Tuesday, November 11, 2008

wish me luck

Tomorrow is my Psychology final paper. Gerun sungguh, tapi malas nak fikir2 sangat takut sakit kepala menyerang balik. Tak lalu nak telan ubat, dan amatlah takut kalau tiba2 blank. Mintak dijauhkan. Tak sabar nak tunggu habis paper, pas tu memang nak ajak hubby gi bercuti. Pagi tadi, time hantar aku ke opis, hubby menyakat ajak tido kat golf club dekat umah kami ni. Tak mo ku, sekangkang kera jek dari umah. Baik tido kat umah jek. Lagi best. kekekek. Rasa cam Boh plantation dah memanggil2...minum teh and makan muffin...oh bestnye...

oklah, wish me luck ok. Tahun ni tak de hiatus or hibernate dimusim exam. Ada masa akan di update lagi.. :)

Monday, November 10, 2008

Weekend Marathon

Dah boleh online kat umah pun tak sempat nak up date blog dari rumah. keBZ-an yang melampau. (chait...ye ke bz...) Buku pun tak sempat nak dipegang, agaknya gitulah suri2 rumah yang tak bekerja tu kan. Dari celik mata, sampailah nak tido...kerja tak pernah habis2.


Saturday sempat bawak hadif ke Q-dees kota kemuning. Cadangnya next year nak hantar hadif ke situ. Mahal jugak fees dia. But hubby said insyaallah no problomo..hehehe cuak jugak bila tengok utk setiap 3 bulan fees dia dalam 1100++ plus extended hour programme RM180. Tapi, tengok dia punya presentation of program memang bagus, cumanya kami ni bimbang dia tak nak pulak, maklumlah, dah 2 tahun kat Genius Aulad. So kami hantar dia dulu bulan pertama...tengok dia ok ke tak, but hubby kata dia yakin Hadif ok. Budak tu kan ke mesra alam punya jenih. Ngeh..ngeh..ngeh..

Lepas ke Q-dees terus ke SMC. Aku ada appointment dgn Dr. Zainal. Tapi sampai sana Dr. Zainal refer pulak ke Dr. Shuguna. Now tengah on medication, next week kena pergi balik. Sempat la breakfast kat SMC makan nasik dgn ayam seketui which is cost me RM5.00. Melampau kan?

Balik dari SMC singgah umah mak sekejap, pas tu balik umah. Mak ngah abah datang minum petang kat umah. Sunday pulak sempat ke Pasar Stadium (tu nama yang aku ngan mak bagi..kihkihkih) beli tikar utk diletak kat dinning area. Balik tu, masak2 sikit utk makan tengahari, lepas zuhur keluar ke Bukit Tinggi Klang. Hantar table lamp yang ada gangguan perasaan tu. Pas tu konon nak bawak mak pi tengok lampu kat ALFO, tapi sebelum tu dah terserempak (boleh ke guna perkataan terserempak? kakakkaka) dgn Restoran Sate Hj. Samuri. So, singgah makan sate sampai lupa pasal ALFO, hihihi. Lepas tapau sate utk abah yang tinggal diumah jaga Hadif (gi kedai lampu tak leh bawak hadif...nanti stresssss) sambung cari kedai lampu ALFO balik. Bila dah sampai kat ALFO, mula la merapu. Mak yang nak beli lampu, tapi kami yang terbeli lampu. Ingat nak cari stand lampu nak letak kat bilik hadif, tapi hubby kata nak letak je lampu gantung. Rasa tak mau balik la kalau dapat tengok lampu2 nih.

Dan, aku dah jatuh hati dgn satu lampu ni...hubby pun kata cam gitu. Memang meronton hati... semoga impian nak dapat lampu tu jadi kenyataan...amin... hihihi berangan je dulu, mana tau hubby terbuka hati nak beli lampu tu.

hubby kata, tengok lampu ni, terus jatuh suka. sesuai tak kalau letak kat umah kami tu yek?

pilihan opah hadif...

Malam tak de air la pulak. Stress aje jadiknya. Opah dgn atuk hadif tido kat umah, so aku pos hadif tido dengan atuk dan opah dia. Aku dgn Hubby ada projek sikit...projek apa? heheheh adalah...






ni la projeknya..pasang rak kat atas tv tu..

tukang pasang rak(gambar sipi2 jek..tak leh bubuh penuh..sheksi)...akak ni helpernya aje...mujurlah suami ku itu boleh je buat semua benda sendiri..dari pasang rak..lampu2...dan segala2nya la... syukur alhamdulillah.
oklah, till then, nak buat kerja sikit..will up date later yek..

Wednesday, November 5, 2008

Alahai anak omak...



Pagi ni macam biasa, sebelum gi opis singgah amik nasik lemak dan order2 yang dikirim oleh opismate. Pas tu hantar hadif gi Genius Aulad. Time tu ujan renyai2..lepas dia salam dan cium aku, dia salam teacher2 dia. Time tu aku dgr teacher2 dia gelak besar..


aku pandang kat teacher2 dia tu..


Teacher: Dia kata "Mama cantikkan hari ni, pakai baju baru..."
Aku: ish..mana ada baju baru...ada je la hadif ni...(laju je aku masuk dalam kete..malu..)


masuk keta aku gelak tak henggat...call hubby citer pasal keletah anak dia tu. Sebenarnya tak pakai baju baru pun, cuma baju tu lama sangat dah aku tak pakai, so hari ni teringat nak pakai, yang peliknya, dari dalam kereta, sampailah ke sekolah dia, dia tak tegur pun aku pakai baju tu, tapi dia boleh bercerita dgn teacher dia...hadif..hadif..malu mama...mulut...kusss semangat.


Hubby dok citer, sekarang ni hadif kalau dok sorang2 tu dok praktis utk konsert dia. Kejap2 dengar dia cakap "action.." pas tu cakap "cut" Dah la hari tu waktu aku tanya Teacher Iza, hadif terlibat tak dalam lakonon utk majlis ihtifal tu nanti, teacher cakap hadif terlibat. Siap memilih watak lagi tu..teacher tanya hadif nak jadi orang perang ke orang pengsan...dia jawab "tak nak la jadi orang pengsan.." Memilih..teacher dia cakap. Tak sabar nak tunggu 21 Nov ni, nak tengok anak bujang ku beraksi walaupun sebagai pelakon tambahan..hahahahah


Semalam pulak aku ajak dia solat maghrib sama2, tapi time aku tengah solat dia tak solat pun, dia dok main kat atas katil, tapi bila aku dah masuk rakaat akhir, dia pun dok balik sebelah aku. Pas tu aku denda dia kena solat balik semula. Kelakar je tengok muka dia. Main2 waktu solat, kena marah dgn mama terkujat2...


Anak...anak...

I poloooo

Kena tag dgn Ibu Hanna...memandangkan tag yang diberi tak memerlukan tenaga nak perah otak yang tengah berserabut ni, so I poloooo (cam dalam Sinar FM tuh..)

1. Sudah pukul berapa sekarang?
11.00 pagi

2. Apa mood sekarang?
mood cacamarba...

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
nak bercuti ke Cameron Highland atau pun mana2 tempat yang sejuk...

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
Nak hafal semua info utk final exam dgn tak payah baca buku...(boleh gitu? kekekek)

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
Nak tengok CSI yang dah banyak kali terlepas tengok nih...

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
Hubby kat umah, off duty. Hadif kat Genius Aulad...

7. Apakah waktu makan sekarang?
Belum waktu makan lagi...baru je breakfast

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Hubby dan hadif, pas tu gelak2 sampai penat.

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?
hubby tengah layan Digi Broadband dia kat umah tu... Hadif kat GA tengah practis utk konsert dia kat Dewan SUK 21 Nov nanti

10. Macam mana cuaca sekarang?
Mendung tak bererti ujan..

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa
Gi Mekah dgn hubby, hadif, bawak mak abah + Parents in law, pas tu nak buat deco umah panggil Eric Leong, pas tu bayar zakat dan selebihnya buat simpanan hari tua...heheheh tapi masalahnya ada ke orang nak bagi satu juta tunai nih?

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Malu ler nak souvenir2 nih... tapi kalau nak bagi dialu2kan...so pada sesiapa yang gi bercuti, belikan magnet peti ais, boleh? wakakakakka tak malu sungguh.

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Biasa2 je, time patut gelak, gelak, time patut pening, pening...(fikir paper final tinggal beberapa hari je nak tiba nih...)


14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
11.05 pagi

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
nak tag siapa ni? ha,..sesiapa yang nak buat...dipersilakan...

Monday, November 3, 2008

I need a break!

I need a break!!

suka ati je nak break2 kan.. tapi memang dah rasa kepenatan dan keboringan yang amat. Last week MC 2 hari, migraine yang teruk sampai blood pressure drop. Agaknya inilah kepenantan yang dah tak dapat dibendung2. Bermula dari pindah umah bulan 9 hari tu, pas tu dengan hari raya, dgn kelas ujung minggu dan pelbagai xtvt yang membuatkan badan aku ni tak leh menerima kepenatan dah. Rabu hari tu, bangun pagi dan bersiap nak ke opis, tiba2 kepala sakit yang amat, sampai berpeluh2 menahan sakit. Hubby bising tak kasi pi keje, terus hantar ke klinik. Sampai klinik doktor bgtau blood pressure drop, boleh pengsan. Nak kata aku stress sangat, tak la pulak. Tak respond pun pada kesibukan dan xtvt yang memenatkan. Tapi agaknya badan ni tak tak boleh terima. Kepenatan yang tertangguh. Konon2 nak mintak dimanja2kan la kot..heheheh

cakap dgn hubby, after my last paper 18 November ni ingat nak gi ilangkan stress ke Cameron Highland. Rindu rasanya nak ke sana. Tak pernah jemu la kalau naik ke Cameron tu.. hubby pun cam xcited jek... tapi hati aku pulak berbelah bahagi... terasa nak jugak ke Genting Highland. Sejak Hadif ada ni tak pernah pun naik ke atas tu walaupun every month lalu lalang on the way nak balik ke kampung. Hubby pun xcited jugak. Siap ajak gi ujung minggu nih..heheheh tapi ujung minggu ni belum habis exam maaaa... cam tak boleh enjoy je kalau ingat exam belum habis. Tertekan ahkak. hehehehhehe apa pun, tengoklah, kalau rasa badan tak penat, naik jugak genting ujung minggu ni. Dah rindu nak memetik picu DSLR ku itu... lagi pun kat umah dah boleh on line dah, kami beli DIGI broadband. Oklah, tapi tak la selaju streamyx. Janji boleh online sudah. Dari tak de? terkulat2 je kat umah tu..heheheh

Last saturday aku dok buat keje2 domestik. Keje bibik..heheheh dari membasuh, melipat kain, vacuum umah, pas tu mop lantai. Complete atas bawah. Petang sementara Hadif dan babah dia lena, aku siapkan lipat kain yang berbakul2 tu. Malam hubby bawak pi Ikea, beli beberapa barang umah yang tak complete lagi, tapi sebelum mula shopping kena makan dulu, sempatlah aku jumpa Eliana yang berlakon citer renjis. Comel la dia...tapi tak teringat pun nak amik gambar dia. Sempat la beli barang sikit kat Ikea tu, hubby cakap beli kayu dgn besi pun sampai 500 hengget. Gile kentang betul kan, walhal bukannya banyak pun, tapi memang nilai duit sekarang ni dah tinggi. Sebelum tu pun kami beli barang2 dapor, pun tak banyak, amik susu hadif 3, juice peel fresh, susu segar, air mineral, shampoo, sabun basuh, pas tu ada 2 jenih biskut hadif, dekat RM300. Bising gak hubby, beli semua barang jenih air jek dah dekat 300. Barang basah tak beli pun. Beras pun tak beli. Memang la mahal barang2 sekarang, dan cost of living pun memang tinggi. Jenuh la kalau dok kat bandar ni, kena berjimat cermat. Dalam berjimat cermat pun teruk jugak. Itu kami yang anaknya baru sorang. Yang ramai anak tu cam mana la pulak yek.. cam hadif, satu tin susu cost us dalam RM72++, minum pulak bukan cukup 2 tin sebulan, makanan2 tambahan dia lagi, yuran sekolah dia lagi, tu tak masuk duit toys yang dia selalu pau mama dgn babah dia lagi, ... tak ke haru..hehehhe.

Apalah citer yang aku merapukan ni, layan aje la yek..citer bluess utk aku nih...
oklah, nak siapkan report. Besok boss nak meeting...till then..
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!