Allah berkati dan limpahkan rahmat ke atas roh sahabat baik saya ini. Tak pernah sekelumit pun saya dapat membuang rasa rindu terhadap dia, tetapi sebanyak mana pun rindu saya, Allah lebih menyayangi dirinya. Najib hantar dua tiga keping gambar pusara Ayu, tak sedar saya tersenyum. Tentu Ayu bahagia sekarang, inilah destinasi abadi yang selalu Ayu dambakan, yang selalu ayu cerita sewaktu kami berbual ditelefon. Saya lihat wajah Afif di pusara Ayu, saya dedikasikan sajak tersebut untuk anakand Afif. Semoga dia menjadi anak yang soleh, yang sentiasa mendoakan mamanya, dan insyaallah saya akan sentiasa mengingatkan Afif bahawa dia punya seorang mama yang kuat semangat, yang baik hati, yang mulut budinya dan tabah serta cekal mengharungi hidupnya. Semoga suntikan semangat Ayu meresap ke jiwa Muhammad Afif Imran. Amin.
No comments:
Post a Comment