Weekend cuti Nuzul Al-Quran saya bawa atok opah dan anak-anak cari baju raya. Untuk Mak Abah sebenernya. Anak-anak baju kami dah beli masa pi Perth hari tu, so ingatkan nak tambah sikit-sikit sahaja. Sebelum pintu SOGO bukak kami dah ada kat situ hahahha.
|
Anak dara saya ni belum pun 5 tahun, tapi dari kasut sampai ke baju raya semua kena ikut pilihan dia. Beza betul dengan Abang Hadif yang menyerahkan semuanya kepada mama harap bila cari jodoh pun serah la pada mama hahahaha |
|
Tengok orang ramai-ramai ni rasa nak muntah. Tapi gigih gak pergi kan padanlah muka! |
|
kami dok tepi-tepi je hahaha. Atok dengan opah yang sibuk memilih |
|
tu diaaaaa hahahhaha saya tak pergi pun kat area ni...pening |
|
punyalah dia dok keras nak juga dress ni... anak daraaaa la sangat! |
|
hasil tangkapan. tak banyak pun. menyahut seruan kerajaan dan menteri pasola supaya berjimat cermat. hah gitew! |
Balik dari SOGO terus menggantung kuali. Hari ni berbuka di Grand Bluewave Hotel. Rasanya food kat sini memang ok sebab dari dulu pun bila datang berbuka di sini kualiti makanannya memang sama.
|
Mak dan Abah saya. Hari ni gantung kuali, kami berbuka di Grand Bluewave Hotel. Tengok la food tu..meriah... |
|
saya ambil char koey teaw ni. Memang sedap bak kata Kauthar. |
|
yang ni portion Rasia. anak dara tu suka seafood. lepas tu dia hentam makan ais krim sampai kena bising dengan mama |
|
Si Bongsuan yang suka sayuran hijau |
|
Pinggan kedua. Sampai sudah dia makan sayur je. kelas la adik ni hahahhaa |
Hari Ahad pula hari mengemas rumah. Kemas cepat-cepat ni risau juga bersepah balik. Tapi bila lagi masanya kan, minggu depan dah sibuk dengan macam-macam urusan. Sebelum urusan mengemas rumah, kena tidur nak kekanak rebina yang dua orang ni. Kalau tidak abis depa punggah balik hahaha.
|
geli pulak hati mama tengok kakak tido macam ni. Macam-macam la kakak ni tau. |
Tadaaaaaa... akhirnya siap la juga mengemas dan dikemaskan. hahahha. Masalah utama saya ni adalah kain baju yang tak pernah habis. Bila la ada orang yang boleh cipta mesin lipat kain. Sekarang ni senang, kalau malas nak sidai kain boleh hantar ke Laundry Bar, keringkan sahaja dengan RM4. Nah... bertambah la lemak tepu ko mama oii... hahahhaa
|
Baiti Jannati. Simple sangat syurga saya. Masa zaman Abang Hadif kecik dulu,dia jenis yang tak suka memunggah dan menyepah. Kalau letak pasu-pasu Sarawak tu dia tak usik pun. Jangan Raisa dan Kauthar...mau berhenti jadi pasu hahahah. |
|
|
Dah penat mengemas rumah, dapat pulak invitation iftar dari adik di Ken Rimba. Alhamdulillah, gantung kuali lagi..hahahah.
Gitu la cerita weekend kami. Weekend akan datang nak dating dengan hubby pulak. Anak-anak sila tinggai nooo...
8 comments:
Kak Intan.. gigihnya menSogokan diri..
Saya maleh.. lagi-lagi berbaby ni kan..
Kenangan 2 tahun lepas Eusoff hilang di SOGO.. kami dah serik..
Tunggu lah anak-anak besar nanti.. Insya Allah akan jejak kembali..
Kak Intan..
Selamat berpuasa tau..
Raya nanti nak gi jalan rumah kak Intan boleh...? hihi
wah ko ber SOGO kemain ye...
kolin zainal
Diana: gigih kan hahahah. tak sangka akak segigih ini dik..hahahaha. Tapi alhamdulillah...anak-anak ok pulak...dah besar agaknya.
Selamat berpuasa buat diana dan keluarga...jemputlah datang ke rumah...pintu rumah akak sentiasa menanti.... :)
admin aka kollin diva... kemain la sangat kan..hihihihi
Perghhh...beli baju kat Perthhhh tuuu!
Untong laaaaaaaa
nilly: hahaha beli kat Big W oii haruslah murah-murah saje...jimat cermat hahahaa
Selamat hari raya maaf zahir batin kak ila ^_^
selamat hari raya maaf zahir batin juga buat ani dan keluarga ye...
Post a Comment